Friday, November 23, 2012

MUHARRAM: PERMULAAN YANG AMAN




          Tanggal 1 muharram merupakan tarikh bersejarah dan penuh makna bagi umat islam.  Puncak dakwah Nabi saw yakni hijrah penduduk Makkah ke Madinah yang menjadi satu fasa perubahan kedudukan umat Islam ketika itu.  Disana bermula pelaksanaan syariah, penyebaran dakwah secara luas dan efektif, pembersihan jiwa-jiwa masyarakat, serta tertegaknya daulah Islamiah pertama. 


          Bulan Muharram juga diangkat sebagai salah satu dari empat bulan haram selain Zulkaedah, Zulhijjah dan Rejab. Dalam firman Allah SWT;
إِنَّعِدَّةَالشُّهُورِعِنْدَاللَّهِاثْنَاعَشَرَشَهْرًافِيكِتَابِاللَّهِيَوْمَخَلَقَالسَّمَوَاتِوَالْأَرْضَمِنْهَاأَرْبَعَةٌحُرُمٌ

“Sesungguhnya jumlah bulan di Kitabullah (Al Quran) itu ada dua belas bulan sejak Allah menciptakan langit dan bumi, empat di antaranya adalah bulan-bulan haram” 
(QS. At Taubah: 36)


          Perkataan Muharram bermaksud ‘dilarang’. Sebelum datangnya ajaran Islam, bulan Muharram sudah dikenal sebagai bulan suci dan dimuliakan oleh masyarakat jahiliyah. Pada bulan ini, mereka dilarang untuk melakukan hal-hal seperti peperangan dan sebarang bentuk persengketaan . Kemudian ketika Islam datang kemuliaan bulan haram ditetapkan dan dipertahankan sementara tradisi jahiliyah yang lain dihapuskan termasuk kesepakatan tidak berperang.


          Di antara hikmah dijadikan empat bulan haram di mana tiga bulan secara berturut-turut dan satu bulan lagi dengan menyendiri adalah bagi memberi ketenangan kepada umat Islam yang melaksanakan ibadah haji.  Zulkaedah merupakan satu bulan pertama sebelum bermulanya bulan haji. Seterusnya bulan Zulhijah pula umat Islam disibukkan dengan ibadah haji dan melaksanakan manasik. Kemudian dijadikan bulan yang seterusnya sebagai bulan haram, iaitu Muharam supaya mereka dapat kembali ke wilayah atau negara masing-masing yang saling berjauhan secara aman. Manakala Rejab yang berada di pertengahan tahun pula adalah supaya pada bulan tersebut umat Islam di sekitar Jazirah Arab dapat mengunjungi Kaabah dan melaksanakan umrah dengan aman. Ini adalah kerana dalam bulan-bulan haram, umat Islam diharamkan untuk berperang melainkan sekiranya umat Islam lebih dahulu diserang atau diperangi.




          Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri. Nabi saw menyatakan Muharam ialah bulan ALLAH, dan puasa yang paling afdal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam.  Puasa sunat pada hari ke-10 Muharram, atau dikenali sebagai Hari Asyura, antara amalan yang dituntut. Terdapat beberapa dalil mununjukkan amalan sunnah ini, antaranya:


1)      Allah menyelamatkan nabi Musa as dan Bani Israil dari kejaran Firaun pada 10 Muharram. Mereka memuliakannya dengan berpuasa. Kemudian Rasulullah saw menetapkan puasa pada tanggal 10 Muharram sebagai kesyukuran atas pertolongan Allah. Masyarakat Jahiliyah sebelumnya juga berpuasa. Puasa 10 Muharram yang tadinya hukumnya wajib, kemudian berubah menjadi sunnah setelah turun kewajiban puasa Ramadhan. Rasulullah saw bersabda:

عَنْابْنِعَبَّاسٍرَضِيَاللَّهُعَنْهُمَاأَنَّالنَّبِيَّصَلَّىاللَّهُعَلَيْهِوَسَلَّمَلَمَّاقَدِمَالْمَدِينَةَوَجَدَهُمْيَصُومُونَيَوْمًايَعْنِيعَاشُورَاءَفَقَالُواهَذَايَوْمٌعَظِيمٌوَهُوَيَوْمٌنَجَّىاللَّهُفِيهِمُوسَىوَأَغْرَقَآلَفِرْعَوْنَفَصَامَمُوسَىشُكْرًالِلَّهِفَقَالَأَنَاأَوْلَىبِمُوسَىمِنْهُمْفَصَامَهُوَأَمَرَبِصِيَامِهِ

