alhamdulillah. satu kalimat yang masih tak mampu menggambarkan betapa bersyukurnya hati pada situasi beberapa tahun lepas. peristiwa yang penuh pengajaran dalam mendidik jiwa manusia bertuhan.
1/4/2013
naqib usrah, amir firdaus tahun 6 kuliah perubatan kasr el-aini ajak kami anak usrah untuk masuk OT (operation theatre). nak rasa pengalaman jadi pelajar klinikal.
kami di sini selama 6 tahun setengah pengajian.
tahun pertama ke tahun ketiga sebagai pelajar pre-klinikal.
tahun keempat sampai habis 6 tahun setengah sebagai 'clinical year-students'.
beza klinikal dengan pre-klinikal tu, kalau pre-klinikal tak masuk dalam hospital lagi. belajar basic. dan tahun klinikal baru akan berhadapan dengan patient, history taking, examine patient, dan lain-lain.
jadi semua dah semangat nak masuk OT lah memandangkan kami anak usrah semuanya tahun 3. first time nak tengok pembedahan ni.
obstetrics and gynaecology
"kita nak masuk round ape ni bang?" tanya afiq atau mesra dengan panggilan boq.
"kita masuk obstetrics and gynecology la jom. tengok delivery (proses melahirkan anak) dalam labour room,"balas amir firdaus.
"gulp.."air liur ditelan spontan, refleks salah seorang rakan usrah yang agak terkejut.
"ana nak suruh antum tengok sendiri macam mana sakitnya ibu mengandung dan melahirkan antum. macam mana peritnya nak mengeluarkan antum bahkan dikatakan sakitnya ibu mengandung adalah sakit yang paling sakit dalam dunia."
"uh, pastu nak kene prepare apa-apa ke ni? baju scrub semua kitorang mana ada," tanya adham yang daripada tadi hanya berdiam diri.
"nanti beli baju scrub, beli crocs, sebab dalam labour room tu tak boleh pakai kasut bertali," amir firdaus membalas.
"owh, ok," jawab kami serentak.
dialog manusia bertuhan.
ditakdirkan pada 4hb 4 tu, kami berkumpul di kawasan universiti lepas kelas tepi masjid utama kampus. dalam 10 minit menunggu, mula kelihatan susuk tubuh amir firdaus dengan pakaian serba biru. segak dan kemas.
lalu kami berkumpul di bawah redup pokok berlindung daripada terik matahari. menjadi rutin dan biah di sini, apa-apa perjumpaan pasti akan dimulakan dengan bacaan ummul furqan al-fatihah.
lalu, dengan hemah beliau menyusun bicara. kata demi kata.
"sebenarnya ada something ana terlepas pandang. ana pon bile kawan ana tegur tadi sebelum ana keluar rumah baru ana perasan benda ni."
"owh, kenapa?"tanya dzul.
"antum baru tahun 3. dan antum tak belajar lagi OnG. jadi mungkin kat situ ada ketidaksesuaian. kalau antum masuk pon, antum tak belajar lagi, jadi seakan-akan takde keperluan untuk tengok benda tu. iye lah, bila masuk dalam tu tahu je lah. semua benda akan nampak dari A sampai Z. tapi kalau ana mungkin takpe, sebab kalau ana masuk, ada manfaat untuk ana ulang balik apa yang ana dah belajar masa round OnG dulu. tapi kalau antum? sedangkan banyak lagi benda-benda lain yang boleh kita tengok. thyroid surgery, angiography, aneurysm, dan banyak lagi benda. so, buat apa tengok benda yang kurang keperluan dan padanya terdapat mudharat."
"betul jugak kan," balas adha.
"tapi ana bagitahu betul la, kalau antum dah start masuk round OnG, tengok macam-macam, mase tu iman memang kene kuat. pening kot tengok bende tu banyak-banyak kali. kalau yang datang tu makcik-makcik maybe tak tergugat sangat, tapi kalau yang datang tu orang muda-muda, mahu tak gegar."
"gulp."
"last sekali ana nak stress kan satu point, bukan lah masuk dalam bidang ni membolehkan enta bebas buat apa saja. bila ada syariat, syariat akan pelihara. cuma beza sama ada antum nak ikut ke tak.
islam itu ada 2 bahagian, syariat dan tasawuf. mungkin syariat membolehkan antum tengok benda tu sebab antum bakal jadi doctor, tapi tasawuf datang melengkapi syariat yang ada menyebabkan ada batasan-batasan yang masih dijaga. contohnya dalam situasi ni, keharusan nak tengok tu walaupun nak belajar diharuskan bila antum dah masuk roung OnG nanti, supaya ada manfaat dan supaya niat kita untuk belajar tak bertukar jadi niat-niat yang tak elok. cuma bimbang kalau antum tak belajar apa-apa pon lagi, nak tengok tu macam takde keperluan."
"astaghfirullah. aduh. besar ujian jadi doktor ni kan," spontan keluar daripada mulut adham.
"yup. sebab tu pentingnya kita faham agama, supaya kemaslahatan pesakit dipelihara oleh orang yang betul-betul ikut jalan syariat. walaupun pada asalnya ana nak tunjuk supaya antum tengok sendiri macam mana sakitnya seorang perempuan melahirkan anak, nak suruh tahu payahnya dan sakitnya ibu melahirkan anak, tapi niat yang baik je tak membolehkan kita buat apa saje. niat tak menghalalkan cara. sebab tu kene ingat sentiasa. kita merupakan orang yang paling dipercayai bile balik malaysia nanti, lebih dipercayai daripada ustaz ustazah. bila diletakkan kepercayaan sebegitu tinggi, malanglah bagi yang mengkhianatinya mengikut nafsu membelakangkan syariat."

syukur satu kewajipan.
alhamdulillah, syukur Allah nak bagi peringatan.
dan pada 6hb 4, 2 hari selepas tu naqib ana bawak kami masuk ke general surgery department.
tengok doktor buat psuedoanuerysm, belah dekat trachea, dan yang paling tak boleh lupe tengok ada sorang makcik tu kene amputate kaki dia daripada paras paha. sebab gangrene.
sekelip mata, daripada ada kaki tup tup terus dah takde kaki.
sungguh pinjaman tuhan itu berhak diambil semula bila-bila masa.
"maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" -surah ar-rahman.
p/s: tup tup tahun ni dah tahun 5. pergh. nak rawat ciptaan Allah paling sempurna, takkan nak buat sambil lewa? gulp. jom siapkan diri!
**dialog disunting tanpa menghilangkan maksud sebenar lafaz asal.