Wednesday, August 3, 2011


Bersahur
First of all, let us take a look what does it meant by “bersahur”. Dari segi bahasa sahur adalah makanan yang dimakan ketika hampir waktu subuh.
Next, hadith yang berkaitan dengan kelebihan bersahur:
Hazrat Ibnu Umar r.ahuma berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda “Allah s.w.t dan para malaikatNya menurunkan rahmat untuk orang yang bersahur”.
Begitu besar nikmat dan ihsan Allah s.w.t untuk umat ini sehingga Allah s.w.t dengan keberkatan ramadhan telah menjadikan sahur sebagai perkara yang mendatangkan pahala.
Next, hukum bersahur:
Agaknya apakah hukum bersahur yea??? Hukum bersahur ialah sunat. Ramai yang terlepas peluang bersahur kerana tak larat nak bangun ataupun lepas sahaja terawih terus makan dan tidur. Oleh itu, kita hendaklah berazam untuk cuba sedaya upaya untuk tidak terlepas dari bersahur.
Next, bilakah bermulanya waktu bersahur:
Waktu bermulanya ialah setelah separuh malam berlalu ataupun satu perenam dari akhir malam.
Next, faedah – faedahnya ialah:
Antara faedah bersahur :
1. Membezakan puasa kita dengan ahlul kitab(yahudi dan nasara) kerana mereka tidak bersahur
2. Terdapat keberkatan di dalam bersahur
3. Untuk mendapatkan kekuatan berpuasa dan beribadat
4. Menjanjikan pahala
5. Sunnah nabi s.a.w
6. Memberi bantuan kepada yang memerlukan contohnya fakir miskin
7. Waktu sahur ialah waktu yang khusus untuk penerimaan doa, jadi kita dapat berdoa pada waktu ini
Finally,
Pada bulan yang mulia ini kita hendaklah melakukan amalan yang menambahkan saham kita diakhirat nanti kerana di bulan ini syaitan dibelenggu, pintu neraka ditutup, amalan sunat diberikan ganjaran sebanyak amalan fardhu di bulan lain, manakala amalan fardhu digandakan pahalanya senanyak 70 kali ganda. Jadi jom buat amalan yang banyak di dalam madrasah ramadhan ini.

0 comments:

Post a Comment