SUBHANALLAH

Menikmati keindahan ciptaan Ilahi di Sharm El Sheikh

ALHAMDULILLAH

"seringkali kita melakukan dosa, bertaubatlah selagi bernyawa di dunia ini"

LAILAHAILLAH

"sollu alan Nabi Muhammad SAW"

ALLAHUAKBAR

"Merdeka pada hati jiwa itu lagi bermakna"

ASTAGHFIRULLAH

"Harimu adalah hari ini"

Thursday, September 29, 2011

2nd year... ARE YOU READY??? (part II)

assalamualaikum... seperti yang dijanjikan... nih ialah part II kpd entry sebelum nih...

ATTENTION!

  • buku anatomy department dah djual (complete set... baru smpai); 
satu set= LE 175 (if not mistaken);
tajuk2 buku: head n neck (part 1 n 2), abdomen, nueroanatomy, pelvis and perineum, mcq; 
total= 6 books
  • buku anatomy sameh doss juga da djual (full set)
satu set= LE 85; 
tajuk2 buku: head n neck, abdomen, nueroanatomy, pelvis and perineum, special embryology; 
total= 5 books
*text 4 special embryology sambungan drpd general embryology thn lpas
buku2 laen dkatekan smpai dlm hari ahad/ isnin...

Quick review on what we'll gonna learn... insyaAllah {for biochemistry and histology}

Biochemistry (book I)
  1. enzymes
  2. bioenergetics
  3. citric acid cycle
  4. glycogen metabolism
  5. gluconeogenesis
  6. lipid metabolism
  7. insulin and diabetes melitus
Biochemistry (book II) **no data**

Histology
  1. digestive system
  2. endocrine system
  3. urinary system
  4. male genital system
  5. female genital system
  6. the eye
  7. the ear
  8. central nervous system (CNS)

important reminder!!
classes starts at 2nd of October  this coming sunday
be prepared 4 biochemistry and Histology insyaAllah...

Tuesday, September 27, 2011

2nd year... ARE YOU READY???

assalamualaikum... warga genX sekalian... perihal 2nd year,, terdpt bbrape perkara yg ign dberitahu:

no.1: Jadual da kluar!! **be the first to own it**
credit to: Haniz Iqbal Hazaidi for this 

no.2: Quick review on what we'll gonna learn... insyaAllah {for anatomy and physiology}
Anatomy: (name and no. of books)
  1. head and neck (part I & II), 2
  2. nueroanatomy, 1
  3. abdomen, 1
  4. pelvis and perineum,1
  5. special embryology (cont. from last year gen. embryology), 1
Physiology: 
  1. medical physiology (SNS, special senses, MNS), 1
  2. kidney (from last year), 1
  3. digestion & metabolism, 1
  4. medical physiology (endocrine, reproduction), 1
  • note that in last year book> kidney, digestion & metabolism used to be in the same booklet known as: medical physiology (kidney, digestion & metabolism)... i dont really know bout this year thou... maybe it'll be in a separate booklet i guess...
important reminder!!
classes starts at 2nd of October  this coming sunday
be prepared 4 more intensive classes insyaAllah... anatomy books are available to be purchased now... other books will be up for sale insyaAllah on this coming sunday (2nd of October)

Let us strive for towards imtiyaz tis year together without any fail!!... 
**i will put up some quick review on histology & biochemistry... ASAp... insyaAllah 

