SUBHANALLAH

Menikmati keindahan ciptaan Ilahi di Sharm El Sheikh

ALHAMDULILLAH

"seringkali kita melakukan dosa, bertaubatlah selagi bernyawa di dunia ini"

LAILAHAILLAH

"sollu alan Nabi Muhammad SAW"

ALLAHUAKBAR

"Merdeka pada hati jiwa itu lagi bermakna"

ASTAGHFIRULLAH

"Harimu adalah hari ini"

Monday, April 22, 2013

Perjuangan yang Tiada Pernah Henti

Perjuangan yang Tiada Pernah Henti
(Oleh : Hidayatul Hanis Hanapi)

“Mengapalah pokok limau ini lambat berbuah, sedangkan aku selalu berdoa pada Allah supaya pokok ini cepat berbuah”, keluh seorang petani yang tinggal di sebuah kampung yang terletak di satu kawasan terpencil di bumi Malaysia pada nasib dirinya. Dalam masa yang sama, petani itu langsung tidak menyiram dan membaja pokok tersebut, apatah lagi menggemburkan tanah di sekitarnya. Dia sebenarnya tidak sedar bahawa keluhannya membawa maksud menyalahkan Tuhan yang maha Esa sedangkan dia langsung tidak berusaha.


Pada pendapat anda semua, adakah pokok itu akan tumbuh dan berbuah?

Jawapannya mudah. "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka sendiri yang merubahnya " ( Ar-ra'd:11 ). Pokok limau tersebut mungkin akan tumbuh, tapi bukan dalam keadaan yang sihat.

Kenapa?
Dek kerana pokok limau itu tidak dijaga dengan baik.


Ya, kita boleh untuk bertawakal, namun tawakal tanpa disertakan bersama usaha adalah ‘useless’. Begitu juga dengan kehidupan seharian kita, sekiranya kita bertawakal tanpa berusaha dengan bersungguh-sungguh, itu samalah seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba. Pepatah Inggeris pernah menyebut, “what you give is what you get”. Berapa banyak usaha yang kita bagi, sebanyak itu jugalah pulangan yang akan kita peroleh.



Situasi ini bolehlah disamakan dengan situasi kita menjelang peperiksaan akhir yang akan bermula tidak lama lagi. Oleh sebab itu, saya ingin mengajak anda semua untuk mengadaptasikan sedikit sebanyak tips yang selalu kita dengar, tapi belum tentu selalu kita buat sebelum menghadapi peperiksaan. Antaranya:

1.       Niat yang betul

Sabda Rasulullah (s.a.w) :

“Sesungguhnya setiap amal perbuatan bergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang hijrahnya karena Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana urusan dunia yang ingin digapainya atau kerana seorang wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya sesuai dengan apa yang diniatkannya tersebut” 
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sebelum kita mula belajar, adalah dituntut untuk kita menetapkan niat di dalam hati. “Ya Allah, bukakanlah hatiku untuk menerima ilmuMu, sesungguhnya aku amat mengharapkan redaMu dengan ilmu ini, ya Allah. Maka, Engkau limpahkanlah segala ilmu yang bermanfaat untuk diriku agar dapat aku berbakti kepada keluarga, masyarakat, negara dan agamaku. Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan kami”. Berbekalkan niat yang ikhlas kerana Allah, pasti Allah akan menilai amalan yang kita lakukan sebagai ibadat. Imam An-Nawawi juga pernah menyebut bahawa niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan, lantaran itu, ketika niatnya benar, maka perbuatan itu benar, dan jika niatnya buruk, maka perbuatan itu buruk.


2.       Istiqamah

Merujuk kepada Kamus Dewan edisi ke-empat, istiqamah bermaksud ketaatan menjalankan sesuatu suruhan secara terus-menerus (termasuk urusan agama). Sebagai seorang insan yang memegang status pelajar, khususnya perubatan, kita seharusnya sentiasa istiqamah dalam membuat sesuatu urusan seperti membuat revision sebelum dan selepas belajar di dalam kelas. Istiqamah dalam belajar sangat menuntut sikap suka memaksa diri. Sibuk berpersatuan bukanlah satu alasan untuk kita tidak beristiqamah. Seharusnya kita pandai mencuri masa-masa yang terluang untuk membuat ulangkaji, misalnya ketika menunggu bas sebelum ke sekolah. Sesungguhnya Allah menyukai amalan seorang yang istiqamah walaupun sedikit. Mafhum ayat 15, surah As-Syura juga menyebut tentang istiqamah.

Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah : Aku beriman kepada segala kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu.  Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadanyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan).”



3.       Menjaga hubungan dengan Allah, ibu bapa dan sahabat

Indikator yang paling penting untuk mengukur keberkesanan hubungan kita dengan Allah ialah solat. Solat itu tiang agama. Rumah yang dibuat tanpa tiang pasti tidak dapat didirikan, begitu juga dengan agama kita. Solat yang berkualiti bukan sahaja dapat menjamin kekuatan agama di dalam diri kita, justeru, secara tidak langsung menghalang daripada anasir-anasir keji dan mungkar sebagaimana Tembok Besar China menjadi perisai daripada serangan musuh. Persoalannya, bagaimana kita boleh menjadikan solat kita solat yang berkualiti? Antara jawapannya adalah dengan mendirikan solat di awal waktu. Solat di awal waktu sangat ditekankan oleh agama Islam kerana Allah ingin mengajar kita peri pentingnya disiplin dan menepati masa. Oleh yang demikian, pengaplikasian disiplin dan menepati masa di dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang pelajar pasti akan membuahkan kejayaan. Sedarlah, dengan kita mengingati Allah pada waktu senang, sudah tentu Allah akan membantu kita di kala susah.

Seterusnya ialah menjaga hubungan dengan ibu bapa kita. Kehidupan sebagai seorang pelajar terkadang menjadikan masa kita tertumpu kepada pelajaran semata-mata. Namun, jangan sekali-kali kita melupakan jasa kedua ibu bapa kita. Disebabkan merekalah, kita boleh sampai ke tahap sekarang. Dalam era langit terbuka luas ini, pelbagai kemudahan telah terhidang, contohnya mobile voip, SMS, yahoo messenger, skype, whats app, viber. Oleh itu, sangatlah rugi jika kita tidak menggunakan segala kemudahan ini ke arah kebaikan. Sememangnya sekiranya kita tidak menghubungi ibu bapa kita, mereka tetap mendoakan kejayaan yang terbaik buat anak-anak mereka. Kendatipun begitu, apa salahnya jika kita berkorban sedikit masa kita untuk bertanyakan khabar mereka kerana pada hakikatnya ibu bapa ingin diberi perhatian tetapi kadang-kadang si anak kurang mengerti tentang perkara tersebut. Sungguh, doa ibu bapa sangat makbul.

Selain hubungan dengan Yang Maha Esa dan hubungan dengan ibu bapa, jangan kita lupa untuk menjaga hubungan sesama sahabat kita. Musim peperiksaan adalah antara musim yang paling genting untuk menjaga tali ukhuwwah antara sahabat. Hal ini kerana sekecil-kecil masalah yang berlaku pada musim peperiksaan jika tidak diselesaikan secepatnya, mungkin akan menjadi satu masalah yang sangat besar. Apatah lagi masalah tersebut ditambah lagi dengan tekanan yang dihadapi seseorang ketika musim peperiksaan. Dalam keadaan ini, amatlah diperlukan sahabat yang mampu bertolak ansur dan tenang dalam menyelesaikan masalah yang berlaku. Sahabat yang baik ialah sahabat yang sentiasa mendoakan kebaikan buat sahabatnya tanpa diketahui oleh sahabat tersebut. Ingatlah sahabat, “Kalau ada kemahuan dan usaha, 'halangan' itu adalah satu perkataan yang tiada makna apa-apa. Impian adalah titik gerak langkah kita, kesungguhan dan keyakinanmu bakal menentukan titik akhirnya.”



