Wednesday, September 19, 2012

TEROKA #2

TEROKA #2

TEROKA merupakan bulatan pencinta-pencinta buku yang ingin meneroka jalur-jalur pemikiran berbeza yang tersembunyi di balik helaian buku. Di dalam mencapai hadaf itu, peneroka-peneroka  akan membacakan puisi, berdiskusi dan berkongsi pengalaman sesama sendiri. Pada hujung hari, masing-masing akan mendirikan resolusi masing-masing ; bersetuju atau tidak bersetuju, atau bersetuju untuk tidak bersetuju. Dan di TEROKA, semuanya berkongsikan candu yang satu ; buku.


MAKLUMAT :
Tarikh : Selasa, 18 September 2012
Pukul : 10-12 petang
Kehadiran : Ahmad Ardy, Azri Hisam, Nawe Kundang

PUISI

William Blake - Auguries of Innocence
Oleh Ahmad Ardy

To see a world in a grain of sand,
And a heaven in a wild flower,
Hold infinity in the palm of your hand,
And eternity in an hour.

God appears, and God is light,
To those poor souls who dwell in night;
But does a human form display
To those who dwell in realms of day.

William Blake merupakan perintis era Romanticism. Suatu zaman yang menyaksikan manusia menjadi hampa nilai. Rentetan Industrial Revolution, suatu ledakan materialisme telah melanda dunia. Bertuhankan berhala kebendaan, manusia telah meninggalkan jauh jiwa mereka, mengejar dunia yang mereka sangka adalah segalanya. Di dalam Auguries of Innocence (rangkap pertama dan terakhir) kita dapat selami dunia ini di dalam puisi William Blake. Beliau menasihati manusia yang terlalu gilakan benda-benda yang materialistik dan buta harga akan perkara-perkara kecil yang sepatutnya memberikan nilai kepada diri. Kecantikan alam, kehalusan ciptaan Tuhan, penghargaan warisan dunia, sentimen-sentimen sebeginilah yang sepatutnya kita syukuri. Di akhir rangkap, Blake mengingatkan kita, kala kita leka dengan sihir siang dan lupa akan kegemilangan malam, maka tiada nilainya teras kemanusiaan yang kita laram.

Ahmad al-Haddad - Miftah al-Jannah
Oleh Azri Hisam

Dan nafsu pecahkanlah dengan 'uzlah selalu
Diam, jaga malam dan sentiasa berlapar (berpuasa)

Pesanan utama Syeikh Ahmad al-Haddad di dalam bait-bait ini ialah mujahadah. Uzlah ialah bersendirian dan sedikit pergaulan. Kepentingan ber'uzlah ialah untuk membina kekuatan. Adapun kisah-kisah wali yang beruzlah di kala kebobrokan masyarakat, maka perlulah kita difahami. Boleh jadi, wali itu beruzlah di dalam hatinya sahaja, tetapi luarannya tetap sahaja berdakwah kepada masyarakat. Manakala wali yang ber'uzlah dengan cara bersendiri, maka tujuannya adalah membina semula kekuatan. Matlamatnya tetap sama seperti uzlah yang pertama tadi. Kerana itulah, Ibn Ataillah as-Sakandari berkata : "Tenggelamkanlah dirimu dalam bumi khumul (menyendiri) kerana sesuatu yang tumbuh daripada yang tidak ditanam buahnya tidak jadi."




BUKU

The Case for God (TCFG) - Karen Armstrong
Oleh Ahmad Ardy

Terdapat suatu peristiwa menyayat hati yang direkodkan banduan Holocaust, Elie Wiesel. Pada suatu hari, kesemua banduan telah dikumpulkan. Mereka dipaksa melihat penggantungan sampai mati seorang banduan yang lain. Banduan tersebut merupakan seorang anak perempuan yang kecil.

Alatan menggantung yang tidak kondusif menyebabkan anak perempuan itu terpaksa mengalami seksaan digantung selama satu jam sebelum dia mati sepenuhnya. Sepanjang menyaksikan peristiwa itu, seorang banduan telah berteriak, "Dimanakah Tuhan ?!". Dan Elie Wiesel membalas dalam hati, "Tuhan disitu. Tuhan sedang berada di tali pergantungan itu !".

Di dalam TCFG, Karen Armstrong cuba untuk menceritakan bagaimanakah manusia boleh hilang harapan kepada Tuhan sedemikian rupa.

