Professional friend…
Find out what we’re made of
What we are called to help our friends in need
You can count on me like one, two, three
I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh
Buat teman yang kacak dan manis-manis semuanya,
Apa itu profesionalisme ? setiap individu mempunyai takrifan yang berbeza tentang apa itu profesionalisme. Seseorang akan dipandang tinggi jika terlekatnya sifat- sifat profesionalisme dalam dirinya. Profesional bukan sahaja dengan mempamerkan pakaian yang kemas seperti yang diseru oleh PERUBATAN pada setiap hari isnin, bahkan professional juga merangkumi tindak tanduk,pandangan dan komunikasi dengan orang lain. Jadi , dalam berkawan juga,harus ada sikap professional.
Dalam kehidupan seharian kat bumi Mesir ni, memang 90% aktiviti kita buat dengan kawan-kawan. Kita mula mengenali mereka dan lama kelamaan, kita memahami mereka. Dalam tempoh masa berkawan ni, tipu kalau kita kata kita senang dengan semua sikap kawan kita. Sebab kawan kita tu,ada sifat baik dan kurang baiknya. Kalau macam tu,apa tindakan kita ??? nak terus terasa ??? nak terus membenci???nak terus mendiamkan diri ??? oleh itu, dalam hal yang sebegini,kita jadi cukup professional supaya ukhwah islamiyyah itu sentiasa dipelihara.
Berikut adalah ciri-ciri profesionalisme dalam persahabatan :-
1
Bertolak ansur
1
Bertolak ansur
Tak salah kita bertolak ansur. Beri anggapan positif pada kawan. Mungkin mereka mempunyai masalah sendiri. Ataupun mungkin sikap mereka memang begitu. Sentiasalah berlapang dada untuk memaafkan mereka. Jika berkawan,belajarlah untuk menerima segala baik dan buruk sahabat kita. Andai susah nak terima keburukan, tegurlah dengan cara yang berhemah.
2.
Berlaku adil
Berlaku adil
Hati memang organ yang sangat sensitive. Senang sangat tersentuh. Kalau kita dipilih sebagai pemimpin oleh kawan2 kita,macam jadi ketua rumah ke, bila kita buat keputusan, kene ambil kira setiap ahli rumah punya pendapat. Jangan biar kawan terasa hati kalau keputusan tu berat sebelah. Dan,janganlah kita menghiraukan kawan-kawan yang kita tak senang berkawan. Mereka bukan untuk dihiraukan,tetapi mereka adalah untuk diraikan.
3.
Jujur
Jujur
Kejujuran sangat penting dalam persahabatan. Bila kita jujur,kita akan lebih dipercayai. Bahagianya hidup apabila orang sekeliling mempercayai dan menghargai. Jadilah insan dan rakan mampu menyimpan amanah orang lain. Jaga hak kawan2 kita,macam mana kita jaga hak kita.
4.
Rajin membantu
Rajin membantu
Kadang-kadang kawan2 malu untuk meminta pertolongan , tapi kita boleh rajinkan diri untuk membantu. Contoh terdekat, kalau hari itu insyirah masak,tapi insyirah ade smart circle sampai maghrib.Insyirah memang berniat nak masak dan xnak susahkan kawan-kawan yang laen. Kemudian,atiqah yang serumah ni,nak tolong masak untuk hari tersebut tanpa perlu diminta. Insyaallah, selain dikurniakan ganjaran pahala oleh ALLAH, atiqah juga akan disayangi oleh insyirah.
5.
Menyokong dan menyuntik semangat
Menyokong dan menyuntik semangat
Jika kawan kita jatuh,jangan kita tinggalkan. Kita x perlu nak dukung habis kawan kita,cukupla sekadar memapah dan biar dia melihat sendiri jalan di hadapan. Mereka sangat memerlukan kita kerana ibu dan bapa mereka jauh di Malaysia. Berilah kata-kata semangat dan cuba ceriakan hidup mereka.
‘’you can count on me,like one two three” = jadilah seorang yang boleh dipercayai dan menjadi tempat rujukan kawan-kawan.
6.
Sentiasa memaafi
Sentiasa memaafi
Berlapang dadalah dan banyak berdoa supaya kita bersabar sekiranya kawan-kawan menyinggung hati dan perasaan.
Dear readers,
Professional sebenarnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan walau dimana juga berada. Professional bukan sahaja dalam pekerjaan, tetapi professional dalam hidup keseluruhannya. Sentiasalah menjadi orang yang professional dan berusahalah untuk meningkatkan nilai-nilai positif dalam diri.semoga mendapat redha ALLAH..
“ Islam kullu tamam, walakin muslimin misy kullu “ – video hebat, IMPRESSION
Justeru, profesionalisme dalam diri sememangnya dapat melahirkan muslimin yang produktif dan berwawasan KULLU !!! insyaallah...
sekian,terima kasih..... assalamualaikum..
0 comments:
Post a Comment