Monday, August 1, 2011

coretan ramadhan.

bismillah pembuka kalam.

salam satu ramadhan.

maaf kalau post ni lambat sket.baru balik bazar tadi.

perghh...masyuk bhaii...awek2 kat bazar cun gilerr...dengan rambut ikal mayang ade,rambut kerinting ade,rambut tocang ade,rambut kusut pon ade.haha.

ni la awek tu.!ngeh3

pastu lak banyak lagi,ade kapel yang jalan sambil pegang2,ade yang jalan sambil peluk2,ade yang jalan hayun tangan.sape kapel yang paling tinggi hayunannya die paling suuiiittt...
so,kepada anda di mesir sila bersyukur sebab kat sana memang tiada suasana sebegini.
kepada yang di malaysia pulak,pandangan pertama rezeki.so,pandang la puas2.hehe..*sila jangan tiru aksi ini di rumah,bazar,mahupun shoping complex.*

Tengok je suasana ni:

Abu(bukan name sebenar)yang baru balik dari mesir,berbisik sendiri bile nampak siti."ape la perempuan2 malaysia ni.hilang 5 juzuk yang aku hafal.*padahal baru hafal baqarah sampai muka ke 5*.sia2 je la puase kalau rambut x leh tutup."aku yang lelaki pon boleh tutup kepala dengan kopiah!

Siti pulak tengok Ayu,gumam dalam hati."ape la pompuan ni,pakai je tudung labuh tapi beli makanan sampai kene bawak troli.xleh kawal nafsu betul.baik aku ni,x bertudung pon,ikut saranan nabi,sederhana dalam berbuka.

Ayu(nama samaran) yang bertudung labuh ni pulak,student UIA,tengok Abu."ish.ape budak ni,pakai kopiah kat kepala,tapi berjalan dengan perempuan sama2."


haa......so......ape komen.??

saje ditimbulkan isu ni.manusia lebih tertarik kepada isu yg dekat dengan diri kita.x gitu?

sifat suka mengatakan,"akulah manusia paling mulia" dan suka berburuk sangka pada yang lain masih terpahat kukuh dalam hati kita.

"manusia yang merasakan dirinya paling mulia adalah manusia yang paling hina"

mungkin siti dalam proses perubahan.setidak2nya dia berpuasa.
mungkin ayu beli banyak untuk dia bagi kat jirannya.
mungkin abu berjalan dengan adiknya??



Saya bimbang sampai satu ketika, masing-masing ingin mendabik dada, isu yang dipilihnya adalah yang paling awla (tinggi priority),

Pejuang isu aqidah mendabik dada mendakwa perjuangannya paling kukuh dan awla, tanpa aqidah semua rosak, sehinggalah dia tenggelam dalam kafir mengkafir,

Pejuang fiqh kewangan juga mungkin dilambung ujub kononnya isu riba dan harta halal amat penting,

Pejuang politik islam dan hudud sudah tentu merasa semua yang baik boleh dibina melalui kuasa politik, justeru perjuangannya maha penting,

Pejuang perubahan sikap turut mungkin mendabik dada, tanpa perubahan sikap semua tewas,

Saya tidak meremahkan mana-mana pun namun Apa yang penting untuk difahami, biarlah setiap orang berjuang dengan cara mereka. Anda tidak tahu manakah yang lebih utama, berjasa dan lebih ikhlas di sisi Allah swt. Ada yang berjuang Islam melalui politik, teruskan.

Jadi,2 kesimpulan.
1)berbaik sangka kepada yang lain.
2)biarkan mereka memperjuangkan islam mengikut jalan masing2.

Allah swt berfirman :-

قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَى شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَى سَبِيلاً

Ertinya : Katakanlah: ""Tiap-tiap orang berbuat amalan menurut keadaannya masing-masing"". Maka tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya" ( Al-Isra : 84 )


wallahualam.:)

1 comment:

  1. nice onee!suke sbb sentapp weii!menarikk:) astaghfirullah..

    ReplyDelete