SUBHANALLAH

Menikmati keindahan ciptaan Ilahi di Sharm El Sheikh

ALHAMDULILLAH

"seringkali kita melakukan dosa, bertaubatlah selagi bernyawa di dunia ini"

LAILAHAILLAH

"sollu alan Nabi Muhammad SAW"

ALLAHUAKBAR

"Merdeka pada hati jiwa itu lagi bermakna"

ASTAGHFIRULLAH

"Harimu adalah hari ini"

Tuesday, December 31, 2013

2014: Terus menyembah Tuhan berhala.

7.00 am.

Aku bangun pagi. Menggeliat. Cahaya mentari menerjah jendela. Sama, hari ini tetap sama. Aku masih mampu bangun, menghirup udara sang pencipta walau aku tak pernah mensyukuri bahkan menyedari suatu nikmat maha kuasa.

“Ah, dah lewat nak ke kelas.”

8.00 am.

Selesai membuat persiapan diri, aku hampar sejadah.

“...اصلي فرض الصبح

Nasib baik dalam Islam boleh qadha solat kalau tertidur. Sengih sendiri.

“Alang-alang atas tikar sejadah ni, baik aku solat dhuha. Nak tanda borang mutabaah amal nanti banyak siket yang 'ticked'.”

Langsung tiada rasa bersalah. Waktu subuh seolah dia penentu waktunya, seakan mengambil alih tugas Tuhan. Sedang tuhan berfirman cukup jelas di dalam surah An-Nisa' ayat 103:

 إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا

Rasa berdosa tadi dibelai manja dengan amal sunat, seolah-olah wajib dan sunat sama darjat.

9.00 am.

Kelas bermula. Terkumat kamit mulut melantunkan doa. Memohon agar diterangkan hati untuk seteguk kefahaman dalam lautan ilmu Tuhan yang ternyata luas. Fokus diberikan 120%.

Tak sampai 15 minit, mata mula melilau-lilau. Jam tangan dipandang, masa terasa seakan berdetik perlahan. Kocek diraba-raba laksana mencari barang yang hilang. Perlahan-lahan 'smartphone'ku dikeluarkan. "Hah, nasib baik ada game. Lecturer ni cakap apa tah aku tak faham. Bosan giler."

Ke mana semangat dalam doa tadi? Entah, macam meminta kepada berhala.

1.00 pm.

Kelas akhirnya tamat. Sampai ke rumah, badan lalu direbahkan ke atas tilam. Saratoga menjadi peneman setia di musim sejuk. Butang ‘on’ pada computer riba ditekan, mahu melempiaskan sedikit keletihan kepada laman sesawang. 

“takpe, zohor kan panjang,” desis dalam hati.

‘Facebook’ dilayari tanpa sedar. Status ulama’ di’share’, ceramah agama di’like’, di’post’kan lagu-lagu nasyid…

“eh, dah dekat pukul 2.45 pm! Aduh aku tak solat lagi.”

Bergegas separuh berlari ke bilik air. Dibasuh muka, tangan, dan segala anggota wudhu. Air diratakan agar segenap kulit mengenai air wudhu, terutama bahagian belakang siku dan tumit yang sering dilepas pandang tanpa sedar.

3.00 pm.

Azan asar berkumandang di segenap penjuru bumi seribu menara, bumi firaun penentang Musa. Kunci rumah dicapai, computer riba di’set’kan dalam mood ‘sleep’ lalu dilajukan langkah ke rumah Allah. Seperti biasa, selesai solat mathurat dibaca dengan penuh penghayatan. Umpama dalam liqa’ yang diketuai hasan al-bana. Penuh khusyuk, dilantunkan kalimat Tuhan dengan makhraj bacaan yang cukup sempurna.

“Apa maksud doa rabitah ni eh?” persoalan timbul di benak pemikiran. 

Pembacaan sejak di bangku sekolah sehingga sekarang, seolah-olah membaca jampi mentera, tanpa difahami walau sepatah perkataan. Cepat-cepat persoalan tadi dibuang jauh dari perasaan tanggungjawab manusia bertuhan.

“Ah takpe, Asalkan aku baca sedap, kira ok lah. Aku balik Malaysia nanti kalau orang suruh aku jadi imam ke tak la malu sangat. Tak macam ahli beit aku, baca quran suara sengau. Haih, bile la die nak betulkan bacaan dia.”

Entah kenapa terjemahan yang memang sedia ada dalam buku kecil mathurat tu langsung tak diendahkan. Seakan tiada ruh untuk duduk sekejap dan mentadabbur ayat-ayat Tuhan. Cukup sekadar boleh membaca, lalu ancaman nabi di dalam hadis dianggap gugur kepada empunya diri.

 تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب الله وسنة نبيه

6.00 pm.

Mesyuarat pengisian usrah.

“Kita perlu mengadakan satu mekanisme penambahbaikan dalam silibus sedia ada. Saya lihat ahli kita masih tidak dapat mengaplikasilkan input yang diberikan dalam usrah untuk membuahkan amal. Jadi di mana silapnya?”

Dalam sesi ‘brainstorming’, segala idea dicurahkan. Semua ahli mesyuarat turut menyumbang idea demi suatu ‘kerja agama’. ‘Neurotransmitter’ terus dipaksa untuk menyambungkan ‘synapse’ di antara sel-sel saraf. Akhirnya keputusan sebulat suara diperoleh. Alhamdulillah.

10.00 pm.

‘Tik.’

Suiz lampu bilik ditekan. “Fuh, jauh betul rumah akhawat ni. Rumah dekat munira, aku duduk zenhom, tak ke kene pusing dunia bile kene jadi musyrif,” membebel sendiri.

“Eh, dia bagi kek buah ke dalam plastik ni,” sambil mata menilik bungkusan plastik hitam yang akhawat tadi bagi. Senyum sendiri.

“Aduh, minit mesyurat tak siap lagi. “

Lalu jari-jemari dipaksa menari di atas papan kekunci komputer riba demi menyiapkan ‘kerja agama’.

.............................

Jam tepat 12.00 malam. Seisi rumah sudah gelap gelita. Kerja masih belum siap sepenuhnya.

“tak pe la berkorban sedikit untuk agama…”

7.00 am.

Ah, dah cerah!


............................................................................................................

Aku bukan mahu kau cari persona dalam riwayat ini,
tetapi mencari ‘engkau’ dalam dongengan ini.

Amal soleh itu mendekatkan, bukan menjauhkan. 
Agama menyuruh agar berkorban, bukan terkorban.

...........................................................................................................


Mata tepat ke kalendar.
Eh, dah tahun baru!
Tapi...

aku tetap yang dulu.

Thursday, December 26, 2013

ORGANISASI BATCH 2013/2014




KETUA BATCH

Khairul Adli Bin Idris
bigkrul_04@yahoo.com
01119658743



TIMBALAN KETUA BATCH 1

Muhammad Murshid Bin Abdul Halim
murshid1009@yahoo.com
01116039121



TIMBALAN KETUA BATCH 11

Nur 'amira Binti Anuar
minu9259@yahoo.com
01006117314



SETIAUSAHA
Wan Mohd Hasanuddin Bin Che Yusoff
are_sunz@yahoo.com
01143931317


Anis Afifah Binti Ab Wahab
aafifah_wahab@yahoo.com
01143397311


BENDAHARI


Adham Bin Junus
adhamjunus@rocketmail.com
01116658186


Fathiah Nadiah Binti Fauzi
nadiah_lurve@yahoo.com
01115715599


BIRO AKADEMIK
Mundzir Bin Zainuddin
munjzdine@gmail.com
01110726222


Muna Liyana Binti Muzamil
liyana_muna@yahoo.com
01115576599



BIRO PEMBANGUNAN INSAN

Mohd Azri Bin Abdul Rahman
azree_chms@yahoo.com
01141022385


Nurfatin Nadia Binti Mazlan
doc_ctinadyalan482@yahoo.com
01157557594



BIRO SUKAN DAN AKTIVITI LUAR

Muhammad Hafiz Bin Inche Ibrahim
kagerosan56@yahoo.com 
01141013278


Ruqayyah Binti Nor Wira
ruqayyahnorwira@yahoo.com
01143834380



BIRO KEBAJIKAN

Mohamad Hifzhan Arimi Bin Mohamad Hidzir
genivx@yahoo.com
01116030311


Athifah Binti Abdul Aziz
athifah92@yahoo.com
01000327403



BIRO MULTIMEDIA

Abdul Muiz Hassani Bin Mat Yaacob
esparados104@yahoo.com
01141016329


Fatin Nabila Binti Luqman
fatin0312@gmail.com
01146691877



WAKIL G2G 

Syamim Asyraf Bin Shahidan
symmasyrf@gmail.com
01155660636


Natrah Binti Zainal
nattzainal@ymail.com
01145925395





Sunday, December 22, 2013

COMING SOON


[A MOTIVATIONAL TALK : AGE OF GLORY ] 




Problems in concentrating? 
Works piling? 
Stressed out to the maximum? 
With mid term exam in just around the corner, 
and the end round exam is always ticking away... 
AGE OF GLORY A motivational talk, 
Awaits you.








 Brought to you exclusively by : 

Academic Bureau, 
PERUBATAN Cairo Chapter 2013/2014.







Monday, July 8, 2013

Qunut Nazilah

egypt.


help! help!


helpless.


jangan lupa tembakkan doa buat negara islam seluruhnya.
#pray4egypt

Thursday, May 9, 2013

angan-angan mat jenin.



membumikan idea.

satu sejarah tercipta. satu diskusi alam maya berjaya dijalankan. memberikan kita satu kepercayaan baru, bahawa anak muda hari ini mempunyai cetusan idea yang mampu dibumikan dan dijadikan realiti. cetusan idea menerusi laman sosial "twitter", akhirnya berjaya membawa kepada satu perancangan dan perlaksanaan: "diskusi PRU-13, kita pilih siapa?"

tujuan diskusi ini sebenarnya tidak lebih daripada untuk memeriahkan PRU-13 kali ini. atas inisiatif beberapa anak watan yang inginkan rakyat malaysia membuka mata dan mengambil cakna isu semasa, diskusi ini diteruskan walaupun perancangan agak lambat. mengharapkan keterlibatan semua warga genX dalam PRU kali ini.

konsep yang digunapakai adalah livestreaming melalui siaran youtube. siaran ini mampu diakses oleh setiap pengguna internet di seluruh pelusuk dunia.

cakna kah kita?

syukur alhamdulillah, kita dapat banyak respon yang memberansangkan daripada warga batch mahupun batch-batch lain. bahkan mendapat sambutan sampai ke luar muhafazah.

berbincangan ini lebih bersifat santai dan kita mahu berkongsi rasa dan idea yang ada pada warganegara malaysia yang berada di luar negara. supaya walaupun kita tidak berada di bumi tercinta malaysia, isu-isu membabitkan negara masih dalam perbincangan kita. 

pada hemat saya, kita sebagai generasi muda lah yang akan menentukan hala tuju negara kita 10-20 tahun akan datang. jika anak muda hari ini langsung tidak ambil cakna isu negara, bimbang pada masa akan datang negara kita bakal ditentukan nasibnya oleh tangan-tangan asing yang cuba mengeksploitasi bumi kita yang kaya.

berbeza pandangan itu sesuatu yang normal. dan ianya perlu diraikan. demi membentuk keharmonian dalam kita bermasyarakat. 

penutup.

sejuta kemaafan daripada pihak penganjur atas kelemahan-kelemahan yang ada. dari segi ahli diskusi, moderator, isu yang dibawa dan masalah teknikal yang ada. 

jutaan terima kasih juga kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab merancang dan merialisasikan diskusi ini. tidak lain tidak bukan untuk kita warga genX lebih dekat dan memahami satu sama lain. andai ada mana-mana pihak yang tersinggung dan terasa hati, kami mohon sekali lagi beribu-ribu tahniah  seinfiniti kemaafan. moga usaha-usaha kecil ini mampu menjadi jambatan menghubungkan ukhuwah kita. agar kita selamanya teguh, dan tidak pernah roboh.

minda kita tajamkan,
ukhuwah kita jalinkan.

credit to: rafhan ridha, nor mahirah, zainol izzuddin, ahmad abdul rahim, khairul adha, haniz iqbal, hilmi afandi.

sekian.

#klik untuk video part 1.
#sambungan part 2.

Monday, April 22, 2013

Perjuangan yang Tiada Pernah Henti

Perjuangan yang Tiada Pernah Henti
(Oleh : Hidayatul Hanis Hanapi)

“Mengapalah pokok limau ini lambat berbuah, sedangkan aku selalu berdoa pada Allah supaya pokok ini cepat berbuah”, keluh seorang petani yang tinggal di sebuah kampung yang terletak di satu kawasan terpencil di bumi Malaysia pada nasib dirinya. Dalam masa yang sama, petani itu langsung tidak menyiram dan membaja pokok tersebut, apatah lagi menggemburkan tanah di sekitarnya. Dia sebenarnya tidak sedar bahawa keluhannya membawa maksud menyalahkan Tuhan yang maha Esa sedangkan dia langsung tidak berusaha.


