Sunday, March 4, 2012

jangan cakap jela........

salam satu ummah.

tahukan kita berita tergempar dan terbaru ini?isu global.ya,isu yg sama macam palestin dulu.sama macam iraq dulu.isu ummah.kini isu syiria.cukup di situ.tak perlu rasanya saya huraikan lebih lanjut perkara yang kita semua dah ma'ruf tentangnya.

dalam semua peristiwa yang saya sebutkan tadi,titik persamaan yang paling saya nampak adalah:

1.semua sedih dengan kisah2 saudara kita.
2.semua tertanya2 peranan kuasa besar dunia untuk membantu negara yang terbabit.
3.semua mula memboikot.
4.lepas seminggu,kisah ni jadi lapuk.boikot cuma seminggu.

ada yang saya dapat rumuskan:

1.sedih sahaja belum cukup untuk membantu mereka.
2.tak perlu tanya peranan kuasa besar,peranan kecil kita dah terlaksana belum?terlalu suka menunding jari,sehingga lupa peranan sendiri.
3.boikot sekadar seminggu,sebulan,?walhal mereka di sana tersiksa berterusan!



cakap,semua orang pon boleh cakap.tapi yang buat apa yang dicakap tu,mungkin satu dalam seribu. tu la,kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan dunia masing-masing sampai lupa nak cakna tentang apa yang berlaku kat sekeliling.


sibuk dengan movie dan ber'facebook' sehingga aulawiyat kita yang sepatutnya berada di tangga teratas,tidak lagi berada di tempat yang sepatutnya.

nabi muhammad saw bersabda:

Tidak sempurna iman
Jika kau tidur dalam kekenyangan
Sedang jiran tetanggamu
Menangis kerana kelaparan?

lapar bukan isunya.tapi salah satu isu daripada isu-isu yang nabi muhammad SAW nak sampaikan kepada kita iaitu:ambil tahu hal sekeliliing.

sejauh mana kita boleh membantu mereka?
pesanan seorang ustaz,cukup laksanakan 3 perkara ini.perkara yang nampak remeh dan mudah,tapi impaknya cukup besar.cuma sayangnya,terlalu kecil bilangan yang melaksanakan apa yang dikatakan "mudah" ini:

1.sebarkanlah maklumat tentang isu ini kepada mereka yang masih belum sedar.kerana dengan hanya tenaga kita sahaja belum cukup.
2.doalah setiap masa,bukan hanya semasa program yang sehari dua.
3.berilah sumbangan wang dan harta sebanyak-banyaknya.

laksanakan dulu peranan kecil kita.kalau peranan kita yang mudah ini pon kita gagal nak laksanakan,jangan cakap soal mengubah kerajaan,apatah lagi soal mengubah dunia.itu semua mimpi,jauh sekali daripada realiti.

cuma,ada yang mempersoalkan:selama ni dah buat takde 'effect' pon.
jawapan saya mudah:jangan sibuk dengan natijah,kalau usaha kita tu sebenarnya yang masih lemah.


saya tak mahu tulisan ini sama macam tulisan2 yang pernah kita baca.
baca,tahu,tinggal.
tapi kali ini,
baca,tahu,amal.

0 comments:

Post a Comment