Assalamualaikum pembuka bicara agar
berkat ke akhir kalam
Insyallah
Kita sering merasakan..
Diri kita sudah cukup baik.
Sudah cukup sempurna..
"perfect"..
Semua benda betul.
Benarkah "rasa-rasa" ini?
oh, tidak..
Mana ada manusia yang sempurna di bumi ini..
tak ada yang sempurna melainkan Nabi Muhammad S.A.W.,
Rasul contoh buat umat manusia.
Mana boleh kita merasakan kita sudah cukup baik,
sedangkan manusia itu tidak pernah terlepas dari dosa.
Kita mengatakan
"orang jahat yang perlu
berhijrah menjadi baik..
Kita orang baik, apa perlu berhijrah lagi?"
Pandangan itu sangat-sangatlah salah.
Kalau benar kamu sudah baik,
buktikan yang kamu tidak pernah terlepas
dari melakukan dosa!
boleh atau tidak?
oh, mana boleh..
mana boleh kamu berasa selesa..
kamu rasa selesa dengan diri kamu?
Perasaan selesa itulah sebenarnya yang akan
menghakis "baik"nya kamu..
percayalah.
MANUSIA AKAN SALING MENYALAHKAN
Allah berfirman, “Masuklah kamu ke dalam api neraka bersama golongan jin dan manusia yang telah lebih dahulu masuk dari kamu. Setiap kali satu umat masuk, dia melaknat saudaranya, sehingga apabila mereka telah masuk semuanya, berkatalah orang yang (masuk) belakangan kepada orang yang (masuk) terlebih dahulu, “Ya Tuhan kami, mereka telah menyesatkan kami. Datangkanlah siksaan api neraka yang berlipat ganda kepada mereka”, Allah berfirman “masing-masing mendapatkan (siksaan) yabg berlipat ganda, tetapi kamu tidak mengetahui” 39. Dan orang-orang yang terlebih dahulu (masuk) berkata kepada orang-orang yang (mausk) kemudian, “kamu tidak mempunyai kelebihan sedikitpun ke atas kami. Maka rasakanlah azab itu kerana perbuatan yang telah kamu lakukan,” (Al-A’raf7:38-39)
TUGAS NABI-NABI SUDAH SELESAI
Sungguh, kami telah mengutusmu (Muhammad) dengan kebenaran, sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Dan engkau tidak akan diminta (dipertanggungjawabkan) tentang penghuni-penghuni neraka (Al-Baqarah2:119)
165. Rasul-rasul itu adalah sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, agar tidak ada alasan bagi manusia untuk membantah Allah setelah rasul-rasul itu diutus. Allah Mahaperkasa, Mahabijiksana. (An-Nisa’4:165)
TUJUAN HIDUP SEORANG MANUSIA
1. ABID
Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada tujuan) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? (Al-Mu’minun23:115)
56. Tidak Aku (Allah) menjadikan jin dan manusia selain untuk berIBADAH kepada-Ku (Az-Zariyat51:56)
161. Katakanlah (Muhammad), “sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana ALLAH, Tuhan sekalian alam. 162. Tidak ada sekutu bagiNya; dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama berserah diri (muslim) (Al-An’am6:162-162)
2. KHALIFAH
Dan berkatalah TuhanMu kepada para Malaikat, “Sesungguhnya Aku ingin menjadikan di bumi KHALIFAH” Mereka (malaikat) berkata: “Adakah Engkau ingin menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana? Sedangkan kami sentiasa bertasbih dan dan memujiMU dan menyucikan namaMU?”, Berfirman (Allah): “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui” (Al-Baqarah2:30)
Dan Dialah (Allah) yang menjadikan kamu KHALIFAH-KHALIFAH di bumi dan mengangkat (darjat) sebahagian kamu atas sebahagian yang lain, untuk mengujimu atas (kurnia) yang diberikanNya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat member hukuman dan sugguh, Dia maha pengampun maha penyayang (Al-An’am165)
TUGAS KHALIFAH
sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu kerana mereka khuatir tidak dapat melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sungguh manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh. (Al-Ahzab33:72)
135.Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah walaupun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibu bapa atau kaum kerabatmu. Jika dia (yang terdakwa) kaya atau miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya (kebaikannya). Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutarbelitkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka ketahuilah Allah maha teliti terhadap segala apa yang kamu kerjakan. (An-Nisa’4:135)
Wahai anakku! Laksanakanlah Solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang ma’ruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah dengan apa yang menimpamu, dan sesungguhnya yang demikian itu termasuk (dalam) pekara yang penting. (Luqman31:17)
Dan hendaklah diantara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. 105. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih setelah sampai kepada mereka keterangan yang jelas. Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat azab yang berat. (Ali-‘Imran3:104-105)
Dan sungguh, inilah jalanKu yang lurus. Maka ikutilah! Jangan kamu ikuti jalan-jalan (yang lain) yang akan mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya demikianlah Dia memerintahkan kepadamu agar kamu bertaqwa. (Al-An’am6:153)
.Katakanlah (Muhammad) “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku, mengajak kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik” (Yusuf12:108)
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyeru kepada ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namu kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik (Ali-‘Imran3:110)
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang sabar. (Ali-‘Imran3:142)
KEEP ON SMILING EVERYONE
:)