Yakin pada kalimah toyyibah (la ilaha illallah Muhammad rasulullah)
La ilaha membawa tujuan keluarkan segala kebesaran makhluk didalam hati kita.illallah memberi arahan masukkan segala kebesaran allah didalam hati kita.
Allah yang memberi rezeki dan menariknya.Allah yang mematikan dan menghidupkan.Allah yang memberi sakit dan sihat.Tampa izin Allah setiap makhluk tidak akan dapat memberi manfaat(faedah) dan mudhorat(keburukan) kepada kita.
Cara untuk kita masukkan hakikat kalimah ini ialah dengan banyak berzikir kalimah ini 100x sehari.
Kelebihannya menjadi ubat penenang yang terbaik.jika seseorang itu istiqomah berzikir kalimah ini 100x setiap hari maka wajiblah baginya syurga(dgn menjaga juga amalan wajib yg lain dgn sempurna).kalimah la ilaha illlallah lebih berat daripada dunia dan seisinya jika di timbang(alat timbang dacing).
Cerita yang pernah berlaku;seorang kafir telah mendengar salah satu daripada kelebihan kalimah ini dan mencabar orang islam.Esokannya orang kafir tersebut membawa barang yg berat utk di timbang dengan sehelai kertas yang ditulis kalimah la ilaha illallah.Hasil solat hajat orang-orang islam,AllAH telah mengurniakan kebenaranNYA ke atas kalimahNYA.Terbuktinya kebenaran ini telah membuka pintu hati orang kafir tersebut untuk memeluk agama yang HAQ(ISLAM)
Muhammadur rasulullah menunjukkan kepada kita bahawasanya tiada cara hidup yang di REDHOI oleh AllAH melainkan cara hidup Nabi Muhammad S.A.W.
Hal ini terbukti dengan kajian-kajian sains pada masa kini.Contohnya makan dengan tangan , makan buah sebelum makan,cara membasuh najis yg berat (anjing dan babi) ,makan dengan bismillah,adab dalam tandas dan lain-lain.
Cara untuk mengamalkannnya,kita hendaklah memperbanyakkan membaca doa-doa harian dan mencontohi akhlak Nabi Muhammad S.AW. melalui sirahnya.
Kelebihannya barang siapa yang mengamalkan satu sunnah Nabi Muhammad S.A.W. dengan istiqomah (tetap) pada zaman fasyaq dan mungkar ini(akhir zaman yang tak kenal dosa),Maka AllAH akan mengurniakannya ganjaran 100 pahala orang mati syahid.(cuba kita bayangkan para sahabat hendak mendapat status ini adalah dengan mati di jalan AllAH yang mana nisbahnya satu pahala mati syahid).Tetapi kita dengan mengamalkan HANYA satu sunnah sahaja dengan istiqamah maka akan mendapat ganjaran pahala 100 oranng mati syahid.~ sekian.
By: Sakura