SUBHANALLAH

Menikmati keindahan ciptaan Ilahi di Sharm El Sheikh

ALHAMDULILLAH

"seringkali kita melakukan dosa, bertaubatlah selagi bernyawa di dunia ini"

LAILAHAILLAH

"sollu alan Nabi Muhammad SAW"

ALLAHUAKBAR

"Merdeka pada hati jiwa itu lagi bermakna"

ASTAGHFIRULLAH

"Harimu adalah hari ini"

Showing posts with label Program Khas. Show all posts
Showing posts with label Program Khas. Show all posts

Monday, April 1, 2013

International Day 2013


Would you like to learn more about the various cultures we have in campus?

Well, come along and join the fun! On April 4, 2013. Brought to you by Cairo University Faculty of Medicine in collaboration with PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) and Majlis Ketua Batch (MKB). Visit the International Student Booths in front of the Cairo University Convention Centre in our own beloved campus.

Date : 4 April 2013
11.00 am to 2.30 pm – International Student Booths open
3.00 pm to 6.00 pm – Cultural Show at the Convention Centre hall

Ask questions, learn about their countries, their cultures and try their native languages!

"At-Taqwa, As-Syifa, Ar-Rahmah"
~Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati~
Biro Penerbitan dan Penerangan (BPP)
PERUBATAN Cawangan Kaherah 2013/2014

Saturday, March 30, 2013

CAIRO UNIVERSITY INTERNATIONAL DAY

Oleh : Ahmad Tahir, Ketua Batch GenX 2013

AsSalamu’alaikum w.b.t.

1) Utk makluman semua, uni kita akan adakan program wajib setiap tahun, international day seperti berikut:-
*tarikh – khamis (4/4/13)
*masa – 9 pagi hingga 3 petang
*aktiviti – booth pameran, makanan nasional, persembahan

2) pada tahun ni, batch kita akan berkolaborasi dgn batch tahun 5 utk menyediakan makanan warisan MALAYSIA. Segala teknikal tugasan utk menjayakan aktiviti ini akan dimaklumkan kat kelas esok.. ikhwah oleh saya dan akhwat oleh huda

3) sama2lah kita jayakan program ini utk kita promosikan MALAYSIA di mata dunia.. we’re proud to be MALAYSIANS… :)

Tuesday, March 26, 2013

GenX in Epilepsy Day

Wednesday, March 20, 2013

Bengkel Grafik Capai Sasaran

7 April 2012,  Markaz Abou Risy- Biro Multimedia Gen X telah menganjurkan sebuah bengkel grafik sebagai salah satu aktiviti batch kesinambungan dari Bengkel Grafik anjuran PERUBATAN. Hal ini kerana pihak Biro Multimedia berasa bertanggungjawab apabila menerima aduan bahawa ramai ahli batch yang berminat untuk menyertainya tidak terpilih untuk mengikuti program tersebut atas kekangan bilangan peserta yang terhad.

Bengkel ini berjaya mencapai sasaran apabila lebih daripada 1/4 warga batch menyertai bengkel ini terutamanya akhawat. Tenaga pengajar terdiri daripada warga Gen X sendiri, Muhammad Aisar Ayadi bin Kamaluddin yang mengajar asas Photoshop CS5 serta Umar Hakimin bin Mohd Ghani, pelajar Tahun 5 Universiti Kaherah bagi peringkat yang lebih advance.


  ********************gambor*****************************


Respon dari para peserta sangat memberansangkan dan mereka berpuas hati menyertai bengkel ini. Semoga bengkel grafik yang telah dianjurkan oleh Biro Multimedia Gen X mampu melahirkan pembuat poster, pakar grafik, dan designer yang akan menyumbang untuk PERUBATAN seterusnya menggunakan skill yang dipelajari sebagai satu nilai tambah untuk menyebarkan dakwah.


*Terima kasih kepada semua AJK yang menguruskan bengkel ini. Moga Allah memberikan ganjaran yang sebaiknya untuk kalian :)

Saturday, March 24, 2012

CITA-CITA DI LUAR KOTAK KEMATIAN

24 Mac 2012, Markas PERUBATAN Abou Risy - Alhamdullillah, buat pertama kalinya Biro Pembangunan Insan Gen X berjaya mangadakan sebuah kursus jenazah untuk ahlinya. Cetusan idea ini telah diilhamkan sendiri oleh ketua Biro Pembangunan Insan, saudara Mohammad Munawwir Hassan selepas menonton sebuah video ceramah daripada ustaz Don Daniel.




Majlis yang dipengerusikan oleh saudara Mohd Azri bin Abd Rahman bermula seawal jam 9 pagi apabila pembentang kertas kerja pengurusan jenazah, ustaz Syed Aisam bin Syed Idris Al Habshee, sampai ke markas. pembentangan kertas kerja ini berkisar tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan sekitar menziarahi orang sakit, sebelum meninggal dan pengurusan jenazah.

Penyampai memberikan kursus secara teori pada separuh masa pertama dan mengajar secara praktikal pada separuh masa kedua. kami diajar cara-cara memandikan, mengkafankan dan mengebumikan jenazah. selain itu, ustaz Syed juga menceritakan pengalaman sepanjang menguruskan jenazah di bumi Mesir ini.




Secara keseluruhannya, program ini dikatakan berjaya kecuali pengurusan masa yang kurang lancar kerana pelbagai soalan-soalan yang ditujah kepada ustaz menyebabkan masa program terlajak melebihi sejam.





Ilmu fardhu kifayah ini sangat penting bagi memastikan kita sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan kematian, samada ahli keluarga yang terdekat ataupun apabila diminta oleh orang-orang di sekeliling kita. Realiti masa ini, anak muda jarang mengambil penting urusan-urusan 'terpencil' seperti pengurusan jenazah dan sebahagian daripada kita meninggalkan terus perkara-perkara sebegini. Buktinya, kekurangan penyebaran ilmu pengurusan jenazah kepada masyarakat membawa kepada penubuhan khairat kematian di masjid-masjid. Jadi, selaku insan yang cakna, kita tidak dapat tidak perlu untuk mempelajari ilmu ini supaya dapat menyediakan 'khidmat terakhir' setidak-tidaknya kepada kedua ibu bapa kita.


Bersedia atau tidak, kematian itu satu yang pasti. Bukan sahaja perlu untuk kita sedar betapa dekatnya kita dengan kematian, tetapi juga perlunya kesedaran yang tinggi terhadap ilmu-ilmu disebalik sebuah kematian. perlu diingat, ilmu pengurusan jenazah bukannya ilmu yang diturunkan kepada satu garis keturunan yang perlu diwarisi secara ekslusif kepada sekelumit umat sahaja, tetapi perlu dipelajari oleh setiap daripada kita.

Buat akhirnya, syabas diucapkan kepada jawatankuasa pelaksana atas kejayaan melaksanakan program ini.


"cita-cita diluar kotak kematian"


Sunday, December 4, 2011

Professional friend…


Assalamualaikum…


Find out what we’re made of

What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three

I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

Buat teman yang kacak dan manis-manis semuanya,
Apa itu profesionalisme ?  setiap individu mempunyai takrifan yang berbeza tentang apa itu profesionalisme.  Seseorang akan dipandang tinggi jika terlekatnya sifat- sifat profesionalisme dalam dirinya. Profesional  bukan sahaja dengan mempamerkan pakaian yang kemas seperti yang diseru oleh PERUBATAN pada setiap hari isnin, bahkan professional juga merangkumi tindak tanduk,pandangan dan komunikasi dengan orang lain. Jadi , dalam berkawan juga,harus ada sikap professional.
Dalam kehidupan seharian kat bumi Mesir ni, memang 90% aktiviti kita buat dengan kawan-kawan. Kita mula mengenali mereka dan lama kelamaan, kita memahami mereka.  Dalam tempoh masa berkawan ni, tipu kalau kita kata  kita senang dengan semua sikap kawan kita. Sebab kawan kita tu,ada sifat baik dan kurang baiknya.  Kalau macam tu,apa tindakan kita ??? nak terus terasa ??? nak terus membenci???nak terus  mendiamkan diri ??? oleh itu, dalam hal yang sebegini,kita jadi cukup professional supaya ukhwah islamiyyah itu sentiasa dipelihara.
Berikut adalah ciri-ciri profesionalisme dalam persahabatan :-


1
       Bertolak ansur
Tak salah kita bertolak ansur. Beri anggapan positif pada kawan. Mungkin mereka mempunyai masalah sendiri. Ataupun mungkin sikap mereka memang begitu. Sentiasalah berlapang dada untuk memaafkan mereka. Jika berkawan,belajarlah untuk menerima segala baik dan buruk sahabat kita. Andai susah nak terima keburukan, tegurlah dengan cara yang berhemah.

2.
       Berlaku adil
Hati memang organ yang sangat sensitive. Senang sangat tersentuh. Kalau kita dipilih sebagai pemimpin oleh kawan2 kita,macam jadi ketua rumah ke, bila kita buat keputusan, kene ambil kira setiap ahli rumah punya pendapat.  Jangan biar kawan terasa hati kalau keputusan tu berat sebelah.  Dan,janganlah kita menghiraukan kawan-kawan yang  kita  tak senang berkawan. Mereka bukan untuk dihiraukan,tetapi mereka adalah  untuk diraikan.


3. 
      Jujur
Kejujuran sangat penting dalam persahabatan. Bila kita jujur,kita akan lebih dipercayai. Bahagianya hidup apabila orang sekeliling mempercayai dan menghargai. Jadilah insan dan rakan mampu menyimpan amanah orang lain. Jaga hak kawan2 kita,macam mana kita jaga hak kita.

4. 
      Rajin membantu
Kadang-kadang kawan2 malu untuk meminta pertolongan , tapi kita boleh rajinkan diri untuk membantu. Contoh terdekat, kalau hari itu insyirah masak,tapi insyirah ade smart circle sampai maghrib.Insyirah memang berniat nak masak dan xnak susahkan kawan-kawan yang laen.  Kemudian,atiqah yang serumah ni,nak tolong masak untuk hari tersebut tanpa perlu diminta. Insyaallah, selain dikurniakan ganjaran pahala oleh ALLAH, atiqah juga akan disayangi oleh insyirah.

5. 
      Menyokong dan menyuntik semangat
Jika kawan kita jatuh,jangan kita tinggalkan.  Kita x perlu nak dukung habis kawan kita,cukupla sekadar memapah dan biar dia melihat sendiri jalan di hadapan. Mereka sangat memerlukan kita kerana ibu dan bapa mereka jauh di Malaysia. Berilah kata-kata semangat  dan cuba ceriakan hidup mereka.
‘’you can count on me,like one two three” = jadilah seorang  yang boleh dipercayai dan menjadi  tempat rujukan kawan-kawan.

6. 
      Sentiasa memaafi
Berlapang dadalah dan banyak berdoa supaya kita bersabar sekiranya kawan-kawan menyinggung hati dan perasaan.


Dear readers,
      Professional sebenarnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan walau dimana juga berada. Professional bukan sahaja dalam pekerjaan, tetapi  professional  dalam hidup keseluruhannya. Sentiasalah menjadi orang yang professional dan berusahalah untuk  meningkatkan nilai-nilai positif dalam diri.semoga mendapat redha ALLAH..


“ Islam kullu tamam, walakin muslimin misy kullu “ – video hebat, IMPRESSION

 Justeru, profesionalisme dalam diri sememangnya dapat melahirkan muslimin  yang produktif dan berwawasan KULLU !!! insyaallah...

sekian,terima kasih..... assalamualaikum..

Friday, November 4, 2011

pelancaran Hari Biah Solehah



Kasr El-Aini, 3 Nov - Pelancaran "Hari Biah Solehah" telah diadakan di bangunan fisiologi kepada warga mahasiswa tahun dua Universiti Kaherah 2011/2012 di bawah anjuran Biro Pembangunan Insan GENX. program ini disasarkan kepada komuniti mahasiswa tahun dua demi mencapai matlamat untuk melatih berpakaian mengikut syar'ie.

Majlis dimulakan dengan ucapan serta tazkirah daripada wakil Biro Pembangunan Insan GENX, Muhammad Munawwir bin Mohd Hassan. Bersempena Aidiladha yang bakal menjelang, saudara Munawwir kembali mengingatkan tentang sirah nabi Ibrahim A.S., menjelaskan keperluan hati yang sejahtera dan memperlihatkan perjuangan nabi yang mulia ini walaupun terpaksa menentang bapa sendiri, demi menegakkan hakikat agama.

Perasmian "Hari Biah Solehah" disempurnakan oleh saudara Ahmad Luqman bin Ibrahim, presiden Batch GENX. Dalam ucapan ringkasnya, saudara Luqman menjelaskan kembali matlamat perlaksanaan proram ini, menutup aurat suatu kewajipan, bukan sekadar tanggungjawab ke atas diri sendiri, malah menjadi suatu bahan dakwah kepada masyarakat sekeliling. harapan agar kempen ini dapat sama-sama diraikan serta dilaksanakan turut beliau nyatakan.

justeru, saya menyeru agar kita semua, selaku mahasiswa perubatan islam yang bertanggungjawab, menyambut seruan kempen ini, menjadi contoh kepada keluarga, rakan-rakan, masyarakat, negara dan dunia keseluruhannya.

"Biah Solehah pemangkin umat berjaya"


Friday, June 3, 2011

Iftar Jama'ie dan Qiamullail

IMARAH 11, SAYEDA ZAINAB-Bulan Rejab yang merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram dalam Islam telah berkunjung tiba. Bersempena kedatangan bulan yang mulia ini, pihak BPI GEN X (akhawat) telah merancang dan mengatur satu aktiviti batch bagi menyambut kedatangan bulan Rejab seterusnya mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar. