7.00 am.
Aku bangun pagi. Menggeliat. Cahaya mentari menerjah jendela. Sama, hari ini tetap sama. Aku masih mampu bangun, menghirup udara sang pencipta walau aku tak pernah mensyukuri bahkan menyedari suatu nikmat maha kuasa.
“Ah, dah lewat nak ke kelas.”
8.00 am.
Selesai membuat persiapan diri, aku hampar sejadah.
“...اصلي فرض الصبح“
Nasib baik dalam Islam boleh qadha solat kalau tertidur. Sengih sendiri.
“Alang-alang atas tikar sejadah ni, baik aku solat dhuha. Nak tanda borang mutabaah amal nanti banyak siket yang 'ticked'.”
Langsung tiada rasa bersalah. Waktu subuh seolah dia penentu waktunya, seakan mengambil alih tugas Tuhan. Sedang tuhan berfirman cukup jelas di dalam surah An-Nisa' ayat 103:
إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا
Rasa berdosa tadi dibelai manja dengan amal sunat, seolah-olah wajib dan sunat sama darjat.
9.00 am.
Kelas bermula. Terkumat kamit mulut melantunkan doa. Memohon agar diterangkan hati untuk seteguk kefahaman dalam lautan ilmu Tuhan yang ternyata luas. Fokus diberikan 120%.
Tak sampai 15 minit, mata mula melilau-lilau. Jam tangan dipandang, masa terasa seakan berdetik perlahan. Kocek diraba-raba laksana mencari barang yang hilang. Perlahan-lahan 'smartphone'ku dikeluarkan. "Hah, nasib baik ada game. Lecturer ni cakap apa tah aku tak faham. Bosan giler."
Tak sampai 15 minit, mata mula melilau-lilau. Jam tangan dipandang, masa terasa seakan berdetik perlahan. Kocek diraba-raba laksana mencari barang yang hilang. Perlahan-lahan 'smartphone'ku dikeluarkan. "Hah, nasib baik ada game. Lecturer ni cakap apa tah aku tak faham. Bosan giler."
Ke mana semangat dalam doa tadi? Entah, macam meminta kepada berhala.
1.00 pm.
Kelas akhirnya tamat. Sampai ke rumah, badan lalu direbahkan ke atas tilam. Saratoga menjadi peneman setia di musim sejuk. Butang ‘on’ pada computer riba ditekan, mahu melempiaskan sedikit keletihan kepada laman sesawang.
“takpe, zohor kan panjang,” desis dalam hati.
‘Facebook’ dilayari tanpa sedar. Status ulama’ di’share’, ceramah agama di’like’, di’post’kan lagu-lagu nasyid…
“eh, dah dekat pukul 2.45 pm! Aduh aku tak solat lagi.”
Bergegas separuh berlari ke bilik air. Dibasuh muka, tangan, dan segala anggota wudhu. Air diratakan agar segenap kulit mengenai air wudhu, terutama bahagian belakang siku dan tumit yang sering dilepas pandang tanpa sedar.
3.00 pm.
Azan asar berkumandang di segenap penjuru bumi seribu menara, bumi firaun penentang Musa. Kunci rumah dicapai, computer riba di’set’kan dalam mood ‘sleep’ lalu dilajukan langkah ke rumah Allah. Seperti biasa, selesai solat mathurat dibaca dengan penuh penghayatan. Umpama dalam liqa’ yang diketuai hasan al-bana. Penuh khusyuk, dilantunkan kalimat Tuhan dengan makhraj bacaan yang cukup sempurna.
“Apa maksud doa rabitah ni eh?” persoalan timbul di benak pemikiran.
Pembacaan sejak di bangku sekolah sehingga sekarang, seolah-olah membaca jampi mentera, tanpa difahami walau sepatah perkataan. Cepat-cepat persoalan tadi dibuang jauh dari perasaan tanggungjawab manusia bertuhan.
“Ah takpe, Asalkan aku baca sedap, kira ok lah. Aku balik Malaysia nanti kalau orang suruh aku jadi imam ke tak la malu sangat. Tak macam ahli beit aku, baca quran suara sengau. Haih, bile la die nak betulkan bacaan dia.”
Entah kenapa terjemahan yang memang sedia ada dalam buku kecil mathurat tu langsung tak diendahkan. Seakan tiada ruh untuk duduk sekejap dan mentadabbur ayat-ayat Tuhan. Cukup sekadar boleh membaca, lalu ancaman nabi di dalam hadis dianggap gugur kepada empunya diri.
Entah kenapa terjemahan yang memang sedia ada dalam buku kecil mathurat tu langsung tak diendahkan. Seakan tiada ruh untuk duduk sekejap dan mentadabbur ayat-ayat Tuhan. Cukup sekadar boleh membaca, lalu ancaman nabi di dalam hadis dianggap gugur kepada empunya diri.
تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب الله وسنة نبيه
6.00 pm.
Mesyuarat pengisian usrah.
“Kita perlu mengadakan satu mekanisme penambahbaikan dalam silibus sedia ada. Saya lihat ahli kita masih tidak dapat mengaplikasilkan input yang diberikan dalam usrah untuk membuahkan amal. Jadi di mana silapnya?”
Dalam sesi ‘brainstorming’, segala idea dicurahkan. Semua ahli mesyuarat turut menyumbang idea demi suatu ‘kerja agama’. ‘Neurotransmitter’ terus dipaksa untuk menyambungkan ‘synapse’ di antara sel-sel saraf. Akhirnya keputusan sebulat suara diperoleh. Alhamdulillah.
10.00 pm.
‘Tik.’
Suiz lampu bilik ditekan. “Fuh, jauh betul rumah akhawat ni. Rumah dekat munira, aku duduk zenhom, tak ke kene pusing dunia bile kene jadi musyrif,” membebel sendiri.
“Eh, dia bagi kek buah ke dalam plastik ni,” sambil mata menilik bungkusan plastik hitam yang akhawat tadi bagi. Senyum sendiri.
“Aduh, minit mesyurat tak siap lagi. “
Lalu jari-jemari dipaksa menari di atas papan kekunci komputer riba demi menyiapkan ‘kerja agama’.
.............................
Jam tepat 12.00 malam. Seisi rumah sudah gelap gelita. Kerja masih belum siap sepenuhnya.
“tak pe la berkorban sedikit untuk agama…”
7.00 am.
Ah, dah cerah!
............................................................................................................
Aku bukan mahu kau cari persona dalam riwayat ini,
tetapi mencari ‘engkau’ dalam dongengan ini.
tetapi mencari ‘engkau’ dalam dongengan ini.
Amal soleh itu mendekatkan, bukan menjauhkan.
Agama menyuruh agar berkorban, bukan terkorban.
...........................................................................................................
Mata tepat ke kalendar.
Eh, dah tahun baru!
Tapi...
aku tetap yang dulu.
...........................................................................................................
Mata tepat ke kalendar.
Eh, dah tahun baru!
Tapi...
aku tetap yang dulu.
MasyaAllah...enta/ti hebat
ReplyDelete