Jari - jemari rindu mahu menekan papan kekunci laptop ini untuk menitipkan kalam2 peringatan buat diri sendiri dan buat sahabat2...maklum sahaja mulut tidak pandai bermadah bicara, tangan juga tidak pandai bertinta berpena segala...memikirkan pula bahasa yang berbunga berpujangga, mahu sahaja mengalah...namun, cukuplah dengan kekuatan yang dikurniakan Allah, moga sampai maksud dan ada manfaatnya walaupun sedikit insyaAllah...
SUCCESS THROUGH THE QURAN
(petikan lecture Qari Fatih Seferagic)
Saya bukanlah orang yang layak dari sudut ilmu untuk berbicara tentang topik ini berbanding sahabat2 yang jauh lebih baik dari diri ini. Anggaplah ini sebagai perkongsian yang mungkin ada kekurangan. Jika ada tegurlah demi kebaikan kita bersama.
MUQADDIMAH
Kisah nabi Yusuf seperti yang diketahui ramai, kisah bagaimana baginda diuji ketika itu masih kecil lagi,berhadapan dengan kesusahan, kemudian ujian demi ujian baginda hadapi, sehinggalah di akhir kisahnya, baginda beroleh kebahagiaan dan kejayaan hasil kesabarannya. Semua tersebut sebagai kisah terbaik di dalam Al - Quran. Ayat ini dibacakan oleh Qari Fatih sebagai permulaan tazkirahnya.
RESEPI KEJAYAAN MELALUI AL - QURAN
يا أيها الذين آمنوا اركعوا واسجدوا } أي صلوا { واعبدوا ربكم } وحدوه { وافعلوا الخير } كصلة الرحم}
. ومكارم الأخلاق { لعلكم تفلحون } تفوزون بالبقاء في الجنة
SOLAT, TAUHID DAN BERBUAT BAIK
- Ruku' dan sujud adalah perbuatan yang termasuk dalam rukun solat. Ruku' hanya untuk ibadah solat. Manakala sujud ada 3 jenis : Sujud sajadah, sujud syukur, sujud dalam solat. Ruku' melambangkan penyerahan atau ketundukan kita kepada Allah. Sujud pula melambangkan sepenuh penyerahan kepadaNya.
- Ayat ini menunjukkan betapa Allah S.W.T amat menekankan kewajipan solat dalam kehidupan seorang Muslim berbanding bentuk2 ibadah yang lain. Ini dikuatkan pula melalui hadith Nabi S.A.W berkenaan perkara pertama yang akan dihisab oleh seseorang hamba ialah solat. Jika elok solatnya, maka eloklah amalan2nya. Jika buruk solatnya, maka buruklah amalan2nya. Justeru, solat menjadi kayu pengukur amalan2 kita dan banyak mempengaruhi amalan seharian kita. Antara lain, solat mencegah kita dari perkara keji dan mungkar, bergantung kepada sejauh mana kita melaksanakan solat kita.
- Apabila kita berbuat baik kepadaNya yakni dengan menunaikan solat dan menyembah hanya kepadaNya(mentauhidkanNya), kemudian kita akan bersedia untuk berbuat baik kepada orang lain juga. :)
KAITAN SURAH DENGAN SURAH
Ayat 77 surah Al - Hajj menyebut mngenai solat, menyembah Allah, dan berbuat baik. Manakala surah seterusnya iaitu surah Al - Mu'minun ayat 1-11. Bagaimana ayat - ayat tersebut menghuraikan bagaimana solat orang2 yang berjaya, bagaimana cara berbuat baik dan menyembah Allah. Hingga akhirnya mereka yang telah beriman itu telah berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat. SubhanaLLAH betapa sempurnanya susunan Allah.
PERUMPAMAAN ORANG2 YANG BERJAYA
farmer الفلاح petani |
Bagaimana petani bekerja? Pastinya dengan bersungguh2, gigih, bekerja keras, sabar menanti hasilnya, tidak mudah putus asa, rajin, positif, dan lain2. Begitulah juga kita yang ingin berjaya. Pohon tak akan berbuah jika tidak dibajai. Kejayaan tak akan datang bergolek begitu sahaja. Perlu untuk kita berusaha dan berkorban sesuatu untuk mendapat hasilnya nanti. Bekerjalah untuk duniamu seolah2 engkau akan hidup selamanya. Dan beramallah untuk akhiratmu seolah2 engkau akan mati esok hari.