Pada pendapat anda semua, adakah pokok itu akan tumbuh dan berbuah?

Jawapannya mudah. "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka sendiri yang merubahnya " ( Ar-ra'd:11 ). Pokok limau tersebut mungkin akan tumbuh, tapi bukan dalam keadaan yang sihat.

Kenapa?
Dek kerana pokok limau itu tidak dijaga dengan baik.


Ya, kita boleh untuk bertawakal, namun tawakal tanpa disertakan bersama usaha adalah ‘useless’. Begitu juga dengan kehidupan seharian kita, sekiranya kita bertawakal tanpa berusaha dengan bersungguh-sungguh, itu samalah seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba. Pepatah Inggeris pernah menyebut, “what you give is what you get”. Berapa banyak usaha yang kita bagi, sebanyak itu jugalah pulangan yang akan kita peroleh.



Situasi ini bolehlah disamakan dengan situasi kita menjelang peperiksaan akhir yang akan bermula tidak lama lagi. Oleh sebab itu, saya ingin mengajak anda semua untuk mengadaptasikan sedikit sebanyak tips yang selalu kita dengar, tapi belum tentu selalu kita buat sebelum menghadapi peperiksaan. Antaranya:

1.       Niat yang betul

Sabda Rasulullah (s.a.w) :

“Sesungguhnya setiap amal perbuatan bergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang hijrahnya karena Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana urusan dunia yang ingin digapainya atau kerana seorang wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya sesuai dengan apa yang diniatkannya tersebut” 
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sebelum kita mula belajar, adalah dituntut untuk kita menetapkan niat di dalam hati. “Ya Allah, bukakanlah hatiku untuk menerima ilmuMu, sesungguhnya aku amat mengharapkan redaMu dengan ilmu ini, ya Allah. Maka, Engkau limpahkanlah segala ilmu yang bermanfaat untuk diriku agar dapat aku berbakti kepada keluarga, masyarakat, negara dan agamaku. Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan kami”. Berbekalkan niat yang ikhlas kerana Allah, pasti Allah akan menilai amalan yang kita lakukan sebagai ibadat. Imam An-Nawawi juga pernah menyebut bahawa niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan, lantaran itu, ketika niatnya benar, maka perbuatan itu benar, dan jika niatnya buruk, maka perbuatan itu buruk.


2.       Istiqamah

Merujuk kepada Kamus Dewan edisi ke-empat, istiqamah bermaksud ketaatan menjalankan sesuatu suruhan secara terus-menerus (termasuk urusan agama). Sebagai seorang insan yang memegang status pelajar, khususnya perubatan, kita seharusnya sentiasa istiqamah dalam membuat sesuatu urusan seperti membuat revision sebelum dan selepas belajar di dalam kelas. Istiqamah dalam belajar sangat menuntut sikap suka memaksa diri. Sibuk berpersatuan bukanlah satu alasan untuk kita tidak beristiqamah. Seharusnya kita pandai mencuri masa-masa yang terluang untuk membuat ulangkaji, misalnya ketika menunggu bas sebelum ke sekolah. Sesungguhnya Allah menyukai amalan seorang yang istiqamah walaupun sedikit. Mafhum ayat 15, surah As-Syura juga menyebut tentang istiqamah.

Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah : Aku beriman kepada segala kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu.  Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadanyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan).”



3.       Menjaga hubungan dengan Allah, ibu bapa dan sahabat

Indikator yang paling penting untuk mengukur keberkesanan hubungan kita dengan Allah ialah solat. Solat itu tiang agama. Rumah yang dibuat tanpa tiang pasti tidak dapat didirikan, begitu juga dengan agama kita. Solat yang berkualiti bukan sahaja dapat menjamin kekuatan agama di dalam diri kita, justeru, secara tidak langsung menghalang daripada anasir-anasir keji dan mungkar sebagaimana Tembok Besar China menjadi perisai daripada serangan musuh. Persoalannya, bagaimana kita boleh menjadikan solat kita solat yang berkualiti? Antara jawapannya adalah dengan mendirikan solat di awal waktu. Solat di awal waktu sangat ditekankan oleh agama Islam kerana Allah ingin mengajar kita peri pentingnya disiplin dan menepati masa. Oleh yang demikian, pengaplikasian disiplin dan menepati masa di dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang pelajar pasti akan membuahkan kejayaan. Sedarlah, dengan kita mengingati Allah pada waktu senang, sudah tentu Allah akan membantu kita di kala susah.

Seterusnya ialah menjaga hubungan dengan ibu bapa kita. Kehidupan sebagai seorang pelajar terkadang menjadikan masa kita tertumpu kepada pelajaran semata-mata. Namun, jangan sekali-kali kita melupakan jasa kedua ibu bapa kita. Disebabkan merekalah, kita boleh sampai ke tahap sekarang. Dalam era langit terbuka luas ini, pelbagai kemudahan telah terhidang, contohnya mobile voip, SMS, yahoo messenger, skype, whats app, viber. Oleh itu, sangatlah rugi jika kita tidak menggunakan segala kemudahan ini ke arah kebaikan. Sememangnya sekiranya kita tidak menghubungi ibu bapa kita, mereka tetap mendoakan kejayaan yang terbaik buat anak-anak mereka. Kendatipun begitu, apa salahnya jika kita berkorban sedikit masa kita untuk bertanyakan khabar mereka kerana pada hakikatnya ibu bapa ingin diberi perhatian tetapi kadang-kadang si anak kurang mengerti tentang perkara tersebut. Sungguh, doa ibu bapa sangat makbul.

Selain hubungan dengan Yang Maha Esa dan hubungan dengan ibu bapa, jangan kita lupa untuk menjaga hubungan sesama sahabat kita. Musim peperiksaan adalah antara musim yang paling genting untuk menjaga tali ukhuwwah antara sahabat. Hal ini kerana sekecil-kecil masalah yang berlaku pada musim peperiksaan jika tidak diselesaikan secepatnya, mungkin akan menjadi satu masalah yang sangat besar. Apatah lagi masalah tersebut ditambah lagi dengan tekanan yang dihadapi seseorang ketika musim peperiksaan. Dalam keadaan ini, amatlah diperlukan sahabat yang mampu bertolak ansur dan tenang dalam menyelesaikan masalah yang berlaku. Sahabat yang baik ialah sahabat yang sentiasa mendoakan kebaikan buat sahabatnya tanpa diketahui oleh sahabat tersebut. Ingatlah sahabat, “Kalau ada kemahuan dan usaha, 'halangan' itu adalah satu perkataan yang tiada makna apa-apa. Impian adalah titik gerak langkah kita, kesungguhan dan keyakinanmu bakal menentukan titik akhirnya.”



4.       Doa dan Tawakal

Setelah penat berusaha, proses yang terakhir adalah dengan kita berdoa dan bertawakal kepada Allah.  Doa dan tawakal antara seorang hamba kepada PenciptaNya menunjukkan pengharapan kita kepada Allah di samping boleh meningkatkan tahap ketaqwaan kita kepada Allah. Allah telah berfirman dalam surah Ali Imran, Ayat 159 yg bermaksud:“Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah”.

 Jika kita hendak menikmati buah yang manis di akhirat, mestilah pohon yang kita tanam di dunia subur. Maksudnya, di dunia lagi hidup kita mesti cemerlang, itulah petanda di akhirat nanti kita akan cemerlang. Buya Hamka pernah menyatakan, “Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.” Kita semua pasti mengharapkan kejayaan yang paling besar iaitu berjaya mendapat syurga Allah. Sekiranya kita mengetahui tujuan sebenar kita hidup di dunia, sudah semestinya kita akan berusaha sehabis baik untuk mendapat natijah yang terbaik.

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (s.w.t), nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah (s.w.t), nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah (s.w.t) melaksanakan urusan (yang dikehendaki) nya. Sesungguhnya Allah (s.w.t) telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”.'
(Surah At-Talaq : 2-3) 


Itulah antara tips-tips yang diharapkan dapat membantu kita semua untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tiba. Seorang ustaz pernah membuat perumpamaan mengenai ilmu,  berkatalah  ustaz itu : “Ilmu ini ibarat seguni emas, kalau kita tak mampu nak mengangkat seguni emas itu, jangan tinggalkan emas itu, tapi ambillah sebanyak mana yang kita mampu utk membawanya. Letaklah dalam poket sedikit, dalam beg sedikit, ataupun di mana-mana di anggota tubuh kita yang boleh kita ambil manfaat emas itu. Sekiranya tidak boleh ambil banyak, jangan ditinggalkan terus, kena ambil juga walaupun sedikit.”


Sebagaimana yang kita sedia maklum, Nabi junjungan kita Nabi Muhammad (s.a.w) seorang yang maksum, yakni terhindar daripada melakukan sebarang dosa. Walaupun begitu, Rasulullah (s.a.w) juga seorang yang dikenali dengan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh. Ketika Perang Badar, kaum muslimin yang berjumlah 313 orang sahaja terpaksa berhadapan dengan 1000 tentera daripada kaum kafir Quraisy. Walaupun bilangan kaum muslimin dilihat sangat kecil jika dibandingkan dengan kaum kafir Quraisy, namun mereka semua sentiasa diingatkan bahawa mereka harus mempertahankan keyakinan dan keimanan diri mereka. Rasulullah (s.a.w) juga telah menghabiskan sepanjang malam dengan berdoa dan beribadah walaupun baginda (s.a.w) mengetahui bahawa Allah telah menjanjikan mereka kemenangan.  Rasulullah (s.a.w)  melebihkan cinta dan penghambaannya serta penyerahan diri hanya kepada Allah (s.w.t) dengan ibadah yang baginda kerjakan. Dan itulah yang dikatakan sebagai bentuk ibadah tertinggi yang dikenali sebagai ‘ainul yaqiin.



Memetik beberapa bait daripada lagu Adamu oleh Najwa Latif yang dapat dijadikan pedoman :

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu


Secara holistiknya, proses menuntut ilmu tidak akan pernah ada garisan penamat. Segala ujian dan mehnah adalah satu lumrah kehidupan, sedari kecil ketika di dalam kandungan ibu sehinggalah ke liang lahad. Tanpa ilmu dan ujian, tidak mungkin akan ada warna-warni kehidupan. Tidak akan terhidu harum mewangi jikalau tidak dinyalakan setanggi, tidak akan terasa manisnya hidup jikalau tidak dilambung gelora. Pepatah kehidupan ada mengatakan “Hidup ini macam mengupas kulit bawang, makin dikupas, makin menangis kerana kepedihan.” Kesimpulannya, tuntutlah ilmu kerana menuntutnya adalah ibadah, mengingatinya adalah tasbih, membincangkannya adalah jihad, mengajarkannya kepada yang tidak mengetahui adalah sedekah, dan menghabiskan masa dengan ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah. WaAllahua’lam...

~Road to the exam. Bittaufiq wannajah~ 

Sunday, April 21, 2013

Jaksi PCS

Khamis, 18 April 2013 - Seorang mahasiswi PERUBATAN telah dicabuli. Kejadian tersebut berlaku pada siang hari semasa mangsa sedang dalam perjalanan pulang dari Sabiek ke Abbasiyah dengan menaiki teksi seorang diri.

Dalam perjalanan, tiba-tiba pemandu teksi memberhentikan teksi untuk memeriksa teksi tersebut. Selepas itu,pemandu teksi tersebut masuk ke tempat penumpang dan mencabuli mangsa. Pintu teksi dikunci dari luar,mangsa tidak dapat keluar melarikan diri. Mangsa kemudian dihantar ke Abbasiyah.

Diharapkan kepada semua mahasiswi agar dapat mengambil langkah berjaga-jaga. Tingkatkan keselamatan diri dan banyakkan berdoa. Mahasiswi dinasihatkan agar tidak menaiki kenderaan awam seorang diri,namun jika keadaan terpaksa,dinasihatkan agar banyak membaca doa, al-Quran dan hizib dengan suara yang kuat. Jika diganggu,jerit sekuat hati dengan menyebut HARAMI.

Mahasiswi digalakkan menggunakan musyrif bagi perjalanan yang jauh. Perjalanan pada waktu malam hendaklah menggunakan khidmat musyrif yang telah disediakan. Jika pada waktu siang pun perkara tidak elok berlaku, apatah lagi di malam hari.

“ Hak Tertegak, Biah Terpelihara ”

Jawatankuasa Keselamatan & Sosial Islam (JAKSI)
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2013/2014