Review dari penulisan buku 'Sebelum Aku Bernikah' oleh saudara Hilal Asyraf.
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.
Bagi yang telah memiliki buku ini, pastinya memahami apa yang penulis
ingin sampaikan.
Bagi yang belum memiliki buku ini, boleh rujuk beberapa bab –
bab awal buku ini di laman web
“Cinta itu apa?”
“Bagaimana
patut bercinta?”
“Mengapa
perlu mencari pasangan yang ciri-cirinya sedemikian?”
“Mengapa
penting membentuk diri sebelum pernikahan?”
“Anak-anak
nanti, perlu diacu bagaimana? Dan apa kaitannya dengan keadaan diri kita?”
“Apakah
hubungan rumahtangga yang kita bina, dengan Islam dan ummat?”
Itu antara persoalan yang perlu difikirkan. Bagaimana kita menjawab
persoalan – persoalan ini?
Fahamkah kita bahawa dari baitul muslim, akan lahir generasi seterusnya
yang akan menyumbang kepada pembangunan ummah?
Setiap kita perlu ada kesedaran tentang kepentingan persediaan sebelum
melangkah ke alam perkahwinan.
Bagaimana? Berbincang atau rujuklah mereka yang lebih berpengalaman
seperti ibu bapa, guru – guru, dan orang
tua. Kata orang, حماسة الشباب في حكمة الشيوخ , semangat para pemuda berada pada kebijaksanaan orang – orang
tua. Perlu bagi kita menimba pengalaman dari mereka yang lebih dahulu makan
garam daripada kita.
MENDEFINISIKAN
CINTA
Cinta
yang buta adalah yang hanya dipandu perasaan.
Cinta
yang celik adalah yang dipandu keimanan.
Matlamat
cinta bukanlah semata-mata perkahwinan.
Matlamat
cinta adalah rumah tangga yang dihiasi keredhaan Tuhan.
Kerana
cinta yang sebenar adalah yang membawa ke syurga.
Jika
benar cinta, berikan kepada diri kita masa,
dan
persiapkan diri kita dengan perancangan.
Jadi,
bagaimana kita mahu mendefinisikan cinta kita? Adakah dibaluti definisi cinta
dunia?
PENYAKIT CINTA MASYARAKAT
Cinta
= couple?
Cinta + Anak Muda = Tidak matang?
Salah
faham dalam masyarakat hari ini tentang konsep cinta. Dari anak muda, ibu bapa,
pengarah filem, pengaruh media barat dan penyakit – penyakit lain, kebanyakannya
telah mengotorkan warna cinta yang sebenar. Maka, tidakkah kita ingin
mengembalikan semula kesucian cinta itu? Atau mahukah kita terperangkap dalam
kesamaran cinta yang salah itu?
Umur
bukanlah kayu ukur kematangan.
Matang
sebenar adalah dengan mengenal siapa Allah, jelas akan matlamat hidup, tahu
tanggungjawab dan melaksanakannya, serta
berusaha memenuhi tuntutan sebagai hamba dan khalifah di muka bumi.
Kematangan
adalah apa yang membuatkan kita mampu memimpin orang lain.
Kematangan
adalah apa yang membuahkan rasa lapang dada, rasa bertolak ansur, rasa tenang
kala berhadapan dengan masalah.
Kematangan
adalah apa yang membuatkan kita belajar, mencari ilmu dengan
bersungguh-sungguh, rasa kurang, rasa merendah diri, rasa ingin memperbaiki
kesilapan dan sebagainya.
PEMBANGUNAN UMMAH
Diri
adalah asas kepada rumahtangga, rumahtangga adalah asas kepada masyarakat,
masyarakat
adalah asas kepada negara, dan negara adalah asas kepada dunia.
Banyak
rumahtangga yang baik, maka semakin ampuhlah ummah.
Banyak
rumahtangga yang tidak baik, maka semakin rapuhlah ummah.
Persoalannya,
kita mahu menjadi yang mengampuhkan ummah, atau yang
merapuhkannya?
Tanggungjawab
membina ummah ada pada setiap kita. Pentingnya
untuk kita membina peribadi, jiwa dan iman dalam memikul tanggungjawab ini. Bersediakah
kita atau tidak?
IBU
BAPA
Kita
adalah bakal guru kepada anak – anak kita. Hakikatnya, itulah tanggungjawab
kita dalam pembinaan ummah.
Maka
bagaimana kita boleh sibuk dan kemaruk dengan perasaan cinta yang ditafsirkan
dunia?
Sepatutnya
jika benar cinta, maka kita sibuk membina peribadi diri, kematangan, wawasan
dan perancangan. Menjadi ibu bapa yang adil, contoh kepada anak – anak dan
keluarga.
KONDISI
ROHANI.
Bina
peribadi dengan membina rohani.
Bersihkan hati dan jiwa. Kerana hati adalah raja manusia. Lakukanlah perkara yang halal dan jauhi perkara yang haram kerana ia mempengaruhi hati. Kenyangkan rohani kita dengan perkara - perkara kebaikan, supaya hati kita bercahaya dan dekat dengan Nya.
Jadikan
Allah sebagai dasar kehidupan kita. Benci apa yang Dia benci. Suka apa yang Dia
suka.
"…
Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Dan boleh
jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagimu. Dan Allah Maha
Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al – Baqarah : 216)
SEBUAH PELAYARAN
Alam rumah tangga ibarat satu pelayaran yang panjang. Sebagai nakhoda atau pengemudi kapal, perlu bagi kita melengkapkan ilmu dan menyediakan bekalan untuk mengharungi pelayaran dan menghadapi cabaran badai di lautan serta memastikan anak – anak kapal di bawah tanggungjawabnya terselamat hingga sampai menuju destinasi terakhir.
“Wahai orang yang beriman, jagalah diri kamu dan keluarga kamu, dari api neraka…” (At-Tahrim : 6)
Rumah
tangga adalah satu kehidupan. Realiti yang akan dihadapi. Bersediakah kita?
Mampukah kita bertahan? Bagaimanakah kita mempertahankannya?
Persiapan
diri. Itulah bekalan kembara alam rumah tangga.
"dan
berbekallah kamu, maka sesungguhnya sebaik – baik bekalan adalah taqwa." (Al - Baqarah : 197)
Maka
sepatutnya, seorang yang ingin bercinta, mempersoalkan dirinya:
1
– Bagaimanakah hubungannya dengan Allah SWT? Apakah telah diusahakan agar
meningkat ke satu tahap yang boleh dikatakan baik?
2
– Bagaimanakah kefahamannya akan Islam? Apakah telah diusahakan agar
perkara-perkara asas seperti hal seperti ibadah, pengurusan hidup secara Islam,
telah difahami?
3
– Bagaimanakah kawalan emosinya? Apakah telah diusahakan agar menjadi seorang
yang paling kurang mampu berlapang dada, bersabar, dan bertolak ansur?
4
- Bagaimanakah kemampuannya dalam kewangan? Apakah telah diusahakan agar
menjadi seorang yang paling kurang mempunyai sumber kewangan dan mampu
meneruskan kehidupan?
5
– Bagaimanakah perancangannya terhadap kehidupan? Apakah telah diusahakan agar
punya cita-cita dan wawasan yang jelas bersama strateginya?
Dan
sebagainya.
Segala apa yang baik itu dari Allah S.W.T dan segala apa yang kurang itu adalah kelemahan diri ini. Akhir kalam, mohon maaf jika ada sebarang kekurangan dalam post ini.
Wassalam.
# tulisan yang di HIGHLIGHT adalah petikan dari penulisan Sebelum Aku Bernikah oleh Hilal Asyraf.
0 comments:
Post a Comment