SUBHANALLAH

Menikmati keindahan ciptaan Ilahi di Sharm El Sheikh

ALHAMDULILLAH

"seringkali kita melakukan dosa, bertaubatlah selagi bernyawa di dunia ini"

LAILAHAILLAH

"sollu alan Nabi Muhammad SAW"

ALLAHUAKBAR

"Merdeka pada hati jiwa itu lagi bermakna"

ASTAGHFIRULLAH

"Harimu adalah hari ini"

Friday, December 7, 2012

[BEFORE WE GOT MARRIED]

[SEBELUM AKU BERNIKAH]

Review dari penulisan buku 'Sebelum Aku Bernikah' oleh saudara Hilal Asyraf.

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.

Bagi yang telah memiliki buku ini, pastinya memahami apa yang penulis ingin sampaikan.
Bagi yang belum memiliki buku ini, boleh rujuk beberapa bab – bab awal buku ini di laman web





SATU KESEDARAN

 “Cinta itu apa?”
“Bagaimana patut bercinta?”
“Mengapa perlu mencari pasangan yang ciri-cirinya sedemikian?”
“Mengapa penting membentuk diri sebelum pernikahan?”
“Anak-anak nanti, perlu diacu bagaimana? Dan apa kaitannya dengan keadaan diri kita?”
“Apakah hubungan rumahtangga yang kita bina, dengan Islam dan ummat?”
Itu antara persoalan yang perlu difikirkan. Bagaimana kita menjawab persoalan – persoalan ini?
Fahamkah kita bahawa dari baitul muslim, akan lahir generasi seterusnya yang akan menyumbang kepada pembangunan ummah?

Setiap kita perlu ada kesedaran tentang kepentingan persediaan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
Bagaimana? Berbincang atau rujuklah mereka yang lebih berpengalaman seperti  ibu bapa, guru – guru, dan orang tua. Kata orang, حماسة الشباب في حكمة الشيوخ , semangat para pemuda berada pada kebijaksanaan orang – orang tua. Perlu bagi kita menimba pengalaman dari mereka yang lebih dahulu makan garam daripada kita.

MENDEFINISIKAN CINTA



Cinta yang buta adalah yang hanya dipandu perasaan.

Cinta yang celik adalah yang dipandu keimanan.

Matlamat cinta bukanlah semata-mata perkahwinan.

Matlamat cinta adalah rumah tangga yang dihiasi keredhaan Tuhan.

Kerana cinta yang sebenar adalah yang membawa ke syurga.
Jika benar cinta, berikan kepada diri kita masa,
dan persiapkan diri kita dengan perancangan.
Jadi, bagaimana kita mahu mendefinisikan cinta kita? Adakah dibaluti definisi cinta dunia?

PENYAKIT CINTA MASYARAKAT

Cinta = couple?

Cinta + Anak Muda = Tidak matang?

Salah faham dalam masyarakat hari ini tentang konsep cinta. Dari anak muda, ibu bapa, pengarah filem, pengaruh media barat dan penyakit – penyakit lain, kebanyakannya telah mengotorkan warna cinta yang sebenar. Maka, tidakkah kita ingin mengembalikan semula kesucian cinta itu? Atau mahukah kita terperangkap dalam kesamaran cinta yang salah itu?
Umur bukanlah kayu ukur kematangan.
Matang sebenar adalah dengan mengenal siapa Allah, jelas akan matlamat hidup, tahu tanggungjawab  dan melaksanakannya, serta berusaha memenuhi tuntutan sebagai hamba dan khalifah di muka bumi.

Kematangan adalah apa yang membuatkan kita mampu memimpin orang lain.
Kematangan adalah apa yang membuahkan rasa lapang dada, rasa bertolak ansur, rasa tenang kala berhadapan dengan masalah.
Kematangan adalah apa yang membuatkan kita belajar, mencari ilmu dengan bersungguh-sungguh, rasa kurang, rasa merendah diri, rasa ingin memperbaiki kesilapan dan sebagainya.
PEMBANGUNAN UMMAH

Diri adalah asas kepada rumahtangga, rumahtangga adalah asas kepada masyarakat,
masyarakat adalah asas kepada negara, dan negara adalah asas kepada dunia.
Banyak rumahtangga yang baik, maka semakin ampuhlah ummah.
Banyak rumahtangga yang tidak baik, maka semakin rapuhlah ummah.
Persoalannya, kita mahu menjadi yang mengampuhkan ummah, atau yang merapuhkannya?
Tanggungjawab membina ummah ada pada setiap kita. Pentingnya untuk kita membina peribadi, jiwa dan iman dalam memikul tanggungjawab ini. Bersediakah kita atau tidak?

IBU BAPA


Kita adalah bakal guru kepada anak – anak kita. Hakikatnya, itulah tanggungjawab kita dalam  pembinaan ummah.

Maka bagaimana kita boleh sibuk dan kemaruk dengan perasaan cinta yang ditafsirkan dunia?
Sepatutnya jika benar cinta, maka kita sibuk membina peribadi diri, kematangan, wawasan dan perancangan. Menjadi ibu bapa yang adil, contoh kepada anak – anak dan keluarga.
KONDISI ROHANI.
Bina peribadi dengan membina rohani.
Bersihkan hati dan jiwa. Kerana hati adalah raja manusia. Lakukanlah perkara yang halal dan jauhi perkara yang haram kerana ia mempengaruhi hati. Kenyangkan rohani kita dengan perkara - perkara kebaikan, supaya hati kita bercahaya dan dekat dengan Nya.

Jadikan Allah sebagai dasar kehidupan kita. Benci apa yang Dia benci. Suka apa yang Dia suka.
"… Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagimu. Dan Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al – Baqarah : 216) 
SEBUAH PELAYARAN

Alam rumah tangga ibarat satu pelayaran yang panjang. Sebagai nakhoda atau pengemudi kapal, perlu bagi kita melengkapkan ilmu dan menyediakan bekalan untuk mengharungi pelayaran dan menghadapi cabaran badai di lautan serta memastikan anak – anak kapal di bawah tanggungjawabnya terselamat hingga sampai menuju destinasi terakhir.
“Wahai orang yang beriman, jagalah diri kamu dan keluarga kamu, dari api neraka…” (At-Tahrim : 6)

Rumah tangga adalah satu kehidupan. Realiti yang akan dihadapi. Bersediakah kita? Mampukah kita bertahan? Bagaimanakah kita mempertahankannya?
Persiapan diri. Itulah bekalan kembara alam rumah tangga.
"dan berbekallah kamu, maka sesungguhnya sebaik – baik bekalan adalah taqwa." (Al - Baqarah : 197)
Maka sepatutnya, seorang yang ingin bercinta, mempersoalkan dirinya:
1 – Bagaimanakah hubungannya dengan Allah SWT? Apakah telah diusahakan agar meningkat ke satu tahap yang boleh dikatakan baik?
2 – Bagaimanakah kefahamannya akan Islam? Apakah telah diusahakan agar perkara-perkara asas seperti hal seperti ibadah, pengurusan hidup secara Islam, telah difahami?
3 – Bagaimanakah kawalan emosinya? Apakah telah diusahakan agar menjadi seorang yang paling kurang mampu berlapang dada, bersabar, dan bertolak ansur?
4 -  Bagaimanakah kemampuannya dalam kewangan? Apakah telah diusahakan agar menjadi seorang yang paling kurang mempunyai sumber kewangan dan mampu meneruskan kehidupan?
5 – Bagaimanakah perancangannya terhadap kehidupan? Apakah telah diusahakan agar punya cita-cita dan wawasan yang jelas bersama strateginya?
Dan sebagainya.



Segala apa yang baik itu dari Allah S.W.T dan segala apa yang kurang itu adalah kelemahan diri ini. Akhir kalam, mohon maaf jika ada sebarang kekurangan dalam post ini.
Wassalam.

# tulisan yang di HIGHLIGHT adalah petikan dari penulisan Sebelum Aku Bernikah oleh Hilal Asyraf.

Friday, November 23, 2012

MUHARRAM: PERMULAAN YANG AMAN




          Tanggal 1 muharram merupakan tarikh bersejarah dan penuh makna bagi umat islam.  Puncak dakwah Nabi saw yakni hijrah penduduk Makkah ke Madinah yang menjadi satu fasa perubahan kedudukan umat Islam ketika itu.  Disana bermula pelaksanaan syariah, penyebaran dakwah secara luas dan efektif, pembersihan jiwa-jiwa masyarakat, serta tertegaknya daulah Islamiah pertama. 