Monday, September 26, 2011

Kemudikan aku ke Jannah II


Apakah perkara besar itu?
Perkara besar yang dimaksudkan di sini adalah, misi dan wawasan hidup.Memandang individu, pembentukan misi dan wawasan hidup boleh bermula sedari remaja. Kerana dalam fasa inilah, setiap individu akan mencapai fasa ‘mumayyiz’, mampu membezakan yang baik dengan yang buruk. Dalam fasa ini juga para remaja sudah mula mencari identiti dan prinsip hidup sendiri.Dalam fasa inilah bermulanya peleraian pergantungan remaja terhadap ibu bapa.
BUKU CADANGAN: Psiko seksual Remaja Wanita: dari perspektif Islam dan Biologi oleh Dr Yusuf Abbas, Dr Nor ‘Izam Alias
Beruntunglah kalau misi dan wawasan telah dibentuk awal lagi oleh para ibu bapa muslim yang turut mempunyai agenda Islam dalam keluarganya, namun tidak pernah terlambat bagi setiap individu yang baru menyedarinya tatkala mencapai aqil baligh. Para remaja harus diasak untuk mempunyai misi dan wawasan hidup.Semestinya misi dan wawasan hidup yang benar adalah misi dan wawasan yang berlandaskan Islam.Misi dan wawasan utama yang telah Allah catatkan dalam kalamNya, surah Adzariyat: 56
“Tiadalah Aku jadikan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembah Aku”
(Adz-Zaariyat: 56)
Nah! Kitalah manusia yang sering bermacam-macam di dunia ini, rupa-rupanya dijadikan dengan sepenuh-penuh kemuliaan, untuk menjadi hamba Allah yang taat padaNya. Allah juga telah menyampaikan contoh sekalian manusia Rasulullah S.A.W yang menjadi penyampai risalah Allah.Sedarkah kita bahawa, kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini adalah pewaris risalah Rasulullah yang memegang tanggungjawab yang besar untuk mengajak umat mempertahankan jatidiri dan membangunkan jatidiri?
Secara peribadi, saya sememangnya agak kagum dengan media barat yang bijak menjatuhkan golongan muda yang berpotensi besar dalam menegakkan dan menyebar risalah Allah.Kita semua tahu bahawa hasil hari ini adalah berdasarkan perancaan panjang musuh-musuh Islam dalam menjatuhkan umat Islam yang pernah menaungi sepertiga dunia pada masa dahulu.
Bagaimana caranya?Mudah saja.Rijal-rijal ini dilalaikan dengan perihal ‘percintaan’. Berjiwang-jiwangan kerana terjatuh cinta dan seronok diterima cinta.Bersedih-sedihan kerana ditolak cinta dan putus cinta. Sibukkan juga akan kisah cinta yang direka-reka di televisyen, di novel-novel ataupun kisah cinta orang lain. Sehinggalah akhirnya golongan muda yang menjadi aset Islam ini mula berubah fasa kepada fasa ‘berumur lanjut’, yang ketika itu sudah mula sibuk dengan kerjaya dan keluarga, sukar untuk mencari ruang semangat dalam menggilap potensi diri. Betapa ruginya, kalau usia muda dibazirkan hanya dengan perkara remeh temeh.
Sekiranya golongan muda benar-benar memegang matlamat penciptaan manusia yang menjadi erti untuk kita hidup di muka bumi ini, sudah semestinya golongan muda mula melangkah dengan cita-cita yang besar.
Orang yang mempunyai cita-cita yang besar tidak akan sempat untuk bermain-main dengan isu remeh-temeh. Orang yang berwawasan jelas dengan halatuju perjuangan hidupnya sebagai seorang pewaris risalah yang bersedia membangun dan mempertahankan jatidiri bangsanya. Dos cinta dan berjiwang-jiwangan yang dicipta budayanya oleh barat kadangkala datang bagai ombak, menggoyah matlamat kehidupan (mengabdikan diri kepada Allah).Sangat merunsingkan apabila ianya memberi kesan kepada para pemuda yang memiliki status agama Islam yang seharusnya menampakkan contoh terbaik ummat. Namun lebih gusar lagi apabila dos-dos ini turut sama mengesani para pemuda-pemudi yang mantap meletakkan diri mereka di atas jalan dakwah sebagai kader-kader dakwah!
Apa yang perlu kita lakukan? di dalam Kemudikan aku ke Jannah III
[source] :)

Saturday, September 24, 2011

Kemudikan aku ke Jannah (I)


Sebagai orang yang pernah/sedang melepasi fasa remaja/awal dewasa, saya cukup kenal dengan isu-isu hangat yang sering menjadi buah percakapan dalam fasa ini. Kalau disebut perkataan ‘berkeluarga’, ‘rumahtangga’,‘bait muslim’, ‘walimah’ dan segala yang berkaitan dengannya, cukup seronok untuk diambil kisah dan dibicarakan. Mungkin kerana dalam fasa inilah rakan-rakan sebaya mula serius untuk menginjak ke fasa seterusnya iaitu fasa berkeluarga. Jemputan walimah di sana-sini, ibu bapa dansanak saudara sudah mula bertanyakan status diri, “dah ada calon ke?”, “awak bila lagi?” dan sebagainya!
Adil kalau saya katakan, tiada yang salah dalam memikirkan hal ini.Isu mendirikan rumah tangga sememangnya merupakan satu perkara yang layak untuk difikirkan, malah bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main-main dan dipandang remeh. Isu hangat yang seronok diperkatakan inilah hakikatnya menjadi pintu untuk lahirnya sebuah ummah!
Namun ianya menjadi salah apabila perkara besar ini dilihat dari sudut pandangan yang sempit, menjadikan perkara ini sekadar perkara yang seronok untuk dibualkan, bukan satu perkara yang berat dengan tanggungjawab untuk dicartakan kelangsungannya.
Pengaruh ‘cinta’ dalam budaya pemikiran
Sebagai contoh, bila menyebut tentang perkahwinan, mulalah kita terbayangkan perihal ‘percintaan’ yang sememangnya telah berjaya digembar-gemburkan kemanisannya oleh media barat yang cukup kuat mempengaruhi media timur masa kini.Sememangnya benar,dalam perkahwinan itu perlu ada cinta. Cinta itu fitrah. Namun, apa takrif cinta sebenar? Yang disebut-sebut tentang hubungan cinta yang indah sebelum perkahwinan itu adalah cinta dari nafsu al-hawa’. Cinta yang sebenar-benarnya adalah cinta kepada Yang Maha Mencipta, Allah S.W.T
BUKU CADANGAN: Panduan Bercinta dan Memendam Rindu oleh Ibnu Qayyim
Selalu sahaja kita mendengar ucapan-ucapan sebegini: “ouh, tahniah! Dah declare couple. Moga sampai ke jinjang pelamin!”. Betapa singkatnya matlamat kalau matlamatnya hanya untuk sampai ke jinjang pelamin!Apalah sangat indahnya jinjang pelamin yang hanya direka-reka tema warnanya, hiasannya dengan bunga telur dan kerusi yang ditampal-tampal dengan aneka warna kalau nak dibandingkan dengan syurga yang tak terbayangkan dek akal manusia?
Islam datang untuk memboloskan umat daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan hanya kepada Allah.Justeru seharusnya umat beragenda harus mendoakan tiap sahabatnya untuk “sampai ke Syurga” untuk bersama-sama menjadi jiran di Syurga.Apalah yang nak dimegahkan kalau bercinta hanya untuk sampai ke jinjang pelamin, tapi sedari awal telah membuka jalan-jalan untuk ke neraka?Bukankah syurga itu setinggi-tinggi keindahan?
Sedarkah kita bahawa, isu perhubungan sebelum nikah atau hubungan cinta atau isu ‘couple’ ini hanyalah salah satu permasalahan umat di antara pemasalahan-permasalahan lain yang mengganggu pembentukan keluarga muslim yang hebat?Tidak dinafikan bahawa, isu ‘couple’ ini adalah isu yang semestinya harus diperangi hebat, sepertimana hebatnya binaan dakyah barat yang berjaya membudayakan ‘coupling’ di dalam kehidupan umat Islam. Justeru, sememangnya kita perlu berusaha untuk menyerlahkan semula garis pemisah Islamiyah dan Jahiliyah yang kian kabur dalam isu perhubungan lelaki dan perempuan. Kita tidak akan membincangkan dengan lebih mendalam tentang salah-betul ‘couple’ dalam terbitan ini. Namun, kepada yang masih tercari-cari, terdapat beberapa buku yang telah diterbitkan di pasaran bagi mengupas dengan lebih lanjut mengenai hal ini.
BUKU CADANGAN: Tentang Cinta oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Walaupun demikian, terdapat satu perkara BESAR yang perlu kita sasar pandangkan sebagai solusi permasalahan ini. InsyaAllah, ianya bukan sekadar menjadi solusi permasalahan perhubungan sebelum nikah, malah pada rata-rata permasalahan lain yang tak kita terbayangkan. Perkara BESAR yang layak digelar GPS untuk tepat mengemudi bahtera kehidupan ke Jannah.
Apakah perkara besar itu? dalam Kemudikan aku ke Jannah (II)


