Wednesday, November 2, 2011

Ada apa dengan awal 10 Zulhijjah? :)

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat sekalian..

tiada kalimah yang lebih indah dari kalam-kalam pujian kepada Dia yang Maha Satu, 
yang dengan kalimah-kalimah itu, walau beribu-ribu banyak ungkapan dilafazkan sudah tentu masih tidak dapat menandingi keluasan rahmat dan nikmat-Nya. Alhamdulillah.

mungkin ada di kalangan kita, yang excited kan sekarang? ye la, cuti raya haji berapa hari lagi pun..esok lusa kan.. :) mungkin ada yang telah memenuhi hari-hari cuti nanti dengan pelbagai agenda tersendiri. nak sambut raya haji, nak tolong-tolong sembelih kambing, unta dan yang sewaktu dengannya, nak bercuti, nak adakan open house dan lain-lain.. opps..jangan lupa satu benda..study.. :) insyaAllah. Alhamdulillah, andai masa-masa itu dapat diisikan dengan sebaiknya.

Alkisahnya, ana sekadar nak berkongsi kelebihan-kelebihan yang ada dalam awal 10 Zulhijjah ni.. sekadar untuk berkongsi kepada yang belum tahu, untuk mengingatkan untuk yang sudah tahu..


Sabda Nabi Muhammad SAW, "Tidak ada hari yang lebih baik di sisi Allah untuk lakukan amalan kebaikan selain 10 hari terawal dalam bulan Zulhijjah". Para sahabat bertanya, adakah jihad fi sabilillah tidak boleh menandingi amalan yang dilakukan pd 10 hari tersebut?" Nabi bersabda, " Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya."
(Hadis Riwayat Bukhari)


Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: 
"Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya yang lebih disukai oleh Allahdaripada hari-hari 10 sepuluh ini (1-10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah tahlil, takbir, maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda.
(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)


Daripada Abi Qatadah al- Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah( 9 Zulhijjah),
maka jawab Rasullah S.A.W yang bermaksud: "Dikaffarahkan(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.
(Sahih Muslim)


sepertimana kita memanfaatkan 10 malam-malam terakhir Ramadan, diharapnya kita juga dapat memaksimumkan 10 hari terawal Zulhijjah. sepertimana kita tidak tahu andai ada ke tidak Ramadan yang akan datang untuk kita, kita pun tak tahu ada ke tidak Zulhijjah yang seterusnya untuk kita. jadi, jom manfaatkan masa dan kesempatan yang Allah beri pinjam kepada kita. insyaAllah. :)

jom checklist amalan-amalan yang digalakkan untuk diperbanyakkan.. :)
  • berzikir kepada Allah
  • tilawah Al-Quran
  • solat-solat sunat
  • perbanyakkan infak dan sedekah
  • sembelih binatang korban
  • berpuasa
  • Qiyam
hari ini dah 6 Zulhijjah. beberapa hari lagi je tinggal.. jom kita rebut peluang keemasan ini..masih ada masa dan kesempatan..insyaAllah

mungkin di kalangan antum dah ada yang speed up denagn amalan antum, alhamdulillah..jom teruskan.
yang mana baru tahu, ada lagi masa..insyaAllah.
share-share la ilmu ni moga manfaatnya bukan untuk kita seorang  bahkan untuk insan lain. 

"sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat untuk orang lain" <teringat kata-kata ni daripada lecturer Biochem.. :)>




salam aidiladha daripada ana, untuk antum.
jom hayati erti pengorbanan yang sebenar kerana Allah ..kisah nabi Ibrahim (surah Al-Saffat: 102-111)


Allahu'alam.

0 comments:

Post a Comment