MAT telah berakhir.
sesi kepimpinan AJKT PERUBATAN 2012/2013 telah melabuhkan tirainya.
hari ini tercipta sejarah, penubuhan Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP).
maka terdetik di pundak saya, adakah kita bersama-sama mencipta sejarah ini?
atau kita hanya tukang tengok dan perhati?
selepas ini, bermula sesi 2013/2014, akan kita lihat bagaimana PERUBATAN bakal diterajui oleh ahli batch kita selaku pimpinan terutama sekali di cawangan Kaherah.
Afiq Zulhilmi, Haniz Iqbal, Azri Hisam, Anis Zarina, Farah Hanin, Ainatul Mardhiah, Alysya.
sedar tak sedar, sudah tiga tahun kita di bumi barakah ini.
daripada tahun satu yang cuma makan maggie, kini kita sudah pandai masak kari.
daripada tahun satu yang selalu kena tipu dengan ammu teksi, kini kita sudah ada basikal sendiri.
daripada tahun satu yang cuma jadi kuli, kini kita sudah ada yang bergelar AJKT.
kenapa PERUBATAN?
kerana kita hidup hari ini sebagai manusia. bukan robot yang hanya diprogramkan untuk bangun pagi, mandi, gosok gigi, pergi kuliah, balik, solat, makan, movie, study, study, study, tido. dan esoknya kembali kepada rutin asal.
Allah berfirman dalam surah al-baqarah ayat 30:
"sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi."
untuk menjadi khalifah tidak dengan hanya membaca buku. untuk menjadi khalifah tidak hanya dengan bertalaqi lutut ke lutut dengan masyaikh. tetapi perlu untuk turun ke medan.
turun merasakan apa itu susah, apa itu payah,
merasakan apa itu kegagalan, apa itu pengorbanan.
PERUBATAN satu medium dakwah, maka beruntunglah siapa yang bergelumang dengannya.
jika hanya berkurung di bilik dikatakan merasakan kepayahan, sudah pasti Nabi Muhammad SAW hanya berkhalwat di gua hira' tanpa memikirkan umat sejagat. dan jika itu berlaku, sudah pastilah kita tak akan merasai izzahnya Islam pada hari ini.
maka adalah satu sunnah untuk mengikut jejak langkah nabi. menyambung rantai-rantai perjuangan mempertahankan dan menjunjung agama Allah. agar kelak di akhirat nanti kita dapat berdiri satu saff dengan kekasih Allah, agar baginda mengenal kita untuk diberikan syafaatnya.
PERUBATAN satu medan tarbiah.
mengkin kerana kita silap sedari awal sehingga akhir. menganggap bahawasanya PERUBATAN ini hanya satu persatuan yang menjaga kebajikan semata-mata.
tidak ramai yang lihat PERUBATAN sebagai sebuah medium untuk mendapatkan tarbiah. sebaliknya PERUBATAN lebih dilihat sebagai sebuah persatuan kebajikan yang tugasnya hanya menguruskan fail-fail mahasiswa, dan menyibukkan ahlinya dengan lambakan program yang melemaskan ahlinya sendiri.
maka ramai yang menghujam tajam, meluahkan naluri malaikat masing-masing yang mendambakan suatu bentuk tarbiah.
PERUBATAN menaungi segenap ahli, lebih 7100 ahli pada hari ini. ya saya ulang, lebih 7100 ahli. yang pelbagai asal usul, pelbagai latar belakang, pelbagai fikrah, pelbagai kelompok dan bentuk. kita berdiri atas satu nama; PERUBATAN. dan bilangan ini bakal bertambah saban tahun. mad'u kita pelbagai, maka kitalah yang bertanggungjawab mengisi setiap kekosongan yang ada untuk menggerakkan setiap sendi yang ada bagi melancarkan gerak kerja dakwah kita.
ketahuilah semua, bahawa inilah medan tarbiah kita. latihan agar kita kuat bukan sahaja luaran, bahkan dalaman.
medan ini ada dua. ianya adalah medan dakwah untuk mereka (mad'u), tetapi dalam masa yang sama menjadi medan tarbiah buat kita.
andai ada sendi yang longgar, maka kitalah yang bertanggungjawab mengetatkannya kembali. bukan dia, bukan mereka, tetapi kita. aku dan kamu.
tin kosong.
"PERUBATAN buat banyak sangat program la..."
"buat program banyak-banyak tapi tak efisyen."
"program ni mencapah dari objektif asal."
terlalu ramai yang berbicara isu ini. namun malangnya, dalam golongan-golongan yang menyuarakan padangan-pandangan tersebut, hanya berapa kerat sahaja yang mahu menggalas amanah ini untuk dilaksanakan. yang selebihnya lebih selesa menunding jari menyalahkan yang lain daripada melaksanakannya sendiri.
saya berikan contoh, andai ada 10 orang yang berkata,"rumah kita bersepah la minggu ni."
orang pertama lalu mengemas dapur, orang kedua membasuh pinggan. orang ke-3 memberus tandas. orang ke-4 mengelap tingkap. orang ke-5 menyapu sampah. orang ke-6 mengemop lantai. orang ke-7 mengetuk karpet. orang ke-8 menyapu koridor. orang ke-9 mengelap kipas. orang ke-10 melipat kain.
maka hasilnya, sudah tentu satu penambahbaikan daripada komentar itu dapat dinatijahkan.
berbanding masing-masing membebel, tanpa ada seorang pon yang bertindak maka hasilnya tetap sama. langsung tidak ada perubahan.
maka saya ingin bertanya, kita mahu jadi golongan mana?
jika pilihan anda untuk hidup senang di dunia, maka saya doakan kesenangan anda di dunia.
tetapi jika pilihan anda untuk senang di akhirat sana, bahkan malaikat akan mendoakan anda.
konklusi.
saya menyeru seluruh ahli GenX untuk mula mengambil sikap proaktif dan cakna hal ehwal PERUBATAN kerana kita lah kelak yang akan mengekalkan legasi yang telah dibina sekian lama oleh abang-abang dan kakak-kakak kita. legasi Islami, demi meneruskan dakwah nabi supaya Islam sampai kepada semua ahli.
untunglah mereka yang sanggup menjadi penyambung kepada rantai-rantai yang cukup panjang ini.
kita bukan pemula, bahkan kita bukan pengakhir, tetapi kita penyambung.
siapa akan berfikir untuk penambahbaikan Smart Circle?
siapa akan berfikir untuk memantapkan naqib naqibah?
siapa akan berfikir untuk mencari sumber kewangan?
siapa akan berfikir untuk menjaga adik-adik baru?
siapa akan berfikir untuk akademik ahli yang merudum?
penuhkan segenap ruang yang ada.
berdirilah di posisi masing-masing, mainkan peranan di segenap aspek 120%. supaya kita tidak hanya menjadi murai yang becok berkata-kata, tetapi juga semut yang gigih bekerja.
mari bergerak kearah memperkasakan PERUBATAN,
kerana di akhirnya kita mencari redha Tuhan.
0 comments:
Post a Comment