Tuesday, January 17, 2012

ﺇﻴﺎ ﻨﻌﺒﺪ ﻭﺇﻴﺎ ﻨﺴﺘﻌﻴﻦ...
Assalamualaikum w.b.t…
Salam Perjuangan, Salam Imtihan…

 Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran di rafa’kan ke hadrat Allah SWT atas limpah dan rahmatnya, kita masih lagi diberi kesempatan berada dlm nikmat iman dan Islam…

Tidak lupa juga, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat serta penerus pejuangan baginda dalam membawa risalah Islam hingga hari kiamat...

Jazakumullahu khairan kasiraa kpd kawan2 sekalian… dalam bz2 kalian menghadapi fatrah imtihan ni, still meluangkan waktu untuk tengok2 blog Gen X, membaca post sy ni. Selamat membaca J


Bismillahirrahmanirrahim…

“Jika Allah menimpakan suatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.“ (Yunus: 107)

Hari itu… hati saya dan rakan2 melonjak2 gembira, tidak sabar untuk memulakan perjalanan kami untuk ke Iskandariah, menziarahi Ismail sambil berjalan2 mengutip ibrah di bumi Tanta. Kami akan menaiki train dr Ramses pada pukul 10 pg, jd untuk mengelakkan sebarang kemungkinan beraku, kami bertolak 2 jam lebih awal. Bolehlah kami berjalan2 di sekeliling Ramses, sambil menunggu waktu ketibaan train kami. Kami bergerak ke Ramses dengan menaiki tremco. (saya pun x tahu kenapa x naik metro).



Kaherah sememangnya terkenal dengan kesesakan lalu lintas. Barangkali sikap pemandu teksi yang gemar menukar lorong sesuka hati, membunyikan hon serta memarahi pemandu lain menambah keceriaan kota ini, walaupun situasi sedemikian adalah asing bagi kita. Dalam perjalanan, sambil berbual2 dgn Yusuf, tentang erti tawakal kepada Allah (masih terbawa2 dengan exam mid year baru2 ini) saya melihat laluan di jalan raya semakin berasak-asak dengan kereta. Saya membayangkan ia menjadi suatu perjalanan yang sukar. Kami pastinya akan berhadapan dengan halangan kesesakan jalanraya.

Tidak lama kemudian, baru kami sedar tremco yang kami naiki telah tidak bergerak hampir 30 minit, terperangkap dalam kesesakan itu.

Seorang rakan berkata kepada saya, “Saif, pagi tadi saya bangun solat dan berdoa kepada Allah, ya Allah Kau permudahkan urusan kami, permudahkan perjalanan kami, jauhilah kami daripada kesesakan jalanraya, kemalangan, mara bahaya, dan jadikanlah perjalanan ini suatu amal ibadat……. ”

Dalam hati saya mula terdetik, kita mengharapkan terlepas dari sebarang kesukaran, tapi sebaliknya pula yg berlaku. Perjalanan ke Ramses pada kebiasaannya memakan masa ½ jam, telah menjadi satu jam. Hati saya terus-terusan memohon doa, ya Allah permudahkanlah perjalanan kami, ya Allah permudahkanlah. Dan doa dan harapan ini mungkin juga dilafazkan oleh beberapa rakan yang lain.

Akhirnya pada pukul 9.40 kami tiba di Ramses, dan terus berlari ke tempat menunggu sebelum train tiba. Kesemua kami tentunya menikmati perasaan yang sama. Terasa lega, sempat juga tiba sebelum terlambat. Damai kerana tiada perkara yg tidak dingini berlaku.

Sepanjang perjalanan ini, saya terasa-rasa Allah memakbulkan doa yang dipohon. Saya rasa Allah sangat Mendengar. Saya rasa Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Saya rasa perasaan dipermudahkan adalah kerana Allah. Secara lebih tepat, Allah ada bersama kami!



Bagaimana dengan Yusuf? Bagaimana dengan yang lain? Apakah ada perasaan yang sama? Adakah ia berlaku seolah-olah “rutin biasa”, berlaku secara mujur dan kebetulan? Dan kemudian, ia berlalu begitu sahaja. Adakah kita menyebut-nyebut, “alhamdulillah, aku bersyukur di atas segala kemudahan yang telah engkau berikan”.

Hakikat sebenar, kekuasaan Allah itu terlalu luas. Berdoa atau tidak, memohon atau tidak, Allah boleh memberi segala kemudahan tanpa sedikit pun mengurangkan apa yang Dia ada. Allah boleh memberi kepada hambaNya tanpa perlu kita merayu-rayu.

Ya, Boleh… Dia Maha Berkuasa. Malah orang-orang kafir juga turut menikmati nikmat yang sama. Bezanya, adakah kita akan menjadi manusia yang bersyukur? Apakah kita mengaitkan setiap kejadian itu dengan sifat-sifat Allah? Paling penting, apakah ia mendekatkan diri kita kepadaNya?
Oleh itu, kita sebagai hambaNya haruslah berdoa, bukanlah soal doa itu dimakbulkan atau tidak, ia soal pergantungan kita kepada Allah SWT. Ia soal tauhid. Itulah yang mendekatkan kita dengan Dia, setiap saat, sepanjang masa, tidak kira kita berada di Ramses, Sayyeda Zainab mahupun di Malaysia.

*********************************************************************************

Untuk diaplikasikan dalam situasi kita sekarang ni, sejauh manakah pergantungan kita kepada Allah. Adakah kita bergantung kpd Allah 100%? Atau bertuhankan buku teks? 24 jam study, dengan menolak semuanya ke tepi. Solat  fardhu kita macam mana? Membaca al-Quran? Solat Hajat? Doa?

Teringat kata2 mentor sc saya, bagaimana sekiranya kita berada dalam situasi sedang study sedangkan azan telah berkumandang, adakah kita akan terus meninggalkan meja study? Bergegas untuk menunaikan kewajipan kita kepada Allah? Atau…. “biar org len ambil wuduk dulu laa…”, “sikit lagi tinggal, sikit je lagi…”, ataupun “5 minit lagi arr…”?

Teringat pula kata2 mama (time kecik2 dulu): “5 minit lagi, 5 minit lagi, nanti kat akhirat, nak masuk syurga, Allah lengahkan 5 minit lagi, 5 minit lagi.”
Segala cerita di atas adalah rekaan semata2, xde kaitan dgn yg hidup mahupun yg telah tiada. Maaf, lama dah x mengarang, otak dah berkarat. Maaf jgak klu berleret2. Just untuk perkongsian… kawan2 bolehlah layari laman web berikut untuk kefahaman yang lebih:
Tp, diharapkan bukan tulisan itu yg dijudge, tp, marilah kita sama2 ambil pengajaran untuk kita2 sama2 reflect diri kita semula… Semoga kita semua akan sentiasa dipelihara Allah dlm Rahmat dan Hidayah drNya... Amin...