4.       Doa dan Tawakal

Setelah penat berusaha, proses yang terakhir adalah dengan kita berdoa dan bertawakal kepada Allah.  Doa dan tawakal antara seorang hamba kepada PenciptaNya menunjukkan pengharapan kita kepada Allah di samping boleh meningkatkan tahap ketaqwaan kita kepada Allah. Allah telah berfirman dalam surah Ali Imran, Ayat 159 yg bermaksud:“Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah”.

 Jika kita hendak menikmati buah yang manis di akhirat, mestilah pohon yang kita tanam di dunia subur. Maksudnya, di dunia lagi hidup kita mesti cemerlang, itulah petanda di akhirat nanti kita akan cemerlang. Buya Hamka pernah menyatakan, “Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.” Kita semua pasti mengharapkan kejayaan yang paling besar iaitu berjaya mendapat syurga Allah. Sekiranya kita mengetahui tujuan sebenar kita hidup di dunia, sudah semestinya kita akan berusaha sehabis baik untuk mendapat natijah yang terbaik.

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (s.w.t), nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah (s.w.t), nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah (s.w.t) melaksanakan urusan (yang dikehendaki) nya. Sesungguhnya Allah (s.w.t) telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”.'
(Surah At-Talaq : 2-3) 


Itulah antara tips-tips yang diharapkan dapat membantu kita semua untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tiba. Seorang ustaz pernah membuat perumpamaan mengenai ilmu,  berkatalah  ustaz itu : “Ilmu ini ibarat seguni emas, kalau kita tak mampu nak mengangkat seguni emas itu, jangan tinggalkan emas itu, tapi ambillah sebanyak mana yang kita mampu utk membawanya. Letaklah dalam poket sedikit, dalam beg sedikit, ataupun di mana-mana di anggota tubuh kita yang boleh kita ambil manfaat emas itu. Sekiranya tidak boleh ambil banyak, jangan ditinggalkan terus, kena ambil juga walaupun sedikit.”


Sebagaimana yang kita sedia maklum, Nabi junjungan kita Nabi Muhammad (s.a.w) seorang yang maksum, yakni terhindar daripada melakukan sebarang dosa. Walaupun begitu, Rasulullah (s.a.w) juga seorang yang dikenali dengan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh. Ketika Perang Badar, kaum muslimin yang berjumlah 313 orang sahaja terpaksa berhadapan dengan 1000 tentera daripada kaum kafir Quraisy. Walaupun bilangan kaum muslimin dilihat sangat kecil jika dibandingkan dengan kaum kafir Quraisy, namun mereka semua sentiasa diingatkan bahawa mereka harus mempertahankan keyakinan dan keimanan diri mereka. Rasulullah (s.a.w) juga telah menghabiskan sepanjang malam dengan berdoa dan beribadah walaupun baginda (s.a.w) mengetahui bahawa Allah telah menjanjikan mereka kemenangan.  Rasulullah (s.a.w)  melebihkan cinta dan penghambaannya serta penyerahan diri hanya kepada Allah (s.w.t) dengan ibadah yang baginda kerjakan. Dan itulah yang dikatakan sebagai bentuk ibadah tertinggi yang dikenali sebagai ‘ainul yaqiin.



Memetik beberapa bait daripada lagu Adamu oleh Najwa Latif yang dapat dijadikan pedoman :

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu


Secara holistiknya, proses menuntut ilmu tidak akan pernah ada garisan penamat. Segala ujian dan mehnah adalah satu lumrah kehidupan, sedari kecil ketika di dalam kandungan ibu sehinggalah ke liang lahad. Tanpa ilmu dan ujian, tidak mungkin akan ada warna-warni kehidupan. Tidak akan terhidu harum mewangi jikalau tidak dinyalakan setanggi, tidak akan terasa manisnya hidup jikalau tidak dilambung gelora. Pepatah kehidupan ada mengatakan “Hidup ini macam mengupas kulit bawang, makin dikupas, makin menangis kerana kepedihan.” Kesimpulannya, tuntutlah ilmu kerana menuntutnya adalah ibadah, mengingatinya adalah tasbih, membincangkannya adalah jihad, mengajarkannya kepada yang tidak mengetahui adalah sedekah, dan menghabiskan masa dengan ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah. WaAllahua’lam...

