Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah segala pujian
dipanjatkan ke hadrat Allah kerana setelah sekian lama, akhirnya musim
persekolahan kita bermula kembali. Syukur yang tak terhingga kerana diberi
peluang lagi oleh Allah untuk terus hidup dan menuntut ilmuNya yang tidak
pernah habis, dan keranaNya juga kita tergolong dalam golongan yang terpilih
untuk belajar ilmu perubatan. Ilmu yang bakal membentangkan medan untuk kita
berbakti kepada masyarakat seterusnya mendapat ganjaran di sisi Allah.
Manusia yang beriman itu akan merasa
dua perkara sahaja apabila ditimpa sesuatu. Dua perkara ini bukan calang-calang,
tapi kalau kita boleh merasakannya yakinlah ganjaran daripada Allah itu sangat
tinggi nilainya. SABAR dan SYUKUR. Sabar apabila ditimpa musibah dan syukur
apabila berlaku perkara yang menyenangkan. Seringkali kita terlupa dua perasaan
ini. Kalau dua perasaan ini kita lupakan, apakah kita menyangka tindakan kita
seterusnya akan kerana Allah? Fikir-fikirkan. Semoga kita termasuk dalam
golongan yang beriman.
Di sini saya ingin menekankan tentang
implikasi perasaan syukur terhadap pembelajaran kita di bumi anbiya’ini.
Apa pulak kaitan syukur dengan
belajar?
Apabila manusia itu bersyukur dengan
segala yang Allah beri padanya sekecil mana sekalipun, mereka akan berusaha
sebaik mungkin untuk menzahirkan perasaan syukur itu dalam setiap tingkah laku
dan perbuatan seharian mereka. Macam mana nak bersyukur dalam bentuk perbuatan
ni? Aish..penin-penin.
Cara yang paling tepat dan tiada yang
boleh pertikaikan ialah membaiki diri sendiri. Berusaha menjadi manusia,
pelajar, anak yang lebih baik. Manusia memang tidak akan perfect, selalu berbuat kesilapan. Tapi manusia yang gagal itu
adalah mereka yang apabila ada kelemahan dan kesilapan tidak bangun dan bangkit
untuk berubah. Mereka ini sentiasa berada di takuk yang lama, stagnant sehingga keruh lebih dari air
yang tersumbat. Mereka tidak membenarkan diri mereka bergerak seiring perubahan
demi menjadi air yang jernih dan bermanfaat untuk manusia.
So, what do we have to do to change into a
better person? Or maybe in this case a better student of medicine?
First and foremost, ingatlah
kawan-kawan bahawa kita belajar kerana Allah. Sedar dan sentiasalah beringat
bahawa menuntut ilmu ni adalah tuntutan. Jadikan belajar ini satu ibadah yang
kita buat semata-mata untuk mencari keredhaanNya. Penting untuk kita ingat
bahawa ilmu ini semuanya adalah milik Allah. Jadi kalau kita nak apa-apa dari Allah,
kenalah minta dengan berdoa kepadanya, moga-moga ilmu yang kita dapat itu akan
diberkati sekaligus disimpan di dada. Aminn.
Don’t skip your classes. Rumah yang berwifi dan bermakanan is the
greatest temptation untuk tak nak pergi kelas. “Alaa.. kan apa yang
lecturer ajar ada dalam buku, buat apelah susah-susah nak pergi u. Kena gosok
baju la, kena mandi la. Baik duduk kat rumah. Kalau tak faham tengoklah
internet. Tak gitu?” Hidup ni kalau nak dapat sesuatu kenalah berkorban
sesuatu. Kalau nk dapat ilmu kenalah rajin nak pergi u. Kan lebih berkat kalau
ilmu yang kita belajar itu daripada guru yang sememangnya pakar. Siapalah kita
nak belajar sendiri. Apatah lagi kita
bukan seperti Ibnu Sina. J Ya, kita punya tanggungjawab. Kita mesti
ingat bahawa dengan duit rakyatlah (biasiswa untuk kebanyakan dari kita) kita
ada di sini, diamanahkan untuk belajar seterusnya berbakti di tanah air suatu
hari nanti. Maka, tugas kita berusaha memberikan yang terbaik dan memikul
amanah ini dengan sebaiknya dan semampunya.
Next, mula belajar dari sekarang. Tak perlu tangguh-tangguh. Nak tunggu sampai bila baru nak pulun? Bak kata dukturah Patho, “You have to study the subject as soon as you get it.” Tahun 3 ni banyak benda nak kene grasp, kalau sekarang masih tak rasa urgency, rasakanlah. Jangan sampai bila dah nak dekat exam baru menggelabah nak fahamkan. Kefahaman tu kena dapat dari sekarang, nak dekat exam nanti cuma baca dan hafal.
