Sunday, April 8, 2012

kerana ukuran kita tak sama

karya asal: Salim A Fillah

seperti sepatu yang kita pakai, tiap kaki memiliki ukurannya
memaksakan tapal kecil untuk telapak besar akan menyakiti
memaksakan sepatu besar untuk tapak kecil merumitkan
kaki-kaki yang nyaman dalam sepatunya akan berbaris rapi-rapi
Seorang lelaki tinggi besar berlari-lari di tengah padang. Siang itu, mentari seakan didekatkan hingga sejengkal. Pasir membara, ranting-ranting menyala dalam tiupan angin yang keras dan panas. Dan lelaki itu masih berlari-lari. Lelaki itu menutupi wajah dari pasir yang beterbangan dengan serbannya, berlari dan mengejar seekor anak unta.
Di padang gembalaan tak jauh darinya, berdiri sebuah khemah peribadi berjendela. Sang pemilik, ’Uthman ibn ‘Affan, sedang beristirehat sambil mengalun bacaan Al Quran, dengan menghadap air sejuk dan buah-buahan. Ketika melihat lelaki nan berlari-lari itu dan mengenalnya,
“Masya Allah” ’Uthman berseru, ”Bukankah itu Amirul Mukminin?!”
Ya, lelaki tinggi besar itu adalah ‘Umar ibn Al Khathab.
”Ya Amirul Mukminin!” teriak ‘Uthman sekuat tenaga dari pintu khemahnya,
“Apa yang kau lakukan tengah angin ganas ini? Masuklah kemari!”
Dinding khemah di samping Uthman berderak keras diterpa angin yang deras.
”Seekor unta zakat terpisah dari kawanannya. Aku takut Allah akan menanyakannya padaku. Aku akan menangkapnya. Masuklah hai ‘Uthman!” ’Umar berteriak dari kejauhan. Suaranya berlantun menggema memenuhi lembah dan bukit di sekalian padang.
“Masuklah kemari!” seru ‘Uthman,“Akan kusuruh pembantuku menangkapnya untukmu!”.
”Tidak!”, balas ‘Umar, “Masuklah ‘Uthman! Masuklah!”
“Demi Allah, hai Amirul Mukminin, kemarilah, Insya Allah unta itu akan kita dapatkan kembali.“
“Tidak, ini tanggung jawabku. Masuklah engkau hai ‘Uthman, anginnya makin keras, badai pasirnya mengganas!”
Angin makin kencang membawa butiran pasir membara. ‘Uthman pun masuk dan menutup pintu khemahnya. Dia bersandar dibaliknya dan bergumam,
”Demi Allah, benarlah Dia & RasulNya. Engkau memang bagai Musa. Seorang yang kuat lagi terpercaya.”
‘Umar memang bukan ‘Uthman. Pun juga sebaliknya. Mereka berbeza, dan masing-masing menjadi unik dengan watak khas yang dimiliki.
‘Umar, jaguhan yang biasa bergelut di Ukazh, tumbuh di tengah bani Makhzum nan keras & bani Adi nan maskulin, kini memimpin kaum mukminin. Sifat-sifat itu –keras, jantan, tegas, tanggungjawab & ringan tangan turun gelanggang – dibawa ‘Umar, menjadi ciri khas kepemimpinannya.
‘Uthman, lelaki pemalu, anak tersayang kabilahnya, datang dari keluarga bani ‘Umayyah yang kaya raya dan terbiasa hidup nyaman sentiasa. ’Umar tahu itu. Maka tak dimintanya ‘Uthman ikut turun ke sengatan mentari bersamanya mengejar unta zakat yang melarikan diri. Tidak. Itu bukan kebiasaan ‘Uthman. Rasa malulah yang menjadi akhlaq cantiknya. Kehalusan budi perhiasannya. Kedermawanan yang jadi jiwanya. Andai ‘Uthman jadi menyuruh sahayanya mengejar unta zakat itu; sang budak pasti dibebaskan kerana Allah & dibekalinya bertimbun dinar.
Itulah ‘Umar. Dan inilah ‘Uthman. Mereka berbeza.
Bagaimanapun, Anas ibn Malik bersaksi bahwa ‘Utsman berusaha keras meneladani sebagian perilaku mulia ‘Umar sejauh jangkauan dirinya. Hidup sederhana ketika menjabat sebagai Khalifah misalnya.
Dalam dakapan ukhuwah, kita punya ukuran-ukuran yang tak serupa. Kita memiliki latar belakang yang berlainan. Maka tindak utama yang harus kita punya adalah; jangan mengukur orang dengan baju kita sendiri, atau baju milik tokoh lain lagi.
Dalam dakapan ukhuwah setiap manusia tetaplah dirinya. Tak ada yang berhak memaksa sesamanya untuk menjadi sesiapa yang ada dalam angannya.
Dalam dakapan ukhuwah, berilah nasihat tulus pada saudara yang sedang diberi amanah memimpin umat. Tetapi jangan membebani dengan cara membandingkan dia terus-menerus kepada ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz.
Dalam dakapan ukhuwah, berilah nasihat pada saudara yang tengah diamanahi kekayaan. Tetapi jangan membebaninya dengan cara menyebut-nyebut selalu kisah berinfaqnya ‘Abdurrahman ibn ‘Auf.
Dalam dakapan ukhuwah, berilah nasihat saudara yang dianugerahi ilmu. Tapi jangan membuatnya merasa berat dengan menuntutnya agar menjadi Zaid ibn Tsabit yang menguasai bahawa Ibrani dalam empat belas hari.
Sungguh tidak bijak menuntut seseorang untuk menjadi orang lain di zaman yang sama, apalagi menggugatnya agar tepat seperti tokoh lain pada masa yang berbeza. ‘Ali ibn Abi Thalib yang pernah diperlakukan begitu, punya jawapan yang tepat dan sinis.
“Dulu di zaman khalifah Abu Bakar dan ‘Umar” kata lelaki kepada ‘Ali, “Keadaannya begitu tentram, damai dan penuh berkah. Mengapa di masa kekhalifahanmu, hai Amirul Mukminin, keadaannya begini kacau dan rosak?”
“Sebab,” kata ‘Ali sambil tersenyum, “Pada zaman Abu Bakar dan ‘Umar, rakyatnya seperti aku.Adapun di zamanku ini, rakyatnya seperti kamu!”
Dalam dakapan ukhuwah, segala kecemerlangan generasi Salaf memang ada untuk kita teladani. Tetapi caranya bukan menuntut orang lain berperilaku seperti halnya Abu Bakar, ‘Umar, “Uthman atau ‘Ali.
Sebagaimana Nabi tidak meminta Sa’d ibn Abi Waqqash melakukan peranan Abu Bakar, fahamilah dalam-dalam tiap peribadi. Selebihnya jadikanlah diri kita sebagai orang paling berhak meneladani mereka. Tuntutlah diri untuk berperilaku sebagaimana para salafush shalih dan sesudah itu tak perlu sakit hati jika kawan-kawan lain tak mengikuti.
Keindahan pada ukhuwah,ialah teladan yang memahami bahawa masing-masing hati memiliki kecenderungannya, masing-masing badan memiliki pakaiannya dan masing-masing kaki mempunyai sepatunya. Teladan yang tak bersyarat dan toleransi akan membawa damai. Dalam damai pula keteladannya akan menjadi ikutan sepanjang masa.
Selanjutnya, kita harus belajar untuk menerima bahwa sudut pandang orang lain adalah juga sudut pandang yang wajar. Sebagai sesama mukmin, perbezaan dalam hal-hal bukan asasi tak lagi terpisah sebagai “haq” dan “bathil”.Istilah yang tepat adalah "pahala" dan "dosa".
Corak pengalaman yang tak serupa akan membuatnya lebih berlainan lagi antara satu dengan yang lain.
Seyakin-yakinnya kita dengan apa yang kita fahami, itu tidak seharusnya membuat kita terbutakan dari kebenaran yang lebih bercahaya.
Imam Asy Syafi’i pernah menyatakan hal ini dengan indah. “Pendapatku ini benar,” ujar beliau,”Tetapi mungkin mengandung kesalahan. Adapun pendapat orang lain itu salah, namun bisa jadi mengandung kebenaran.”


5 comments:

  1. boleh masuk jurnalis ni, ganti aLi

    ReplyDelete
  2. jur na lis=jujur benar menulis...jurnalis mana de yg salin-tampal. ;)

    ReplyDelete
  3. mcm mana melantun Al-Quran ?

    ReplyDelete
  4. anon-saidina uthman seorg hafiz,,so maknany sini,,lebih pada melantunkan bacaan Quran itu sendiri.. :)

    ReplyDelete