SUBHANALLAH

Menikmati keindahan ciptaan Ilahi di Sharm El Sheikh

ALHAMDULILLAH

"seringkali kita melakukan dosa, bertaubatlah selagi bernyawa di dunia ini"

LAILAHAILLAH

"sollu alan Nabi Muhammad SAW"

ALLAHUAKBAR

"Merdeka pada hati jiwa itu lagi bermakna"

ASTAGHFIRULLAH

"Harimu adalah hari ini"

Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Saturday, April 11, 2015

OnG: antara syariat dan tasawuf

alhamdulillah. satu kalimat yang masih tak mampu menggambarkan betapa bersyukurnya hati pada situasi beberapa tahun lepas. peristiwa yang penuh pengajaran dalam mendidik jiwa manusia bertuhan.

1/4/2013

naqib usrah, amir firdaus tahun 6 kuliah perubatan kasr el-aini ajak kami anak usrah untuk masuk OT (operation theatre). nak rasa pengalaman jadi pelajar klinikal.

kami di sini selama 6 tahun setengah pengajian.
tahun pertama ke tahun ketiga sebagai pelajar pre-klinikal.
tahun keempat sampai habis 6 tahun setengah sebagai 'clinical year-students'.

beza klinikal dengan pre-klinikal tu, kalau pre-klinikal tak masuk dalam hospital lagi. belajar basic. dan tahun klinikal baru akan berhadapan dengan patient, history taking, examine patient, dan lain-lain.

jadi semua dah semangat nak masuk OT lah memandangkan kami anak usrah semuanya tahun 3. first time nak tengok pembedahan ni.

obstetrics and gynaecology

"kita nak masuk round ape ni bang?" tanya afiq atau mesra dengan panggilan boq.

"kita masuk obstetrics and gynecology la jom. tengok delivery (proses melahirkan anak) dalam labour room,"balas amir firdaus.

"gulp.."air liur ditelan spontan, refleks salah seorang rakan usrah yang agak terkejut.

"ana nak suruh antum tengok sendiri macam mana sakitnya ibu mengandung dan melahirkan antum. macam mana peritnya nak mengeluarkan antum bahkan dikatakan sakitnya ibu mengandung adalah sakit yang paling sakit dalam dunia."

"uh, pastu nak kene prepare apa-apa ke ni? baju scrub semua kitorang mana ada," tanya adham yang daripada tadi hanya berdiam diri.

"nanti beli baju scrub, beli crocs, sebab dalam labour room tu tak boleh pakai kasut bertali," amir firdaus membalas.

"owh, ok," jawab kami serentak.

dialog manusia bertuhan.

ditakdirkan pada 4hb 4 tu, kami berkumpul di kawasan universiti lepas kelas tepi masjid utama kampus. dalam 10 minit menunggu, mula kelihatan susuk tubuh amir firdaus dengan pakaian serba biru. segak dan kemas.

lalu kami berkumpul di bawah redup pokok berlindung daripada terik matahari. menjadi rutin dan biah di sini, apa-apa perjumpaan pasti akan dimulakan dengan bacaan ummul furqan al-fatihah.

lalu, dengan hemah beliau menyusun bicara. kata demi kata.

"sebenarnya ada something ana terlepas pandang. ana pon bile kawan ana tegur tadi sebelum ana keluar rumah baru ana perasan benda ni."

"owh, kenapa?"tanya dzul.

"antum baru tahun 3. dan antum tak belajar lagi OnG. jadi mungkin kat situ ada ketidaksesuaian. kalau antum masuk pon, antum tak belajar lagi, jadi seakan-akan takde keperluan untuk tengok benda tu. iye lah, bila masuk dalam tu tahu je lah. semua benda akan nampak dari A sampai Z. tapi kalau ana mungkin takpe, sebab kalau ana masuk, ada manfaat untuk ana ulang balik apa yang ana dah belajar masa round OnG dulu. tapi kalau antum? sedangkan banyak lagi benda-benda lain yang boleh kita tengok. thyroid surgery, angiography, aneurysm, dan banyak lagi benda. so, buat apa tengok benda yang kurang keperluan dan padanya terdapat mudharat."

"betul jugak kan," balas adha.

"tapi ana bagitahu betul la, kalau antum dah start masuk round OnG, tengok macam-macam, mase tu iman memang kene kuat. pening kot tengok bende tu banyak-banyak kali. kalau yang datang tu makcik-makcik maybe tak tergugat sangat, tapi kalau yang datang tu orang muda-muda, mahu tak gegar."

"gulp."

"last sekali ana nak stress kan satu point, bukan lah masuk dalam bidang ni membolehkan enta bebas buat apa saja. bila ada syariat, syariat akan pelihara. cuma beza sama ada antum nak ikut ke tak.

islam itu ada 2 bahagian, syariat dan tasawuf. mungkin syariat membolehkan antum tengok benda tu sebab antum bakal jadi doctor, tapi tasawuf datang melengkapi syariat yang ada menyebabkan ada batasan-batasan yang masih dijaga. contohnya dalam situasi ni, keharusan nak tengok tu walaupun nak belajar diharuskan bila antum dah masuk roung OnG nanti, supaya ada manfaat dan supaya niat kita untuk belajar tak bertukar jadi niat-niat yang tak elok. cuma bimbang kalau antum tak belajar apa-apa pon lagi, nak tengok tu macam takde keperluan."

"astaghfirullah. aduh. besar ujian jadi doktor ni kan," spontan keluar daripada mulut adham.

"yup. sebab tu pentingnya kita faham agama, supaya kemaslahatan pesakit dipelihara oleh orang yang betul-betul ikut jalan syariat. walaupun pada asalnya ana nak tunjuk supaya antum tengok sendiri macam mana sakitnya seorang perempuan melahirkan anak, nak suruh tahu payahnya dan sakitnya ibu melahirkan anak, tapi niat yang baik je tak membolehkan kita buat apa saje. niat tak menghalalkan cara. sebab tu kene ingat sentiasa. kita merupakan orang yang paling dipercayai bile balik malaysia nanti, lebih dipercayai daripada ustaz ustazah. bila diletakkan kepercayaan sebegitu tinggi, malanglah bagi yang mengkhianatinya mengikut nafsu membelakangkan syariat."


syukur satu kewajipan.

alhamdulillah, syukur Allah nak bagi peringatan.

dan pada 6hb 4, 2 hari selepas tu naqib ana bawak kami masuk ke general surgery department.

tengok doktor buat psuedoanuerysm, belah dekat trachea, dan yang paling tak boleh lupe tengok ada sorang makcik tu kene amputate kaki dia daripada paras paha. sebab gangrene.

sekelip mata, daripada ada kaki tup tup terus dah takde kaki.
sungguh pinjaman tuhan itu berhak diambil semula bila-bila masa.

"maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" -surah ar-rahman.

p/s: tup tup tahun ni dah tahun 5. pergh. nak rawat ciptaan Allah paling sempurna, takkan nak buat sambil lewa? gulp. jom siapkan diri!

**dialog disunting tanpa menghilangkan maksud sebenar lafaz asal.

Tuesday, December 31, 2013

2014: Terus menyembah Tuhan berhala.

7.00 am.

Aku bangun pagi. Menggeliat. Cahaya mentari menerjah jendela. Sama, hari ini tetap sama. Aku masih mampu bangun, menghirup udara sang pencipta walau aku tak pernah mensyukuri bahkan menyedari suatu nikmat maha kuasa.

“Ah, dah lewat nak ke kelas.”

8.00 am.

Selesai membuat persiapan diri, aku hampar sejadah.

“...اصلي فرض الصبح

Nasib baik dalam Islam boleh qadha solat kalau tertidur. Sengih sendiri.

“Alang-alang atas tikar sejadah ni, baik aku solat dhuha. Nak tanda borang mutabaah amal nanti banyak siket yang 'ticked'.”

Langsung tiada rasa bersalah. Waktu subuh seolah dia penentu waktunya, seakan mengambil alih tugas Tuhan. Sedang tuhan berfirman cukup jelas di dalam surah An-Nisa' ayat 103:

 إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا

Rasa berdosa tadi dibelai manja dengan amal sunat, seolah-olah wajib dan sunat sama darjat.

9.00 am.

Kelas bermula. Terkumat kamit mulut melantunkan doa. Memohon agar diterangkan hati untuk seteguk kefahaman dalam lautan ilmu Tuhan yang ternyata luas. Fokus diberikan 120%.

Tak sampai 15 minit, mata mula melilau-lilau. Jam tangan dipandang, masa terasa seakan berdetik perlahan. Kocek diraba-raba laksana mencari barang yang hilang. Perlahan-lahan 'smartphone'ku dikeluarkan. "Hah, nasib baik ada game. Lecturer ni cakap apa tah aku tak faham. Bosan giler."

Ke mana semangat dalam doa tadi? Entah, macam meminta kepada berhala.

1.00 pm.

Kelas akhirnya tamat. Sampai ke rumah, badan lalu direbahkan ke atas tilam. Saratoga menjadi peneman setia di musim sejuk. Butang ‘on’ pada computer riba ditekan, mahu melempiaskan sedikit keletihan kepada laman sesawang. 

“takpe, zohor kan panjang,” desis dalam hati.

‘Facebook’ dilayari tanpa sedar. Status ulama’ di’share’, ceramah agama di’like’, di’post’kan lagu-lagu nasyid…

“eh, dah dekat pukul 2.45 pm! Aduh aku tak solat lagi.”

Bergegas separuh berlari ke bilik air. Dibasuh muka, tangan, dan segala anggota wudhu. Air diratakan agar segenap kulit mengenai air wudhu, terutama bahagian belakang siku dan tumit yang sering dilepas pandang tanpa sedar.

3.00 pm.

Azan asar berkumandang di segenap penjuru bumi seribu menara, bumi firaun penentang Musa. Kunci rumah dicapai, computer riba di’set’kan dalam mood ‘sleep’ lalu dilajukan langkah ke rumah Allah. Seperti biasa, selesai solat mathurat dibaca dengan penuh penghayatan. Umpama dalam liqa’ yang diketuai hasan al-bana. Penuh khusyuk, dilantunkan kalimat Tuhan dengan makhraj bacaan yang cukup sempurna.

“Apa maksud doa rabitah ni eh?” persoalan timbul di benak pemikiran. 

Pembacaan sejak di bangku sekolah sehingga sekarang, seolah-olah membaca jampi mentera, tanpa difahami walau sepatah perkataan. Cepat-cepat persoalan tadi dibuang jauh dari perasaan tanggungjawab manusia bertuhan.

“Ah takpe, Asalkan aku baca sedap, kira ok lah. Aku balik Malaysia nanti kalau orang suruh aku jadi imam ke tak la malu sangat. Tak macam ahli beit aku, baca quran suara sengau. Haih, bile la die nak betulkan bacaan dia.”

Entah kenapa terjemahan yang memang sedia ada dalam buku kecil mathurat tu langsung tak diendahkan. Seakan tiada ruh untuk duduk sekejap dan mentadabbur ayat-ayat Tuhan. Cukup sekadar boleh membaca, lalu ancaman nabi di dalam hadis dianggap gugur kepada empunya diri.

 تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب الله وسنة نبيه

6.00 pm.

Mesyuarat pengisian usrah.

“Kita perlu mengadakan satu mekanisme penambahbaikan dalam silibus sedia ada. Saya lihat ahli kita masih tidak dapat mengaplikasilkan input yang diberikan dalam usrah untuk membuahkan amal. Jadi di mana silapnya?”

Dalam sesi ‘brainstorming’, segala idea dicurahkan. Semua ahli mesyuarat turut menyumbang idea demi suatu ‘kerja agama’. ‘Neurotransmitter’ terus dipaksa untuk menyambungkan ‘synapse’ di antara sel-sel saraf. Akhirnya keputusan sebulat suara diperoleh. Alhamdulillah.

10.00 pm.

‘Tik.’

Suiz lampu bilik ditekan. “Fuh, jauh betul rumah akhawat ni. Rumah dekat munira, aku duduk zenhom, tak ke kene pusing dunia bile kene jadi musyrif,” membebel sendiri.

“Eh, dia bagi kek buah ke dalam plastik ni,” sambil mata menilik bungkusan plastik hitam yang akhawat tadi bagi. Senyum sendiri.

“Aduh, minit mesyurat tak siap lagi. “

Lalu jari-jemari dipaksa menari di atas papan kekunci komputer riba demi menyiapkan ‘kerja agama’.

.............................

Jam tepat 12.00 malam. Seisi rumah sudah gelap gelita. Kerja masih belum siap sepenuhnya.

“tak pe la berkorban sedikit untuk agama…”

7.00 am.

Ah, dah cerah!


............................................................................................................

Aku bukan mahu kau cari persona dalam riwayat ini,
tetapi mencari ‘engkau’ dalam dongengan ini.

Amal soleh itu mendekatkan, bukan menjauhkan. 
Agama menyuruh agar berkorban, bukan terkorban.

...........................................................................................................


Mata tepat ke kalendar.
Eh, dah tahun baru!
Tapi...

aku tetap yang dulu.

Thursday, February 16, 2012

rindu pada biah solehah

   Sekali sekala teringatkan kenangan silam, pasti rindu juga datang menyapa. Bukan rindu pada peristiwa sahaja, malah rindu pada diri yang dahulunya.

Andai masa boleh dikembalikan, sudah tentu aku juga ingin kembali pada masa yang lalu. Kembali dan mengubah. Tidak ingin membiarkannya terpalit seperti yang aku sudah lakukan kini. Ah, begitulah manusia. Masa yang ada, jarang sekali disyukuri dan diperlakukan sebaiknya.

Hati Hana bermonolog sendirian.

“Assalamu’alaikum..Ha..buat apa ni?”Balqis mencelah.

“Wa’alaikumussalam, nothing la..Cuma terkenang diri yang dahulu..hurm..”Hana sedikit terkejut, lantas menjawab sapaan Balqis.

“Diri yang dahulu? Kenapa dengan yang sekarang? Lain ea? Haa…ana tahu! Sekarang ni kan..sekarang ni kan…dah semakin temban!!haha..”Balqis sempat mengusik.

“Amboi, ye la, ye la..sukanya dia..”Balas Hana. Riak mukanya berubah. Termenung..”
Tiba-tiba dia kembali bersuara,

“Enti, ana rindukan biah sekolah kita dahulu..sangat sangat. I feel that I am far from who I am before. Macam dah banyak berubah. Ana rindu biah solehah di bumi tarbiyah tu. Ana nak kembali ke sana. Nak sangat!”Hana melepaskan perasaan yang bersarang di hatinya. Dia benar-benar memaksudkannya.

“ Kenapa? Sekarang tak best ke? Campus life..”Balqis menyoal. Jauh di sudut hatinya, dia faham akan perasaan sahabatnya itu.

“Bukan masalah best ke tak..tapi keadaan sekeliling  yang banyak berubah. Dan ana sedar yang ana dah jauh banyak berubah. Dahulu kita kan sangat-sangat dijaga soal ikhtilat, apa tidaknya kelas banin dan banat semua diasingkan, jauh sekali berbicara atau ada sebarang interaksi. Hari-hari ada tazkirah dari ustaz-ustazah, jadual seharian di asrama, semuanya penuh dengan agenda membentuk diri dan mengingatkan tentang Allah.”
Hana terdiam..meninggalkan baki perkataannya.

Ana rindu pada biah solehah itu..

..tapi kini, ikhtilat tak terjaga..
..hati selalu terasa kekeringan, tak basah macam dulu..
..jadual harian yang ditentukan sendiri,dengan banyak lubang  yang memberi ruang pada perkara yang lagha.. Allah…Astaghfirullah.”Hana tidak dapat menahan sebak di dadanya. Tangan kanannya disapu cepat pada matanya, tidak ingin membiarkan lebih banyak air mata yang gugur mengalir.

“Kita di sekolah dahulu, kenapa sangat-sangat dijaga dalam persekitaran yang baik? mungkin sebabnya, adalah untuk mentarbiyahkan diri kita. Hidup dalam acuan selalu mengingati Allah, hidup di dalam bulatan syariat Islam, dan hidup dengan mereka-mereka yang menghidupkan kehidupan yang gayahnya adalah Allah. Dan for sure adalah untuk membentuk diri kita.”

“Kehidupan ni bukan selamanya kita harus mengikut dan terikut-ikut dengan suasana sekeliling. Biah solehah tu, perlu diwujudkan. Jika dahulu kita mengikut, jika dahulu kita dibentuk di dalamnya, sudah sampai masanya kita yang perlu menciptakannya.”

Hana terus mendengar. Diam, tidak bersuara.

“Hana, pernah dengar tak ni, “Orang yang hebat ialah orang yang tidak terpengaruh dengan persekitaran, tetapi adalah mereka yang mampu mengubah persekitaran mengikut acuan mereka.”

See..kita tak nak jadi orang yang terpengaruh, misalnya kalau biah tu baik, then kita akan jadi baik, tapi if biah tu kurang baik, then kita kena jadi tak baik jugak ke? No..of course not. Kalau biah tu kurang baik, yang perlu menjadikannya baik, adalah kita. Ana, enti malah semua orang yang berada di satu kawasan tu.
Balqis berhenti seketika, sempat menyedut dan melepaskan udara dua tiga kali juga sebelum menyambung bicaranya.

“Tahu je..keadaan dahulu dan sekarang dah jauh bezanya. Tapi, kat sinilah Allah nak mengajar kita. Bertuhankan Allah kan bila-bila dan di mana-mana sahaja? Bukan di sekolah je..dekat universiti, dekat rumah sendiri, dekat negara yang bukan Islam, dekat tempat yang tak ada orang ke, yes, anywhere.

“Betul, betul..betul sangat.”Hana mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju. Sedikit demi sedikit terukir senyuman di wajahnya.

“Ingat Hana, menjadi hamba Allah itu dimana-mana je kita berada, dan itulah kerja kita 24 hours per day, right? Bukan keadaan sekeliling  yang menjadikan seseorang itu hamba yang taat pada Allah tetapi adalah iman dan taqwa di hatinya. Biah tu faktor yang mendorong.” Balqis mengingatkan.

“Allah, I don’t have words to describe what I feel right know..Alhamdulillah, you give me this reminder through my lovely ukhti.

“Ya, ana akui, ana tak nampak semua tu. Ana selalu rasa khuatir dan risau andai ana berubah bila keadaan berubah, tetapi jarang sekali nak mempertahankan diri untuk tidak berubah. Apatah lagi nak mengubah apa yang dah berubah.” Hana pula berkata-kata.

Balqis menambah, “Biah yang solehah tu, bukan sendiri-sendirinya tercipta, tetapi perlu dicipta.”

“Ya, perlu dicipta dan direalitikan oleh manusia yang di dalamnya. Itulah sebabnya kita perlu saling ingat-memperingati dan saling berusaha untuk mengislahkan diri agar tertegakknya hak dan mewujudkan biah yang terpelihara.”

“Eh, enti tahu tak,campus kite kan sedang lancarkan Hari Biah Solehah! Jadi bukan sahaja mereka pihak atasan yang bertanggungjawab memastikan agenda ni berjaya, bahkan kitalah yang pertama sekali harus memainkan peranan itu.”

“Iye? Seriusly? Ok, rupanya ana extend cuti summer panjang sangat, sampai tertinggal dari tahu agenda best ni..aiwah, bestnye.. terkesan dengan ayat enti tadi, “menjadi hamba Allah itu dimana-mana sahaja”. Syukran.

“Sama-sama. “

“Bila di hati ada Allah, insya-Allah, di mana-mana pun kita akan sentiasa berusaha nak buat apa yang Allah suka. Bukan yang kita suka. :), insyaAllah, moga Allah beri kekuatan pada kite..sama-sama doakan ye.” Balqis menutup kata-katanya. Aisyah tersenyum lebar sambil menganggukkan kepalanya.
***************

mari mewujudkan biah solehah, islam kan cara hidup kita? :)
insya-Allah. 

picture: i luv islam by linselambe, deviant art.

picture: i luv islam.com.

p/s: maaf, sepatutnya, diberi taklifan postkan entry pada tarikh dalam tempoh winter break, tapi waktu tu smua org tngah brcuti kan.. :) cerita di atas adalah nukilan semata, tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggalkan dunia. :P syukran.