Next, mula belajar dari sekarang. Tak perlu tangguh-tangguh. Nak tunggu sampai bila baru nak pulun? Bak kata dukturah Patho, “You have to study the subject as soon as you get it.” Tahun 3 ni banyak benda nak kene grasp, kalau sekarang masih tak rasa urgency, rasakanlah. Jangan sampai bila dah nak dekat exam baru menggelabah nak fahamkan. Kefahaman tu kena dapat dari sekarang, nak dekat exam nanti cuma baca dan hafal.
Datang
kelas lebih awal atau tepat pada masanya juga membantu kita dalam pembelajaran.
Datang kelas awal membolehkan kita bersiap sedia untuk menerima pembelajaran
pada hari itu. Sempat lagi kalau nak preview
atau review subjek tu. Kalau masuk kelas
lambat kan boleh ganggu fokus kita, asyik fikir apa yang kita tertinggal tadi,
tak fokus apa yang tengah diajar. So,
datanglah kelas awal. Tak rugi pun.
Seterusnya, bolehla kawan-kawan mengamalkan teknik PCR.
Heh, jangan terkejut, baca dulu bagi habis. PCR yang dimaksudkan di sini ialah
Preview-Concentrate-Review. Bagi
menyempurnakan proses penyerapan dan kefahaman pelajaran yang dipelajari,
disyorkan untuk melakukan ketiga-tiga teknik ini. Sebelum sesuatu subtopic itu diajar haruslah kita
mendapat gambaran awal dengan preview.
Kalau boleh mana yang tak faham boleh ditandakan. Semasa proses pembelajaran ataupun dalam
kelas haruslah kita tumpukan perhatian agar dapat 100% dan dapat menyelesaikan
keraguan yang ditanda semasa proses preview.
Langkah kedua ini juga boleh dibantu dengan bertanya kepada lecturer sebarang keraguan yang ada.
Jangan malu-malu. Nanti kita juga yang rugi. Tambahan kelas tahun ni tiada yang
bercampur. Jadi tidak ada alasan untuk malu dalam bertanya. Terakhir, kita
mestilah berusaha untuk tidak malas membuka kembali buku setelah pulang ke
rumah. Proses ini mestilah dilakukan dalam tempoh 24 jam dari masa belajar.
Kalau tidak, kita akan lupa.
Dalam proses review, untuk memastikan apa yang kita faham itu tepat dan benar, disyorkan kepada rakan-rakan untuk membuat latihan di dalam buku-buku latihan yang disediakan oleh department terutamanya. Dengan itu, kita akan menguji kemampuan diri kita dan setakat mana tahap kefahaman kita. Dinasihatkan untuk rakan-rakan tidak melihat buku semasa menjawab. Kalau ada soalan yang anda tidak pasti atau salah, barulah rujuk di buku bagi mendapatkan kefahaman yang baru. Aktiviti ini boleh dilakukan bersama housemate. Belajar ramai-ramai kan lagi best. Banyak pahala kalau kita saling tolong-menolong ni. Kan Allah kata kalau kita ringankan beban seorang hambaNya di dunia nanti Allah akan ringankan bebanan kita di akhirat.
Sebagai persediaan untuk
tahun yang digembar-gemburkan sebagai tahun yang sukar, kita haruslah bersiap
dari segi mental dan fizikal. Jaga pemakanan dan kesihatan. Badan yang sihat
akan membuatkan kita punya kepala ringan untuk menerima segala bentuk ilmu yang
diajarkan. Pemikiran kita juga haruslah sentiasa bersedia dan sanggup berusaha
untuk memastikan tahun ini akan berakhir dengan gemilang seterunya ilmu-ilmu
yang diserap pada tahun ini akan melekat di dada.
Manusia memang sentiasa
bersaing. Tapi apalah salahnya kalau kita nak belajar tu sebab kita suka dan enjoy dengan ilmu Allah ni? Jangan suka
nak comparekan diri kita dengan orang
lain. Kita semua lain-lain. Tak ada seorang pun yang sama dari segi perwatakan,
kemampuan, pemikiran, dan sebagainya. Yang penting kita tahu siapa diri kita dan
cungkillah kemampuan diri kita dengan berusaha mengikut cara kita. Kalau rasa
belum cukup usaha, usaha lagi. Kalau rasa cara belajar tak sesuai, cari cara
yang sesuai. Cubalah cari kemampuan dan cara anda yang membolehkan anda selesa
dan yakin dengannya.
Last but never least, kaitkan realiti dengan ilmu
yang kita belajar. Maksudnya di sini, belajar bukan setakat untuk jawab periksa
tapi untuk kehidupan kita sebagai doktor yang bertanggungjawab merawat dan
menyembuhkan dengan izin Allah. Seharusnya segala yang kita pelajari diniatkan
untuk diamalkan di dunia pekerjaan nanti.
0 comments:
Post a Comment