Sunday, August 7, 2011

Follow- Up Duur Thani-1

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Alhamdulillah setelah hampir 2 minggu result keluar maka jadual Duur Thani pun telah dikeluarkan. Namun pada hari ini pihak 'Shuun THullab' masih tidak mahu mengeluarkan jadual secara rasmi sehinggga esok maka yang ada pada ana sekarang hanyalah jadual untuk written. Berikut merupakan tarikh2x untuk written:

20 Ogos 2011- Anatomy

25 Ogos 2011-Biochemistry
5   September  2011- Histology 
10 September 2011 - Physiology

Esok insyaAllah ana akan postkan jadual sebenar. Dan dalam masa terdekat rakan rakan disini akan menolong anda untuk mendapatkan skop bagi setiap subjek. Sebarang maklumat mengenai duur akan dihebahkan melalui website ini.

Andai ada sebarang soalan boleh lah bertanyakan soalan melalui FB message ana. 

Ana juga menggalakkan antum meminta bantuan dariapada rakan rakan lain andai masih terdapat tajuk yang masih kurang faham. Gunakanlah masa di Malaysia untuk mengulangkaji sebagai persiapan mantap mengahadapai imtihan.


 Akhir kalam,Ana meminta agar kalian semua MENGAMBIL ujian ini agar memudahkan lagi perjuangan antum semua di Tahun 2 dan juga tahun-tahun berikutnya. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan kalian semua InsyaAllah. Bittaufiq... Amin Ya Rabb.




Haniz Iqbal bin Hazaidi.

0 comments:

Post a Comment