Sunday, August 28, 2011

Pilihlah Aku….

p/s: Artikel ini dikarang sepenuhnya oleh seseorang yang berjiwa riang dan hyperactive, 'author' hanya menyampaikan sahaja. 

Untuk kesekian kalinya hatiku mengeluh..hujan masih lebat.. bertemankan gelap malam yang makin pekat……“ngek btol la…dah brape kali cmni…ishh….terukla kau nih!” hati mencela diri sendiri.

‘Orang yang sibuk melakukan kebaikan takkan sempat melihat kejahatan orang lain.’
Demikian kata2 hikmah yang tiba2 menerjah minda. Ahhhh….terasa diri sendiri sangat kurang berbuat baik. Ada masa nak mengumpat, boleh lagi nak kutuk orang, takde hal la nak komen2 perangai orang lain. Belum masuk buang masa dengan benda2 lagha. Aduhh..terasa diri amat hina. Usia kian meningkat, tapi masih merangkak menyusur jalan taubat. Allah….pilihlah aku untuk kembali ke jalanMu.


Betapa sekali sekala berbuat kebaikan, terasa hebat pulak. Tak sedar riak bertandang, terasa nak je kena puji, nak orang tahu. Padahal pada pandangan Allah, nilai amal sebegitu tidak berharga walau sedebu. Allah…..pilihlah aku untuk ikhlas.

     Malam kian larut. Mata masih berkelip diheret kembara hati yang bercelaru. Apa destinasi aku saat ini? Apa yang aku mahu dari hidup ini? Siapakah aku di dunia ini? Kembara hatiku terus melangkau dinihari. Hati besar dan hati kecil terus berebut mengemudi diri!

Sampai bila kau nak berdegil? Pasrah dan menyerahlah! Tapi menyerah bukan bererti mengalah, bukan berhenti usaha. Tapi laksanakanlah semurni tadbir dan tunggulah sesuci takdir. Kerana di sinilah kita merancang dan bertindak. Allah lebih mengetahui.

Allah tahu hati kita resah kerana dosa. Allah tahu kita menyesal kerana mungkin tak betul2 memanfaatkan Ramadhan sepenuhnya. Allah tahu kita sedih mengenangkan hitamnya hati, kurangnya ibadah, entah khusyu tidak, entah ikhlas tidak. Allah tahu kita khuatir lepas Ramadhan nanti adakah kita masih sama seperti dulu? Masih diulit nafsu, dipalit dosa yang lalu.

Dan Allah juga tahu wahai sahabat….Allah tahu kita ingin kembali kepadaNya. Allah tahu betapa kita mengharapkan hati yang benar2 cinta akan Tuhannya, bibir yang selalu basah berzikir menyebut namaNya, tubuh yang ringan bersujud berdoa penuh khusyu. Dia Maha Tahu…bahawa kita terlalu ingin bertaubat, terlalu ingin merasa tenang dengan redhaNya. Allah tahu itu. Dan kau juga tahu hakikat ini bukan?

‘Dirikanlah sembahyang jika ingin bercakap-cakap dengan Allah’ pesan Al-Hakim, seorang ulama. Hatiku mengeluh….malas.
“Malam-malam macam ni, hujan pulak..sejukla nak berwudhu!”
‘Bukalah Al-Quran dan bacalah surat cinta dari Tuhanmu jika kau ingin mendengar ‘suara’Nya’ pesan Al-Hakim lagi. Hatiku mengeluh lagi…..malas.
Wahai diri, betapa gelapnya hati. Dan betapa tinggi gunung dosa tak terdaki. Aku malas, aku jemu, aku lesu menujuMu.


Hujan rintik-rintik tidak berjaya mengusap hati gundahku. Gelap malam pekat seolah-olah marah pada diriku yang menatapnya. Agaknya dia pun jelak dengan aku yang berdosa. Tapi…….nanti!! Aku masih hidup dan bernadi. Pintu taubat masih terbuka lagi. Biarlah wajah malam menatapku penuh benci, tapi aku yakin Tuhanku tidak begitu.

Wahai diri…..rasa bersalah dan penyesalan yang bertandang tatkala kau berdosa itu adalah petanda hatimu masih hidup. Itulah peringatan yang Allah bekalkan secara tabii untuk menjaga fitrah insani.

Wahai diri….biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak, dalam taubat demi taubat yang tidak ‘menjadi’ berbanding marathon dosa yang maju dan laju tak berhenti. Lebih baik begitu, lebih baik hatimu terdera dengan rasa berdosa daripada selesa tertipu dengan ‘nikmatnya’ dosa itu.