~Road to the exam. Bittaufiq wannajah~ 

Sunday, April 21, 2013

Jaksi PCS

Khamis, 18 April 2013 - Seorang mahasiswi PERUBATAN telah dicabuli. Kejadian tersebut berlaku pada siang hari semasa mangsa sedang dalam perjalanan pulang dari Sabiek ke Abbasiyah dengan menaiki teksi seorang diri.

Dalam perjalanan, tiba-tiba pemandu teksi memberhentikan teksi untuk memeriksa teksi tersebut. Selepas itu,pemandu teksi tersebut masuk ke tempat penumpang dan mencabuli mangsa. Pintu teksi dikunci dari luar,mangsa tidak dapat keluar melarikan diri. Mangsa kemudian dihantar ke Abbasiyah.

Diharapkan kepada semua mahasiswi agar dapat mengambil langkah berjaga-jaga. Tingkatkan keselamatan diri dan banyakkan berdoa. Mahasiswi dinasihatkan agar tidak menaiki kenderaan awam seorang diri,namun jika keadaan terpaksa,dinasihatkan agar banyak membaca doa, al-Quran dan hizib dengan suara yang kuat. Jika diganggu,jerit sekuat hati dengan menyebut HARAMI.

Mahasiswi digalakkan menggunakan musyrif bagi perjalanan yang jauh. Perjalanan pada waktu malam hendaklah menggunakan khidmat musyrif yang telah disediakan. Jika pada waktu siang pun perkara tidak elok berlaku, apatah lagi di malam hari.

“ Hak Tertegak, Biah Terpelihara ”

Jawatankuasa Keselamatan & Sosial Islam (JAKSI)
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2013/2014

Saturday, April 20, 2013

Menyegerakan (Sync) Kalendar google anda dengan Kalendar GenX

Post ni lebih dikhususkan untuk pengguna peranti pintar Android. ikuti langkah mudah berikut :


2) Pilih ikon gear dan pilih opsyen "Settings"

2) Pilih "Calendars" dan pilih "Browse Interesting Calendars"


3) Pilih "Add a Friend's Calendar". Kemudian masukkan email :

genx1011@gmail.com 

dan tekan "Add". 


Selesai! Kini pastikan peranti bimbit anda sudah terhubung dengan talian internet dan pastikan peranti tersebut telah dikonfigurasi untuk penyegerakan (sync). Tunggu beberapa minit dan InsyaAllah jadual peperiksaan akan dimuat turun ke dalam kalendar anda. 

Selamat Mencuba!



KERTAS KERJA CADANGAN PENGEMASKINIAN DROPBOX GENX

Salam Alaik. Maaf ganggu semua. Mungkin ini terlalu awal, tapi nak post sekarang sebelum serabut dengan peperiksaan untuk sama-sama fikirkan . 

"KERTAS KERJA CADANGAN PENGEMASKINIAN DROPBOX GENX"

Salam Alaik. disini saya kemukakan kertas kerja cadangan pengemaskinian Dropbox GenX sebeagai persediaan untuk tahun 2013/2014.

1) Pengenalpastian Masalah :
a) Dropbox akan digunakan oleh ahli-ahli GenX sebagai media perkongsian fail sesama ahli sehingga tamat pengajian di Cairo University. Dokumen2 dari tahun2 yang sudah lepas perlu diarkibkan dengan betul bagi :
i) Mengurangkan jumlah dokumen di dalam Dropbox, khususnya dokumen-dokumen yang sudah jarang diakses.
ii) Menyimpan dokumen-dokumen lama untuk tujuan rujukan.
ii) Menjadikan dokumen di dalam Dropbox tersusun atur lebih rapi dan kemas.

b) Tiada folder am untuk kegunaan kedua-dua ikhwah dah akhawat. Sehingga kini, GenX mempunyai dua folder yang berbeza untuk ikhwah dan akhawat. Sehubungan itu berlaku pengulangan (redundancy) dokumen di dalam folder-folder tersebut. 

c) Folder di dalam dropbox hanya diasingkan mengikut subjek. Terlalu banyak dokumen disimpan di dalam satu2 folder dan nampak kurang rapi. 

2) Cadangan Penyelesaian Masalah : 

a) Dokumen2 dari tahun2 sudah akan diarkib mengikut tahun di dalam aplikasi perkongsian yang lain. Walau bagaimanapun, keputusan peperiksaan bagi tahun sebelumnya dicadang untuk terus disimpan di dalam folder dropbox ( di dalam folder khas yang akan dinamakan "Result) untuk tujuan rujukan. Aplikasi perkongisan fail alternatif yang dicadangkan adalah Copy kerana ia menawarkan ruang simpan data sebanyak 7GB. Dengan kaedah ini, aplikasi dropbox ahli genX tidak akan sesak dengan dokumen lama; yang ada hanyalah dokumen yang aktif digunakan pada tahun semasa. Pun begitu, dokumen di dalam arkib hanya boleh diedit oleh moderator. Ahli GenX masih boleh mengakses fail2 tersebut tetapi tidak boleh mengubahsuainya lagi. 

b) GenX akan mewujudkan 3 jenis folder berbeza iaitu Ikhwah, Akhawat dan General. Untuk tujuan ini, setiap folder yang terdapat di dalam folder GenX ikhwah dan akhwat harus di salin sandar (backup) oleh AJK multimedia yang terlibat. kemudian, semua folder GenX sedia ada harus di buang ( delete). Setiap ahli GenX juga harus membuang folder GenX sedia ada yang berada di dalam telefon bimbit , komputer dan peranti mudah alih mereka jika mereka menggunakan aplikasi penyegerakan ( syncing applications) di dalam peranti-peranti tersebut. Seterusnya AJK multimedia GenX akan menilai folder2 yang sudah disalin sandar; sama ada untuk diarkib, diletakkan di dalam folder Ikhwah, Akhawat atau General, dibuang bagi fail-fail berulang dan seterusnya memuat naik fail-fail yang benar2 diperlukan pada tahun semasa ke folder dropbox.

c) Folder2 di dalam aplikasi dropbox GenX dicadang disusun dengan kaedah garis masa . Hierarki dibawah menerangkan bagaimana sistem ini digunakan : 

GenX 2013>Ikhwah
                Akhawat
                General > Academic > Opthalmology > Sept- Dis (2013)
                                                                   > Jan - Mac
                                                                   > Apr - Mei
                                                                   > Jun - Aug
                                                   > ComMed > Sept- Dis (2013)
                                                                   > Jan - Mac
                                                                   > Apr - Mei
                                                                   > Jun - Aug

Melalui sistem ini, ahli GenX boleh meletekkan apa sahaja dokumen tanpa perlu dibahagikan mengikut format; .doc, .pdf, .ppt.
pun begitu, setiap tahun dibahagikan kepada 4 garis masa seperti diatas. dengan cara ini, ahli GenX dapat mencari dokumen dengan lebih mudah; berdasarkan tempoh bila dokumen tersebut dimuat naik. 