          Bulan Muharram juga diangkat sebagai salah satu dari empat bulan haram selain Zulkaedah, Zulhijjah dan Rejab. Dalam firman Allah SWT;
إِنَّعِدَّةَالشُّهُورِعِنْدَاللَّهِاثْنَاعَشَرَشَهْرًافِيكِتَابِاللَّهِيَوْمَخَلَقَالسَّمَوَاتِوَالْأَرْضَمِنْهَاأَرْبَعَةٌحُرُمٌ

“Sesungguhnya jumlah bulan di Kitabullah (Al Quran) itu ada dua belas bulan sejak Allah menciptakan langit dan bumi, empat di antaranya adalah bulan-bulan haram” 
(QS. At Taubah: 36)


          Perkataan Muharram bermaksud ‘dilarang’. Sebelum datangnya ajaran Islam, bulan Muharram sudah dikenal sebagai bulan suci dan dimuliakan oleh masyarakat jahiliyah. Pada bulan ini, mereka dilarang untuk melakukan hal-hal seperti peperangan dan sebarang bentuk persengketaan . Kemudian ketika Islam datang kemuliaan bulan haram ditetapkan dan dipertahankan sementara tradisi jahiliyah yang lain dihapuskan termasuk kesepakatan tidak berperang.


          Di antara hikmah dijadikan empat bulan haram di mana tiga bulan secara berturut-turut dan satu bulan lagi dengan menyendiri adalah bagi memberi ketenangan kepada umat Islam yang melaksanakan ibadah haji.  Zulkaedah merupakan satu bulan pertama sebelum bermulanya bulan haji. Seterusnya bulan Zulhijah pula umat Islam disibukkan dengan ibadah haji dan melaksanakan manasik. Kemudian dijadikan bulan yang seterusnya sebagai bulan haram, iaitu Muharam supaya mereka dapat kembali ke wilayah atau negara masing-masing yang saling berjauhan secara aman. Manakala Rejab yang berada di pertengahan tahun pula adalah supaya pada bulan tersebut umat Islam di sekitar Jazirah Arab dapat mengunjungi Kaabah dan melaksanakan umrah dengan aman. Ini adalah kerana dalam bulan-bulan haram, umat Islam diharamkan untuk berperang melainkan sekiranya umat Islam lebih dahulu diserang atau diperangi.




          Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri. Nabi saw menyatakan Muharam ialah bulan ALLAH, dan puasa yang paling afdal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam.  Puasa sunat pada hari ke-10 Muharram, atau dikenali sebagai Hari Asyura, antara amalan yang dituntut. Terdapat beberapa dalil mununjukkan amalan sunnah ini, antaranya:


1)      Allah menyelamatkan nabi Musa as dan Bani Israil dari kejaran Firaun pada 10 Muharram. Mereka memuliakannya dengan berpuasa. Kemudian Rasulullah saw menetapkan puasa pada tanggal 10 Muharram sebagai kesyukuran atas pertolongan Allah. Masyarakat Jahiliyah sebelumnya juga berpuasa. Puasa 10 Muharram yang tadinya hukumnya wajib, kemudian berubah menjadi sunnah setelah turun kewajiban puasa Ramadhan. Rasulullah saw bersabda:

عَنْابْنِعَبَّاسٍرَضِيَاللَّهُعَنْهُمَاأَنَّالنَّبِيَّصَلَّىاللَّهُعَلَيْهِوَسَلَّمَلَمَّاقَدِمَالْمَدِينَةَوَجَدَهُمْيَصُومُونَيَوْمًايَعْنِيعَاشُورَاءَفَقَالُواهَذَايَوْمٌعَظِيمٌوَهُوَيَوْمٌنَجَّىاللَّهُفِيهِمُوسَىوَأَغْرَقَآلَفِرْعَوْنَفَصَامَمُوسَىشُكْرًالِلَّهِفَقَالَأَنَاأَوْلَىبِمُوسَىمِنْهُمْفَصَامَهُوَأَمَرَبِصِيَامِهِ

Dari Ibnu Abbas ra, bahwa nabi saw ketika datang ke Madinah, mendapatkan orang Yahudi berpuasa satu hari, yaitu ‘Asyuraa (10 Muharram). Mereka berkata, “ Ini adalah hari yang agung yaitu hari Allah menyelamatkan Musa dan menenggelamkan keluarga Firaun. Maka Nabi Musa as berpuasa sebagai bukti syukur kepada Allah. Rasul saw berkata, “Saya lebih berhak mengikuti  Musa as. dari mereka.”  Maka beliau berpuasa dan memerintahkan (umatnya) untuk berpuasa.”
(HR Bukhari)

عَنْأَبِيهُرَيْرَةَرَضِيَاللَّهُعَنْهُقَالَقَالَرَسُولُاللَّهِصَلَّىاللَّهُعَلَيْهِوَسَلَّمَأَفْضَلُالصِّيَامِبَعْدَرَمَضَانَشَهْرُاللَّهِالْمُحَرَّمُوَأَفْضَلُالصَّلَاةِبَعْدَالْفَرِيضَةِصَلَاةُاللَّيْلِ
Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda, “Sebaik-baiknya puasa setelah Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah Muharram. Dan sebaik-baiknya ibadah setelah ibadah wajib adalah shalat malam.” 
(HR Muslim)


Diriwayatkan dari Abu Qatadah ra, Rasulullah saw, bersabda : 
“Aku berharap pada Allah dengan puasa Asyura ini dapat menghapus dosa selama setahun sebelumnya.”
(H.R. Bukhari dan Muslim) 


Ibnu Abbas ra berkata : 
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw, berupaya keras untuk puasa pada suatu hari melebihi yang lainnya kecuali pada hari ini, yaitu hari as Syura dan bulan Ramadhan.”
(H.R. Bukhari dan Muslim) 




Dalam riwayat lain, Ibnu Abbas ra berkata : 
Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari asyura dan memerintahkan kaum muslimin berpuasa, mereka (para shahabat) berkata : "Ya Rasulullah ini adalah hari yang diagungkan Yahudi dan Nasrani". Maka Rasulullah pun bersabda: "Jika tahun depan kita bertemu dengan bulan Muharram, kita akan berpuasa pada hari kesembilan (tanggal sembilan).“

(H.R. Bukhari dan Muslim)


          Imam Ahmad dalam musnadnya dan Ibnu Khuzaimah dalam shahihnya meriwayatkan sebuah hadis dari Ibnu Abbas ra, Rasulullah saw bersabda : "Puasalah pada hari Asyuro, dan berbedalah dengan Yahudi dalam masalah ini, berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya.“ 


         Walaupun ada kesamaan dalam ibadah, khususnya berpuasa, tetapi Rasulullah saw memerintahkan pada umatnya agar berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Yahudi, apatah lagi oleh orang-orang musyrik. Oleh kerana itu beberapa hadits menyarankan agar puasa hari ‘Asyura diikuti oleh puasa satu hari sebelum atau sesudah puasa hari ‘Asyura.


           Secara umum, puasa Muharram dapat dilakukan dengan beberapa pilihan. Pertama, berpuasa tiga hari, sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya, iaitu berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharram. Kedua, berpuasa pada hari itu dan satu hari sesudah atau sebelumnya, iaitu berpuasa pada: 9 dan 10, atau 10 dan 11. Ketiga,  puasa pada tanggal 10 sahaja.



2)      Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam as.


3)      Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris as telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.


4)      Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh as kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh as kerana 40 keluarga ini sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh as.


5)      Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.



6)      Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud as maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.


7)      Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.


8)      Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa as.


9)     Selain itu, 10 Muharam merupakan berakhirnya kekejaman Firaun. Allah telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 


10)  Allah telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun.





11)  Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman as pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda.


12)  Tragedi tragis kematian cucu Nabi Muhammad saw, Husain juga berlaku pada 10 Muharram. Peristiwa Karbala sehingga kini diingati, bahkan sekelompok umat meraikan upacara menyakiti dan memukul diri sendiri  sebagai tanda berduka atas tewasnya Saidina Husain. Namun begitu, Nabi Muhammad sangat melarang umatnya melakukan upacara duka kerana meninggalnya seseorang dengan cara seperti itu, kerana tindakan itu adalah warisan orang-orang pada zaman jahiliyah.


          Rasulullah bersabda, “Bukanlah termasuk umatku yang memukuli dadanya, merobek bajunya dan menangis seperti orang-orang pada zaman jahiliyah.”


           Oleh itu marilah kita bersama-sama menghayati sirah Rasulullah dan para nabi serta mengihya’kan tinggalan para anbiya’ agar kita digolongkan dalam golongan yang sentiasa mencari redha-Nya.








Sumber


Tuesday, November 20, 2012

Aku Terima Nikahnya...

Assalamualaikum w.b.t…

Salam Perjuangan, Salam Mujahadah...

 Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran di rafa’kan ke hadrat Allah SWT atas limpah dan rahmatnya, kita masih lagi diberi kesempatan berada dlm nikmat iman dan Islam. Tidak lupa juga, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat serta penerus pejuangan baginda dalam membawa risalah Islam hingga hari kiamat...

Di sini aku ingin bawakan satu kisah... Suatu hari, aku berbual-bual bersama seorang rakan merangkap murabbiku tetang kawan-kawan batch yang dah pun selamat mendirikan rumah tangga, tidak kurang yang bakal... Ehem2.. Tergerak pula di hati ini untuk bertanya “kau bila lagi, Shah??”. “Erm, sebenarnya, aku cakap ni, kau jgn bgtau org lain tau, aku dah bernikah laa.” Luas jgak mulut aku ternganga. “Eh, bila plak?? Kau biar betul??”  “betul, siyes aku x tipu.”  “MasyaAllah, smpai hati x bgtau an?? Rahsia sgt ke?? Klu boleh aku tau, dgn sape??” Shah t’senyum kepadaku, “dengan....     Perjuangan Islam”

hatiku terjentik dengan kata2 Shah...

Untuk pencerahan, ni bukan kisah jiwang2, cinta2 kawen2... amboi.. Nampak je ayat2 kahwin, ayat2 cinta, laju je kan korang...


Cerita yang di atas ada kesinambungannya dgn satu lg peristiwa yang berlaku kepada aku hari yang sama jgak... dalam perjalanan pulang dari kuliah, dalam bas aku duduk sebelah seorang Pak Cik ni, tetibe dia tanya kat aku satu drama melayu yang tengah hangat mmain kat tv skrg ni, aku pun apa lagi, cerita laa dgn penuh smgt... habis bercerita pak cik tadi senyap dan tersenyum, kemudian bertanya ”boleh x kamu jelaskan dengan detail, sbgmana kamu bercerita td, tentang sirah hidup Rasul kita, Nabi Muhammad s.a.w?? tak pun, tokoh-tokoh Islam, Salahuddin al-Ayubi, Sultan Muhammad al-Fateh, kamu hadam x kisah-kisah mereka spt kamu hadam drama tu??”

Erk... ni bukan terjentik dah... rasa cam hati aku kene cucuk2 dengan anak2 panah...

Suka untuk aku lontarkan kepada korang semua dan juga diri aku lebih2 lagi... kita tengah buat apa ya skrang?? Tidur kaa?? Baik, skarang, setiap saat, setiap detik, kerja amal yang kita buat adakah menyumbang kepada tertegaknya agama Islam di muka bumi ini??... dan juga sekrang, buka mata kita semua luas2... cer tengok sekeliling kita, apa yang telah kita hilang?? Dan ape yang berlaku??

Kita dah khilangan.... KHILAFAH ISLAMIAH, kwn2... lagi dua bulan nak masuk 89 tahun umat Islam kehilangan Khilafah Islamiah... dan skrang kita bole tgok saudara seakidah kita di Rohingya disembelih, juga di Syria yang masih lagi diganyang oleh pemerintah kejam mereka, rakyat Palestin daripada dahulu sampai kini masih dibelenggu konflik dan yang terbaru, Ahmed Al-Jaabari, Ketua Panglima Briged Izzuddin Al-Qassam, sebuah sayap tentera HAMAS, terkorban syahid dalam serangan Israel pada hari yang sama umat Islam menyambut Awal Tahun Baru. Maruah umat Islam seolah2 diinjak-injak..

Sampai bila kawan-kawan kita nak terus terleka, kita nak terus berdiam diri tanpa melakukan apa2?? “habis nak buat apa?? Pergi berjihad di Palestin, berjihad kat Syria??”

“TEGAKKANLAH ISLAM DLM DIRI KAMU, NESCAYA ISLAM AKAN TERTEGAK DI BUMI KAMU” nak berjihad?? Tafadhol.. aku x larang.. sebaliknya, itulah yang sebaiknya, tp, mcm mana pula dengan amanah yang tergalas di bahu kita semua?? Saban hari terus memberat dan memberat... cer kita teropong negara tercinta kita, Malaysia... Sape yang nak baiki masalah sahsiah anak2 muda negara kita klu bukan kita?? Sape yang nak dakwah Islam kpd masyarakat di negara kita, klu bukan kita?? Sape yang nak bawa biah Islamiah ke dlm masyarakat kita, klu bukan kita, kwn2??

Sedarlah kwn2, semua itu adalah tanggungjawab kita semua..