source:
http://sitibalqis.wordpress.com

Friday, September 2, 2011

X



GEN X

sedar ataupun tidak, kita merupakan generasi kesepuluh.
meneruskan kecemerlangan yang pernah dibawa oleh mereka-mereka yang terkehadapan daripada kita. betul?


sedar ataupun tidak, kita pernah memegang sijil cemerlang, "title" pelajar cemerlang, tokoh pelajar, membanggakan semua orang. betul?

sedar atau tidak, kita suatu masa dahulu pernah diberi penghormatan, tidak kira daripada kerajaan, masyarakat, sekolah, keluarga, ibubapa, yang paling penting, diri sendiri. betul?

kenapa sekarang rasa tak boleh?

perjalanan kita sudah jauh. 18 tahun sudah berlalu. kalau dikira langkah kita berjalan pun, entah mampu untuk kita kira ataupun tidak.

tetapi kita kena ingat, jalan di hadapan masih jauh. jauh sangat. dan kita sendiri pun tidak tahu apa yang menunggu kita. matlamat kita, macam mana?

semacam Ramadhan, matlamatnya bukanlah hari raya. takbir, solat hari raya, duit raya, kuih raya mahupun rancangan-rancangan hari raya di televisyen sekadar penanda bahawa waktu rehat kita sudah sampai ke penghujungnya. perjuangan masih belum selesai, dan perlu diteruskan.

tujuan hidup, matlamat, strategi, perlaksanaan, ini yang penting!

kalau pernah lemah semangat, merasakan tidak mampu, ingat kita dahulu siapa! ingat siapa kita pernah jadi! ingat kita ni hamba Allah!


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin,
sekadar pesanan ringkas sebelum menempuh sesi pembelajaran tahun 2.

p/s: baru tengok Xmen origin:wolverine, beliau experiment ke sepuluh dan menjadi. kita?
p/p/s: sekadar pesanan untuk diri sendiri


1224
puchong, selangor
Malaysia

Thursday, September 1, 2011

RAMADHAN DI MESIR (2)






Hari ketiga kami lebih mengujakan, Tanta Huda sudah siap sedia untuk membuat biskut raya. Inilah saat-saat yang kami tunggu. Berbeza dengan kuih Malaysia yang dibuat kebanyakannya menggunakan ‘butter’, kuih raya mereka banyak menggunakan ‘ghee’. Melihat kuantiti ghee yang digunakan, penulis hanya mampu beristighfar mengingatkan diet yang kelihatannya tak dapat diteruskan sepanjang menetap di rumah Amm Saeid.
Begitu banyak daya yang perlu kami berikan dalam membuat kuih raya tersebut. Misrein tidak membuat kuih-raya seloyang kecil, tapi sebesen besar!
Agina kami adun sendiri dengan tangan, bukannya mixer. Tangan kecil kak Julanar dan jari-jari kuat Tanta Huda memukul adunan sehingga benar-benar mulus sementara penulis lebih banyak menonton dari menyumbang daya. Siap mengadun, kami menggunakan mesin penggelek untuk menghasilkan bentuk biskut yang dikehendaki. Kami turut dibantu dua orang sepupu Nuha. Rumah di tingkat atas rumah Amm Saeid dijadikan stor yang menempatkan ketuhar. Selain itu, ayam hidup turut disimpan di situ. Lucu juga melihatkan Sarah, adik Nuha terkial-kial mengeluarkan ayam untuk dimasak sehingga ayam tersebut lari masuk ke dalam rumah. Kecoh seketika.
Ketuhar tradisional dikendalikan Tanta Huda. Sementara kami bermandi peluh bergilir-gilir memusing mesin penggelek, Tanta Huda duduk di depan ketuhar, sesekali mengawasi biskut yang diletakkan di dalamnya. Jujurnya, penulis cuma bertahan 5 minit memusing mesin penggelek sementara Mina yang lebih muda begitu kental melakukannya tanpa merungut.
Secara dasarnya, biskut raya mereka sama sahaja adunannya, cuma bentuk yang berbeza-beza. Penulis mula merasai rindu akan warna-warni kuih raya Malaysia.
Malamnya, selesai solat terawih, kami bergegas ke rumah kerana ada urusan penting malam itu. Adik Nuha, Sarah dan Usama telah pun bertunang dan bakal berkahwin dalam masa yang terdekat. Malam tersebut kami berpeluang melihat Sarah memilih barang kemas selain melawat bakal tunang Usama.
Semestinya, bab-bab kahwin ini menjadi kegemaran penulis sehingga kak Julanar sendiri segan dengan keterujaan penulis. Kami dibawa menaiki kereta Usama menuju ke madinah Zaqazig. Kebetulan pula, hari tersebut merupakan eid milad Nuha, menambahkan kemeriahan suasana malam tersebut.
Madinah Zaqazig seakn-akan sama seperti Cairo, tak banyak bezanya. Kami dibawa ke deret-deret kedai emas, di mana keluarga tunang Sarah sudah sedia menanti. Menjadi kelaziman dalam perkahwinan Arab, barang kemas satu set akan diberikan kepada pengantin perempuan. Daripada gelang, rantai, cincin dan subang. Setelah beberapa perbincangan dalam sebuah kedai emas, Sarah membuat keputusan memilih set barang kemas pilihannya. Beratnya 300 gram, harganya wallahu’alam.
Selepas itu, kami menziarahi keluarga tunang Usama pula. Melihatkan sahaja bakal pengatin tersebut, penulis jatuh hati. Orangnya comel, lembut, murah dengan senyuman dan merupakan seorang hafizah. Memandangkan perbincangan dua keluarga tersebut tak melibatkan kami, kami meminta izin untuk pergi ke kedai di kawasan sekitar dengan ditemani Nuha.
Sebelum pulang, tunang Sarah yang turut sama ada ketika itu kerana kereta Usama tidak dapat menampung semua orang, memberikan hadiah hari lahir kepada Nuha. Wah, bijak sungguh bakal pengantin tersebut memenangi hati bakal kakak iparnya.
Esoknya, kami menyambung membuat biskut. Tanta Huda membeli tamar Agwa yang telah dihancurkan dan ‘gum arabic’ untuk diisi dalam biskut. Tugas kami sekadar membuat corak di atas biskut tersebut.
Malamnya, kami menunaikan solat terawih kali terakhir di As-Shoubak. Dan seperti biasa soalan kuiz pun dibentangkan, antara soalan yang mencabar ialah: surah apakah di dalam al-quran yang mempunyai kalimah ALLAH dalam setiap ayatnya. Fikir-fikirkan…
Keesokan paginya, kami bersiap-siap pulang. Pengalaman berpuasa di Zaqazig bersama keluarga angkat tak mungkin dapat penulis lupakan. Belajar memahami budaya arab dan menghargainya. Barangkali tidaklah jauh bezanya dengan saudara semuslim di Malaysia, tapi semestinya berlainan.

