Wednesday, December 21, 2011

Qalb

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful

Daripada Saidina Ali Abi Talib karamullahu wajhah mafhumnya :  Makrifat itu letaknya di hati (qalbu), dan diucapkan dengan lisan dan diterjemahkan dalam bentuk perbuatan (amalan).


FORMULA 3,4,5 tentang HATI 
3 jenis hati :
  • Hati yang bersih
  • Hati yang sakit
  • Hati yang mati
Muhasabah diri sebentar, kita punya hati yang mana? 

4 racun hati :

  • Banyak bicara
  • Tidak menjaga pandangan
  • Banyak makan
  • Bersama teman yang jahat

5 ubat hati :
  • Baca al-Quran dan maknanya
  • Perbanyakkan solat malam
  • Berdampingan dengan orang yang soleh
  • Banyak berpuasa
  • Perbanyakkan zikir malam
     Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, ketahuilah bahawa hati yang mati itu tidak dapat menghidupkan hati-hati yang lain. Semoga Allah pelihara hati kita dan kita bersungguh-sungguh menjaganya kerana sesungguhnya penyakit hati itu susah diubati.
“Hati adalah tempat tersimpannya iman kita. Apabila hati kita bersih, maka iman akan kekal di dalamnya. Bersihkanlah hati kita sebab itu modal iman kita sebagai orang muslim.” 

"Tuhan, jadikanlah kami muslim yang gagah sifatnya dalam mengemudi hati sendiri. Jangan sampai kolek kecil ini karam dalam lautan duniawi sebelum ia sempat berlabuh di tepian muara syurgaMu."

0 comments:

Post a Comment