SUBHANALLAH

Menikmati keindahan ciptaan Ilahi di Sharm El Sheikh

ALHAMDULILLAH

"seringkali kita melakukan dosa, bertaubatlah selagi bernyawa di dunia ini"

LAILAHAILLAH

"sollu alan Nabi Muhammad SAW"

ALLAHUAKBAR

"Merdeka pada hati jiwa itu lagi bermakna"

ASTAGHFIRULLAH

"Harimu adalah hari ini"

Sunday, May 29, 2011

Metallost metaphore



finding something among the bushes
of thorn and pain and suffering
a denial of something you never desire
a refuge or rebel against a command of dictator

this pain, that sucks every brain of sane human,
pushing us to the very limit,
like a liquid metal riding in the veins,
like a string tied to a free bird,

oh dear body and brain,
seek sanctuary from the only one almighty,
return and revert the hatred for something better
cause only he who knows the antidote of such pain,

as the task is nearer,
the gasp and beat and thump is louder,
watch out for the aims unclear,
cause you will be there,
slow but sure.

believe, and you can do it,
as the japanese used to say,
Ganbatte!

Saturday, May 28, 2011

BBQ

MALEK AL-SOLIH, 27 Mei- Debaran peperiksaan akhir tahun kian melonjak. Masing-masing sibuk membuat persiapan yang rapi bagi menghadapinya. Namun membaca buku semata-mata tidak mencukupi. Kita sebagai doktor muslim professional memerlukan persediaan mental dan rohani  juga. Oleh itu, kepimpinan GEN X telah menganjurkan satu majlis untuk menigkatkan motivasi dan mengurangkan stress para mahasiswa.

Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah. Kemudian disusuli dengan solat hifzi yang di ketuai oleh saudara Muhammad Munawwir dan Amir Hamzah.

Selepas solat isyak pula, majlis diteruskan dengan majlis motivasi oleh wakil PERUBATAN iaitu saudara Mohammad Suaidi. Beliau membicangkan tentang tips-tips menjawab peperiksaan, cara mengahadapi stress, bab-bab yang perlu ditekankan dalam setiap subjek dan lain-lain lagi. Para mahasiswa sungguh khusyuk dan teruja mendengar motivasi daripada beliau.


Majlis kemudian diteruskan dengan amanat daripada ketua batch GEN X iaitu saudara Rafhan Ridha. Beliau menekankan supaya para mahasiswa tidak hanya belajar kerana peperiksaan tetapi belajar kerana ingin menjadi seorang dorktor muslim yang akan berjaya kelak. Beliau juga berpesan agar para mahasiswa memperbetulkan niat setiap kali sebelum belajar. Hal ini kerana, "adat boleh bertukar menjadi ibadat dan ibadat mampu bertukar manjadi adat".

Ketika saudara Rafhan Ridha sedang memberi ucapan. AJK pelaksana majlis membuat kejutan dengan membawa kek bagi menyambut ulangtahun kelahiran ke-19 saudara Mundzir dan Azri Rahman. Setelah selesai acara memotong kek, semua mahasiswa dijemput untuk menjamu selera ayam BBQ yang telah disediakan.

Tukang masak




Majlis dianggarkan habis pada jam 11.00 malam. Semua yang hadir berpuas hati dan pulang dengan semangat yang baru untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang. Acara ini wajar dilakukan pada masa hadapan.


FOR MORE PICTURES CLICK HERE.....

Surprise...siapa tidak klik rugi



Klik untuk hadiah sempena exam...  : P

Tuesday, May 24, 2011

buat mujahid kecil di bumi anbia'


Bismillah

sahabat...
aku sedar aku bukanlah orang yg terbaik untuk berbicara soal ini,
tetapi x salah rasanya andai suara hati ini dapat diluah agar mnjadi tatapan bersama...

sahabat...
hampir setahun lamanya kita berkelana di bumi anbia' ini,
bersama menongkah badai kehidupan...
bersama mengharungi jerih sebuah perjalanan..
dan selama itulah kita terus bersama meneruskan perjuangan ini...

dan perjuangan ini bukanlah satu perjuangan yang mudah, perjuangan yang menuntut seribu satu pengorbanan. apatah lagi dengan peperiksaan yang makin mendekat...Ayuh kita nilai, sejauh mana persediaan kita untuk peperiksaan ini...

Adakah hari2 kita masih ceria ditemani 'facebook'..?
Adakah tidur kita masih enak sampai ke tengahari...?
Adakah malam2 kita masih meriah ditemani 'movie'...?
Adakah buku2 kita masih kemas tersimpan rapi..?
Adakah masa yang berbaki kita manfaatkan sepenuhnya..?

wahai sahabat..bangkitlah!!!
ayuh kenang kembali janji kita kepada keluarga...
ayuh ingat kembali tekad yang pernah di genggam di hati..
ayuh hidupkan kembali semangat yang dulunya berapi...
ayuh jadikan malam2 kita sebagai waktu terbaik bersujud kepada Ilahi..

andai ada yang terlupa, ayuh kita ingatkan...andai ada yang tersasar, ayuh kita betulkan...
agar perjuangan ini dapat kita teruskan bersama, tiada yang keciciran dan tiada yang ketinggalan...agar 6 tahun lagi kita akan pulang bersama...menggenggam segulung ijazah...

Jom MUMTAZ untuk UMMAH...!!!
All da best for da final..!! ganbaTTE... =)

Kapsul di Bilik Mayat



Mayat itu terbaring.
terbujur diam.
terkaku senyap.
tenggelam dalam hingar.

Dahulunya Ia satu jasad,
yang berintikan roh,
yang berbuluhkan darah,
dan berwayarkan saraf,

Justeru seperti kau aku
"Ia" juga boleh bergelak ketawa
miliki naluri untuk menitiskan airmata,
dan potensi membuat keputusan bodoh

Ya,
mungkin kerana keputusan bodoh itulah,
"Ia" menjadi mayat,

Yang matinya tidak gemilang
bersama otot yang rabak
tulang rusuk yang pecah
dan anatomi yang langsung pincang

Yang meninggalkan di belakangnya,
harapan yang tak tercapai
tanggungjawab yang tak tertunai
dan pekerjaan yang tak terlangsai

Selamat hari mati mayat
ku doa kau membawa cukup bekalan
semoga silammu menjadi nilai teladan
yang kini tersimpan sebagai kapsul di bilik mayat





Monday, May 23, 2011

SCOPE 0F FIRST YEAR ANATOMY EXAMINATION FROM DR. NABILA
WRITTEN EXAM
*MCQ's and Cross Matching will be in separate paper and others will be inside the answer book
UPPER LIMB
1) Muscles-those with relation
· deltoid
· pectoralis major
· pectoralis minor
2) Spaces-any spaces in upper limb
· axilla
· cubital fossa
· anatomical snuff box
· carpal tunnel
3) Vessels-any arteries or veins
· no course
· no relation
· beginning
· termination
· branches
· surface anatomy
· deep fascia
4) Nerves- high big nerves
· beginning
· termination
· branches-name of branches and distribution
e.g. Cutaneous branches-area of supply
Motor branches- muscle supply by the nerve
· effect of injury
· no course
· no relation
5) Joints-shoulder, elbow, radioulnar, wrist and joint of thumb
· type
· ligament
· movement
· muscles producing movement
· no relations
LOWER LIMB
1) Muscles
· gluteus maximus-deep relations
· quadricep femoris
· bicep femoris
· tibialis anterior
2) Spaces
· femoral triangle
· popliteal fossa
· adductor canal
3) Vessels-femoral artery, popliteal artery n so on
· no courses
· no relations
· beginning, end, branches and surface anatomy
4) Nerves-same with upper limb but in addition to courses
· beginning
· courses
· termination
· branches
· distribution
· effect of injury
· no relations
5) Joints-hip, knee, ankle
· type
· ligament
· movement
· muscles producing movement
· blood supply
THORAX
· heart and pericardium-surface anatomy
· lung and plural-surface anatomy
· mediastinal division and it contents (label diagram)
· blood supply of thoracic wall
o just name and branches
o no course
o no relation
· azygos system (azygos vein and tributaries)-no relations
· name of branches of arch of aorta-no relation
· name of branches of decending aorta-no relation
· vagus and phrenic nerve
EMBRIOLOGY
· placenta and neural crest
BASIS
· muscle form
· superficial and deep fascia
· character of synovial joint
DRAWING
· mediastianal division and contents
· hip joint
MCQ's, CROSS MATCHING, FILL IN THE BLANKS, SOLVE PROBLEM (75 marks)
UPPER LIMB
· MCQ's: m/s 160-201
· MATCHING: m/s 11-15
· FILL IN THE BLANK: m/s 1-25
· PROBLEM SOLVING: m/s 1-4
LOWER LIMB
· MCQ's: m/s 125-165
· MATCHING: m/s 16-20
· FILL IN THE BLANK: m/s 35-46
· PROBLEM SOLVING: m/s 4-6
THORAX
· MCQ's: m/s 90-120
· MATCHING: m/s 4-7
· FILL IN THE BLANK: m/s 25-50
· PROBLEM SOLVING: m/s 6-10
EMBRIOLOGY
· MCQ's: m/s 40-52
· MATCHING: m/s 1-17
BASIS
· MCQ's and FILL IN THE BLANK
o from muscle form, fascia, synovial joint
o vertebral column (curvature and intervertebral disc)
ORAL EXAM
· retinacula of ankle joint (she only mention this, may be more)
CREDIT TO: Ahmad Tahir bin Awang

hilang

hilang itu biasa,
kalau tiba-tiba,
takkan tak terasa,
pedih

tak kira petang atau malam, kalau nak hilang,
seminit dua pun dah boleh
cuma kita rasa atau tidak
bergantung pada sensitiviti


sensitiviti
ya, kita dah makin kurang itu
dek kerana 'budaya'
salah jadi biasa, yang betul dianggap pelik

mungkin kita tiada pertalian,
mungkin tiada darah kita dalam darahnya,
tapi kita punya ikatan,
dalam satu akidah yang sama


semua mungkin tak perasan,
atau mungkin lupa untuk perhatikan
bencana sekeliling
tertimpa ke atas saudara kita

betul kan? hilang itu mungkin boleh tiba-tiba. dan memang takde orang pun suka2 hilangkan barang sendiri. tapi kalau hilang nyawa? ya, tiba-tiba. jadi bersediakah kita?

dalam interval peperiksaaan ini, beri ruang sekejap untuk kita kenangkan apa sebenarnya yang berlaku sekitar hidup kita, luar jangkauan dan pengamatan kita.

dan ruang sekejap ini doakan agar mereka tabah


mereka diuji
harap mereka tabah
kita, apa ujiannya?

Al-fatihah kepada mangsa tanah runtuh hulu langat
P/S mereka saudara kita dan saudara sasling mendoakan

Thursday, May 19, 2011

PICTURE DAY!!



Mungkin anda semua tertanya-tanya mengapa ingin mengadakan sesi fotografi buat kali yang kedua?? Sebenarnya gambar yang ditangkap dahulu kurang menarik dan agak tidak sesuai untuk kami cetak dan beri kepada anda. Oleh itu, kami telah mengambil inisiatif untuk mengambil gamba secara beramai-ramai semula. Butiran seperti yang berikut:

TARIKH     : 22 Mei 2011 
HARI          : Ahad
MASA        :  Selepas ujian praktikal anatomy
TENTATIF : 
  1. Mengambil gambar human alphabet GEN X di hadapan makmal anatomy
  2. Mengambil gambar beramai-ramai di hapan dewan kuliah bahasa arab
  3. Pengarah annual dinner 2011 bakal memberi taklimat mengenai annual dinner
PAKAIAN : 
  • Sila bawa lab coat
  • Ikhwah : Kemeja, seluar slack, tie, (TUCK IN) , kasut 
  • Akhwat : Baju kurung
Harap semua dapat memberi kerjasama.


Sunday, May 15, 2011

tusiyen khas praktikal anatomi

assalamualaikum, dr. abduh sharqawi (M.A anatomy) professor dr university azhar menawarkan tuisyen praktikal anatomy ( 6 sesi @ 4 sesi [ x brapa ingat dia ckp ] = 12 jam ) pada 20 mei 2011.total fees is 200 le, dan dia akan terangkan secara intensif each and every part of the human anatomy and insyaallah berkat pengajaran doktor kita akan faham( serius recommend sebab the doctor is really good). ni fokus buat pelajar cairo. tp doktor nk minimum 20 org. kalau ada yang mint please let me know, supaya i boleh bg tahu pada doktor. contact email inashdeen@ gmail.com or fb ihsan salam. tq

Fatrah Imtihan & Annual Dinner


Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji-pujian kepada Allah yang memiliki segala pujian, Selawat dan salam buat Rasulullah; Khatimul Anbiya’.
Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk menulis sepatah dua kata sebagai peringatan untuk kita. Sungguh, peringatan itu tidaklah membosankan sebaliknya amat berguna untuk mereka yang beriman.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Tatkala asyik terleka dengan kesibukan belajar dan urusan harian, sedar ataupun tidak kita berada di hujung tahun sesi pengajian 2010/2011. Dan di akhir sesi pengajian ini, menjadi lumrah untuk kita diuji sejauh mana penguasaan kita terhadap subjek-subjek tahun 1 ini. Walaupun, paradigma kita bukanlah ‘exam oriented’, tetapi sememangnya perlu untuk kita melalui peperiksaan ini untuk menguji tahap ilmu kita lebih-lebih lagi kita semua adalah bakal doktor.

Para ulama’ hadith dan lain-lain bidang, seringkali memulakan penulisan kitab mereka dengan meletakkan hadith yang pertama dalam Hadith 40 Nawawiah. Tujuan mereka hanyalah satu, supaya mereka sendiri dan para pembaca kitab tersebut, memulakan niat sesuatu pekerjaan semata-mata kerana Allah S.W.T.
Niat yang membezakan antara Ibadat dan Adat. Mampu mengubah sesuatu pekerjaan yang kecil pada zahirnya tapi Besar di sisi Allah, dan pekerjaan yang besar pada zahirnya tapi tak bernilai di sisi Allah.

Fatrah imtihan yang sedang kita lalui ini, merupakan ‘benchmark’ untuk 2 perkara.
1.       Untuk tahap penguasaan ilmu kita
2.       Untuk tahap pergantungan dan tawakkal kita pada Allah
Sesungguhnya, pergantungan dan tawakkal pada Allah mustahil akan lahir sekiranya usaha kita tidak disandarkan dengan niat kepada Allah. Ruginya bagi kita, sekiranya usaha kita banyak tapi tidak disandarkan pada Allah akhirnya menjadi ‘debu-debu beterbangan’. Banyak tapi sedikit pun tidak bermanfaat.

Justeru, ayuh kita Tajdid (perbaharui) niat kita, semata-mata kerana Allah S.W.T.

Sahabat-sahabat seperjuangan,

Perjalanan kehidupan kita sepanjang Tahun 1 ini, telah melakar detik-detik yang amat bermakna buat diri kita semua. Saya sendiri merasakan bahawa pengalaman kita pada tahun ini, tidak mampu dicari ganti. Tak akan lapuk dek panas, tak akan lekang dek hujan. Pasti akan terus mekar dalam memori kita semua.

Annual Dinner Gen X PERUBATAN yang akan dilaksanakan selepas tamatnya exam nanti, merupakan satu tanda penghargaan buat kita semua.
Buat kamu semua yang menghidupkan Generasi ke 10 PERUBATAN ini. Saya yakin, majlis ini juga pasti akan mengukir memori yang indah buat kita.
  
Hakikatnya, hubungan persahabatan (ukhwah) adalah amat penting hinggakan para ulama’ mengatakan bahawa nikmat terbesar selepas nikmat Iman & Islam adalah nikmat sahabat-sahabat yang soleh dan baik. Maka, majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan persahabatan yang sedia terjalin hingga ia kukuh bak binaan yang teguh.
Mustahil kiranya jika sebahagian sahaja yang turut serta dalam majlis ini. Ibaratnya, seperti pasir tidak mahu menyertai batu-bata, simen dan air dalam pembinaan sebuah bangunan. Pastinya bangunan itu akan cacat bahkan tidak kukuh sama sekali.

Justeru, saya menyeru kepada semua ahli Gen X PERUBATAN untuk mengambil bahagian dalam majlis yang akan diadakan ini. Ketepikan masalah yang timbul, kerana matlamat & hajat kita lebih besar dari masalah-masalah yang timbul itu.
Usah risau tentang wang atau bayaran yang dikenakan. Saya selaku orang yang di amanahkan untuk menjaga kebajikan semua ahli-ahli batch, memberi jaminan untuk mencari alternatif untuk selesaikan masalah yang timbul terutama berkaitan dengan duit.  

Sahabat-sahabat yang diredhai Allah,

Akhir kalam, sama-samalah kita muhasabah kembali diri kita. Ingatlah bahawa, fatrah imtihan yang berlangsung ini, adalah peluang untuk kita lebih taqarub (mendekatkan) dengan Allah.
Teringat kata-kata senior, “Laksanakan Kefardhuan, Tinggalkan Maksiat”.
Maka yakinlah, jika kita jaga hubungan dengan Allah (HDA), insyaallah Allah akan bantu kita.

LETS STRIVE TOWARDS MUMTAZ!

Muhammad Rafhan Ridha Bin Mohd Diah
Wakil Gen X PERUBATAN
Sesi 2010/2011

Saturday, May 14, 2011

tawaran tuisyen praktikal anatomi ain shams

assalamualaikum pelajar2 ain shams,

bersempena exam yang praktikal anatomy yang makin hampir ,Dr.Abdou Sharqawi (M.A), professor university azhar serta professor anatomi tetap di Tuisyen DMAK telah bersetuju untuk mengadakan kelas tuisyen praktikal anatomi khusus untuk pelajar ain shams. yuran tuisyen dan masa akan ditentukan kemudian, tapi doktor berharap agar dapat sekurang2nya 20 orang pelajar. untuk maklumat lanjut sila hubungi saya di:
email: inashdeen@gmail.com
fb: Ihsan Salam

berikan respons segera dan sebarkan pada rakan2 yang lain.

"Kearah Menjadikan DMAK Pusat Kecemerlangan Akademik dan Sahsiah "

Yang Menjalankan amanah,
Wakil Tuisyen DMAK,
Muhammad Ihsan Bin Khalib Jaafar

tuisyen Praktikal anat di DMAK

Assalamualaikum kepada semua pelajar cairo,
Dr. abdou sharqawi telah bersetuju untuk mengadakan kelas praktikal anatomi yang pertama pada:
tarikh : 17 mei 2011
hari : selasa
tempat : bilik tutorial DMAK
masa : 6.00 petang.
kelas2 lain akan dibincangkan setelah mengikuti kelas tersebut

pelajar2 lain yg berminat, sama ada banin atau banat boleh juga walk in pada hari tersebut. pun begitu, ingin diingatkan bahawa kelas ini hanya khusus buat pelajar cairo kerana Dr. abdou telah menegaskan bahawa praktikal anat untuk cairo dan U lain adalah berbeza.

sila bawa tulang masing2 ( tulang masing2??) pada hari tersebut kerana sesi 1 adalah untuk bone. sesi 2 nanti juga adalah untuk bone manakala sesi 3 dan 4 adalah untuk muscle dan tidak akan dijalankan di DMAK.

dengan ini juga dimaklumkan bahawa yuran kelas tersebut untuk 4 sesi adalah 200 le da ini tidak termasuk dengan yuran utiliti DMAK yang bernilai 1 le bagi setiap pelajar untuk setiap kelas. untuk maklumat lanjut berkaitan yuran utiliti DMAK, sila layari laman web dibawah:


"Kearah Menjadikan DMAK Pusat Kecemerlangan Akademik dan Sahsiah "


yang menjalankan amanah,
wakil tuisyen DMAK,
Muhammad Ihsan Bin Khalib Jaafar

Nantikan Ketibaannya!

Video Promo Annual Dinner GenX 

Sunday, May 8, 2011

attention to all yang xde fail!

assalamualaikum kepada semua rakan2. TOLONG maklumkan kepada banin dan banat, MoU dan G2G, yang fail belum lagi sampai ke kasr el-ain untuk menghantar nama dan i/c ( dan passport no. kot, dan no. pelajar) kepada ana ( email inashdeen@gmail.com, fb ihsan salam, preferable tulis banyak2 sekali hntr kt ana). ustaz sulaiman nak buat surat pelepasan exam.tq

Saturday, May 7, 2011

Respiratory Slide Show

slide 1
37: hyaline cartilage
38: perichondrium
39: chondrocyte
40: pseudostratified columnar ciliated with goblet cell

slide 2 
21: adult lung
22: bronchiole (not sure whether this or terminal bronchiole.up to you)
23: smooth muscle
24: simple columnar ciliated with clara cells

slide 3
 9: adult lung
10: alveolar sac
11: alveoli
12: interalveolar septum

slide 4
1: adult lung
2:intrapulmonary bronchus
3: pseudostratified columnar ciliated with goblet cell
4: hyaline cartilage

slide 5
straight black arrow: pneumocyte type I
bend black arrow: alveolar macrophage
red arrow: pneumocyte type II
head arrow: red blood cell in capillaries

slide 6
1: terminal bronchiole
2: respiratory bronchiole
3: alveolar duct
4: alveolar sac




CREDIT TO: ANIS ZARINA
EDITED BY: INSYIRAH