SUBHANALLAH

Menikmati keindahan ciptaan Ilahi di Sharm El Sheikh

ALHAMDULILLAH

"seringkali kita melakukan dosa, bertaubatlah selagi bernyawa di dunia ini"

LAILAHAILLAH

"sollu alan Nabi Muhammad SAW"

ALLAHUAKBAR

"Merdeka pada hati jiwa itu lagi bermakna"

ASTAGHFIRULLAH

"Harimu adalah hari ini"

Showing posts with label akademik. Show all posts
Showing posts with label akademik. Show all posts

Tuesday, December 16, 2014

T-REX ( Team Round Gen X)!

Hospital Visit Gen X  a.k.a T-REX ( Team Round Gen X )
T-REX ( Team Round Gen X)


Objektif:
1.       Melatih semua ahli batch gen x untuk lebih mahir dalam history taking and presentation khususnya dalam bahasa arab.
2.       Memaksimumkan penggunaan buku clinical medical phrase (CMP).
3.       Melatih ahli gen x untuk lebih mahir dalam melaksanakan clinical examination
4.       Sebagai persediaan menghadapi exam end round paediatrics yang semakin dekat.

What can be done?
1.       Semua ahli genx boleh melawat 2 buah hospital pediatrics di kawasan Abou Risy (Hospital Yabani dan Hospital Mounirah) terutamanya department Dr Hesham Safouh di tingkat 6 Hospital Mounirah.

2.       Manakala Emergency Department untuk setiap hospital ialah pada hari rabu untuk Hospital Yabani dan hari khamis untuk Hospital Mounirah. Semua ahli digalakkan untuk pergi ke hospital pada hari tersebut sekurangnya sekali (elakkan pertindihan dengan group lain).

3.       Mengambil history dari patient dan membentangkan pada doktor yang bertugas di situ untuk pembetulan dan maklumat tambahan.

4.       Melakukan clinical examination ke atas patient setelah mendapat persetujuan doktor yg bertugas pada hari itu.

5.       Membincangkan case tersebut bersama ahli kumpulan tentang aetiology, clinical picture, treatment, etc.

6.       Menyampaikan maklumat yang didapati bersama ahli kumpulan kepada semua ahli genx menerusi page akademik gen x

7.       Setiap group diwajibkan untuk ke hospital sekurang-kurangnya 2 minggu sekali (kalau lagi banyak pergi hospital lagi bagus). 

What to bring?
  • Lab coat and student ID card
  • Stethoscope and other relevant instrument
  • Books (Guidelines for history and physical examination by Dr Hesham Safouh, Pediatrics books, other sources of knowledge)
GROUPS FOR (T-REX)

Kump 1 
1.       ARIF JAMAL BIN AZMI (K)
2.       AHMAD SYAFIQ BIN HASAN                      
3.       NUR ' AMIRA BINTI ANUAR (TK)
4.       NUR AIMI BINTI CHE MOHD DIN
5.       NATRAH BINTI ZAINAL

Kump 2
1.       MUHAMMAD AMIRUL IZAN BIN AZIZ
2.       AFIQ ZHARIF BIN HUSSIN (K)
3.       NURFAIZAH BINTI ABDUL AZIZ
4.       NURIZZATUL HIDAYAH BINTI MOHAMAD NAZRI
5.       DHUHAZZAINI BINTI AHMAD (TK)

Kump 3
1.       AHMAD AFIQ FADHLI BIN RAMLI (K)
2.       AHMAD BIN ABDUL RAHIM,
3.       AHMAD TAHIR BIN AWANG           
4.       ATHIFAH BINTI ABDUL AZIZ (TK)
5.       AMIRAH SYAKIRAH BINTI AZMI
6.       DINA ADILLAH BINTI MD NASUKHA

Kump 4
1.       KHAIRUL ADLI BIN IDRIS (K)
2.       MOHAMAD ALIF BIN MD.SAAD,
3.       MUHAMMAD SHAZWAN BIN SHAHRON     
4.       NUR'AINI SOFIA BINTI ROSMAN
5.       SITI KHODIJAH BT ZAINAL ABEEDEN
6.       NURSYAQIRA FARIZA BINTI IBRAHIM (TK)

Kump 5
1.       MUHAMMAD ANAS BIN MOHAMMED AYYUB (K)
2.       MUHAMMAD AISAR AYADI BIN KAMALUDDIN,
3.       NUR HANISAH BINTI HAMDAN
4.       AININ SOFIYA BINTI AZIZ
5.       ZATIL HIDAYAH BINTI ADNAN (TK)

