salam anatomi,
sekadar pencerahan untuk yang masih kelam,teraba-raba dalam siang berkenaan gambar di atas:
Jabatan Kecemerlangan Akademik di bawah Biro Akademik PERUBATAN Sesi 2012/2013 telah membuat unjuran target untuk peperiksaan akhir tahun batch GenX berdasarkan keputusan dan analisis peperiksaan pertengahan tahun.
Namun, ini sekadar target berdasarkan sejarah kita.
Jadi, di sini saya menyeru semua warga GenX untuk mencipta sejarah yang hebat, bukan sekadar bangga dengan sejarah kejayaan, dan bukan pula bersedih dengan sejarah kegagalan.
people are talking about history, but we are making the history.
Persetankan suara-suara sumbang mereka, merendahkan kita semahu mereka, kerana kita ada Yang Esa, penilai segenap usaha, penentu segala-gala.
Sejarah membuktikan, kita pernah menjadi antara yang terhebat. SPM cukup sebagai bukti. Maka ulangi sejarah yang sama, kerana sejarah itu tidak tercatat dengan sendiri, melainkan kita yang mencoretnya.
Bukanlah saya orang yang terbaik untuk menukilkan kata-kata, cuma berusaha memberikan semampu saya. Saya yakin anda juga sama. Jika cuma yang layak akan bersuara, nescaya sunyi dunia dari peringatan bersama.
saya petik kata-kata saifulislam.com:
menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU agar bergerak ke arah MAMPU.
study smart, study hard.
aim for the sky, even if you miss you will land among the stars.
kawan saya ada kata:
"kalau dah target mumtaz,takkan la dapat maqbul. paling teruk pon jayyid.
tapi kalau dah target pon jayyid,tu yang kadang-kadang boleh dapat rasib tu."
betul ke apa dia kata tu?
entah.anda nilai sendiri.
moh struggle yok!
gud luck.. ^_^
ReplyDeletep/s: hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.. ^_^
a1h55p8k57 a2t25h7y39 g5p92g5z60 a6k49x6a59 j6y97c1p54 r7x32s8k74
ReplyDeletem3s26t2c80 j2g01q8u25 f8q86k3j86 c8j92o1s13 u5l26a3q30 t8t07h2a27
ReplyDelete