RAMADHAN DI MESIR (1)

Berpuasa dan menyambut Syawal di Mesir mencipta satu pengalaman manis buat penulis. Bersengkang mata memasak kuah kacang dan rendang pada malam raya pastilah menambah pengalaman diari hidup di perantauan. Namun apa yang lebih manis lagi adalah pengalaman penulis merasai Ramadhan dengan masyarakat setempat.
Seminggu sebelum Syawal penulis berkesempatan menemani seorang teman jurusan Syariah Islamiah, kak Julanar (bukan nama sebenar) menziarahi sahabatnya di Zaqazig. Seperti yang dijanjikan, kami bertemu di Gami’e Rabaah dan bertolak ke Zaqazig dengan menaiki mikro bas pada pukul 8 pagi. Jarak perjalanan dari Masr ke Zaqazig cuma mengambil masa 1 jam lebih dengan kos perjalanan lebih kurang 7 genih sahaja.
Rumah Nuha, sahabat kami terletak di As Shoubak di pinggir madinah Zaqazig. Pemandangan sepanjang perjalanan ke Zaqazig merupakan tanah-tanah pertanian yang ditanam dengan pokok jagung atau padi. Perkampungan As-Shoubak dipenuhi imarah 3 atau 4 tingkat yang terletak berselerakan antara satu sama lain dan jalan sekitarnya tidak bertar. Kambing-kambing peliharaan sedia menyapa kami apabila kami melalui jalan-jalan tersebut. Sesekali kerbau dan anaknya melintasi laluan dan kami terlopong dalam kekaguman.
Sesampainya di rumah Nuha, kami disambut oleh ibunya, Tanta Huda. Tanta Huda bekerja sebagai guru di sebuah sekolah teknik di madinah Zaqazig manakala suaminya, Ammu Saied merupakan peguam, juga di madinah. Sekolah teknik Tanta Huda khusus untuk mengajar penggunaan jentera-jentera pertanian barang kali sesuai dengan keperluan persekitaran di Zaqazig.
Seperti kebiasaan apabila menginap di rumah masyarakat tempatan, mereka menyediakan sehelai abaya, sepasang selipar rumah dan sehelai selendang. Penulis berebut-rebut memilih abaya yang berbagai warna dengan kak Julanar. Usai menukar pakaian, Nuhar mengambil stokin kami untuk dibasuh, begitulah kebiasaan mereka.
Misi pertama kami pada hari tersebut ialah membantu Tanta Huda menyediakan iftar. Penulis dengan semangat berkobar-kobar menyinsing lengan baju untuk membantu Tanta Huda sedang kak Julanar acuh tak acuh sahaja. Mula-mula kami membuat Athoief, sejenis manisan. Pancake bulat-bulat kecil yang dibeli di kedai dibentukkan menjadi kon, selesai dibentukkan, kesemuanya disira dengan gula biar menjadi keras. Sesudah itu mahlabiah diisi ke dalamnya seterusnya kulit kayu manis hancur, guz hind dan kismis ditabur ke atasnya biar menutup kon tersebut.
Tanta Huda seorang yang sangat peramah dan keibuaan, beliau sentiasa berkongsi resepi-resepi masakannya sambil bersembang-sembang ringan dengan penulis. Penulis berasa kagum dengan suri rumah di kawasan luar bandar yang membuat segala benda dengan tangan sendiri sedang di Cairo, pastilah halawiyat dibeli sahaja di kedai. Malah, Tanta Huda turut membancuh mahlabiah sendiri. Di sini, ingin penulis kongsikan bersama resepi mahlabiah:
1/2 kilo susu (gamus atau susu biasa)
Gula secukup rasa
4 sudu besar nisya (tepung jagung, boleh dibeli di pasar raya)
1. Didihkan susu selama beberapa minit, kemudian masukkan gula secukup rasa (banyak)
2. Gaulkan nisya dengan ½ cawan air.
3. Masukkan nisya ke dalam susu, kacau sehingga mendidih.
4. Tutup api, biarkan mahlabiah sejuk seketika dan masukkan ke dalam bekas-bekas kecil.
5. Sejukkan ke dalam peti sejuk.
6. Sebelum dihidangkan, tabur dengan guz hind (serbuk kelapa, beli di kedai kacang-kacang) dan kismis.
Mudah, sangat mudah untuk membuat mahlabiah. Selamat mencuba, semua!
Setelah membuat Athoif, Tanta Huda memasak itik dan ayam panggang. Terliur penulis melihat daging-daging empuk yang baru keluar dari oven. Sesudah itu, kami membantu Tanta Huda membuat Qubabah. Iftar hari itu kami menjamu juadah mewah.
Pada malam hari kami menunaikan solat terawih di masjid berdekatan. Kehadiran kami ternyata menarik tumpuan ramai, terutamanya kerana tiada orang Melayu yang mendiami kampung tersebut. Seperti kebanyakan masjid di Mesir, solat terawih ditunaikan sebanyak 8 rakaat dan tazkirah disampaikan setelah 4 rakaat pertama. Bacaan imamnya pula pastilah mengikut juzuk pada hari itu. Kami solat sambil memegang quran agar dapat sama-sama menghayati bacaan. Usai solat witir, ada tazkirah ringan dalam kalangan jemaah perempuan dan soalan-soalan kuiz untuk menarik tumpuan pendengar . Penulis benar-benar kagum dengan jemaah perempuan di kampung ini yang kebanyakan berpakaian tudung labuh, berbeza sekali dengan pemandangan di Cairo.
Malam itu juga kami berjaya menjawab satu soalan kuiz al-quran. Berapakah bilangan basmalah dalam al-Quran? Jawapannya: 114, 113 dari awal kesemua surah kecuali surah at-Taubah dan 1 di dalam surah An-Naml.
Di rumah, keluarga Amm Saeid tidak tidur sehingga masuk waktu subuh. Wah, benar-benar menguji ketahanan mata. Walaupun kami mencuba sedaya-upaya untuk membudayakan segala tata cara hidup keluarga Nuha sepanjang menetap di rumah Amm Saeid tapi kami tewas. Tuntutan mata lebih mencengkam. Begitulah kebiasaannya pada bulan Ramadhan, mereka berjaga sehingga subuh, kemudiannya tidur sepanjang siang hingga matahari tegak atas kepala.
Sahur bagi kebanyakan Misrein kebiasaannya terdiri daripada roti eisy, telur rebus, jibnah (keju), zabadi (yoghurt), salata, fol (kacang) yang dihancurkan dan tahina. Mujur penulis tiada masalah menelan mana-mana makanan tersebut. Namun, satu budaya Misrein yang patut diubah ialah kelaziman mereka dengan minuman bergas. Jenuh penulis menolak pelawaan tuan rumah tiap kali sahur dan iftar. Selesai sahur, kami tidur dalam bilik berhawa dingin.
Pagi esoknya, kami berpeluang menemani Tanta Huda membeli sayur-sayuran dan keperluan lain di kawasan kejiranan. Bertelur sebiji, riuh sekampung; begitulah keadaannya apabila seekor ayam bertelur di depan mata kami. Tapi yang riuh bukanlah ibu ayam tersebut, sebaliknya kami yang begitu teruja menonton ‘live action’ ayam tersebut.
Hari kedua kami pula banyak dibazirkan di depan televisyen, menonton filem hindi dengan penuh kekhusyukan. Istimewanya hari tersebut, kami menjamu makanan laut. Cara masakannya sangat mudah, ketam dan udang yang dibuat sup. Hari tersebut juga rumah Amm Saeid dilawati bakal besannya. Kami berpeluang merasai kunafa buatan sendiri pemberian bakal besannya.