Kump 6
1.       MUNDZIR BIN ZAINUDIN(K)
2.       ADHAM BIN JUNUS,
3.       MOHAMMAD BUSYOIRI BIN NORRODIN                                        
4.       ASMA NASIHA BINTI MAT ARIFFIN (TK)
5.       ANIS AFIFAH BINTI AB WAHAB
6.       NURUL MUKMINAH BT MEOR SHAARI

Kump 7
1.    HANIZ IQBAL BIN HAZAIDI(K)
2.    AHMAD FAIZ BIN ZAIM,
3.    MUHAMMAD AMMARHAKIM BIN MOHD AZMI
4.    SITI ZULAIKHA BINTI MOHD KAMARUDIN (TK)
5.    NURINSYIRAH BINTI JOHARI
6.    ANIS ZARINA BINTI ZARINI

Kump 8
1.       AHMAD LUQMAN BIN IBRAHIM(K)
2.       AMIR HAMZAH BIN ZULKEFLI                  
3.       FATIN NABILA BINTI LUQMAN (TK)
4.       WAN ZHAFIRAH NUR HASYA BINTI WAN HILMI
5.       NURSUFIA HANIM BINTI MAT NAWI

Kump 9
1.       MUHAMMAD NUR AZRI BIN MOHD HISAM(K)
2.       MUHAMAD HUZAIFAH FADHIL BIN MOHD NOOR
3.       ZAINUN NADHIRAH
4.       MUIZAH ZAINODIN (TK)
5.       UMMU HELMA HASSAN

Kump 10
1.       MOHAMAD HIFZHAN ARIMI BIN MOHAMAD HIDZIR(K)
2.       AHMAD SYAFIEQ BIN SHAMSUDDIN,
3.       MUHAMMAD MUNAWIR BIN AZMAN                                
4.      SITI A 'ISYAH BASIR (TK)
5.   5.    NURHIDAYATUL HUSNA BINTI SHAMSUL AZMI
6.   6.    NEENA FARHANA SANI

Kump 11
1.       HILMI AFANDI BIN AIDI ROSLAN(K)
2.       MOHAMMAD BADRI BIN AHADIN,
3.       SYAMIM ASYRAF BIN SHAHIDAN       
4.       SUMIRAH SUMIYYAH BINTI RAMLI (TK)
5.       SITI NURUL FARAHAH BINTI MOHD ARIPIN
6.       RUQAYYAH BINTI NOR WIRA

Kump 12
1.       MUHAMMAD KHAIR BIN ALI(K)
2.       WAN AHMAD FAWWAZ BIN WAN FUAD,
3.       AHMAD AFIQHAKIM BIN SHAHRON       
4.       ANIS NABILAH BINTI AFIDEEN
5.       HANIS ZIKRI
6.       RABI'ATUL ADAWIYAH BINTI AHMAD (TK)

Kump 13
1.       MUHAMMAD MURSHID BIN ABDUL HALIM(K)
2.       KHAIRUL NIDZAM BIN KAIRUL ZAMAN
3.       RABIATUL ADAWIYAH BINTI MOHD DOM ARANG BILONG (TK)
4.       NURUL SAKINAH BINTI ROSLAN
5.       NUSAIBAH BINTI AZMI

Kump 14
1.       ABDULLAH FAHMI BIN ROHIME(K)
2.       HELMI IZWAN BIN ABDUL KADIR
3.       NUR SUHAIRA BINTI ABD RAHIM (TK)
4.       IZAZI FAKHIRA BINTI FAUZI
5.       NUR IZZATY IZYAN BINTI ROSELAN

Kump 15
1.       AFIQ ZULHILMI BIN ZAIRUDIN(K)
2.       ABDUL MUIZ HASSANI BIN MAT YAACOB,
3.       MUHAMMAD MUNAWWIR BIN MOHD HASSAN              
4.       MUNA LIYANA BT. MUZAMIL (TK)
5.       FATHIAH NADIAH BINTI FAUZI
6.       AINATUL MARDHIAH BT MOHAMMADIN

Kump 16
1.       ZAINOL IZZUDIN BIN ZULKIFLI(K)
2.        MUHAMAD ASYRAF BIN ABDUL RAHIM,
3.       SYED MUHAMMAD ADIB BIN SYED TAHA   
4.       NUR KHALILAH BT AHMAD ZAKI (TK)
5.       FARAH HANIN BT MOHD AZMI
6.       SITI SYAHIDA BINTI JAMALUDDIN

