SUBHANALLAH

Menikmati keindahan ciptaan Ilahi di Sharm El Sheikh

ALHAMDULILLAH

"seringkali kita melakukan dosa, bertaubatlah selagi bernyawa di dunia ini"

LAILAHAILLAH

"sollu alan Nabi Muhammad SAW"

ALLAHUAKBAR

"Merdeka pada hati jiwa itu lagi bermakna"

ASTAGHFIRULLAH

"Harimu adalah hari ini"

Wednesday, December 21, 2011

Qalb

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful

Daripada Saidina Ali Abi Talib karamullahu wajhah mafhumnya :  Makrifat itu letaknya di hati (qalbu), dan diucapkan dengan lisan dan diterjemahkan dalam bentuk perbuatan (amalan).


FORMULA 3,4,5 tentang HATI 
3 jenis hati :
  • Hati yang bersih
  • Hati yang sakit
  • Hati yang mati
Muhasabah diri sebentar, kita punya hati yang mana? 

4 racun hati :

  • Banyak bicara
  • Tidak menjaga pandangan
  • Banyak makan
  • Bersama teman yang jahat

5 ubat hati :
  • Baca al-Quran dan maknanya
  • Perbanyakkan solat malam
  • Berdampingan dengan orang yang soleh
  • Banyak berpuasa
  • Perbanyakkan zikir malam
     Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, ketahuilah bahawa hati yang mati itu tidak dapat menghidupkan hati-hati yang lain. Semoga Allah pelihara hati kita dan kita bersungguh-sungguh menjaganya kerana sesungguhnya penyakit hati itu susah diubati.
“Hati adalah tempat tersimpannya iman kita. Apabila hati kita bersih, maka iman akan kekal di dalamnya. Bersihkanlah hati kita sebab itu modal iman kita sebagai orang muslim.” 

"Tuhan, jadikanlah kami muslim yang gagah sifatnya dalam mengemudi hati sendiri. Jangan sampai kolek kecil ini karam dalam lautan duniawi sebelum ia sempat berlabuh di tepian muara syurgaMu."

Saturday, December 17, 2011

Jangan diruntuh 'Bangunan' ini!

Maafkan saya teman kerana dalam ruang yang diberikan ini, tidaklah pandai saya untuk bermadah lunak. Jauh sekali untuk mengarang cereka. Bahkan, suka saya bentangkan sedikit lontaran kata untuk ingatan kita bersama. Hayatilah..

Wahai Pemuda-pemudi harapan..

            Hati-hatilah dalam setiap perbuatan dan percakapan. Harmonikan pergaulan sesama sendiri. Sesungguhnya, sangat ramai yang kecundang dalam pergaulan. Dalam kehidupan kita khususnya dalam persahabatan, adakalanya pertengkaran kecil pasti berlaku. Inilah yang mengeratkan lagi ikatan antara sahabat dan lebih mengenali diri masing-masing. Sekalipun ada hati yang terguris, lantaran kasih sayang yang wujud dalam diri berjaya menangkis segalanya. Kita akan memaafkan kesalahan sahabat kerana kasih akan sahabat.

Ibarat manusia ini adalah satu anggota tubuh yang mana apabila salah satu anggota itu sakit, anggota lain pasti terasa juga tempiasnya. Jangan gadaikan sebuah persahabatan dek satu kesilapan yang dilakukan oleh sahabat kita. Tidak ada manusia yang sempurna di dalam dunia. Oleh itu, hendaklah kita menerima sahabat seadanya dan saling melengkapi.


Bersama renungkan analogi ini...

 Sekumpulan alumni sekolah yang mempunyai  latar belakang pendidikan yang mantap mengadakan pertemuan di rumah seorang guru. Masing-masing menceritakan kehidupan dan tekanan belajar dan masyarakat yang dihadapi. Mendengar luahan hati mereka, guru tadi segera bangun menuju ke dapur. Kembali dengan membawa teko besar berisi air kopi dan pelbagai jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat dari porselin, plastik, kaca dan kristal.

Guru tadi menyuruh menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut. Setelah semua pelajarnya memilih dan mengambil bekas serta menuangkan kopi masing-masing, profesor itu berkata :
“ Jika anda semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil dan anda meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah. Ini adalah keadaan yang biasa di mana anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda, tetapi itulah punca kepada masalah  yang anda semua hadapi.”
“Apa yang sebenarnya diperlukan hanyalah kopi, bukan cawannya tetapi anda sendiri telah memilih untuk  mengambil cawan yang terbaik. Dan lebih teruk lagi anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain.”

 Kehidupan diibaratkan seperti kopi. Kerjaya, sahabat dan masyarakat adalah cawan tersebut. Semuanya sekadar alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah dan hanya alat yang berubah. Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang dipegang sehingga gagal untuk menikmati kopi tersebut.


Wahai pewaris para anbia’..

            Adalah menjadi kehendak Allah SWT  agar kita menghayati Islam itu secara bersama. Penghayatan Islam secara bersama  akan lebih berkesan untuk membentuk dan menyusun komuniti kita. Semoga kita dapat menghirup udara Islam dan mati kita pun dalam suasana Islam, Insya Allah.

            Kita bukanlah pemula dalam perjuangan dan bukan pula pengakhir. Kita adalah salah satu rantai daripada rantai-rantai perjuangan. Ayuh sahabat! Kita runtuhkan segala perselisihan kita, kita perkuatkan kesatuan kita, kita corakkan strategi untuk gagah mara kehadapan.

Marilah kita perkukuh kesatuan yang kita bina ini!

Friday, December 9, 2011

dOe!!



Sunday, December 4, 2011

Professional friend…


Assalamualaikum…


Find out what we’re made of

What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three

I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

Buat teman yang kacak dan manis-manis semuanya,
Apa itu profesionalisme ?  setiap individu mempunyai takrifan yang berbeza tentang apa itu profesionalisme.  Seseorang akan dipandang tinggi jika terlekatnya sifat- sifat profesionalisme dalam dirinya. Profesional  bukan sahaja dengan mempamerkan pakaian yang kemas seperti yang diseru oleh PERUBATAN pada setiap hari isnin, bahkan professional juga merangkumi tindak tanduk,pandangan dan komunikasi dengan orang lain. Jadi , dalam berkawan juga,harus ada sikap professional.
Dalam kehidupan seharian kat bumi Mesir ni, memang 90% aktiviti kita buat dengan kawan-kawan. Kita mula mengenali mereka dan lama kelamaan, kita memahami mereka.  Dalam tempoh masa berkawan ni, tipu kalau kita kata  kita senang dengan semua sikap kawan kita. Sebab kawan kita tu,ada sifat baik dan kurang baiknya.  Kalau macam tu,apa tindakan kita ??? nak terus terasa ??? nak terus membenci???nak terus  mendiamkan diri ??? oleh itu, dalam hal yang sebegini,kita jadi cukup professional supaya ukhwah islamiyyah itu sentiasa dipelihara.
Berikut adalah ciri-ciri profesionalisme dalam persahabatan :-


1
       Bertolak ansur
Tak salah kita bertolak ansur. Beri anggapan positif pada kawan. Mungkin mereka mempunyai masalah sendiri. Ataupun mungkin sikap mereka memang begitu. Sentiasalah berlapang dada untuk memaafkan mereka. Jika berkawan,belajarlah untuk menerima segala baik dan buruk sahabat kita. Andai susah nak terima keburukan, tegurlah dengan cara yang berhemah.

2.
       Berlaku adil
Hati memang organ yang sangat sensitive. Senang sangat tersentuh. Kalau kita dipilih sebagai pemimpin oleh kawan2 kita,macam jadi ketua rumah ke, bila kita buat keputusan, kene ambil kira setiap ahli rumah punya pendapat.  Jangan biar kawan terasa hati kalau keputusan tu berat sebelah.  Dan,janganlah kita menghiraukan kawan-kawan yang  kita  tak senang berkawan. Mereka bukan untuk dihiraukan,tetapi mereka adalah  untuk diraikan.


3. 
      Jujur
Kejujuran sangat penting dalam persahabatan. Bila kita jujur,kita akan lebih dipercayai. Bahagianya hidup apabila orang sekeliling mempercayai dan menghargai. Jadilah insan dan rakan mampu menyimpan amanah orang lain. Jaga hak kawan2 kita,macam mana kita jaga hak kita.

4. 
      Rajin membantu
Kadang-kadang kawan2 malu untuk meminta pertolongan , tapi kita boleh rajinkan diri untuk membantu. Contoh terdekat, kalau hari itu insyirah masak,tapi insyirah ade smart circle sampai maghrib.Insyirah memang berniat nak masak dan xnak susahkan kawan-kawan yang laen.  Kemudian,atiqah yang serumah ni,nak tolong masak untuk hari tersebut tanpa perlu diminta. Insyaallah, selain dikurniakan ganjaran pahala oleh ALLAH, atiqah juga akan disayangi oleh insyirah.

5. 
      Menyokong dan menyuntik semangat
Jika kawan kita jatuh,jangan kita tinggalkan.  Kita x perlu nak dukung habis kawan kita,cukupla sekadar memapah dan biar dia melihat sendiri jalan di hadapan. Mereka sangat memerlukan kita kerana ibu dan bapa mereka jauh di Malaysia. Berilah kata-kata semangat  dan cuba ceriakan hidup mereka.
‘’you can count on me,like one two three” = jadilah seorang  yang boleh dipercayai dan menjadi  tempat rujukan kawan-kawan.

6. 
      Sentiasa memaafi
Berlapang dadalah dan banyak berdoa supaya kita bersabar sekiranya kawan-kawan menyinggung hati dan perasaan.


Dear readers,
      Professional sebenarnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan walau dimana juga berada. Professional bukan sahaja dalam pekerjaan, tetapi  professional  dalam hidup keseluruhannya. Sentiasalah menjadi orang yang professional dan berusahalah untuk  meningkatkan nilai-nilai positif dalam diri.semoga mendapat redha ALLAH..


“ Islam kullu tamam, walakin muslimin misy kullu “ – video hebat, IMPRESSION

 Justeru, profesionalisme dalam diri sememangnya dapat melahirkan muslimin  yang produktif dan berwawasan KULLU !!! insyaallah...

sekian,terima kasih..... assalamualaikum..

Saturday, December 3, 2011

HDA.. Connecting Muslim with Him

chain of freedom ~ by ArwenArts of deviantArt


HDA.. Always Connecting

Setiap hidupan mempunyai ‘chain’ atau rantai hubungan yang tersendiri dan unik.
Kehidupan bumi bergantung kepada tanah, air, matahari dan udara.
Kehidupan haiwan bergantung kepada sumber makanan dan habitat.
Kehidupan manusia pula, pastinya lebih rumit dan lebih banyak pergantungannya.

Dalam kata lain, setiap hidupan bergantung antara satu sama lain dan sekiranya rantai ini terputus atau terdapat kekurangan pastinya kehidupan itu akan ‘cacat’ dan tak mampu untuk berjaya.
Begitu jugalah hakikat seorang yang bergelar Muslim. Pergantungan dan perhubungan seorang Muslim sangat luas yang merangkumi hubungan sesama manusia dan juga dengan Allah, Sang Pencipta.
Namun, hubungan dengan Allah juga lebih penting kerana ia asas kepada sebuah kehidupan.

HDA.. seasas binaan bangunan

Dalam setiap binaan, pasak konkrit adalah asas yang terpenting. Bangunan Petronas Twin tower atau Cairo Tower pasti hanya akan tinggal sebagai lukisan pembinaan sekiranya tiada pasak yang kukuh.
Analogi tersebut sangat sinonim dengan pembinaan Muslim yang Mu’min.
Aqidah adalah teras dan asas dalam pembinaan kehidupan Muslim. Dalam bahasa yang mudah, aqidah yang teguh akan hasilkan Muslim yang cemerlang dalam kehidupannya; percakapan, perbuatan dan pekerjaan.

Dalam surah Al-Kahfi, Allah coretkan cerita sekumpulan pemuda yang cintakan aqidah mereka sehingga sanggup memperjudikan nyawa mereka. Pemuda AlKahfi yang diburu kerana keimanan mereka.

$oYôÜt/uur 4n?tã óOÎgÎ/qè=è% øŒÎ) (#qãB$s% (#qä9$s)sù $uZš/u >u ÏNºuq»yJ¡¡9$# ÇÚöF{$#ur `s9 (#uqããô¯R `ÏB ÿ¾ÏmÏRrߊ $Yg»s9Î) ( ôs)©9 !$oYù=è% #]ŒÎ) $¸ÜsÜx© ÇÊÍÈ  
14. dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan Kami ialah Tuhan Yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; Kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan Yang lain dari padanya; jika Kami menyembah Yang lainnya bermakna Kami memperkatakan dan mengakui sesuatu Yang jauh dari kebenaran."
(Surah Al-Kahfi;14)

Sesuatu yang diluar akal apabila kita yakin dengan perkara yang ‘superstitious’ tanpa kita belum pernah alaminya. Namun, itu bukanlah satu yang diluar akal bagi mereka yang ‘dirasuk’ dengan keimanan yang mendalam dan yakin akan janji dan bantuan Allah.
Inilah kekuatan HDA yang dibumikan hasil keimanan yang teguh.
  
HDA.. tali yang menjaga dan memelihara

Dalam Al-Quran, Allah menceritakan satu kisah yang cukup popular dalam surah Yusuf iaitu kisah Nabi Yusuf A.S dan Siti Zulaikha.
Allah menceritakan situasi yang dihadapi Nabi Yusuf A.S dalam beberapa ayat antaranya:





çmø?yŠurºuur ÓÉL©9$# uqèd Îû $ygÏF÷t/ `tã ¾ÏmÅ¡øÿ¯R ÏMs)¯=yñur šUºuqö/F{$# ôMs9$s%ur |Møyd šs9 4 tA$s% sŒ$yètB «!$# ( ¼çm¯RÎ) þÎn1u z`|¡ômr& y#uq÷WtB ( ¼çm¯RÎ) Ÿw ßxÎ=øÿムšcqßJÎ=»©à9$# ÇËÌÈ  
23. dan perempuan Yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, Aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan Yang keji itu); Sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku Dengan sebaik-baiknya; Sesungguhnya orang-orang Yang zalim tidak akan berjaya".
(Surah Yusuf; 23)

Nabi Yusuf A.S menolak dengan tegas ajakan Siti Zulaikha untuk melakukan perkara yang dilarang oleh Allah iaitu zina. Kalau kita memandang dari hukum manusia, perhubungan ini dikira ‘tidak salah’ kerana si perempuan bersedia dan sanggup.
 Tetapi, kerana adanya HDA, rasa akan keberadaan Allah; yang Maha Melihat, Maha Mengetahui dan Maha Mendengar maka Nabi Yusuf A.S menolak dan meminta perlindungan dari Allah S.W.T.
Akhirnya, dengan keizinan dan bantuan dari Allah, Allah telah memuliakan Nabi Yusuf A.S kerana dia menjaga batas-batas yang Allah tetapkan.

Inilah fungsi sebenar syariat Allah. Menjaga dan memelihara diri individu dan masyarakat Muslim dari kebinasaan dan kehinaan. Syariat Allah adalah manual kehidupan.

ما حسن ما حسنه الشرع، ما قبح ما قبحه الشرع
“Apa yang baik, apa yang baik pada Syara’, Apa yang buruk, apa yang buruk pada Syara’”

Apabila wujud HDA dalam diri, maka kita akan berpandangan dengan kaca mata syara’. Perbuatan, percakapan, pemikiran dan segenap sudut dalam diri kita akan selaras dengan syara’ lantas hasilnya kehidupan yang penuh keberkatan dan kebajikan.

HDA.. apa maknanya??

Maka, siapa yang membaca sampai ke sini sahaja yang akan mengetahui apa itu HDA.
HDA = Hubungan Dengan Allah
Yang kita boleh umpamakan sebagai pasak dan tali.
Pasak untuk pembinaan asas peribadi Muslim.
Tali untuk menjaga dan memelihara Muslim supaya kekal dalam lingkungan syari’at Allah.
Sungguh, sekiranya tiada atau terputus hubungan kita dengan Allah takut-takutnya kita terputus dari kasih sayang Allah.

Ayuh, kita jaga dan kukuhkan hubungan dengan Allah (HDA) untuk kehidupan yang diredhai dunia dan akhirat. HDA connecting Muslim with Allah.

*Di atas beberapa masalah teknikal dan kecuaian dari penulis, artikel ini lewat diterbitkan. Penulis meminta maaf atas sebarang kecuaian.

Friday, December 2, 2011

~MUTABAAH AMAL~

~MUTABAAH AMAL~

Bismillaahirrahmaanirrahiim...

Alhamdulillah...Muharam 1433 H baru sahaja membuka tirai...

semalam kita melangkah pula ke bulan terakhir tahun 2011,,,1/12/2011...

hari ini sudahpun 2/12/2011...esok?

masih bersinarkah hari esok untuk kita?

wallahua'lam...


Mari muhasabah...

sejauh manakah 2 bulan yang kita lalui as a 2nd year doctor to be?
sebanyak manakah bekalan untuk final exam tahun depan yang telah kita sediakan?
itu dalam jangka masa yang pendek...

sejauh manakah pula 19 tahun atau 20 tahun atau 18 tahun kita hidup sebagai hambaNya?
ada kah peningkatan dalam amalan kita?
cukupkah dgn bekalan itu utk membawa kita ke syurgaNya...?



"dan berbekallah kamu,sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa"
- Al Baqarah : 197


Istiqamah dalam amal soleh..



Hubungan dengan Allah adalah penting supaya kita terus istiqamah beramal keranaNya...
HablumminaLLAH wa hablumminannas...baik hubungan kita dgn Allah,inshaAllah baiklah hubungan kita dgn manusia dan seluruh makhlukNya...


Mutabaah amal harian...



.."apa tu?"..

.."perlu ke?"..

~mari singgah blog ni utk lebih pencerahan tentang apa itu sebenarnya Mutabaah Amal... :D ~


lastly,mari kita check amal kita...mudah-mudahan ada peningkatan...
inshaAllah...

#semua yang baik itu dari Allah,yang mana kurang adalah kelemahan diri...

#peringatan bersama dan untuk penulis sendiri...

#semoga bermanfaat... :)

Thursday, December 1, 2011

Ngan Yin (Vol. 1)