Dari Ibnu Abbas ra, bahwa nabi saw ketika datang ke Madinah, mendapatkan orang Yahudi berpuasa satu hari, yaitu ‘Asyuraa (10 Muharram). Mereka berkata, “ Ini adalah hari yang agung yaitu hari Allah menyelamatkan Musa dan menenggelamkan keluarga Firaun. Maka Nabi Musa as berpuasa sebagai bukti syukur kepada Allah. Rasul saw berkata, “Saya lebih berhak mengikuti  Musa as. dari mereka.”  Maka beliau berpuasa dan memerintahkan (umatnya) untuk berpuasa.”
(HR Bukhari)

عَنْأَبِيهُرَيْرَةَرَضِيَاللَّهُعَنْهُقَالَقَالَرَسُولُاللَّهِصَلَّىاللَّهُعَلَيْهِوَسَلَّمَأَفْضَلُالصِّيَامِبَعْدَرَمَضَانَشَهْرُاللَّهِالْمُحَرَّمُوَأَفْضَلُالصَّلَاةِبَعْدَالْفَرِيضَةِصَلَاةُاللَّيْلِ
Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda, “Sebaik-baiknya puasa setelah Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah Muharram. Dan sebaik-baiknya ibadah setelah ibadah wajib adalah shalat malam.” 
(HR Muslim)


Diriwayatkan dari Abu Qatadah ra, Rasulullah saw, bersabda : 
“Aku berharap pada Allah dengan puasa Asyura ini dapat menghapus dosa selama setahun sebelumnya.”
(H.R. Bukhari dan Muslim) 


Ibnu Abbas ra berkata : 
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw, berupaya keras untuk puasa pada suatu hari melebihi yang lainnya kecuali pada hari ini, yaitu hari as Syura dan bulan Ramadhan.”
(H.R. Bukhari dan Muslim) 




Dalam riwayat lain, Ibnu Abbas ra berkata : 
Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari asyura dan memerintahkan kaum muslimin berpuasa, mereka (para shahabat) berkata : "Ya Rasulullah ini adalah hari yang diagungkan Yahudi dan Nasrani". Maka Rasulullah pun bersabda: "Jika tahun depan kita bertemu dengan bulan Muharram, kita akan berpuasa pada hari kesembilan (tanggal sembilan).“

(H.R. Bukhari dan Muslim)


          Imam Ahmad dalam musnadnya dan Ibnu Khuzaimah dalam shahihnya meriwayatkan sebuah hadis dari Ibnu Abbas ra, Rasulullah saw bersabda : "Puasalah pada hari Asyuro, dan berbedalah dengan Yahudi dalam masalah ini, berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya.“ 


         Walaupun ada kesamaan dalam ibadah, khususnya berpuasa, tetapi Rasulullah saw memerintahkan pada umatnya agar berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Yahudi, apatah lagi oleh orang-orang musyrik. Oleh kerana itu beberapa hadits menyarankan agar puasa hari ‘Asyura diikuti oleh puasa satu hari sebelum atau sesudah puasa hari ‘Asyura.


           Secara umum, puasa Muharram dapat dilakukan dengan beberapa pilihan. Pertama, berpuasa tiga hari, sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya, iaitu berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharram. Kedua, berpuasa pada hari itu dan satu hari sesudah atau sebelumnya, iaitu berpuasa pada: 9 dan 10, atau 10 dan 11. Ketiga,  puasa pada tanggal 10 sahaja.



2)      Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam as.


3)      Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris as telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.


4)      Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh as kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh as kerana 40 keluarga ini sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh as.


5)      Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.



6)      Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud as maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.


7)      Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.


8)      Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa as.


9)     Selain itu, 10 Muharam merupakan berakhirnya kekejaman Firaun. Allah telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 


10)  Allah telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun.





11)  Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman as pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda.


12)  Tragedi tragis kematian cucu Nabi Muhammad saw, Husain juga berlaku pada 10 Muharram. Peristiwa Karbala sehingga kini diingati, bahkan sekelompok umat meraikan upacara menyakiti dan memukul diri sendiri  sebagai tanda berduka atas tewasnya Saidina Husain. Namun begitu, Nabi Muhammad sangat melarang umatnya melakukan upacara duka kerana meninggalnya seseorang dengan cara seperti itu, kerana tindakan itu adalah warisan orang-orang pada zaman jahiliyah.


          Rasulullah bersabda, “Bukanlah termasuk umatku yang memukuli dadanya, merobek bajunya dan menangis seperti orang-orang pada zaman jahiliyah.”


           Oleh itu marilah kita bersama-sama menghayati sirah Rasulullah dan para nabi serta mengihya’kan tinggalan para anbiya’ agar kita digolongkan dalam golongan yang sentiasa mencari redha-Nya.








Sumber


2 comments: