Kadang-kadang, menyusuri epik palsu sang raja Firaun,
aku tergelak sendiri.
Menyusuri kisah-kisah tuhan syirik,
baru ku sedar tangan manusia,
baru ku sedar hina dina,
baru ku sedar siapa kita di sisi murabbu jali,
Kadang-kadang, kisah auta ini tak seteruk mana,
Menyelak dan membuka kertas papyrus moden,
berdakwat tegap, berkisah kuno,
membawa kita ke realiti diri manusia,
Kitalah Amun, raja jiwa yang tersembunyi,
kitalah yang gah diluar, pemimpin berkobar-kobar darahnya,
yang gegak gempita bila bercakap, yang bergegar tahtal arasy dengan suara kita,
Tapi, kitalah, Amun, raja yang tersembunyi,
yang menangis lemah jiwa taktala menghadapi seribu cubaan,
ya, hanya kita, jiwa, nadi,mulut, darah, hanya kita yang faham, selain rabbi khaliq,
yang mampu mendengar rintih; suci dan luhur dari benak qalbu.
Wahai, Amun, raja yang tersembunyi,
kenapa hilang di balik egoaan?
Kenapa menyorok di dalam segan?
Ayuh bangkit dan tonjolkan diri
biar kita jadi bahan tawa,
biar dunia jadikan boneka,
bukankah itu aku?
Puppet mainan psikologi dunia.
Ah, aku yang gah, tunjukkan Amun ku terang-terang,
biarlah ku hina, agar jujur tampaknya,
kerana aku adalah aku,
dan hanya aku yang mengerti,
Amun-ra ku.
1 Jun 2011,
inashdeen,
teratak malaysia bumi kaherah
wow, this is better...tp mungkin org salah anggap cam ko sembah tuhan agama pagan kot...tp mmpos la ape orng nk cakap, haha
ReplyDeletesgt sastera~ =)
ReplyDeletexpaham ape pon..
ReplyDeletemasa tulis sajak ni, aku takut jugak org salah fhm, tp bila fikir2, kisah amun-ra ni ada mesej yg baik untuk kita fikirkan. sapa yg leh kaji, cuba baca, mmg cter klentong gile, lawak pn ada, tp isi dia elok
ReplyDeleteSikit huraian buat sesiapa yang kurang fhm sajak ni:
ReplyDelete1) siapakah Amun dalam kisah firaun kuno?
kalau bukak cerita kelentong zaman firaun ni, Amun dikatakan sebagai dewa tertinggi kuil firaun. dia memakai pelbagai gelaran; tuhan matahari, tuhan alam, kumbang subuh.
tapi, kehebatannya dicembuuri oleh Osiris, ( konon2) tuhan alam ruh. maka dihantar isterinya, Isis, soerang ahli sihir untuk menyihir Amun. Amun sakit, tapi dia tidak mati ( well, dlm cerita2 dulu, dia kan so called god, so god tak mati), maka Isis offer nk rawat dia, dengan syarat dia sebut semua nama dia.
maka, bila didesak, dia pun menyebut nama dia yang paling secret, yang orang tak pernah tahu, iaitu Amun, yang bermaksud yang tersembunyi. sejak itu, Amun hilang power dia dan menjadi Horus( tuhan langit) . ding ding dong, lawak gila cerita ni
2) so, apa kaitan Amun dengan sajak ni?
dalam puisi ni, ana gambarkan diri kita mcm Amun tadi. kat luar kita gah, kita tunjuk kita hebat, semua org suka, semua org dengar ckp kita.
tapi, more than that, kita semua ada rahsia, yang hanya kita je tahu, selain allah, yang kalau boleh kita tak nak org tau kisah2 buruk ni.
dlm rangkap berikut, ana gunakan ayat sinis, kalau terror, tunjuklah,bukalah cerita yang kita nak hide tu. ana simpulkan bahawa sebenarnya kita ni semua macam puppet, trying to look perfect kerana dunia paksa kita jadi macam tu.
dalam ayat terakhir, ana muhasabah diri, ana berani menerima realiti. apa pun imperfection tu, kalau perlu, ana jujurkan diri, kalau itu yang mampu menambah baikkan diri ana, kerana aku adalah aku, dan hanya ana yang tau kelemahan diri ini.sekian
q7a15y2v24 n5s14w0x67 o6j67k7x14 i9p72o0h90 j9w47u7t43 p8a23y7v10
ReplyDelete