SUBHANALLAH

Menikmati keindahan ciptaan Ilahi di Sharm El Sheikh

ALHAMDULILLAH

"seringkali kita melakukan dosa, bertaubatlah selagi bernyawa di dunia ini"

LAILAHAILLAH

"sollu alan Nabi Muhammad SAW"

ALLAHUAKBAR

"Merdeka pada hati jiwa itu lagi bermakna"

ASTAGHFIRULLAH

"Harimu adalah hari ini"

Showing posts with label Nota Perubatan. Show all posts
Showing posts with label Nota Perubatan. Show all posts

Sunday, April 21, 2013

Jaksi PCS

Khamis, 18 April 2013 - Seorang mahasiswi PERUBATAN telah dicabuli. Kejadian tersebut berlaku pada siang hari semasa mangsa sedang dalam perjalanan pulang dari Sabiek ke Abbasiyah dengan menaiki teksi seorang diri.

Dalam perjalanan, tiba-tiba pemandu teksi memberhentikan teksi untuk memeriksa teksi tersebut. Selepas itu,pemandu teksi tersebut masuk ke tempat penumpang dan mencabuli mangsa. Pintu teksi dikunci dari luar,mangsa tidak dapat keluar melarikan diri. Mangsa kemudian dihantar ke Abbasiyah.

Diharapkan kepada semua mahasiswi agar dapat mengambil langkah berjaga-jaga. Tingkatkan keselamatan diri dan banyakkan berdoa. Mahasiswi dinasihatkan agar tidak menaiki kenderaan awam seorang diri,namun jika keadaan terpaksa,dinasihatkan agar banyak membaca doa, al-Quran dan hizib dengan suara yang kuat. Jika diganggu,jerit sekuat hati dengan menyebut HARAMI.

Mahasiswi digalakkan menggunakan musyrif bagi perjalanan yang jauh. Perjalanan pada waktu malam hendaklah menggunakan khidmat musyrif yang telah disediakan. Jika pada waktu siang pun perkara tidak elok berlaku, apatah lagi di malam hari.

“ Hak Tertegak, Biah Terpelihara ”

Jawatankuasa Keselamatan & Sosial Islam (JAKSI)
PERUBATAN Cawangan Ain Shams (PCS)
2013/2014

Monday, April 1, 2013

Tawaran Hebat Unit Kitab Bikon PCK



Membeli sambil menyumbang, combo terbaru:
1. Planner PERUBATAN + button badge = 22le
2. Planner PERUBATAN + bookmark = 22le
3. Khomeneisma + bookmark + button badge = 15le

Sekiranya anda berminat, boleh terus dapatkan di markas PERUBATAN Abu Risy atau hubungi wakil BIKON batch anda.

Sebarang pertanyaan atau pembelian secara langsung dari Unit Kitab BIKON, anda boleh hubungi:
-Badri, Tahun 3 (01119268360)
-Aqeela, Tahun 2 (01140092528)

"Your Need is Our Priority"
.:Biro Ekonomi:.
"At-Taqwa, As-Syifa, Ar-Rahmah"
~Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati~
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2013/2014

International Day 2013


Would you like to learn more about the various cultures we have in campus?

Well, come along and join the fun! On April 4, 2013. Brought to you by Cairo University Faculty of Medicine in collaboration with PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) and Majlis Ketua Batch (MKB). Visit the International Student Booths in front of the Cairo University Convention Centre in our own beloved campus.

Date : 4 April 2013
11.00 am to 2.30 pm – International Student Booths open
3.00 pm to 6.00 pm – Cultural Show at the Convention Centre hall

Ask questions, learn about their countries, their cultures and try their native languages!

"At-Taqwa, As-Syifa, Ar-Rahmah"
~Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati~
Biro Penerbitan dan Penerangan (BPP)
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2013/2014

Saturday, March 30, 2013

Kelas Tafaqquh 31 Mac 2013

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah pada minggu ini kelas tafaqquh sirah akan berjalan seperti biasa pada esok, 31 Mac 2013  (hari Ahad) jam 7.15 malam.
Namun,atas beberapa urusan,ustaz Malik tidak dpt hadir dan akan digantikan dgn Ustaz zuhaili Zainal Ali.
#Kelas akan bermula lewat sikit daripada waktu kebiasaan. Sila ambil cakna.

Sekian. Harap maklum.

"Mahasiswa Islami, Qudwah Insani"
.:Biro Pembangunan Insan:.

"At-Taqwa, As-Syifa, Ar-Rahmah"
PERUBATAN CAWANGAN KAHERAH 2013/2014

Barangan Basah Bikon

[BARANGAN BASAH BIKON]

Salam, ahli keluarga PCK!
PERHATIAN!
BERITA BAIK kepada sesiapa yang telah pun menempah BARANGAN BASAH daripada BIKON.
Sebagai makluman, barangan tersebut telah pun sampai di markas.
Semua penempah boleh mengambil barang tempahan di tempat dan masa yang ditetapkan:

Hari: Ahad
Tarikh: 31/3/2013
Masa: 3 - 6 pm
Tempat: Markas PERUBATAN Abu Rish

P/s: Bagi sesiapa yang terlepas peluang penempahan, usah bersedih hati kerana anda boleh mendapatkannya di markas melalui 'Stok Sedia Ada'.

"Your Need is Our Priority"
.:Biro Ekonomi:.
"At-Taqwa, As-Syifa, Ar-Rahmah"
~Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati~
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2013/2014

Wednesday, March 20, 2013

JAKSI PERUBATAN : Laporan Kes Melibatkan Mahasiswa Malaysia

KAHERAH, 17 Mac- Seorang mahasiswa Malaysia kehilangan sebuah motosikal baru-baru ini. Mangsa dikatakan meletakkan motosikalnya di dalam kawasan universiti berdekatan dengan bangunan Jabatan Farmakologi dan Parasitologi. Malangnya, mangsa tidak mengunci tayar motosikal tersebut lalu memudahkan pencuri untuk mengambil kesempatan. Tambahan, motosikal mangsa tidak mempunyai sebarang nombor plat pendaftaran dan ini menyukarkan siasatan polis untuk mengesan motosikal mangsa.

Pihak JAKSI sekali lagi ingin mengingatkan kepada mana-mana pelajar yang memiliki motosikal agar meningkatkan langkah-langkah keselamatan seperti mengunci tayar motosikal, memasang alat penggera dan menyempurnakan proses membuat nombor plat pendaftaran motor bagi memudahkan urusan siasatan pihak polis andai sebarang kejadian yang tidak diingini menimpa motosikal anda.

Letakkan motosikal di kawasan yang lebih selamat seperti di hadapan bangunan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (Shu'un Tullab), kawasan letak kenderaan berpagar di hospital lama universiti dan kawasan-kawasan berpagar berdekatan dengan pintu masuk hospital lama universiti.

"Haq Tertegak, Bi'ah Terpelihara"

JAKSI PERUBATAN 2013/2014

Sebarang laporan dan aduan, sila hubungi :
Aimatnuddin Husairi bin Hassan – 0114 7626435
Siti Rokiah binti Ishak - 0111 5813604

Pendaftaran: Bengkel Penulisan PERUBATAN kali ke-2

Anda minat menulis?
Ingin mengetahui kaedah penulisan yang mampu menambah kemahiran dalam berkarya?

Mari sertai kami dalam Bengkel Penulisan PERUBATAN kali ke-2, dengan kerjasama Must Read Sdn Bnd !

23 Mac 2013| Sabtu| 2.00 P.M.-8.00 P.M.
Markas Abu Risy, Sayyeda Zainab.

#Perkongsian bersama penulis yang berpengalaman
#Praktikal Penulisan/ KJ Method
#Makanan disediakan
#Yuran, 15 LE sahaja

Sesiapa yang berminat boleh mendaftarkan diri dengan :

1. Mengisi borang online di pautan ini.
-http://www.facebook.com/l.php?u=https%3A%2F%2Fdocs.google.com%2Fforms%2Fd%2F1b5tXSFU8kPu2zR44fvgE95feTVAgvkqXB1E1t8O3ZwY%2Fviewform&h=sAQG2R5nl
 


2. Hubungi wakil kami.

-Wan Ahmad Fawwaz - 0114-2440219
-Nabil Huda - 0114-0810934

Pendaftaran dibuka SEKARANG!

TERBUKA kepada semua ahli PERUBATAN di SEKITAR KAHERAH.

" Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati "

" At-Taqwa, As-Syifa', Ar-Rahmah "

.:Biro Penerbitan dan Penerangan:.
PERUBATAN Cawangan Kaherah
sesi 2013/2014.