Wednesday, August 10, 2011

...CRITERA DOKTER...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

    Sebab semua orang dah tulis entry pasal Ramadan dan puasa, aku nak tulis entry yang agak lari sikit. Tapi bolehlah dikatakan tazkirah. Dalam bentuk cerita pun okay apa. Pasal aku lebih senang nak terima sesuatu yang dalam bentuk cerita, jadi aku pun nak tulis cerita walaupun bukan pasal Ramadan tapi aku harap korang dapat ambik something dari critera aku ni. Once upon a time.....

    Tak sampai 5 hari lagi nak masuk bulan puasa.Tok aku sakit lagi. Kali ni pening kepala sampai muntah-muntah. Kasihan aku tengok. Ummi aku cakap sebab darah tinggi. Kalau dalam ‘term medic’ maksudnya tekanan darah tok aku lebih tinggi dari normal. Tu yang pening kepala sampai macam tu sekali. Ummi kata nak hantar tok aku pergi satu klinik ni. Klinik swasta ni khas untuk  orang yang mengidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan segala cucu cicit mereka. Tok aku pulak salah seorang dari mereka. Biasalah bila dah masuk usia emas segala bagai penyakit nak hinggap.

    Akhirnya tok aku kena pergi kat klinik swasta dan sebuah hospital pakar. First pergi klinik, lepas tu doktor sana cadang suruh transfer darah atau tambah darah. Kalau nak tambah darah kena pergi dekat hospital pakar, kata doktor kat klinik swasta tu lah. Dekat berapa hari jugaklah dok ulang-alik ke klinik dengan hospital tu. Kebetulan masa tok aku kena ambil darah buat yang entah keberapa kalinya, aku pun ikut sama.

    Masa dekat hospital pakar, tengah aku,ummi,tok dan Mak Su tunggu giliran, tetiba pintu bilik doktor yang bertugas terbuka. Aku ternampak muka doktor yang tengah bercakap dengan pesakit dia yang baru masuk. Alhamdulillah, sejuk hati bila tengok muka doktor tu bersih je, terpancar nur dari wajah kata orang. Pakai ketayap putih atas kepala dan bila dia sedar aku pandang dia, dia terus senyum. Aku pun senyum balik sebelum seorang pembantu doktor ni masuk dan tutup pintu.

    Dalam hati aku masa tu, aku fikir kalau jumpa doktor macam tu pesakit yang datang sakit kronik bertahun-tahun pun boleh baik dengan izin Allah. Dah pesakit tengok muka doktor pun rasa sejuk dan tenang. Aura yang baik-baik ni memang bagi pengaruh besar pada kesihatan kita. Masa tu jugak aku terfikir macam mana aku bila jadi seorang doktor nanti. Harap-harap macam doktor tu jugak. Amin.... doktor macam ni bagi aku susah nak jumpa.

    Sebaik saja darah tok aku diambil dan dianalisa, kami terus pergi ke klinik swasta yang tok aku pernah pergi tu untuk tunjuk result ujian darah. Dr R(nama samaran) tengah bertugas masa tu. Punyalah lama kami tunggu sebab hari tu hari sabtu, memang ramai manusia kat klinik tu. Masa tengah tunggu nama tok aku kena panggil, aku berbual dengan ummi. Masa tu aku tahu yang drR ni bukan dr pakar. Aku jadi hairan kenapa orang sanggup datang kat klinik dia walaupun bukan pakar dan harga mahal.

    Lepas dekat sejam tunggu, barulah nama tok aku kena panggil dek pembantu drR.  Mula-mula aku teragak-agak nak masuk tapi dr R panggil semua ahli keluarga yang ada . Aku baru je nak duduk baru terperasan ada seorang lelaki macam berbangsa India kat sebelah. Bila aku teragak-agak, dr R cakap tu kawan dia, John atau lebih tepat lagi dr John. Maka bermulalah sesi beramah mesra dengan tok aku.
Dr R ni penampilannya agak sama dengan doktor kat hospital pakar tadi. Berketayap putih dan sejuk mata memandang.  

     “mok cik sehak doh ke siket lepah masuk daroh?” dr R tersenyum kat tok aku.

     “Alhamdulillah, okey doh doktor. Molek lah dari sebelum ni.” Suara tok aku dengar tak dengar aje.

     Perbualan selepas tu berkisar tentang haemoglobin dalam darah tok aku yang kata dr sudah normal malah lebih tinggi sedikit dari normal tapi baguslah kata dr R. Aku perhatikan setiap ayat yang dituturkannya dengan yakin akan diakhiri dengan insyaAllah. Dan dia benar-benar maksudkannya. Ertinya dia tetap menyandarkan segalanya kepada Allah walaupun dia yakin akan natijahnya. Bukan seperti ramai orang pada hari ini yang menyebut insyaAllah apabila dia tidak mahu melakukannya dan hanya untuk menyedapkan hati orang lain padahal kerja yang dijanjikan tak siap-siap.

    Senyuman dr R tak pernah lekang dari bibirnya. Tok aku pun nampak happy aje bila doktor tu tanya soalan. Tu baru betul. Bila hati senang penyakit pun boleh hilang, insyaAllah. Dia pun nampak macam ada banyak pengalaman dalam bidang kedoktoran ni, walaupun seperti yang aku kata tadi dia bukan doktor pakar. Sekali sekala dia akan bertanya pendapat dr John dan dia dapat terima pendapat dr John dengan baik. Tu yang aku nampak la. Wallahua’lam. Ummi dan Mak Su pun nampak puas hati dengan layanan dr R.

    Akhirnya tok aku disarankan agar melakukan ‘cuci darah’ untuk membersihkan darah yang kotor. Tu kata doktor kat tok aku dalam bahasa mudah supaya tok aku faham. Kalau ikut kamus budak medic aku pun tak tahu. Lepas siap semua urusan dan diberi ubat oleh seorang pembantu doktor yang berlesung pipit, kami terus balik ke rumah selepas 8 jam kami keluar dari rumah. memang lama sebab kena ulang-alik dan segala procedure memakan masa yang lama. Campur pulak hari tu hari sabtu. Haru betul.

    Dalam perjalanan balik tu aku asyik fikir pasal doktor2 yang aku jumpa hari tu. Alangkah indahnya jika semua doktor mempunyai peribadi seperti mereka. Jumpa doktor pun hati akan teringat Allah sebab peribadi doktor tu sendiri. Sejuk hati teman nengoknya....Dan paling penting aku dah tentukan doktor macam apa yang aku ingin jadi kelak. Betullah bahawa berdakwah melalui peribadi seseorang paling mudah dilakukan dan paling efisyen. Moga kita juga sentiasa tergolong dalam kalangan manusia yang mendapat hidayah dan rahmat Allah. Wallahua’lam....

0 comments:

Post a Comment