ﺇﻴﺎﻚ ﻨﻌﺒﺪ ﻭﺇﻴﺎﻚ ﻨﺴﺘﻌﻴﻦ...
Assalamualaikum w.b.t…
Salam Perjuangan, Salam Imtihan…
Alhamdulillah,
setinggi-tinggi kesyukuran di rafa’kan ke hadrat Allah SWT atas limpah dan
rahmatnya, kita masih lagi diberi kesempatan berada dlm nikmat iman dan Islam…
Tidak
lupa juga, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli
keluarga, para sahabat serta penerus pejuangan baginda dalam membawa risalah Islam
hingga hari kiamat...
Jazakumullahu
khairan kasiraa kpd kawan2 sekalian… dalam bz2 kalian menghadapi fatrah imtihan
ni, still meluangkan waktu untuk tengok2 blog Gen X, membaca post sy ni.
Selamat membaca J
Bismillahirrahmanirrahim…
“Jika
Allah menimpakan suatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat
menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu,
maka tak ada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada
siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dialah Yang Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.“ (Yunus: 107)
Hari itu… hati saya dan rakan2
melonjak2 gembira, tidak sabar untuk memulakan perjalanan kami untuk ke Iskandariah,
menziarahi Ismail sambil berjalan2 mengutip ibrah di bumi Tanta. Kami akan
menaiki train dr Ramses pada pukul 10 pg, jd untuk mengelakkan sebarang
kemungkinan beraku, kami bertolak 2 jam lebih awal. Bolehlah kami berjalan2 di
sekeliling Ramses, sambil menunggu waktu ketibaan train kami. Kami bergerak ke
Ramses dengan menaiki tremco. (saya pun x tahu kenapa x naik metro).
Kaherah sememangnya terkenal
dengan kesesakan lalu lintas. Barangkali sikap pemandu teksi yang gemar menukar
lorong sesuka hati, membunyikan hon serta memarahi pemandu lain menambah
keceriaan kota ini, walaupun situasi sedemikian adalah asing bagi kita. Dalam perjalanan, sambil berbual2 dgn Yusuf,
tentang erti tawakal kepada Allah (masih terbawa2 dengan exam mid year baru2
ini) saya melihat laluan di jalan raya semakin berasak-asak dengan kereta. Saya
membayangkan ia menjadi suatu perjalanan yang sukar. Kami pastinya akan
berhadapan dengan halangan kesesakan jalanraya.
Tidak lama kemudian, baru kami
sedar tremco yang kami naiki telah tidak bergerak hampir 30 minit, terperangkap
dalam kesesakan itu.
Seorang rakan berkata kepada saya,
“Saif, pagi
tadi saya bangun solat dan berdoa kepada Allah, ya Allah Kau permudahkan
urusan kami, permudahkan perjalanan kami, jauhilah kami daripada kesesakan
jalanraya, kemalangan, mara bahaya, dan jadikanlah perjalanan ini suatu amal
ibadat……. ”
Dalam hati saya mula terdetik, kita mengharapkan terlepas dari sebarang kesukaran, tapi
sebaliknya pula yg berlaku. Perjalanan
ke Ramses pada kebiasaannya memakan masa ½ jam, telah menjadi satu jam. Hati saya
terus-terusan memohon doa, ya Allah permudahkanlah perjalanan kami, ya Allah
permudahkanlah. Dan doa dan harapan ini mungkin juga dilafazkan oleh beberapa rakan
yang lain.
Akhirnya pada pukul 9.40 kami tiba
di Ramses, dan terus berlari ke tempat menunggu sebelum train tiba. Kesemua kami
tentunya menikmati perasaan yang sama. Terasa lega, sempat juga tiba sebelum
terlambat. Damai kerana tiada perkara yg tidak dingini berlaku.
Sepanjang perjalanan ini, saya
terasa-rasa Allah memakbulkan doa yang dipohon. Saya rasa Allah sangat
Mendengar. Saya
rasa Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Saya rasa perasaan dipermudahkan adalah
kerana Allah. Secara lebih tepat, Allah ada bersama kami!
Bagaimana dengan Yusuf? Bagaimana
dengan yang lain? Apakah ada perasaan yang sama? Adakah ia berlaku seolah-olah “rutin
biasa”, berlaku secara mujur dan kebetulan? Dan kemudian, ia berlalu
begitu sahaja. Adakah kita menyebut-nyebut, “alhamdulillah, aku bersyukur di atas segala
kemudahan yang telah engkau berikan”.
Hakikat sebenar, kekuasaan Allah
itu terlalu luas. Berdoa atau tidak, memohon atau tidak, Allah boleh memberi segala kemudahan tanpa
sedikit pun mengurangkan apa yang Dia ada. Allah boleh memberi
kepada hambaNya tanpa perlu kita merayu-rayu.
Ya, Boleh… Dia Maha Berkuasa.
Malah orang-orang kafir juga turut menikmati nikmat yang sama. Bezanya, adakah
kita akan menjadi manusia yang bersyukur? Apakah kita mengaitkan setiap
kejadian itu dengan sifat-sifat Allah? Paling penting, apakah ia mendekatkan
diri kita kepadaNya?
Oleh itu, kita sebagai hambaNya
haruslah berdoa, bukanlah soal doa itu dimakbulkan atau tidak, ia soal pergantungan kita
kepada Allah SWT. Ia soal tauhid. Itulah yang mendekatkan kita
dengan Dia, setiap saat, sepanjang masa, tidak kira kita berada di Ramses,
Sayyeda Zainab mahupun di Malaysia.
*********************************************************************************
Untuk diaplikasikan dalam situasi
kita sekarang ni, sejauh manakah pergantungan kita kepada Allah. Adakah kita
bergantung kpd Allah 100%? Atau bertuhankan buku teks? 24 jam study,
dengan menolak semuanya ke tepi. Solat
fardhu kita macam mana? Membaca al-Quran? Solat Hajat? Doa?
Teringat kata2 mentor sc saya,
bagaimana sekiranya kita berada dalam situasi sedang study sedangkan azan telah
berkumandang, adakah kita akan terus meninggalkan meja study? Bergegas untuk
menunaikan kewajipan kita kepada Allah? Atau…. “biar org len ambil wuduk dulu
laa…”, “sikit lagi tinggal, sikit je lagi…”, ataupun “5 minit lagi arr…”?
Teringat pula
kata2 mama (time kecik2 dulu): “5 minit
lagi, 5 minit lagi, nanti kat akhirat, nak masuk syurga, Allah lengahkan 5
minit lagi, 5 minit lagi.”
Segala cerita di atas adalah rekaan semata2, xde kaitan dgn yg
hidup mahupun yg telah tiada. Maaf, lama dah x mengarang, otak dah berkarat.
Maaf jgak klu berleret2. Just untuk perkongsian… kawan2 bolehlah layari laman
web berikut untuk kefahaman yang lebih:
Tp, diharapkan bukan tulisan itu yg dijudge, tp, marilah kita
sama2 ambil pengajaran untuk kita2 sama2 reflect diri kita semula… Semoga kita semua akan sentiasa dipelihara Allah dlm Rahmat dan Hidayah drNya... Amin...