Monday, June 18, 2012

Carta Solat Kita

Salam keberkahan Rejab dan bulan bulan mulia yang bakal menyusul..

Mari ukur iman di amalan sendiri..
Ketahui tahap-tahap penilaian solat kita.


1.     Tidak solat bahkan tidak tahu hendak solat.
Jatuh kafir sekiranya tidak solat tanpa sebab.
Jatuh fasik sekiranya tidak solat sedangkan tahu yang solat itu wajib.

2.     Solat secara zahir sahaja.
Bacaan masih tidak betul,taklid buta,sekadar ikut orang.
Tidak pernah pelajari solat secara serius.
Berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka pada Allah

3.     Mempunyai ilmu tentang solat.
Tapi gagal melawan nafsu terhadap tarikan dunia.
Sekejap solat,kemudian tidak;bergantung kepada keadaan.
Mereka dikategorikan fasik.

4.     Mempunyai ilmu tentang solat.
Fasih bacaan,tapi tidak khusyuk pada setiap bacaan
Kerana lafaz gagal difahami sepenuhnya.
Kerap hilang tumpuan dan beralih kepada persekitaran.
Mereka ialah golongan yang lalai.

5.     Memahami maksud bacaan dalam solat.
Tapi masih belum menghayati maksud setiap bacaan itu.
Fikiran pula melayang teringat dunia.
Mereka digelar solat awamul muslimin.

6.    Sering kali bermain tarik tali dalam solatnya.
Sekali sekala khusyuk,sekali sekala lalai.
Bila teringat sesuatu,terus berkhayal dan terbawa bawa.
Bila teringat Allah,insaf kemudian sedar semula.
Menyesal,cuba perbaiki,tetapi tiada kekuatan jiwa.
Mereka ialah golongan nafsu mulhamah.

7.     Mengerjakan solat tepat pada ilmunya.
Faham setiap lafaz secara langsung.
Tidak terpengaruh dengan fikiran di luar solat.
Hatinya tetap memuja Allah dan istiqomah.
Mereka ialah golongan al Abrar.

8.     Seperti golongan ketujuh namun ada sedikit kelebihan.
Mereka menghayati setiap makna lafaz dan pergerakan dalam solat.
Tidak terlintas pada hal dunia walaupun sedikit.
Pemujaan kepada Allah dapat dirasai melalui tiap pergerakan solatnya.
Mereka ini golongan Muqorrobin.

9.     Merupakan golongan yang tertinggi.
Bukan sahaja dapat menjiwai dalam solat,bahkan mempengaruhi di luar solat.
Yakin bahawa solat ialah punca penyelesaian masalah dan penyejuk hati.
Semakin solat,semakin terasa lazatnya.
Menganggap solat sebagai wasilah untuk melepaskan kerinduan pada Tuhan.
Merekalah golongan Siddiqun.
Sepertimana solat Saidina Ali; sehinggakan beliau tidak sedar panah yang terpacak di tubuhnya sedang dicabut semasa beliau bersujud.


Jadi,yang mana satu tahap solat kita,kawan kita,keluarga kita,masyarakat kita,ummah kita?
Sementara Allah telah berfirman...

“...dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu.”
(Taha: 14)

“...dan janganlah engkau menjadi orang orang yang lalai.”
(al A’raaf: 205)

Barakallahu feekum. 

0 comments:

Post a Comment