TEROKA #2
TEROKA merupakan bulatan
pencinta-pencinta buku yang ingin meneroka jalur-jalur pemikiran
berbeza yang tersembunyi di balik helaian buku. Di dalam mencapai
hadaf itu, peneroka-peneroka akan membacakan puisi, berdiskusi
dan berkongsi pengalaman sesama sendiri. Pada hujung hari,
masing-masing akan mendirikan resolusi masing-masing ; bersetuju atau
tidak bersetuju, atau bersetuju untuk tidak bersetuju. Dan di TEROKA,
semuanya berkongsikan candu yang satu ; buku.
MAKLUMAT :
Tarikh : Selasa, 18 September 2012
Pukul : 10-12 petang
Kehadiran : Ahmad Ardy, Azri Hisam, Nawe Kundang
Tarikh : Selasa, 18 September 2012
Pukul : 10-12 petang
Kehadiran : Ahmad Ardy, Azri Hisam, Nawe Kundang
PUISI
William Blake - Auguries of Innocence
Oleh Ahmad Ardy
To see a world in a grain of sand, And a heaven in a wild flower, Hold infinity in the palm of your hand, And eternity in an hour. God appears, and God is light, To those poor souls who dwell in night; But does a human form display To those who dwell in realms of day.
William
Blake merupakan perintis era Romanticism. Suatu zaman yang
menyaksikan manusia menjadi hampa nilai. Rentetan Industrial
Revolution, suatu ledakan materialisme telah melanda dunia.
Bertuhankan berhala kebendaan, manusia telah meninggalkan jauh jiwa
mereka, mengejar dunia yang mereka sangka adalah segalanya. Di dalam
Auguries of Innocence (rangkap pertama dan terakhir) kita dapat
selami dunia ini di dalam puisi William Blake. Beliau menasihati
manusia yang terlalu gilakan benda-benda yang materialistik dan
buta harga akan perkara-perkara kecil yang sepatutnya memberikan nilai kepada
diri. Kecantikan alam, kehalusan ciptaan Tuhan, penghargaan warisan
dunia, sentimen-sentimen sebeginilah yang sepatutnya kita syukuri. Di
akhir rangkap, Blake mengingatkan kita, kala kita leka dengan sihir
siang dan lupa akan kegemilangan malam, maka tiada nilainya teras
kemanusiaan yang kita laram.
Ahmad
al-Haddad - Miftah al-Jannah
Oleh Azri Hisam
Dan
nafsu pecahkanlah dengan 'uzlah selalu
Diam,
jaga malam dan sentiasa berlapar (berpuasa)
Pesanan
utama Syeikh Ahmad al-Haddad di dalam bait-bait ini ialah mujahadah.
Uzlah ialah bersendirian dan sedikit pergaulan. Kepentingan ber'uzlah
ialah untuk membina kekuatan. Adapun kisah-kisah wali yang beruzlah
di kala kebobrokan masyarakat, maka perlulah kita difahami. Boleh
jadi, wali itu beruzlah di dalam hatinya sahaja, tetapi luarannya
tetap sahaja berdakwah kepada masyarakat. Manakala wali yang
ber'uzlah dengan cara bersendiri, maka tujuannya adalah membina
semula kekuatan. Matlamatnya tetap sama seperti uzlah yang pertama
tadi. Kerana itulah, Ibn Ataillah as-Sakandari berkata :
"Tenggelamkanlah dirimu dalam bumi khumul (menyendiri) kerana
sesuatu yang tumbuh daripada yang tidak ditanam buahnya tidak jadi."
BUKU
The
Case for God (TCFG) - Karen Armstrong
Oleh Ahmad Ardy
Terdapat
suatu peristiwa menyayat hati yang direkodkan banduan Holocaust, Elie
Wiesel. Pada suatu hari, kesemua banduan telah dikumpulkan. Mereka
dipaksa melihat penggantungan sampai mati seorang banduan yang lain.
Banduan tersebut merupakan seorang anak perempuan yang kecil.
Alatan menggantung yang tidak kondusif menyebabkan anak perempuan itu terpaksa mengalami seksaan digantung selama satu jam sebelum dia mati sepenuhnya. Sepanjang menyaksikan peristiwa itu, seorang banduan telah berteriak, "Dimanakah Tuhan ?!". Dan Elie Wiesel membalas dalam hati, "Tuhan disitu. Tuhan sedang berada di tali pergantungan itu !".
Di
dalam TCFG, Karen Armstrong cuba untuk menceritakan bagaimanakah
manusia boleh hilang harapan kepada Tuhan sedemikian rupa.
Dewasa
ini, setiap orang menggunakan nama Tuhan bagi bermacam perkara.
Semakin lama, manusia sering membicarakan Tuhan dalam bahasa yang
rasional. Sedangkan, amalan sebegini adalah sangat asing bagi nenek
moyang kita. Perkataan 'belief' di dalam bahasa Inggeris juga sudah
bertukar rupa. Bible ketika diterjemah kepada bahasa Greek,
menyaksikan perkataan yang membawa maksud iman di dalam bahasa Yahudi
telah menjadi 'pistis' dalam Greek. Ia bermaksud "trust ;
commitment". Apabila diterjemah kepada Latin pula, 'pistis'
telah menjadi 'credo' yang bermaksud "I give my heart".
Diterjemah kepada Inggeris, credo telah menjadi believe
; "to hold dear, love".
Apabila
menelusuri etimologi perkataan ini, maksud believe yang
sepatutnya ialah "I trust, or, I give my heart in order to have understanding, in order to believe". Kita sendiri melihat teologis Kristian, Anselm yang
menceritakan pengalamannya mencari Tuhan di dalam sebuah puisi :
"..intelligence
ut credom..credo ut intelligam"
(it's
not that I want to understand You in order to believe in You, but I
believe in You in order that I may understand)
Pengalaman
Anselm, dari suatu segi, mengingatkan kita akan kisah Nabi Ibrahim
yang meminta Allah menunjukkan kekuasaannya. Pada masa yang sama, ia
memberitahu kita sesuatu. Agama, sejak dahulu kala lagi, sudah
difahami bukanlah sesuatu yang boleh dijelaskan dalam sesuatu bentuk
yang jitu rasional (pure rationale). Penganut sesuatu agama
perlu mempraktikkan agama mereka untuk mencapai hakikat keagamaan.
Namun kita melihata masani, sebaliknya pula berlaku.
Kita
perlu faham kenapa Anselm mengeluarkan kenyataan sebegini rupa.
Selepas Council of Nicea pada 325 CE, pemahaman akan divinity of
Jesus sepertimana yang diterangkan versi Athanius telah
disimpulmatikan. Bible ketika mana menerangkan tentang Jesus sebagai
Son of God sebenarnya sedang bercakap dalam bahasa allegorical.
Tetapi keputusan Nicea telah mengubah paradigma ini apabila
menekankan dogmatic conformity.
Kita
beralih pula kepada zaman Galileo. Galileo telah mengesahkan teori
Copernicus iaitu, Bumi bukanlah pusat alam tetapi ia adalah matahari.
Ini jelas bertentangan dengan ayat-ayat di dalam Bible. Descartes,
seorang ahli matematik dan ahli falsafah ketika itu mempersoalkan
tindakan gereja terhadap Galileo, kenapa perlu wujud pertentangan
antara ratio dan intellectus ? Kristian, pada abad ke 16 mula
dipersoalkan.
Newton
pada abad seterusnya telah menjumpai graviti. Buat pertama kali,
segala kejadian di dunia ini mempunyai sebab-sebab yang tersendiri.
Graviti menerangkan bagaimana celestial bodies mengorbit Bumi sedemikian tersusun, juga menerangkan fenomena pasang surut laut. Secara perlahan, Isaac Newton membawa
fahaman Mekanisme. Seperti Aristotle, Newton (seorang yang kuat
pegangan agama) menegaskan Tuhan hanyalah Prime Mover. Setelah
menetapkan hukum-hukum alam, Tuhan membiarkan dunia ini berfungsi
secara mekanikal. Gereja yang sering dilabrak oleh orang awam, secara
gopoh menerima fahaman ini dengan mengkorporatkan fahaman
Aristotelian ini ke dalam khutbah-khutbah dan penerangan-penerangan
mereka
.
Namun
segalanya berubah apabila Darwin mengeluarkan Origins. Theory of
Evolution Darwin seolah-olah mengatakan organisma-organisma di Bumi
ini terjadi secara kebetulan, percuma dari campurtangan Tuhan. Gereja nampaknya, telah terjatuh dalam lubang yang digalinya sendiri. Konsep ketuhanan mulai pudar dalam
kalangan orang awam.
Penerbitan Essays & Reviews oleh pertubuhan Higher Criticsm of
Bible lagi dahsyat kesannya. Ia telah menggoncangkan gereja hingga ke batu asasnya. Essays &
Reviews menyaksikan sekumpulan cendekiawan yang mengkaji Bible dengan
kaedah akademik yang rigorous dan systematic. Kalaulah, kita mampu mempersoalkan sumber-sumber
sejarah seperti manuskrip purba, rekod-rekod kuno, jurnal-jurnal
lama, kenapa tidak Bible ? Bible, yang sanadnya jelas mampu
dipersoalkan, sememangnya tidak dapat bertahan dengan analisis kritis
sebegini.
Berlatarbelakangkan kecelaruan ini, menjelang abad ke 20,. Circle of Vienna telah mengumpulkan
pemikir-pemikir dan ahli falsafah bagi membentuk suatu premis
falsafah. yang selari. Daripada Circle of Vienna inilah, -secara
rasmi-, wujudnya golongan positivist, secularist, fascism et al (atau sekurang-kurangnya benih). Dan
bagi masyarakat moden, pemisahan spheres of influence antara agama
dan dunia ini memang membawa banyak faedah. Manusia mula dianggap
makhluk rasional semata. Penemuan-penemuan yang menakjubkan oleh
Albert Michelson, Heisenberg, Einstein telah membalikbenarkan
conventional wisdom. Ruang dan masa bukan lagi entiti yang berbeza
tetapi mampu dihuraikan melalui teori space-time continuum. Lebih
ajaib, putaran masa boleh dilambatkan, malah diberhentikan ! Manusia
tiada lagi keyakinan akan apa-apa tradisi yang mereka warisi. Manusia
telah menjadi moden.
Tetapi
abad ke 20 sekali lagi telah membalikbenarkan fahaman moden ini.
Peperangan demi peperangan yang langsung tiada kena mengena dengan
sentimen agama mengambil tempat. Jumlah kematian yang dijangka hampir
160 juta secara total itu telah menyaksikan manusia langsung hilang
kepercayaan terhadap apa-apa jenis fahaman pun. Di sinilah kefahaman
post-modernisme timbul. Manusia takkan pernah mampu mempunyai
pengetahuan atau ilmu yang mutlak, jadi mereka perlulah content
with the unknowing of things.
RESOLUSI
: Apabila membincangkan tentang agama, kita perlulah membezakan
Pengalaman Barat dan Pengalaman Islam yang langsung berlainan. Islam
yang dijaga keluhuran dan kesahihan sumber ilmunya, tidak pernah
melalui pengalaman yang sama seperti Barat. Kerana itu jualah, kita
harus hormat akan ilmuan-ilmuan Islam dan golongan ulamak. -sebanyak
manapun kekurangan mereka (yang kita sangkakan)-.
Dilema
Melayu Islam : Kurang Fikir atau Kurang Zikir - Pahrol Mohd Juoi
Oleh Azri Hisam
Oleh Azri Hisam
Orang
Melayu kena tahu masa untuk berpolitik. Politik bukanlah matlamat,
tetapi sekadar alat. Lebih-lebih lagi, sesama mereka mempunyai lebih
banyak titik persamaan berbanding perbezaan. Ketaksuban politik
menyebabkan setiap keputusan yang diambil dilakukan atas
neraca politik yang ternyata sempit. Adalah lebih baik andai kita
memasukkan politik sebagai juzuk agama dengan erti kata ; mengagamakan politik.
Ketuanan Melayu juga tidak patut dijadikan alasan bagi setiap keputusan atau polisi yang diambil. Bukankah kita telah ditopang buat kesekian lamanya melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB), subsidi Bumiputera, kuota pengajian, dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) lebih separuh abad ? Lagi mahu beralasan ? Ini sangat berlainan dengan amalan kaum Cina yang bijak menguruskan perbezaan politik. Malah, mereka lagi jarang mendapat bantuan daripada kerajaan walaupun sumbangan mereka terhadap pembangunan negara adalah substantif. Semua ini menunjukkan perjuangan yang terlalu berkiblatkan bangsa hanya akan menjahanamkan bangsa
Ketuanan Melayu juga tidak patut dijadikan alasan bagi setiap keputusan atau polisi yang diambil. Bukankah kita telah ditopang buat kesekian lamanya melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB), subsidi Bumiputera, kuota pengajian, dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) lebih separuh abad ? Lagi mahu beralasan ? Ini sangat berlainan dengan amalan kaum Cina yang bijak menguruskan perbezaan politik. Malah, mereka lagi jarang mendapat bantuan daripada kerajaan walaupun sumbangan mereka terhadap pembangunan negara adalah substantif. Semua ini menunjukkan perjuangan yang terlalu berkiblatkan bangsa hanya akan menjahanamkan bangsa
RESOLUSI
: Melayu perlu mencari titik harmoni untuk mencapai kesepakatan dan
kesatuan. Think win-win.
PELAN
Ahmad Ardy :
Sedang
menghabiskan buku Apa Erti Saya Menganut Islam oleh Fathi Yakan
Akan
membaca buku The Great War for Civilization oleh Robert Fisk.
Azri Hisam :
Sedang
menghabiskan buku Dilema Melayu Islam oleh Pahrol Juoi
Akan
membaca buku 7th Habit oleh Stephen Covey