Kump 17
1.       MOHD AZRI BIN ABDUL RAHMAN(K)
2.       MOHD SHAFIQ BIN MOHD SHAMSUDDIN    
3.       NURFATIN NADIA BINTI MAZLAN (TK)
4.       NURUL AKMAL BINTI GHAZALI
5.       NURUL ASMAT BINTI YAACOB

Kump 18
1.       WAN MOHD HASANUDDIN BIN CHE YUSOFF(K)
2.       MUHAMMAD HAFIZ BIN INCHE IBRAHIM,
3.       IQY HAZIQ MOHAMAD                      
4.       NURULHUDA BINTI IDRIS (TK)
5.       NUR AMNINA BINTI NORDIN
6.       SITI NOOR IZATY BINTI ROSLI





Monday, April 22, 2013

Perjuangan yang Tiada Pernah Henti

Perjuangan yang Tiada Pernah Henti
(Oleh : Hidayatul Hanis Hanapi)

“Mengapalah pokok limau ini lambat berbuah, sedangkan aku selalu berdoa pada Allah supaya pokok ini cepat berbuah”, keluh seorang petani yang tinggal di sebuah kampung yang terletak di satu kawasan terpencil di bumi Malaysia pada nasib dirinya. Dalam masa yang sama, petani itu langsung tidak menyiram dan membaja pokok tersebut, apatah lagi menggemburkan tanah di sekitarnya. Dia sebenarnya tidak sedar bahawa keluhannya membawa maksud menyalahkan Tuhan yang maha Esa sedangkan dia langsung tidak berusaha.


Pada pendapat anda semua, adakah pokok itu akan tumbuh dan berbuah?

Jawapannya mudah. "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka sendiri yang merubahnya " ( Ar-ra'd:11 ). Pokok limau tersebut mungkin akan tumbuh, tapi bukan dalam keadaan yang sihat.

Kenapa?
Dek kerana pokok limau itu tidak dijaga dengan baik.


Ya, kita boleh untuk bertawakal, namun tawakal tanpa disertakan bersama usaha adalah ‘useless’. Begitu juga dengan kehidupan seharian kita, sekiranya kita bertawakal tanpa berusaha dengan bersungguh-sungguh, itu samalah seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba. Pepatah Inggeris pernah menyebut, “what you give is what you get”. Berapa banyak usaha yang kita bagi, sebanyak itu jugalah pulangan yang akan kita peroleh.



Situasi ini bolehlah disamakan dengan situasi kita menjelang peperiksaan akhir yang akan bermula tidak lama lagi. Oleh sebab itu, saya ingin mengajak anda semua untuk mengadaptasikan sedikit sebanyak tips yang selalu kita dengar, tapi belum tentu selalu kita buat sebelum menghadapi peperiksaan. Antaranya:

1.       Niat yang betul

Sabda Rasulullah (s.a.w) :

“Sesungguhnya setiap amal perbuatan bergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang hijrahnya karena Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana urusan dunia yang ingin digapainya atau kerana seorang wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya sesuai dengan apa yang diniatkannya tersebut” 
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sebelum kita mula belajar, adalah dituntut untuk kita menetapkan niat di dalam hati. “Ya Allah, bukakanlah hatiku untuk menerima ilmuMu, sesungguhnya aku amat mengharapkan redaMu dengan ilmu ini, ya Allah. Maka, Engkau limpahkanlah segala ilmu yang bermanfaat untuk diriku agar dapat aku berbakti kepada keluarga, masyarakat, negara dan agamaku. Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan kami”. Berbekalkan niat yang ikhlas kerana Allah, pasti Allah akan menilai amalan yang kita lakukan sebagai ibadat. Imam An-Nawawi juga pernah menyebut bahawa niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan, lantaran itu, ketika niatnya benar, maka perbuatan itu benar, dan jika niatnya buruk, maka perbuatan itu buruk.


2.       Istiqamah

Merujuk kepada Kamus Dewan edisi ke-empat, istiqamah bermaksud ketaatan menjalankan sesuatu suruhan secara terus-menerus (termasuk urusan agama). Sebagai seorang insan yang memegang status pelajar, khususnya perubatan, kita seharusnya sentiasa istiqamah dalam membuat sesuatu urusan seperti membuat revision sebelum dan selepas belajar di dalam kelas. Istiqamah dalam belajar sangat menuntut sikap suka memaksa diri. Sibuk berpersatuan bukanlah satu alasan untuk kita tidak beristiqamah. Seharusnya kita pandai mencuri masa-masa yang terluang untuk membuat ulangkaji, misalnya ketika menunggu bas sebelum ke sekolah. Sesungguhnya Allah menyukai amalan seorang yang istiqamah walaupun sedikit. Mafhum ayat 15, surah As-Syura juga menyebut tentang istiqamah.

Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah : Aku beriman kepada segala kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu.  Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadanyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan).”



3.       Menjaga hubungan dengan Allah, ibu bapa dan sahabat

Indikator yang paling penting untuk mengukur keberkesanan hubungan kita dengan Allah ialah solat. Solat itu tiang agama. Rumah yang dibuat tanpa tiang pasti tidak dapat didirikan, begitu juga dengan agama kita. Solat yang berkualiti bukan sahaja dapat menjamin kekuatan agama di dalam diri kita, justeru, secara tidak langsung menghalang daripada anasir-anasir keji dan mungkar sebagaimana Tembok Besar China menjadi perisai daripada serangan musuh. Persoalannya, bagaimana kita boleh menjadikan solat kita solat yang berkualiti? Antara jawapannya adalah dengan mendirikan solat di awal waktu. Solat di awal waktu sangat ditekankan oleh agama Islam kerana Allah ingin mengajar kita peri pentingnya disiplin dan menepati masa. Oleh yang demikian, pengaplikasian disiplin dan menepati masa di dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang pelajar pasti akan membuahkan kejayaan. Sedarlah, dengan kita mengingati Allah pada waktu senang, sudah tentu Allah akan membantu kita di kala susah.

Seterusnya ialah menjaga hubungan dengan ibu bapa kita. Kehidupan sebagai seorang pelajar terkadang menjadikan masa kita tertumpu kepada pelajaran semata-mata. Namun, jangan sekali-kali kita melupakan jasa kedua ibu bapa kita. Disebabkan merekalah, kita boleh sampai ke tahap sekarang. Dalam era langit terbuka luas ini, pelbagai kemudahan telah terhidang, contohnya mobile voip, SMS, yahoo messenger, skype, whats app, viber. Oleh itu, sangatlah rugi jika kita tidak menggunakan segala kemudahan ini ke arah kebaikan. Sememangnya sekiranya kita tidak menghubungi ibu bapa kita, mereka tetap mendoakan kejayaan yang terbaik buat anak-anak mereka. Kendatipun begitu, apa salahnya jika kita berkorban sedikit masa kita untuk bertanyakan khabar mereka kerana pada hakikatnya ibu bapa ingin diberi perhatian tetapi kadang-kadang si anak kurang mengerti tentang perkara tersebut. Sungguh, doa ibu bapa sangat makbul.

Selain hubungan dengan Yang Maha Esa dan hubungan dengan ibu bapa, jangan kita lupa untuk menjaga hubungan sesama sahabat kita. Musim peperiksaan adalah antara musim yang paling genting untuk menjaga tali ukhuwwah antara sahabat. Hal ini kerana sekecil-kecil masalah yang berlaku pada musim peperiksaan jika tidak diselesaikan secepatnya, mungkin akan menjadi satu masalah yang sangat besar. Apatah lagi masalah tersebut ditambah lagi dengan tekanan yang dihadapi seseorang ketika musim peperiksaan. Dalam keadaan ini, amatlah diperlukan sahabat yang mampu bertolak ansur dan tenang dalam menyelesaikan masalah yang berlaku. Sahabat yang baik ialah sahabat yang sentiasa mendoakan kebaikan buat sahabatnya tanpa diketahui oleh sahabat tersebut. Ingatlah sahabat, “Kalau ada kemahuan dan usaha, 'halangan' itu adalah satu perkataan yang tiada makna apa-apa. Impian adalah titik gerak langkah kita, kesungguhan dan keyakinanmu bakal menentukan titik akhirnya.”



4.       Doa dan Tawakal

Setelah penat berusaha, proses yang terakhir adalah dengan kita berdoa dan bertawakal kepada Allah.  Doa dan tawakal antara seorang hamba kepada PenciptaNya menunjukkan pengharapan kita kepada Allah di samping boleh meningkatkan tahap ketaqwaan kita kepada Allah. Allah telah berfirman dalam surah Ali Imran, Ayat 159 yg bermaksud:“Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah”.

 Jika kita hendak menikmati buah yang manis di akhirat, mestilah pohon yang kita tanam di dunia subur. Maksudnya, di dunia lagi hidup kita mesti cemerlang, itulah petanda di akhirat nanti kita akan cemerlang. Buya Hamka pernah menyatakan, “Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.” Kita semua pasti mengharapkan kejayaan yang paling besar iaitu berjaya mendapat syurga Allah. Sekiranya kita mengetahui tujuan sebenar kita hidup di dunia, sudah semestinya kita akan berusaha sehabis baik untuk mendapat natijah yang terbaik.

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (s.w.t), nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah (s.w.t), nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah (s.w.t) melaksanakan urusan (yang dikehendaki) nya. Sesungguhnya Allah (s.w.t) telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”.'
(Surah At-Talaq : 2-3) 


Itulah antara tips-tips yang diharapkan dapat membantu kita semua untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tiba. Seorang ustaz pernah membuat perumpamaan mengenai ilmu,  berkatalah  ustaz itu : “Ilmu ini ibarat seguni emas, kalau kita tak mampu nak mengangkat seguni emas itu, jangan tinggalkan emas itu, tapi ambillah sebanyak mana yang kita mampu utk membawanya. Letaklah dalam poket sedikit, dalam beg sedikit, ataupun di mana-mana di anggota tubuh kita yang boleh kita ambil manfaat emas itu. Sekiranya tidak boleh ambil banyak, jangan ditinggalkan terus, kena ambil juga walaupun sedikit.”


Sebagaimana yang kita sedia maklum, Nabi junjungan kita Nabi Muhammad (s.a.w) seorang yang maksum, yakni terhindar daripada melakukan sebarang dosa. Walaupun begitu, Rasulullah (s.a.w) juga seorang yang dikenali dengan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh. Ketika Perang Badar, kaum muslimin yang berjumlah 313 orang sahaja terpaksa berhadapan dengan 1000 tentera daripada kaum kafir Quraisy. Walaupun bilangan kaum muslimin dilihat sangat kecil jika dibandingkan dengan kaum kafir Quraisy, namun mereka semua sentiasa diingatkan bahawa mereka harus mempertahankan keyakinan dan keimanan diri mereka. Rasulullah (s.a.w) juga telah menghabiskan sepanjang malam dengan berdoa dan beribadah walaupun baginda (s.a.w) mengetahui bahawa Allah telah menjanjikan mereka kemenangan.  Rasulullah (s.a.w)  melebihkan cinta dan penghambaannya serta penyerahan diri hanya kepada Allah (s.w.t) dengan ibadah yang baginda kerjakan. Dan itulah yang dikatakan sebagai bentuk ibadah tertinggi yang dikenali sebagai ‘ainul yaqiin.



Memetik beberapa bait daripada lagu Adamu oleh Najwa Latif yang dapat dijadikan pedoman :

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu


Secara holistiknya, proses menuntut ilmu tidak akan pernah ada garisan penamat. Segala ujian dan mehnah adalah satu lumrah kehidupan, sedari kecil ketika di dalam kandungan ibu sehinggalah ke liang lahad. Tanpa ilmu dan ujian, tidak mungkin akan ada warna-warni kehidupan. Tidak akan terhidu harum mewangi jikalau tidak dinyalakan setanggi, tidak akan terasa manisnya hidup jikalau tidak dilambung gelora. Pepatah kehidupan ada mengatakan “Hidup ini macam mengupas kulit bawang, makin dikupas, makin menangis kerana kepedihan.” Kesimpulannya, tuntutlah ilmu kerana menuntutnya adalah ibadah, mengingatinya adalah tasbih, membincangkannya adalah jihad, mengajarkannya kepada yang tidak mengetahui adalah sedekah, dan menghabiskan masa dengan ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah. WaAllahua’lam...

~Road to the exam. Bittaufiq wannajah~ 

Saturday, April 20, 2013

Practical Pathology Preparation

PATHO CD: Macam-macam ada!

Bismillah,maaf byk post mlm ni.(nmpk sgt bru nk buat keje)
nak promote cd patho y kita dapat mse 1st sem tu, bru tgk alhamdulillah byk sgt maklumat y berguna utk final exam samada praktikal @ written. antaranye:
- general cases
- pics of jars (sgt jelas)
- pics of slides
- slides & gross hints for comment & banyak lagi!

bagi sesiapa yang tiada CD patho ni, boleh dapatkan bahannya di sini 

*so, semua boleh pakat2 bukak cd tu eh..selamat study! :)