Friday, August 12, 2011

Ramadan medan menuju Takwa~


Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, hari ini Allah masih izin kita bernafas pada hari yang ke-12 Ramadan.
sedar tak sedar, Ramadan terasa semakin cepat berlalu. Hakikatnya, dunia juga semakin berlalu pergi sehari lagi.


DOA HARI KE 12 RAMADAN


Ya Allah! Hiasilah Diriku Dengan Penutup Dan Kesucian. Tutupilah
Diriku Dengan Pakaian Qana’ah Dan Kerelaan. Tempatkanlah Aku Di Atas Jalan Keadilan Dan Sikap Tulus. Amankanlah Diriku Dari Setiap Yang Aku Takuti Dengan Penjagaan-Mu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut.

Puasa sebagai latihan ketaqwaan


“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”.:Surah Al-Baqarah:183:. 
Kembali melihat kepada firman Allah ini, Allah memerintahkan orang-orang yang beriman untuk melaksanakan rukun islam yang ketiga, supaya dapat menjadi orang yang bertakwa.

Sahabat-sahabat nampak tak, puasa itu sebagai jalan menuju takwa. Ramadan juga disebut medan latihan takwa kerana objektif puasa itu sendiri adalah untuk mendidik ketakwaan dalam diri Mukmin.

Puasa=takwa

Ramadan ialah satu bulan yang istimewa bahkan yang teristimewa kerana ianya satu-satunya bulan dalam setahun yang diwajibkan ke atas kita untuk berpuasa. Pada bulan yang istimewa ini, segala pintu kebajikan dan amalan terbuka luas untuk kita harungi menuju takwa. Amat-amatlah rugi sesiapa yang tidak menggunakan peluang yang ada di bulan Ramadan untuk meraih takwa.

Apa itu taqwa?

Ada satu hadis dari Rasulullah s.a.w mafhumnya,

Bertaqwalah (takutlah) kepada Allah dimana kamu berada, gantilah (ikutilah) keburukan dengan kebaikan, dan berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” -Hadis Hasan, Riwayat At-Tarmizi-

Dari segi istilah, takwa bererti (waqa  =berhati-hati) atau (wiqayah =pencegahan).
Jadi orang yang bertakwa, ialah mereka yang sentiasa berhati-hati dan mencegah diri mereka daripada melanggar hukum Allah lahir dan batin hasil kesedaran yang tinggi terhadap pemerhatian Allah.

Orang yang bertakwa mempunyai kemampuan mengawal diri dan tidak tunduk kepada pujukan hawa nafsu. Orang yang bertakwa juga dijamin bantuan rezeki serta keberkatan daripada Allah. Apabila seseorang itu mempunyai ketakwaan dan keyakinan yang tinggi kepada Allah, maka dia akan melakukan kebajikan dan kebaikan.

Saidina Ali r.a telah memberikan empat sifat bagi orang bertakwa:
1) Ia takutkan Allah kerana keagungan-Nya.
2) Ia melaksanakan ajaran yang diturunkan Allah.
3) Ia redha dengan rezeki yang sedikit.
4) Ia membuat persediaan untuk menghadapi hari kematian.

Emm..kena lihat dalam diri balik, ada tak sifat-sifat ini dalam diri..
tepuk dada,tanya iman, renung-renungkan..


Puasa berbuah takwa

Sekarang ni kalau di tempat ana, musim menuai padi. Berpeluang jugak untuk melihat mesin padi kat sawah setelah sekian lama tidak melihat kelibatnya di depan mata.. :) Ingat senang proses untuk dapatkan sebutir biji beras? Yang kita tahu, makan je.. senang kan, beli ja beras kat supermarket.  Tetapi, di sebalik beras yang kita makan hari-hari, betapa petani-petani  telah memerah keringat mereka sehingga titisan peluh yang terakhir  untuk menyemai, membajak,menanam, menjaga, membaja dan sebagainya. Akhirnya, apa hasilnya? Hasilnya, mereka tersenyum kegembiraan apabila padi sudah dapat dituai. Tersenyum syukur dapat rezeki sebenarnya.. 



Begitu juga dengan puasa kita, kita mendidik jiwa kita, menahan nafsu, menahan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan di siang hari seperti makan dan minum, memperbanyakkan bertadarus Al-Quran, memperbanyakkan amalan sunat dan sebagainya. Jadi apa yang diharapkan dalam proses tarbiyah ini? Ya, sudah tentu, latihan-latihan ini untuk membuah hasilnya iaitu takwa dan sudah tentu untuk menjadi orang-orang yang bertakwa. moga kita juga bakal tersenyum nanti. Insya-Allah. 

Berbaloi kan, andai puasa kita kali ini, bukan semata-mata berlapar dan dahaga, tetapi juga  membuahkan hasil yakni takwa dihujungnya? Mudah-mudahan.

Kenapa berpuasa tetapi masih………..

Sahabat-sahabat dapat isi jawapan yang seterusnya tak? Agak-agaknya mesti boleh agak sambungannya kan..? ok, kita memandang dan tetapi mugkin kehairanan..
“ada orang berpuasa, tetapi bab aurat, masih belum sempurna, kadang-kadang bertudung, tudung pulak singkat, lengan pendek dan sebagainya..!”
“sesetengah orang berpuasa, tetapi tidak melaksanakan solat fardhu!”
“sesetengah orang berpuasa, tetapi tidak menjaga pandangan, lisan dan masih berbuat maksiat!”

Bukankah Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
 Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.”
-(Riwayat Ibn Majah)-

Na’uzubillah..moga puasa kita tidak seperti ini. puasa bukan sekadar puasa, tetapi moga mendapat rahmat, keberkatan dan pengampunan dari Allah. insya-Allah. 

Kembali kepada persoalan ini, mungkin jawapan ialah puasa yang tidak berkesan. Kenapa? Sebab ia sama ada bukan dilaksanakan atas dasar iman dan proses yang baik yakni tidak menepati syariat lahir dan batin. Akibatnya, nafsu masih buas walaupun setelah sebulan berpuasa.


Moga pepohonan Ramadan, berbunga iman, berbuah takwa

Sayang sekali, andai Ramadan tidak dihidupkan dengan sewajarnya. Samada mengHIDUPkan Ramadan atau kita masih yakin akan HIDUP pada Ramadan yang seterusnya? Boleh jamin masih HIDUP untuk Ramadan di tahun depan? Allah memberikan sesuatu yang tinggi dan mahal harganya di sebalik puasa, tetapi kita sebagai manusia masih leka dengan sesuatu yang kecil dan murah nilainya.

jadikan Ramadan kita, sebagai madrasah untuk mendidik diri menjadi insan yang bertakwa..
berjayakah kita nanti?
Saat 1 Syawal menjelang, cuba kita renungkan..

> berhari raya dengan fitrah yang tidak disucikan
> berpakaian baharu tetapi tabarruj (berlebihan dalam menghias diri), tertutama untuk akhawat..
>sudah tidak lagi ke masjid untuk solat berjemaah, hanya di bulan Ramadan
>semakin berkurangan dalam membaca Al-Quran
>semakin berkurang melaksanakan amalan-amalan sunat dll..

jika ini terjadi, berkesankah puasa kita selama sebulan,di madrasah Ramadan?
bukankah Ramadan sebagai madrasah untuk kita mengislah diri menjadi hamba Allah yang lebih baik? dan sudah tentunya, ganjaran di dalamnya sangat istimewa yang dijanjikan Allah.

Andai kali ini Ramadan yang terakhir, sanggup kita biarkan Ramadan ini berlalu tanpa mendapat takwa? Layakkah kita berhari raya, dengan hasil yang sifar, bertangan kosong, Cuma hanya mengharapkan pada baju dan keperluan yang baharu? Sedangkan takwa adalah sebaik-baik pakaian dan perhiasan di dunia dan takwa juga sebaik-baik bekalan.

Allah berfirman yang bermaksud,

 “Dan sebaik-baik pakaian adalah takwa.”(al-A’raf: 26)

“Hendaklah kamu berbekal, dan sebaik-baik bekalan adalah takwa." (al-Baqarah:197)

Moga Ramadan kita kali ini, berbunga iman yang semakin mengharum, berbuah hasil yang cukup manis yakni takwa. Insya-Allah.


buka Al-Quran, Allah izin jumpa satu ayat yang best, tentang orang-orang yang bertaqwa,yang bermaksud..


"Sesungguhnya, orang yang bertakwa itu, berada dalam syurga-syurga (taman-taman), dan (di dekat) mata air (yang mengalir). (al-Hijr:45)
sambung lagi pada ayat 46,47,48,49. :) masya-Allah~

yang menulis, tidak sedikit pun lebih, 
sama-sama renungkan dan koreksi diri,
agar menjadi hamba Allah yang lebih baik.
insya-Allah.


menuju takwa,ayuh!!~~~moga Allah permudahkan dan terima setiap amalan. insya-Allah.

wallahu'alam.

0 comments:

Post a Comment