 من قال لا اله الا الله فهو داعي

Bermula dengan diri sendiri:

Jujur saya katakan saya sedang membaiki diri saya untuk berubah, tapi, saya xnak berubah sorang, saya nak kita, kwn2 semua berubah juga... klu rasa tangan tu gatal je nak pi bukak cerita korea, ingat balik, apa kita nak jawab kat Allah klu ditanya, dgn apa kita habiskan waktu kita, kwn2??

Satu kisah benar, seorang kanak2 Palestin lambat 5 minit ke sekolah, menangis, bila ditanya kenpa menangis?? Kanak2 itu menjawab “boleh jadi 5 minit telah saya sia2kan tu digunakan Israel untuk merancang serangan kepada kami, rakyat Palestin.” MasyaAllah... klu mereka yang masih kecil ada kesedaran, kenapa kita tidak??

Bukankah lebih baik kita isikan masa kita dgn membaca kisah2 sirah Rasulullah dan para sahabat. Dan manakah yang kwn2 pilih, di pdg mahsyar nanti, bersama dengan Rasulullah dan para Sahabat ke, bersama pelakon2 korea. Na’uzubillahi min zalik.. Lontarkan  pula kepada diri masing2, sudah lengkapkah muwasafat tarbiah dalam diri kita??

Bait Muslim

Apakah jawatan yang telah kita pegang sekrang?? Ketua Batch, Biro Akademik Batch, Ajk MAGEN, Ajk ‘WOW’, dll lagi..

X kisahlah yang di atas, tp, jwtn-jwtn yang telah lama kita galas, selalu je kita lupa... kita adalah Hamba Allah, Daie serta Khalifah di muka bumi ini.. daie di sini bermaksud, daie kpd ahli beit kita, kwn2 yang rapat dengan kita bahkan keluarga kita di Malaysia... kita yang fahamlah perlu mamahamkan mereka...

Bagaimana dengan solat berjemaah di rumah?? Rumah kita di Malaysia?? Kepada keluarga yang dah ada kefahaman Islam, Alhamdulillah.. kepada mereka yang keluarganya kurang faham, sanggup x kwn2 yang membawa biah solehah ke dalam rumah kwn2?? Biarla mak nak ckp kita kena sampuk ke apa ke.. asalkan kita jalankan amar ma’ruf, nahi mungkar.. tidaklah kita dakwah kpd org lain, tp, keluarga kta, kita tingglkan...

Medan Dakwah Medan Juang Kita

Seterusnya, apa pula cita-cita kita ya?? Dah ambil medic, mestilah duktor/ah kan?? Ahah!! Why dun kita edit sikit kat belakang dengan perkatan ‘daie’ (=duktor/ah daie).. Inilah jwtn kita yang telah di’sub’kan di bawah jawatan ‘khalifah’ kita tadi.. kitalah yang bertanggungjawab untuk menjalankan ‘dakwah Islamiah’ kpd masyarakat kita, untuk kita lihat Islam kembali tertegak di muka bumi ini.. tanamkan dalam hati kita, kwn2 batch kita yang lain, senior2 dan adik2 kita, ‘patient’ kita nanti, org2 sekeliling kita, masyarakat kita di Malaysia adalah mad’u kita..

Jadi, untuk berhdpan dgn mad’u kita, kita kenalah ubah diri kita terlebih dhulu, lengkapkan diri kita dahulu.. Dengan apa?? Dengan qudwah hasanah, contoh kpd org lain, tidak kurang juga dengan ilmu serta pengetahuan... Arkan Dakwah ada 4: Daie, Mad’u, Uslub dan Manhaj.. kita nak memberi, jadi perlukan ilmu..

“KITA BUKAN YANG MEMULAKAN PERJUANGAN ISLAM, DAN KITA JUGA BUKAN YANG MENGAKHIRKAN, TP, KITA ADALAH RANTAI2 DALAM PERJUANGAN INI.” Kwn2, jika kita tidak terlibat dalam perjuangan Islam, Allah dan Islam tidak akan pernah rugi, bahkan kitalah yang rugi.. janji Allah itu benar, Islam akan menang suatu hari nanti, walaupun kita tidak berada dalam perjuangan ini..

Akhir kalam, semoga perkongsian yang terbit dari hati ini, sampai juga ke dalam hati kwn2 semua, semoga dapat menjentik hati2 korang... semua cerita di atas tiada kaitannya dengan yang hidup mahupun yang telah tiada.. tapi, semoga Allah jadikan kita semua dapat memegang watak2 pejuang dalam Jalan Juang IslamNya.. Jom sama2 bernikah/berkahwin dengan PERJUANGAN ISLAM.. insyaAllah.. Amin..