Wahai diri, ingatlah wahai diri….sekalipun kau terhijab dari mengecap nikmat ketaatan, tapi jangan sampai kau tertipu dengan nikmat kejahatan. Tidak mengapa jika kau selalu menangis kerana dosa, jangan kau tersenyum kerananya! Ingatlah selalu, kejahatan yang selalu menyebabkan kau menangis lebih baik daripada kebaikan yang menyebabkan engkau takbur ego.

Tebabooo!! Kebaboooomm!! Kilat dan guruh beradu kekuatan. Sinar kilat memancar. Bunyi guruh gegak gempita seolah-olah memprotes angan-anganku terhadap keampunanNya.

Tetapi hatiku tetap terpujuk untuk terus berdialog sendiri, ibarat limpahan hujan yang tak pernah terpanggang dibakar mentari siang. Agaknya begitulah siraman rahmat Tuhan yang masih sudi menyapa hati insan berdosa. Seperti hatiku…


Berperang dengan diri memang payah. Kalau aku menguasai nafsu, aku menguasai duniaku. Tapi kalau nafsu menguasai aku bagaimana? Ingatlah wahai diri, dunia itu adalah hamba yang baik, tetapi tuan yang sangat jahat. Bila engkau dikuasai dunia, kau akan merasa tuan apabila berhadapan dengan Tuhan…bukan lagi sebagai hamba.

Malam pekat dan bumi sabar menanti terjahan hujan yang tiada henti. Bumi tak pernah mengeluh sejak jutaan tahun hujan membasahinya. Walau dipijak telapak kaki insan kotor seperti aku, bumi tetap redha. Namun kesabaran itu berbatas. Akan tiba masa bumi menjepit kuburan, menghimpit penderhaka yang tidak pernah sujud.

Dan begitu jualah keampunan Tuhan. Ada batas waktu dan sempadan masa. Justeru bertaubatlah sebelum nyawa sampai ke tenggorokan.

Dan entah mengapa tiba-tiba aku bangun……menuju toilet. Berwudhu. Tekadku satu. Aku ingin bercakap denganMu melalui solatku. Aku ingin mendengar ‘suara’Mu dengan membaca surat cinta. Surat cinta yang menjadi mukjizat Muhammad Rasulullah. Oh, bagaimanalah agaknya kalau Baginda kenal aku. Kalaulah Baginda ada di sini melihat umat jenis apakah aku ini. Alangkah malunya…..


Dalam sujudku, air mata panas mengalir laju….terkenang dosa lalu. Rasa sesal menyelubungi diri. Kekadang terasa tiada harapan lagi untuk memperbetul diri. Takut kelak dosa terulang lagi. Jangan wahai diri, janganlah dosa dan kelalaian yang lepas menyebabkan kau berputus asa dengan rahmat dan janji Allah, untuk hari esok dan selamanya. ‘don’t let your past destroy what comes tomorrow’ macam tu la bait lagu westlife; A Fragile Heart. Aku memang suka promote lagu westlife. Nak buat macam mana~ kih3…

39:53 (biasenye org cm aku malas nk bertindak ble nmpak numbo2 mcm nih,,keh3~)

Bagi sahabat2 yang berjaya memanfaatkan Ramadhan sepenuhnya, hingga terhasil  peningkatan dalam diri…semoga sahabat terus istiqamah dan ikhlas.
Sentiasa bersabar dan bersyukur.
Bagi org2 mcm aku…yang terasa menyesal sikit2 akibat banyak tengok tv, tido dan menyanyi serta melahap di malam hari semata-mata……………………………
jangan pernah berhenti untuk kembali kepada Ilahi Rabbul Izzati! Sungguh, Dia rindu mendengar suara kita merintih mengadu padaNya. Sahutlah seruan rindu itu. Beribadatlah hingga kita penat melakukan dosa. Semoga Allah memilih kita untuk selalu bertaubat.

Haaahhh~  exhaling all the sifat mazmumah dalam diri…if only its that easy..sigh~

ALLAH…..pilihlah aku dan mereka, untuk sentiasa mengingatiMu, merasa malu dan takut padaMu. Pilihlah aku dan mereka untuk menghuni syurgaMu, menangis keranaMu, merasa kemanisan beribadah kepadaMu, merasa indahnya bercinta denganMu……Bersihkanlah hati-hati ini…..terimalah taubat ini…..Wahai Yang Maha Mendengar lagi Maha Memperkenankan Doa….makbulkanlah doa-doa kami.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Ayat2 best dlm artikel ni byk dpt dr orang…myahaha!
Harap perkongsian bermanfaat. ~smile yaww~

By: akula!

1 comment: