Saturday, August 13, 2011

Tahukah anda?


Izayyuku semua? Semoga semakin lama berpuasa semakin sihat hendaknya di samping keluarga  tercinta...ouh, bagi yang sedang merantau di Mesir, jangan sedih2. Bukankah puasa itu melatih diri untuk sabar? =D

Insya Allah coretan hari ini hanyalah sekadar perkongsian input daripada sumber ini.

Satu soalan untuk kalian; 

TAHUKAH ANDA 
SATU Zikrullah
YANG MALAIKAT TIDAK TAHU CATAT PAHALANYA?



Daripada Abdullah bin 'Umar rodhyillahu 'anhuma, Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam bercerita:

"Seorang hamba Allah subhanahu wa ta'ala membaca satu bacaan maka terasa lemah dua malaikat dan tidak tahu bagaimana hendak mencatit ganjarannya, lalu malaikat terus mengadu kepada Allah subhanahu wa ta'ala, katanya:

'Ya Allah! Seorang hamba Engkau telah membaca satu bacaan yang kami tidak tahu bagaimana kami hendak mencatitkan ganjarannya.'

Firman Allah subhanahu wa ta'ala:

'(Yang memang mengetahui) Apa yang dibacanya?'

Maka menjawab malaikat: 'Ia membaca;



Terjemahan bacaan zikir ini:

"Wahai Tuhanku, untuk-Mu pujian yang setanding dengan kebesaran 
serta kemuliaan wajah-Mu dan keagungan kekuasaan-Mu."


Firman Allah:

'Tulislah sebagaimana yang dibaca oleh hamba-Ku itu hingga ia menemui Aku dan Aku akan beri ganjaran dengan bacaannya itu.'"

(Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah)


Masya Allah...tu ganjaran zikir ini ketika hari-hari biasa, apatah lagi ketika ianya diungkapkan ketika bulan Ramadhan ye tak? Besarnya kedudukan zikir ini di sisi Allah sehinggakan para malaikat tidak tahu bagaimana untuk mencatat pahala bagi pembacanya. Saya yakin zikir ini sudah pun menjadi amalan seharian kita khususnya tatkala bacaan al-ma'thurat. Jadi sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, jom perbanyakkan Zikrullah!  Sebagaimana yang kita sedia maklum, bulan Ramadhan kan bulan yang digandakan amalan kebaikan yang dilakukan. 

Abu Bakar ibn Abi Maryam r.a berkata daripada sheikh-sheikhnya, bahawa mereka berkata: “Apabila tiba bulan Ramadan, maka hendaklah kamu meluaskan nafkah pada bulan tersebut, kerana memberi nafkah pada bulan tersebut digandakan pahalanya seperti memberi nafkah pada jalan Allah dan sekali bertasbih pada bulan tersebut lebih afdal daripada seribu tasbih pada bulan yang lain. Satu solat yang dikerjakan pada bulan Ramadan lebih afdal daripada seribu rakaat solat yang dikerjakan pada bulan yang lain”.



Apa tunggu lagi? 14 hari sudah berlalu pergi, untuk Ramadhan yang berbaki, dengan zikrullah harap kita penuhi. Berzikirlah masa tengah sediakan juadah berbuka puasa, masak2 kuih raya pun boleh, drive2 to bazar ramadhan, pilih2 lauk kat bazar, on the way pergi kelas bahasa arab, masa tgh shutting down laptop, sekarang pun tak salah...alaa, bila-bila aje. 
SELAMAT BERAMAL~! ^___^
wallahu'alam.

0 comments:

Post a Comment