Friday, January 3, 2014

Towards the paradise: Suci dalam debu



Assalamualaikum... Subhanallah.. Alhamdulillah.. Lailahailallah.. Semoga diberi kekuatan untuk menulis dan diberi kekuatan untuk si pembaca yang budiman.


Alhamdulillah 2014. Setahun lagi berganjak untuk hidup kita dan selangkah lagi kita bertatih untuk mati kita. 22 tahun itu kiranya kehidupan yang sudah sangat matang untuk si dia yang berusia 22 tahun. Namun, si dia tidak pernah sedar ada lagi 22 rintangan lagi akan menghampiri si dia untuk ke arah kematangan. 

Kematangan itu perlu dididik bukan hanya ilmu untuk disuap, diterima, dihadam dan seterusnya terbukti berkesan pada si penuntut itu. Bahkan kadang-kadang, kematangan itu perlu memakan masa berabad-abad tahun lama hanya untuk difahami maksudnya. Kematangan ini adalah soal hidup kita semua. Setelah beribu-ribu batu merantau, merentas langit dan awan, berbagai ragam dan jenis makhluk Allah kita semua kenal dan beramah mesra dan setelah bertahun-tahun kehidupan kita, barulah kita mampu berbicara tentang ilmu kematangan.

2013- Tahun itu tahun sangat ditunggu-tunggu. Peristiwa demi peristiwa berlaku dan dicatit dalam diari peribadi. Andai mampu dicuci perasaan hati untuk dijadikan gambar, sudah lama diframekan sebagai penghias bilik. 

Akhirnya, si dia yang ditunggu-tunggu keluar menemui orang yang sangat-sangat merindu si dia selama 9 bulan lamanya. Alhamdulillah. Sakit tadi beransur pulih. Resah tadi hampir hilang. Rasa hati ingin melonjak riang.

Namun, Allah itu tidak pernah mahu mengabaikan umatnya. Takut terus lalai dan leka.

"Apakah manusia berkira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan 'kami telah beriman', dan mereka tidak diuji?" (surah al-ankabut, ayat 2-3)

Ketika menyalinkan lampin pakai buang si dia, cuba untuk membuang rasa hati yang tidak enak  apabila si dia menangis dengan mengangkat tangan kanannya sahaja. Reflex bayi bukan begitu jika normal. Hati menafikan hingga terasa pedih yang teramat sangat. Diluahkan pada suami tersayang dan disuruh bergegas ke hospital. Cuba membelek-belek buku medic tahun 1. Jumpa! tapi terus dan terus menafikan.

Setelah beberapa klinik kanak-kanak dikunjungi memberi jawapan "You should refer to the specialist", akhirnya kembali berjumpa dengan doktor yang melahirkan si dia. Alhamdulillah. Kelegaan kembali bertamu apabila doktor mengesahkan itu hanya oedema of the nerve. Akan surut dalam masa 3 minggu. Kami tunggu waktu itu. 

Allah itu maha perancang dan terlalu sayang pada hamba-Nya. 

"Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu dan akan Kami uji perihal kamu." (surah Muhammad. ayat 30)

3 minggu yang ditunggu mengecewakan. Tiada perubahan. Akhirnya Allah turunkan bantuan, dipertemukan dengan pakar neuron kanak-kanak. Apa yang lagi mengecewakan ialah betullah diagnosis awal itu! Allah. Allah. Allah. Gelap dunia umpama dihempap batu. Erb's palsy with the stretching of C5,C6 and C7. This is the rare case of Erb's as involving the C7 which is about 0.2%  of possibility.

Rasa hati ingin membentak. Merusuh. Terus persoal mengapa takdir ini tercipta. Kegembiraan bertukar pilu. Pilu yang mencucuk-cucuk dada hingga tiada lagi ruang. Terus dinafi qada' dan qadar. Terus seakan-akan hilang punca. Mengapa ini yang Kau hadiahkan? Saat masih lagi berpantang. Saat tiada orang tua di sisi. Saat kepala ini harus fokus midyear exam. Saat bermukim di negara orang. Saat masih lagi mentah untuk mencari-cari pakar yang mampu dibayar.

Sedikit semangat dua jiwa yang hampir layu disuntik oleh doktor pakar tadi. "I'll help you to make her recover soon. Don't worry. I'll make sure i'll help you." Kata-kata itu tersemat dalam kepala dan sentiasa berlegar-legar. Diserahkan segala kemungkinan padanya. Ya! doktor itu tahu dan dialah ahlinya. Terbangkit sedikit demi sedikit dari lena panjang, ada Dia(Allah) untuk segala waktu. 

Usaha, doa dan tawakkal. Kemampuan seorang hamba yang dhaif. Cuba segala saranan doktor itu. Urutan untuk si dia cuba dilakukan sekerap mungkin. Medical treatment semua dicuba. Segala jenis treatment yang ditayang di website semua diturut. Hanya untuk mendapatkan improvement sebelum umur 4 bulan. If there is improvement, surgery is obseleted. 

Ya! Allah itu maha mendengar lagi maha mengetahui. Terasa doa telah dimakbulkan. Terasa Allah melihat dengan tersenyum dari atas tangisan kegembiraan ini apabila doktor mengesahkan si dia improved. 
"The muscle is working but still weak. Need for some more recovery of the nerve."

"Orang-orang yang bersabar itu ialah mereka yang apabila ditimpa dengan ujian maka mereka akan berkata,'Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada Allahlah kita akan dikembalikan.' Mereka ini beroleh rahmat dan kebaikan dari Allah serta merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk." (surah al-baqarah, ayat 156-157)

Allah made His promise! Kesusahan ini dibantu belakang tabir oleh Allah. Kesengsaraan sementara ini ditemani oleh Allah. Dalam tempoh ini, terasa Allah telah beri satu makna kehidupan yang amat berharga. Terus berdoa agar diberi kekuatan untuk yang lebih baik. Dan akhirnya, si dia kini mampu mengangkat, merangkak dan mengambil barang using her left erb's hand. Mungkin masih lagi di peringkat pemulihan. 50% lagi. Mohon doa para wali sekalian. Insya-Allah.

Beginilah salah satu rupa ilmu kematangan yang Allah berikan. Tiada yang mudah. You pay for it, You have it. Matanglah dengan kehidupan dan membesarlah dengan pengalaman serta berdayunglah dengan ilmu. Then, you'll see the next Sultan al-fateh is born. Setiap detik waktu yang Allah pinjamkan bukanlah percuma. There is hidden treasure that you must know how to unlock with the right key.

Kegembiraan itu bukan ukuran sebuah kebahagiaan. Kesusahan itu bukan ukuran sebuah kesedihan. Tapi apa yang pasti janji Allah itu benar, ketaqwaan dan kesabaran itu ukuran untuk sebuah syurga nanti.

Special for those in PERUBATAN. In your mission soon, there'll be obstacles for sure. Bersabarlah dan tempuh dengan hati yang tawakkal pada Allah. Insya-Allah pengalaman itu mematangkan kita bukan melemahkan kita. Ujian itu penyuci hati sepertimana debu itu penyuci dalam tayamum. Penawar ujian itu adalah sabar. Sabar itu janjinya syurga.

Akhir kalam,

"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya." (Surah Al-Baqarah, ayat 286)

Mencari matang bersama Allah itu lebih indah dari mencipta matang olahan hati.

Moga bermanfaat. 



Si dia ( See the difference of the left hand)






1 comment: