Friday, August 5, 2011

8, 20 atau 36??

Assalamualaikum wtb..


سلامت ميامبوت رمضان ال مبارك..سمو ك سنتياس ددالم رحمة الله..ا





Terlebih dahulu rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan Salam Ramadhan buat semua sahabat ikhwah dan akhwat Gen X..Semoga Ramadhan ini bukanlah Ramadhan terakhir buat kita semua dan semoga ianya juga menjadi sebuah Ramadhan yang terbaik untuk kita semua..Insyallah.


Terlebih dahulu, ampun dan maaf seandainya entri saya pada kali ini tidaklah segempak entri Zainol Izzudin,mahupun sehebat post Khair Ali ataupun seasyik post Insyirah Johari.Entri kali ini sekadar cebisan untuk mengisi kekosongan blog Gen X. Hanya ini sahaja yang mampu saya coretkan untuk perkongsian bersama.

8 atau 20 ke 36 ??..

Apa sebenarnya yang dimaksudkan 8 atau 20..barangkali mungkin ada sahabat kita di sini sudah dapat mengagak isu yang saya akan kongsikan kali ini. Apabila masuk bulan Ramadhan, kita takkan pernah lari dari angka 8 dan 20. Lebih - lebih lagi, bagi sesiapa yang membiasakan diri mereka bersolat tarawih. Solat tarawih..satu- satunya solat sunat yang takkan dapat dijumpai di bulan lain melainkan pada bulan yang penuh berkat ini..betul tak?

Dan semestinya sahabat tertanya- tanya mengapakan isu berkaitan Solat Tarawih menjadi pilihan hati untuk mengisi slot post Ramadhan kali ini.Hah ini kerana, tiba - tiba saya teringat kisah bersolat tarawih di sebuah surau yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal saya.








Untuk pengetahuan sahabat semua,surau tempat saya menunaikan solat tarawih ini, kebiasaannya melaksanakan solat ini sebanyak 8 rakaat sahaja pada setiap tahun. Alhamdulillah selama 5 tahun tinggal di kawasan ini, belum pernah lagi 'miss' solat tarawih di surau ini. Bukan kerana imam dan makmumnya melaksanakan solat tarawih hanya 8 rakaat ,saya tidak berganjak untuk pergi mencari masjid- masjid yang lain yang melaksanakan solat tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi mungkin dari kecil sudah diajar bersolat di surau ini. Mungkin sudah sebati.

Alhamdulillah pada tahun ini, saya masih berpeluang untuk menunaikan solat tarawih di surau ini lagi.Akan tetapi, kelainannya solat tarawih pada tahun ini berbanding tahun- tahun sebelumnya, tahun ini AJK surau bersepakat untuk melaksanakan solat tarawih sebanyak 20 rakaat termasuk 3 rakaat solat sunat witir. Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana mungkin ini peluangnya untuk saya dan jemaah lain mengutip pahala lebih.. Agaknya mungkin ada yang berkobar- kobar tak nak tinggalkan solat tarawih pada tahun ini.

Akan tetapi saya sangka hujan sampai ke petang, rupa - rupanya tengah hari hujan dah pun berhenti. Sangkaan saya jemaah di sini akan menyambut baik perubahan baru yang cuba dilakukan oleh AJK surau, tetapi agak sedih kerana yang bersungguh- sungguh untuk meneruskan solat tarawih 20 rakaat ini hanya boleh dibilang dengan jari sahaja. Pada awal rakaat penuh satu surau sampai banjir ke luar, tetapi apabila sampai sahaja rakaat ke-8, setelah selesai imam mengaminkan doa, berduyun - duyun pecut pulang ke rumah. Macam - macam alasan yang diberikan, ada yang nak sambung solat witir kat rumah, ada yang nak pulang cepat kerana pinggan dalam singki tak habis basuh lagi, ada yang dah berusia tak sanggup nak teruskan sampai 20 rakaat sebabnya sakit lutut,tak larat dan macam - macam lagi.




Hah jangan terkejut, dek kerana sikap jemaah- jemaah yang agak tidak menyambut baik untuk terus melaksanakan 20 rakaat ini, malam semalam, usai solat Isya' berjemaah, AJK surau membuat pengumumnan bahawa mulai esok hari, jemaah surau tak perlu lagi bimbang untuk pulang lewat kerana melaksanakan solat melebihi 8 rakaat kerana AJK surau telah bersepakat untuk kembali melaksanakan solat sunat Tarawih hanya 8 rakaat seperti sedia kala..Huhu..agak geli hati apabila teringat kembali kisah ini.Apapun alasan mereka terpulanglah.Iyalah bukannya berdosa kalau tak sempat nak habiskan 20 rakaat kerana solat Tarawih ini pun solat sunat sahaja.

Itu baru kisah di surau yang saya kunjungi belum lagi di masjid- masjid di tempat lain.Hah ada yang saya sempat baca mengenai satu entry tentang solat tarawih. Begini bunyinya.

Dijelaskan bahawa arahan jabatan agama (ini maklumat tahun lepas.. tahun ni punya tak sempat nak semak.. rasanya sama je) kepada semua masjid di Wilayah Persekutuan termasuk Putrajaya dan Labuan adalah solat tarawih sebanyak 20 rakaat.

Perbahasan berkenaan solat tarawih ini sangat mendalam.. masing- masing sedaya upaya mempertahankan bilangan rakaat yg mana lebih sunnah..macam kisah saya. AJK surau mempertahankan untuk melaksanakan 20 rakaat, sedangkan jemaah lain tak larat nak buat banyak- banyak kerana kebanyakkan jemaah di surau itu sudah pun berusia.

Bagi yg beramal dengan 8 rakaat, akan menggunakan hadis Nabi s.a.w. solat tarawih sebanyak 8 rakaat 3 hari berturut2.. lepas tu, Nabi solat di rumah sebab sahabat- sahabat dah ramai yg ikut di belakang Nabi.. Nabi s.a.w. khuatir ianya diwajibkan ke atas umat Baginda..
Dipangkah pula oleh golongan yg mempertahankan bilangan 20 rakaat.. dengan mengatakan bahawa yg buat 8 rakaat tu sebenarnya sunnah orang malas..




Lalu didatangkan dalil kisah Saidina Umar r.anhu mengumpulkan para sahabat solat tarawih sebanyak 20 rakaat.. dan tiada seorang sahabat pun yg membantah (di sini telah berlaku ijmak di kalangan sahabat).. malah 4 mazhab yg utama juga menyatakan bahawa 20 rakaat itu adalah sunnah.. walaupun Nabi s.a.w. tidak kelihatan melakukan sebanyak itu, namun bila dilakukan oleh Khulafa’ ar-Rasyidin (khalifah yg 4), maka ianya juga sunnah (berdasarkan hadis suruhan berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. dan sunnah (jalan / cara) Khulafa’ ar-Rasyidin al-Mahdiyyin)..

Maka bertengkar la kumpulan 8 dan kumpulan 20 ni.. sehingga mengakibatkan perpecahan sampaikan ada jemaah yg memulaukan masjid yg melakukan solat tarawih 20 rakaat.. masing- masing berkeras dengan pendapat mereka..


Sebenarnya, kalau kita kembali kepada asal.. solat tarawih itu hukumnya sunat.. sedangkan perpecahan, pertengkaran dan permusuhan itu hukumnya haram.. adakah layak bertanding di antara kedua hukum itu? kalau solat tarawih tu hukumnya wajib, maka berbaloi-baloi la kalau nak berbahas dan berhujah sedalamnya..





Sedangkan, tiada siapa pulak yang nak up kan satu lagi sunnah iaitu tarawih 36 rakaat (spt yg dilakukan oleh penduduk Madinah di zaman para sahabat).. Agaknya sebab terlalu banyak kot? Baik geng 20, mahupun geng 8 tiada pulak nak sangkal apa-apa pasal tarawih 36 rakaat tu.. Kalau geng 20 kata mereka buat 20 rakaat sebab rajin, dan merendahkan golongan yg buat 8 rakaat sebagai pemalas, kenapa tak tambah lagi rajin sampai ke tahap 36 rakaat?
Sebab itu la, dalam hal ibadah ini tambahan ibadah sunat, kita kena paksa dan berkeras dengan diri kita sendiri.. tetapi kita bertolak ansur dan memberikan keluasan kepada orang lain.. Nak buat 20, buat la.. itu pun sunnah.. nak buat 8 pun sunnah juga.. nak buat 36 pun sunnah juga..

Semuanya bergantung kepada niat dan usaha masing - masing. Mungkin yang berpendapat buat 20 rakaat, pahalanya lebih. Mungkin yang melaksanakan 8 rakaat sahaja pahalanya ciput cukup- cukup makan sahaja. Terpulanglah kepada diri masing - masing bagaimana nak menilai. Yang penting niat kita ikhlas melakukan ibadah ini hanya untuk mencapai keredhaan Allah. Apa salahnya melakukan yang lebih mungkin belum tentu yang sedikit itu cukup sempurna semuanya dan diterima Allah kan?

Wahhuaalam

7 comments:

  1. aku patut dapat royalti..
    btw, nice =D
    pengisian yg sengguh bermakna~

    ReplyDelete
  2. jnol like sebab ada nama dia je..
    (ak pon nak like gak.. xP)

    kreatif.isu simple, tp dpt olah dgn menarik..hebak! :)
    kamu memang semangat!^^

    ReplyDelete
  3. gaya penulisan yg bersih, tak ada bahasa rempit atau bapok. saya suka

    ReplyDelete
  4. err..
    amad bhs rempit gua tau...
    bhs bapok?

    ReplyDelete