tujuan diskusi ini sebenarnya tidak lebih daripada untuk memeriahkan PRU-13 kali ini. atas inisiatif beberapa anak watan yang inginkan rakyat malaysia membuka mata dan mengambil cakna isu semasa, diskusi ini diteruskan walaupun perancangan agak lambat. mengharapkan keterlibatan semua warga genX dalam PRU kali ini.
konsep yang digunapakai adalah livestreaming melalui siaran youtube. siaran ini mampu diakses oleh setiap pengguna internet di seluruh pelusuk dunia.
konsep yang digunapakai adalah livestreaming melalui siaran youtube. siaran ini mampu diakses oleh setiap pengguna internet di seluruh pelusuk dunia.
cakna kah kita?
syukur alhamdulillah, kita dapat banyak respon yang memberansangkan daripada warga batch mahupun batch-batch lain. bahkan mendapat sambutan sampai ke luar muhafazah.
berbincangan ini lebih bersifat santai dan kita mahu berkongsi rasa dan idea yang ada pada warganegara malaysia yang berada di luar negara. supaya walaupun kita tidak berada di bumi tercinta malaysia, isu-isu membabitkan negara masih dalam perbincangan kita.
pada hemat saya, kita sebagai generasi muda lah yang akan menentukan hala tuju negara kita 10-20 tahun akan datang. jika anak muda hari ini langsung tidak ambil cakna isu negara, bimbang pada masa akan datang negara kita bakal ditentukan nasibnya oleh tangan-tangan asing yang cuba mengeksploitasi bumi kita yang kaya.
berbeza pandangan itu sesuatu yang normal. dan ianya perlu diraikan. demi membentuk keharmonian dalam kita bermasyarakat.
penutup.
sejuta kemaafan daripada pihak penganjur atas kelemahan-kelemahan yang ada. dari segi ahli diskusi, moderator, isu yang dibawa dan masalah teknikal yang ada.
jutaan terima kasih juga kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab merancang dan merialisasikan diskusi ini. tidak lain tidak bukan untuk kita warga genX lebih dekat dan memahami satu sama lain. andai ada mana-mana pihak yang tersinggung dan terasa hati, kami mohon sekali lagi beribu-ribu tahniah seinfiniti kemaafan. moga usaha-usaha kecil ini mampu menjadi jambatan menghubungkan ukhuwah kita. agar kita selamanya teguh, dan tidak pernah roboh.
minda kita tajamkan,
ukhuwah kita jalinkan.
credit to: rafhan ridha, nor mahirah, zainol izzuddin, ahmad abdul rahim, khairul adha, haniz iqbal, hilmi afandi.
konsep yang digunapakai adalah livestreaming melalui siaran youtube. siaran ini mampu diakses oleh setiap pengguna internet di seluruh pelusuk dunia. razai cover price , bath towels in bulk ,
ReplyDelete