Dewasa ini, setiap orang menggunakan nama Tuhan bagi bermacam perkara. Semakin lama, manusia sering membicarakan Tuhan dalam bahasa yang rasional. Sedangkan, amalan sebegini adalah sangat asing bagi nenek moyang kita. Perkataan 'belief' di dalam bahasa Inggeris juga sudah bertukar rupa. Bible ketika diterjemah kepada bahasa Greek, menyaksikan perkataan yang membawa maksud iman di dalam bahasa Yahudi telah menjadi 'pistis' dalam Greek. Ia bermaksud "trust ; commitment". Apabila diterjemah kepada Latin pula, 'pistis' telah menjadi 'credo' yang bermaksud "I give my heart". Diterjemah kepada Inggeris, credo telah menjadi believe ; "to hold dear, love".

Apabila menelusuri etimologi perkataan ini, maksud believe yang sepatutnya ialah "I trust, or, I give my heart in order to have understanding, in order to believe". Kita sendiri melihat teologis Kristian, Anselm yang menceritakan pengalamannya mencari Tuhan di dalam sebuah puisi :

"..intelligence ut credom..credo ut intelligam"
(it's not that I want to understand You in order to believe in You, but I believe in You in order that I may understand)

Pengalaman Anselm, dari suatu segi, mengingatkan kita akan kisah Nabi Ibrahim yang meminta Allah menunjukkan kekuasaannya. Pada masa yang sama, ia memberitahu kita sesuatu. Agama, sejak dahulu kala lagi, sudah difahami bukanlah sesuatu yang boleh dijelaskan dalam sesuatu bentuk yang jitu rasional (pure rationale). Penganut sesuatu agama perlu mempraktikkan agama mereka untuk mencapai hakikat keagamaan. Namun kita melihata masani, sebaliknya pula berlaku.

Kita perlu faham kenapa Anselm mengeluarkan kenyataan sebegini rupa. Selepas Council of Nicea pada 325 CE, pemahaman akan divinity of Jesus sepertimana yang diterangkan versi Athanius telah disimpulmatikan. Bible ketika mana menerangkan tentang Jesus sebagai Son of God sebenarnya sedang bercakap dalam bahasa allegorical. Tetapi keputusan Nicea telah mengubah paradigma ini apabila menekankan dogmatic conformity.

Kita beralih pula kepada zaman Galileo. Galileo telah mengesahkan teori Copernicus iaitu, Bumi bukanlah pusat alam tetapi ia adalah matahari. Ini jelas bertentangan dengan ayat-ayat di dalam Bible. Descartes, seorang ahli matematik dan ahli falsafah ketika itu mempersoalkan tindakan gereja terhadap Galileo, kenapa perlu wujud pertentangan antara ratio dan intellectus ? Kristian, pada abad ke 16 mula dipersoalkan.

Newton pada abad seterusnya telah menjumpai graviti. Buat pertama kali, segala kejadian di dunia ini mempunyai sebab-sebab yang tersendiri. Graviti menerangkan bagaimana celestial bodies mengorbit Bumi sedemikian tersusun, juga menerangkan fenomena pasang surut laut. Secara perlahan, Isaac Newton membawa fahaman Mekanisme. Seperti Aristotle, Newton (seorang yang kuat pegangan agama) menegaskan Tuhan hanyalah Prime Mover. Setelah menetapkan hukum-hukum alam, Tuhan membiarkan dunia ini berfungsi secara mekanikal. Gereja yang sering dilabrak oleh orang awam, secara gopoh menerima fahaman ini dengan mengkorporatkan fahaman Aristotelian ini ke dalam khutbah-khutbah dan penerangan-penerangan mereka
.
Namun segalanya berubah apabila Darwin mengeluarkan Origins. Theory of Evolution Darwin seolah-olah mengatakan organisma-organisma di Bumi ini terjadi secara kebetulan, percuma dari campurtangan Tuhan. Gereja nampaknya, telah terjatuh dalam lubang yang digalinya sendiri. Konsep ketuhanan mulai pudar dalam kalangan orang awam.

Penerbitan Essays & Reviews oleh pertubuhan Higher Criticsm of Bible lagi dahsyat kesannya. Ia telah menggoncangkan gereja hingga ke batu asasnya. Essays & Reviews menyaksikan sekumpulan cendekiawan yang mengkaji Bible dengan kaedah akademik yang rigorous dan systematic. Kalaulah, kita mampu mempersoalkan sumber-sumber sejarah seperti manuskrip purba, rekod-rekod kuno, jurnal-jurnal lama, kenapa tidak Bible ? Bible, yang sanadnya jelas mampu dipersoalkan, sememangnya tidak dapat bertahan dengan analisis kritis sebegini.

Berlatarbelakangkan kecelaruan ini, menjelang abad ke 20,. Circle of Vienna telah mengumpulkan pemikir-pemikir dan ahli falsafah bagi membentuk suatu premis falsafah. yang selari. Daripada Circle of Vienna inilah, -secara rasmi-, wujudnya golongan positivist, secularist, fascism et al (atau sekurang-kurangnya benih). Dan bagi masyarakat moden, pemisahan spheres of influence antara agama dan dunia ini memang membawa banyak faedah. Manusia mula dianggap makhluk rasional semata. Penemuan-penemuan yang menakjubkan oleh Albert Michelson, Heisenberg, Einstein telah membalikbenarkan conventional wisdom. Ruang dan masa bukan lagi entiti yang berbeza tetapi mampu dihuraikan melalui teori space-time continuum. Lebih ajaib, putaran masa boleh dilambatkan, malah diberhentikan ! Manusia tiada lagi keyakinan akan apa-apa tradisi yang mereka warisi. Manusia telah menjadi moden.

Tetapi abad ke 20 sekali lagi telah membalikbenarkan fahaman moden ini. Peperangan demi peperangan yang langsung tiada kena mengena dengan sentimen agama mengambil tempat. Jumlah kematian yang dijangka hampir 160 juta secara total itu telah menyaksikan manusia langsung hilang kepercayaan terhadap apa-apa jenis fahaman pun. Di sinilah kefahaman post-modernisme timbul. Manusia takkan pernah mampu mempunyai pengetahuan atau ilmu yang mutlak, jadi mereka perlulah content with the unknowing of things.

RESOLUSI : Apabila membincangkan tentang agama, kita perlulah membezakan Pengalaman Barat dan Pengalaman Islam yang langsung berlainan. Islam yang dijaga keluhuran dan kesahihan sumber ilmunya, tidak pernah melalui pengalaman yang sama seperti Barat. Kerana itu jualah, kita harus hormat akan ilmuan-ilmuan Islam dan golongan ulamak. -sebanyak manapun kekurangan mereka (yang kita sangkakan)-.


Dilema Melayu Islam : Kurang Fikir atau Kurang Zikir - Pahrol Mohd Juoi
Oleh Azri Hisam

Orang Melayu kena tahu masa untuk berpolitik. Politik bukanlah matlamat, tetapi sekadar alat. Lebih-lebih lagi, sesama mereka mempunyai lebih banyak titik persamaan berbanding perbezaan. Ketaksuban politik menyebabkan setiap keputusan yang diambil dilakukan atas neraca politik yang ternyata sempit. Adalah lebih baik andai kita memasukkan politik sebagai juzuk agama dengan erti kata ; mengagamakan politik. 

Ketuanan Melayu juga tidak patut dijadikan alasan bagi setiap keputusan atau polisi yang diambil. Bukankah kita telah ditopang buat kesekian lamanya melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB), subsidi Bumiputera, kuota pengajian, dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) lebih separuh abad ? Lagi mahu beralasan ? Ini sangat berlainan dengan amalan kaum Cina yang bijak menguruskan perbezaan politik. Malah, mereka lagi jarang mendapat bantuan daripada kerajaan walaupun sumbangan mereka terhadap pembangunan negara adalah substantif. Semua ini menunjukkan perjuangan yang terlalu berkiblatkan bangsa hanya akan menjahanamkan bangsa

RESOLUSI : Melayu perlu mencari titik harmoni untuk mencapai kesepakatan dan kesatuan. Think win-win.

PELAN

Ahmad Ardy :
Sedang menghabiskan buku Apa Erti Saya Menganut Islam oleh Fathi Yakan
Akan membaca buku The Great War for Civilization oleh Robert Fisk.

Azri Hisam :
Sedang menghabiskan buku Dilema Melayu Islam oleh Pahrol Juoi
Akan membaca buku 7th Habit oleh Stephen Covey




0 comments:

Post a Comment