chain of freedom ~ by ArwenArts of deviantArt |
HDA.. Always Connecting
Setiap hidupan mempunyai ‘chain’ atau
rantai hubungan yang tersendiri dan unik.
Kehidupan bumi bergantung kepada tanah,
air, matahari dan udara.
Kehidupan
haiwan bergantung kepada sumber makanan dan habitat.
Kehidupan manusia
pula, pastinya lebih rumit dan lebih banyak pergantungannya.
Dalam kata
lain, setiap hidupan bergantung antara satu sama lain dan sekiranya rantai ini
terputus atau terdapat kekurangan pastinya kehidupan itu akan ‘cacat’ dan tak
mampu untuk berjaya.
Begitu jugalah hakikat seorang yang
bergelar Muslim. Pergantungan
dan perhubungan seorang Muslim sangat luas yang merangkumi hubungan sesama
manusia dan juga dengan Allah, Sang Pencipta.
Namun, hubungan dengan Allah juga lebih penting kerana ia asas kepada sebuah kehidupan.
HDA.. seasas
binaan bangunan
Dalam setiap
binaan, pasak konkrit adalah asas yang terpenting. Bangunan Petronas Twin tower
atau Cairo Tower pasti hanya akan tinggal sebagai lukisan pembinaan sekiranya
tiada pasak yang kukuh.
Analogi
tersebut sangat sinonim dengan pembinaan Muslim yang Mu’min.
Aqidah adalah
teras dan asas dalam pembinaan kehidupan Muslim. Dalam bahasa yang mudah,
aqidah yang teguh akan hasilkan Muslim yang cemerlang dalam kehidupannya;
percakapan, perbuatan dan pekerjaan.
Dalam surah
Al-Kahfi, Allah coretkan cerita sekumpulan pemuda yang cintakan aqidah mereka
sehingga sanggup memperjudikan nyawa mereka. Pemuda AlKahfi yang diburu kerana
keimanan mereka.
$oYôÜt/uur
4n?tã
óOÎgÎ/qè=è%
øÎ)
(#qãB$s%
(#qä9$s)sù
$uZ/u
>u
ÏNºuq»yJ¡¡9$#
ÇÚöF{$#ur
`s9
(#uqããô¯R
`ÏB
ÿ¾ÏmÏRrß
$Yg»s9Î)
(
ôs)©9
!$oYù=è%
#]Î)
$¸ÜsÜx©
ÇÊÍÈ
14. dan Kami kuatkan hati mereka
(dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid)
lalu berkata: "Tuhan Kami ialah Tuhan Yang mencipta dan mentadbirkan
langit dan bumi; Kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan Yang lain dari
padanya; jika Kami menyembah Yang lainnya bermakna Kami memperkatakan dan
mengakui sesuatu Yang jauh dari kebenaran."
(Surah Al-Kahfi;14)
Sesuatu yang
diluar akal apabila kita yakin dengan perkara yang ‘superstitious’ tanpa kita
belum pernah alaminya. Namun, itu bukanlah satu yang diluar akal bagi mereka
yang ‘dirasuk’ dengan keimanan yang mendalam dan yakin akan janji dan bantuan
Allah.
Inilah
kekuatan HDA yang dibumikan hasil keimanan yang teguh.
HDA.. tali
yang menjaga dan memelihara
Dalam
Al-Quran, Allah menceritakan satu kisah yang cukup popular dalam surah Yusuf
iaitu kisah Nabi Yusuf A.S dan Siti Zulaikha.
Allah
menceritakan situasi yang dihadapi Nabi Yusuf A.S dalam beberapa ayat
antaranya:
çmø?yurºuur
ÓÉL©9$#
uqèd
Îû
$ygÏF÷t/
`tã
¾ÏmÅ¡øÿ¯R
ÏMs)¯=yñur
Uºuqö/F{$#
ôMs9$s%ur
|Møyd
s9
4
tA$s%
s$yètB
«!$#
(
¼çm¯RÎ)
þÎn1u
z`|¡ômr&
y#uq÷WtB
(
¼çm¯RÎ)
w
ßxÎ=øÿã
cqßJÎ=»©à9$#
ÇËÌÈ
23. dan perempuan Yang Yusuf tinggal
di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan
perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, Aku
bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari
perbuatan Yang keji itu); Sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku Dengan sebaik-baiknya;
Sesungguhnya orang-orang Yang zalim tidak akan berjaya".
(Surah Yusuf; 23)
(Surah Yusuf; 23)
Nabi Yusuf A.S
menolak dengan tegas ajakan Siti Zulaikha untuk melakukan perkara yang dilarang
oleh Allah iaitu zina. Kalau kita memandang dari hukum manusia, perhubungan ini
dikira ‘tidak salah’ kerana si perempuan bersedia dan sanggup.
Tetapi, kerana adanya HDA, rasa akan
keberadaan Allah; yang Maha Melihat, Maha Mengetahui dan Maha Mendengar maka
Nabi Yusuf A.S menolak dan meminta perlindungan dari Allah S.W.T.
Akhirnya,
dengan keizinan dan bantuan dari Allah, Allah telah memuliakan Nabi Yusuf A.S
kerana dia menjaga batas-batas yang Allah tetapkan.
Inilah fungsi sebenar syariat Allah. Menjaga
dan memelihara diri individu dan masyarakat Muslim dari kebinasaan dan
kehinaan. Syariat Allah adalah manual kehidupan.
ما حسن ما حسنه الشرع، ما قبح ما قبحه الشرع
“Apa yang baik, apa yang baik pada Syara’, Apa
yang buruk, apa yang buruk pada Syara’”
Apabila wujud HDA dalam diri, maka kita
akan berpandangan dengan kaca mata syara’. Perbuatan, percakapan, pemikiran dan
segenap sudut dalam diri kita akan selaras dengan syara’ lantas hasilnya
kehidupan yang penuh keberkatan dan kebajikan.
HDA.. apa maknanya??
Maka, siapa yang membaca sampai ke sini
sahaja yang akan mengetahui apa itu HDA.
HDA = Hubungan
Dengan Allah
Yang kita
boleh umpamakan sebagai pasak dan tali.
Pasak untuk
pembinaan asas peribadi Muslim.
Tali untuk
menjaga dan memelihara Muslim supaya kekal dalam lingkungan syari’at Allah.
Sungguh,
sekiranya tiada atau terputus hubungan kita dengan Allah takut-takutnya kita
terputus dari kasih sayang Allah.
Ayuh, kita jaga dan kukuhkan hubungan
dengan Allah (HDA) untuk kehidupan yang diredhai dunia dan akhirat. HDA
connecting Muslim with Allah.
*Di atas beberapa masalah teknikal dan kecuaian dari penulis, artikel ini lewat diterbitkan. Penulis meminta maaf atas sebarang kecuaian.