Saturday, May 28, 2011

BBQ

MALEK AL-SOLIH, 27 Mei- Debaran peperiksaan akhir tahun kian melonjak. Masing-masing sibuk membuat persiapan yang rapi bagi menghadapinya. Namun membaca buku semata-mata tidak mencukupi. Kita sebagai doktor muslim professional memerlukan persediaan mental dan rohani  juga. Oleh itu, kepimpinan GEN X telah menganjurkan satu majlis untuk menigkatkan motivasi dan mengurangkan stress para mahasiswa.

Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah. Kemudian disusuli dengan solat hifzi yang di ketuai oleh saudara Muhammad Munawwir dan Amir Hamzah.

Selepas solat isyak pula, majlis diteruskan dengan majlis motivasi oleh wakil PERUBATAN iaitu saudara Mohammad Suaidi. Beliau membicangkan tentang tips-tips menjawab peperiksaan, cara mengahadapi stress, bab-bab yang perlu ditekankan dalam setiap subjek dan lain-lain lagi. Para mahasiswa sungguh khusyuk dan teruja mendengar motivasi daripada beliau.


Majlis kemudian diteruskan dengan amanat daripada ketua batch GEN X iaitu saudara Rafhan Ridha. Beliau menekankan supaya para mahasiswa tidak hanya belajar kerana peperiksaan tetapi belajar kerana ingin menjadi seorang dorktor muslim yang akan berjaya kelak. Beliau juga berpesan agar para mahasiswa memperbetulkan niat setiap kali sebelum belajar. Hal ini kerana, "adat boleh bertukar menjadi ibadat dan ibadat mampu bertukar manjadi adat".

Ketika saudara Rafhan Ridha sedang memberi ucapan. AJK pelaksana majlis membuat kejutan dengan membawa kek bagi menyambut ulangtahun kelahiran ke-19 saudara Mundzir dan Azri Rahman. Setelah selesai acara memotong kek, semua mahasiswa dijemput untuk menjamu selera ayam BBQ yang telah disediakan.

Tukang masak




Majlis dianggarkan habis pada jam 11.00 malam. Semua yang hadir berpuas hati dan pulang dengan semangat yang baru untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang. Acara ini wajar dilakukan pada masa hadapan.


FOR MORE PICTURES CLICK HERE.....

0 comments:

Post a Comment