KHUSYU' DALAM SOLAT
Khusyu' bukan hanya sekadar memandang tempat sujud bahkan disertai dengan memahami dan menghayati bacaan solat, mengosongkan fikiran dari perkara2 keduniaan. Qari Fatih ada menyebut perumpamaan orang yang khusyu' iaitu seperti seorang budak lelaki asyik bermesej dengan kawannya sehingga tidak sedar gurunya yang sedang mengajar di hadapan sedang memerhatikannya sehinggalah namanya dipanggil ( x berapa pasti, boleh rujuk video). Jika diteliti sirah sahabat2 terdahulu, bagaimana mereka mendirikan solat dengan khusyu'nya sehingga tidak merasai kesakitan akibat tusukan panah atau kaki dipotong (tanpa bius ni,,Allahuakbar!)
Bagaimana khusyu'nya kita dalam solat kesannya dilihat dalam amalan seharian kita. Jika dalam solat kita khusyu', insyaAllah di luarnya juga kita akan fokus terhadap kerja atau pembelajaran. Jika waktu solat, waktu kita berhadapan dengan Allah kita tidak memberikan sepenuh perhatian untuk ingat kepadaNya, adakah dapat kita jamin di luar solat, dalam amalan seharian kita, kita akan ingat kepadaNya??? Tepuk dada, tanya iman. Lihatlah betapa besarnya kesan khusyu' dalam kehidupan kita.
CERMIN HATI
Jika dipandang pada cermin yang penuh debu dan kotoran, adakah nampak di cermin itu wajah kita?
Ya, cermin itu haruslah dibersihkan dahulu dari segala kotoran, barulah nampak di mata kita di manakah cacat kurangnya kita, mana yang harus dibetulkan, didandan dan dielokkan.
Cermin itu umpama hati kita. Bersihkan hati dari segala penyakit2 yang boleh menggelapkan hati sehingga kita tidak nampak dimana silap salahnya diri sendiri. Bersihkan hatimu, dan lihatlah dirimu dahulu sebelum melihat atau menghukum orang lain. Bila hatimu bersih, hati itu akan memantulkan cahaya kepada orang lain pula. :)
KEMBALI KEPADA ALLAH S.W.T
Sesungguhnya Allah adalah pencipta kita. Sebagai pencipta, hanya Dia yang mengetahui kelemahan kita sebagai hambaNya. Setiap perkara yang kita lakukan hendaklah kembali kepada Allah. Dialah tempat mengadu segala masalah, tempat meluahkan rasa, tempat kembali segala perkara. Allah amat suka kepada hambaNya yang memohon ampun, bertaubat dan berharap kepadaNya. Seumpama pedagang yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian menemukan kembali untanya setelah merasa kehilangan yang sangat besar. Allah bahkan lebih2 lagi gembira daripada itu. Sesungguhnya sebaik - baik orang yang berbuat kesalahan itu ialah yang memohon taubat kepadaNya. ;)
Berkata atau menulis memang mudah. Hakikatnya praktikal atau amali itu yang susah. InsyaAllah, kita sama - sama perbaiki diri dan pada masa yang sama mengajak orang lain untuk sama2 berbuat kebaikan. Mana yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan. Saya menyusun setiap jari andai ada salah silap taip bahasa karangan terlebih panjang tak faham dan semuanya. Saya kembalikan semua yang baik dari Allah S.W.T yang kurang adalah dariNya yang disandarkan kepada diri saya sendiri. Mohon maaf semua ya...
Akhir kalam, semoga dipermudahkan dalam setiap urusan, belajar, exam, pindah rumah, pulang ke tanah air, umrah, raye, kenduri, kahwin, dan semuanya. (awalnya wish...)
wassalam alaikum...
***lecture penuh boleh lihat video
ini petikan sc ni..
ReplyDeletenice to share btw.