Mayat itu terbaring.
terbujur diam.
terkaku senyap.
tenggelam dalam hingar.
Dahulunya Ia satu jasad,
yang berintikan roh,
yang berbuluhkan darah,
dan berwayarkan saraf,
Justeru seperti kau aku
"Ia" juga boleh bergelak ketawa
miliki naluri untuk menitiskan airmata,
dan potensi membuat keputusan bodoh
Ya,
mungkin kerana keputusan bodoh itulah,
"Ia" menjadi mayat,
Yang matinya tidak gemilang
bersama otot yang rabak
tulang rusuk yang pecah
dan anatomi yang langsung pincang
Yang meninggalkan di belakangnya,
harapan yang tak tercapai
tanggungjawab yang tak tertunai
dan pekerjaan yang tak terlangsai
Selamat hari mati mayat
ku doa kau membawa cukup bekalan
semoga silammu menjadi nilai teladan
yang kini tersimpan sebagai kapsul di bilik mayat
amende ni ahmad ardy?sastera sungguh~
ReplyDeletehaha syiot busy..
ReplyDeletesebenarnye bnde ni da agak lme aku wat atas buku anat mse study prac exam arituh
pastu jenol glaba post die nyer..aku pon lwn lar...
sastera? aku rse agak straight forward bnde alah ni
woi..
ReplyDeletepesal ak gelabah pulak..
ak just nk inform psl kes tanah runtuh oke~~