SUBHANALLAH

Menikmati keindahan ciptaan Ilahi di Sharm El Sheikh

ALHAMDULILLAH

"seringkali kita melakukan dosa, bertaubatlah selagi bernyawa di dunia ini"

LAILAHAILLAH

"sollu alan Nabi Muhammad SAW"

ALLAHUAKBAR

"Merdeka pada hati jiwa itu lagi bermakna"

ASTAGHFIRULLAH

"Harimu adalah hari ini"

Friday, December 7, 2012

[BEFORE WE GOT MARRIED]

[SEBELUM AKU BERNIKAH]

Review dari penulisan buku 'Sebelum Aku Bernikah' oleh saudara Hilal Asyraf.

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.

Bagi yang telah memiliki buku ini, pastinya memahami apa yang penulis ingin sampaikan.
Bagi yang belum memiliki buku ini, boleh rujuk beberapa bab – bab awal buku ini di laman web





SATU KESEDARAN

 “Cinta itu apa?”
“Bagaimana patut bercinta?”
“Mengapa perlu mencari pasangan yang ciri-cirinya sedemikian?”
“Mengapa penting membentuk diri sebelum pernikahan?”
“Anak-anak nanti, perlu diacu bagaimana? Dan apa kaitannya dengan keadaan diri kita?”
“Apakah hubungan rumahtangga yang kita bina, dengan Islam dan ummat?”
Itu antara persoalan yang perlu difikirkan. Bagaimana kita menjawab persoalan – persoalan ini?
Fahamkah kita bahawa dari baitul muslim, akan lahir generasi seterusnya yang akan menyumbang kepada pembangunan ummah?

Setiap kita perlu ada kesedaran tentang kepentingan persediaan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
Bagaimana? Berbincang atau rujuklah mereka yang lebih berpengalaman seperti  ibu bapa, guru – guru, dan orang tua. Kata orang, حماسة الشباب في حكمة الشيوخ , semangat para pemuda berada pada kebijaksanaan orang – orang tua. Perlu bagi kita menimba pengalaman dari mereka yang lebih dahulu makan garam daripada kita.

MENDEFINISIKAN CINTA



Cinta yang buta adalah yang hanya dipandu perasaan.

Cinta yang celik adalah yang dipandu keimanan.

Matlamat cinta bukanlah semata-mata perkahwinan.

Matlamat cinta adalah rumah tangga yang dihiasi keredhaan Tuhan.

Kerana cinta yang sebenar adalah yang membawa ke syurga.
Jika benar cinta, berikan kepada diri kita masa,
dan persiapkan diri kita dengan perancangan.
Jadi, bagaimana kita mahu mendefinisikan cinta kita? Adakah dibaluti definisi cinta dunia?

PENYAKIT CINTA MASYARAKAT

Cinta = couple?

Cinta + Anak Muda = Tidak matang?

Salah faham dalam masyarakat hari ini tentang konsep cinta. Dari anak muda, ibu bapa, pengarah filem, pengaruh media barat dan penyakit – penyakit lain, kebanyakannya telah mengotorkan warna cinta yang sebenar. Maka, tidakkah kita ingin mengembalikan semula kesucian cinta itu? Atau mahukah kita terperangkap dalam kesamaran cinta yang salah itu?
Umur bukanlah kayu ukur kematangan.
Matang sebenar adalah dengan mengenal siapa Allah, jelas akan matlamat hidup, tahu tanggungjawab  dan melaksanakannya, serta berusaha memenuhi tuntutan sebagai hamba dan khalifah di muka bumi.

Kematangan adalah apa yang membuatkan kita mampu memimpin orang lain.
Kematangan adalah apa yang membuahkan rasa lapang dada, rasa bertolak ansur, rasa tenang kala berhadapan dengan masalah.
Kematangan adalah apa yang membuatkan kita belajar, mencari ilmu dengan bersungguh-sungguh, rasa kurang, rasa merendah diri, rasa ingin memperbaiki kesilapan dan sebagainya.
PEMBANGUNAN UMMAH

Diri adalah asas kepada rumahtangga, rumahtangga adalah asas kepada masyarakat,
masyarakat adalah asas kepada negara, dan negara adalah asas kepada dunia.
Banyak rumahtangga yang baik, maka semakin ampuhlah ummah.
Banyak rumahtangga yang tidak baik, maka semakin rapuhlah ummah.
Persoalannya, kita mahu menjadi yang mengampuhkan ummah, atau yang merapuhkannya?
Tanggungjawab membina ummah ada pada setiap kita. Pentingnya untuk kita membina peribadi, jiwa dan iman dalam memikul tanggungjawab ini. Bersediakah kita atau tidak?

IBU BAPA


Kita adalah bakal guru kepada anak – anak kita. Hakikatnya, itulah tanggungjawab kita dalam  pembinaan ummah.

Maka bagaimana kita boleh sibuk dan kemaruk dengan perasaan cinta yang ditafsirkan dunia?
Sepatutnya jika benar cinta, maka kita sibuk membina peribadi diri, kematangan, wawasan dan perancangan. Menjadi ibu bapa yang adil, contoh kepada anak – anak dan keluarga.
KONDISI ROHANI.
Bina peribadi dengan membina rohani.
Bersihkan hati dan jiwa. Kerana hati adalah raja manusia. Lakukanlah perkara yang halal dan jauhi perkara yang haram kerana ia mempengaruhi hati. Kenyangkan rohani kita dengan perkara - perkara kebaikan, supaya hati kita bercahaya dan dekat dengan Nya.

Jadikan Allah sebagai dasar kehidupan kita. Benci apa yang Dia benci. Suka apa yang Dia suka.
"… Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagimu. Dan Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al – Baqarah : 216) 
SEBUAH PELAYARAN

Alam rumah tangga ibarat satu pelayaran yang panjang. Sebagai nakhoda atau pengemudi kapal, perlu bagi kita melengkapkan ilmu dan menyediakan bekalan untuk mengharungi pelayaran dan menghadapi cabaran badai di lautan serta memastikan anak – anak kapal di bawah tanggungjawabnya terselamat hingga sampai menuju destinasi terakhir.
“Wahai orang yang beriman, jagalah diri kamu dan keluarga kamu, dari api neraka…” (At-Tahrim : 6)

Rumah tangga adalah satu kehidupan. Realiti yang akan dihadapi. Bersediakah kita? Mampukah kita bertahan? Bagaimanakah kita mempertahankannya?
Persiapan diri. Itulah bekalan kembara alam rumah tangga.
"dan berbekallah kamu, maka sesungguhnya sebaik – baik bekalan adalah taqwa." (Al - Baqarah : 197)
Maka sepatutnya, seorang yang ingin bercinta, mempersoalkan dirinya:
1 – Bagaimanakah hubungannya dengan Allah SWT? Apakah telah diusahakan agar meningkat ke satu tahap yang boleh dikatakan baik?
2 – Bagaimanakah kefahamannya akan Islam? Apakah telah diusahakan agar perkara-perkara asas seperti hal seperti ibadah, pengurusan hidup secara Islam, telah difahami?
3 – Bagaimanakah kawalan emosinya? Apakah telah diusahakan agar menjadi seorang yang paling kurang mampu berlapang dada, bersabar, dan bertolak ansur?
4 -  Bagaimanakah kemampuannya dalam kewangan? Apakah telah diusahakan agar menjadi seorang yang paling kurang mempunyai sumber kewangan dan mampu meneruskan kehidupan?
5 – Bagaimanakah perancangannya terhadap kehidupan? Apakah telah diusahakan agar punya cita-cita dan wawasan yang jelas bersama strateginya?
Dan sebagainya.



Segala apa yang baik itu dari Allah S.W.T dan segala apa yang kurang itu adalah kelemahan diri ini. Akhir kalam, mohon maaf jika ada sebarang kekurangan dalam post ini.
Wassalam.

# tulisan yang di HIGHLIGHT adalah petikan dari penulisan Sebelum Aku Bernikah oleh Hilal Asyraf.