3) Cadangan Pengimplementasian Penyelesaian Masalah : 

a) 1 Julai diletakkan sebagai tarikh pembekuan (freezing) sistem dropbox GenX. Selepas tarikh ini, semua ahli tidak boleh memuat turun atau memuat naik sebarang dokumen ke dalam folder Dropbox. bermula dari tarikh ini, AJK multimedia batch yang baru dilantik akan menyalin sandar dokumen-dokumen sedia ada di dalam dropbox kedalam komputer mereka. Seterusnya mereka akan menyusun fail-fail tersebut berdasarkan kaedah yang tersebut dalam 2(b) 

b) 7 Julai diletakkan sebagai tarikh pembuangan ( Purging) sistem dropbox GenX . Semua ahli GenX harus membuang folder dropbox sedia ada didalam peranti mereka. Ini bagi mengelakkan masalah penyegerakan semula ( resyncing) folder-folder yang sudah dibuang. 

c) 10 Julai diletakkan sebagai tarikh penambahan semula ahli-ahli GenX ( adding user) ke sistem dropbox yang baru. Dropbox harus berfungsi dengan baik sebelum keputusan peperiksaan tahun 3 keluar bagi memudahkan ahli-ahli GenX berurusan. 

sekian terima kasih.

Practical Pathology Preparation

PATHO CD: Macam-macam ada!

Bismillah,maaf byk post mlm ni.(nmpk sgt bru nk buat keje)
nak promote cd patho y kita dapat mse 1st sem tu, bru tgk alhamdulillah byk sgt maklumat y berguna utk final exam samada praktikal @ written. antaranye:
- general cases
- pics of jars (sgt jelas)
- pics of slides
- slides & gross hints for comment & banyak lagi!

bagi sesiapa yang tiada CD patho ni, boleh dapatkan bahannya di sini 

*so, semua boleh pakat2 bukak cd tu eh..selamat study! :)


Parasitology Practical Exam Reminder

A) tarikh : 24 april 2013 (rabu)
masa : 8 pagi
tempat : department parasitology

p/s : 1.) exam pukul 8 pagi,doctor minta kita ada kat sana pukul 7. 30 pagi.

2.) baca slides OSPE parasitology tu sebab ada yang xde dalam kertas.

kalau ada maklumat terbaru akan diberitahu lagi. selamat study semua :)


di bawah ni pula slide practical parasitology dari department, tapi dah di mod untuk self evaluation .
http://bit.ly/self-evaluate-parasite
 

moga bermanfaat.


B) Format 
Seperti yang kalian tahu..kita akan memulakan langkah ke medan final exam dgn subjek kesayangan korang, 
24/4,Praktikal Parasit,

Awai gila post ni?
Takpa,bagi kita cuak dan sedaq sikit exam nak dekat,

Ni format untuk examnya :

Objective Structured Practical Exam (OSPE)
Total Marks = 30

10 Specimens : Slides/Jar/Box (20 Marks)
-Identification ONLY(2 Marks each)
-Time allowed to identify for each specimen is one minute

5 Specimens : Slides/Jar/Box (10 Marks)
-Identification(1 Mark each)
-Mention 2 MAIN CHARACTERISTICS FEATURE(1 Mark)
-Time allowed to identify each specimen is one minute
-Time allowed to write 2 characteristics is one minute

Thats all,selamat stadi.
Mudahan seluruh warga batch gen X memperoleh kejayaan cemerlang.
Amin~

p/s-siapa tak dapat lagi kertas OSPE ni, boleh mintak kat aku dgn Nur Amira Anuar, . 


Pharmacology Mock Practical Exam

Salam kawan2.. Hari AHAD dan ISNIN ni ad MOCK EXAM:

subjek:dua2 buku praktikal pharma(vol1 and 2)
OPEN BOOK EXAM insyaAllah..

Lepas tu ad perjumpaan ngn doc pasal PRAKTIKAL EXAM:

Details:prescribtion writing + patient education
14 may 2013

Sebarang update akn dberitahu kemudian..



Revision Microbiology

a) COPY OF CD MCROB PRACTICAL REVISION

download sini

b) Revision PRACTICAL Microb
There's an open revision for all students (Egyptian and Malaysian) on 21, 22 and 23 of this month from 9 am till 2 pm. Practical revision couldn't be extended because you have an exam on 24th of April, while 25th of April is an official vacation. Best of luck!

c)  Self Evaluation Microbiology
disini ada slide practical microbiology station for self evaluation. 
http://bit.ly/self-evaluate-microb

moga bermanfaat.

Patho Updates

Bismillah, assalamualaikum wrbt.
di sini ade beberapa perkara penting utk anda semua patut tahu:

1. perjumpaan dgn DR Dalal Elwy (HOD), utk briefing psl final exam.details:
hari: isnin (22/4)
masa: 11am - 12pm
tempat: Hall B (tempat integrated lecture tu)

2. perubahan kelas praktikal:
i) kelas histopatho (slides) pd 25/4 ditukar kpd 24/4(rabu), pukul 2-4 pm.
ii) kelas museum pd 1/5 ditukar kpd 2/5(khamis), pukul 9-11 am.

terima kasih~ mohon sebarkan kpd y lain.

Sunday, April 7, 2013

Format Exam Praktikal Parasite

[PARASIT TERGEMPAQ]

Salam sahabat2 yang dikasihi sekalian,
Seperti yang kalian tahu..kita akan memulakan langkah ke medan final exam dgn subjek kesayangan korang, 
24/4,Praktikal Parasit,

Awai gila post ni?
Takpa,bagi kita cuak dan sedaq sikit exam nak dekat,

Ni format untuk examnya :

Objective Structured Practical Exam (OSPE)
Total Marks = 30

10 Specimens : Slides/Jar/Box (20 Marks)
-Identification ONLY(2 Marks each)
-Time allowed to identify for each specimen is one minute

5 Specimens : Slides/Jar/Box (10 Marks)
-Identification(1 Mark each)
-Mention 2 MAIN CHARACTERISTICS FEATURE(1 Mark)
-Time allowed to identify each specimen is one minute
-Time allowed to write 2 characteristics is one minute

Thats all,selamat stadi.
Mudahan seluruh warga batch gen X memperoleh kejayaan cemerlang.
Amin~

p/s-siapa tak dapat lagi kertas OSPE ni, boleh mintak kat aku dgn Nur Amira Anuar,
p/s2-Ni ada slide powerpoint untuk revise OSPE ni jugak,boleh download atau cek kat dropbox ampa.

http://www.4shared.com/office/C07FX4By/OSPE_parasitology.html
 

Kelas Revision Pharmacology

assalamualaikum... 
KELAS REVISION PHARMACOLOGY.
tarikh:7/4(esok)
masa:3.30 ptg
tempat:hall akhawat..
dr: dr. Abd rahman
tajuk:chemotherapy(antimicrobial)

N/B: kelas ni diadakn sempena markah kuiz kite yg rendah..diharapkan ikhwah dan akhawat dpt sama2 menghadirkan
diri..

Wednesday, April 3, 2013

Futsal : 3 April 2013

Salam.. 

3 April 2013 ( Rabu)

perlawanan antara joga dan bonito fc.
masa  : 6.00 ptg-7.00 
tempat:markas shabab zenhom

diikuti dengan futsal muhibbah
masa   :  7.00-9.00 malam..


harap sahabat2 dapat datang memberikan sokongan kepada pasukan pilihan masing2.

Monday, April 1, 2013

Jadual Peperiksaan PRAKTIKAL Akhir Tahun Tiga 2013

Jadual Peperiksaan Praktikal Akhir Tahun Tahun Tiga 2013

UPDATE : ENDED

Tarikh
Hari
Subjek
Kertas
Masa
24/4
Rabu
Parasitology
Praktikal
NIL
29/4
Isnin
Microbiology
Praktikal
NIL
11/5
Sabtu
Pathology
Praktikal
NIL
12/5
Ahad
Pathology
Praktikal
NIL
14/5
Selasa
Pharmacology
Praktikal
NIL
Jadual ni di buat berdasarkan ekstrak dari maklumat yang terdapat di grup  ‎Kasr Al-Ainy : 3rd Year  .

Saya akan update kalau ada maklumat baru. 
Selamat study!! :) 


Jadual Asal :