Tahniah..!!
Sekali lagi Allah sampaikan ramadhan kepada kamu,
Kamu tahu tak mahalnya ramadhan ni?
bukan semua orang dapat macam kamu tau tak,
Tapi bila ramadhan datang, kamu lalai jugak,
Suruhan Allah kamu buat setengah kamu tinggal setengah,
Larangan Allah kamu buat acuh tak acuh je,
Ini layanan kamu terhadap ramadhan?
kadang-kadang kamu merungut,
sukarnya ramadhan,
ini tak boleh itu tak boleh,
bukan setakat puasa mulut, mata hidung hati pun kena,
malam pula ada terawih,
bacanya panjang, penat berdiri,
Allah beri kamu peluang begini pun kamu masih terus merungut lagi?
Ingat lagi tak timbunan dosa yang kamu kumpul dulu,
Bila diberi ingat kamu lupa,
Bila ditegur kamu melenting,
Akhirnya kamu terus-terusan mengulang dosa lama,
Menunggu ‘malaikat’ turun agaknya, baru nak sedar.
Jadinya,
Ramadhan ni la yang perlu kamu manfaatkan sepenuhnya,
Ingat Allah beri kamu ramadhan untuk berlapar semata-mata? Tidak.
lihat, ‘Sang pemberi’ masih sayang akan hambanya,
Allah masih beri kamu peluang bertaubat,
Biar empatbelas gunung tingginya dosa yang kamu buat,
Allah masih sayangkan kamu,
Dibuka seluas-luasnya pintu syurga,
Ditutup serapat-rapatnya pintu neraka,
kenapa? Untuk beri peluang kamu bertaubat wahai pendosa...
Maka marilah kita yang masih hidup,
Sama-sama kita muhasabah kembali,
Ambil peluang keemasan ini, kita buru ganjaran Allah,
Jadikan ini medan perubahan kita..
JOM..!!
p/s : teguran buat diri sendiri....
0 comments:
Post a Comment