Wednesday, January 4, 2012

Hari Biah Solehah - Faedah Menundukkan Pandangan

Bismillahirrahmanirrahim..

“Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka”(Surah An-Nur: ayat 30,31)

Pastinya rakan-rakan semua sudah sinonim dengan ayat al-quran di atas. Ayat al-quran tersebut jelas menunjukkan kepentingan kita sebagai umat islam untuk menundukkan pandangan apabila berhadapan dengan bukan mahram.

Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah telah menulis beberapa faedah menundukkan pandangan dalam kitabnya yang berjudul, “Raudlatul Muhibbin wa Nuzhatul Musytaqqqin”. Tercantum pula dalam kitab “Fiqh-an-Nadhr” tulisan Al-Mundziri.

Di antara faedah-faedah menundukkan pandangan mata adalah sebagai berikut :


*Menundukkan pandangan akan melepaskan hati dari tawanan syahwat, sebagaimana sering dikatakan: "Orang yang tertawan oleh pandangan matanya, maka itulah sebenarnya tawanan."

*Menundukkan pandangan akan membentengi seseorang dari pintu syaitan.


*Menundukkan pandangan akan membantu seseorang dalam menuntut ilmu.
Sebagaimana yang kita ketahui, ilmu tidak akan masuk dalam hati yang gelap. Ilmu itu bersifat bersih dan suci.


Terbinanya biah solehah atas pelbagai perkara. Menundukkan pandangan merupakan salah satu elemen penting yang mengukuhkan lagi biah solehah. Jadi kawan-kawan, marilah kita berusaha menundukkan pandangan demi mewujudkan persekitaran deen islamiyah. Sekian, terima kasih. Wallahu'alam.


2 comments: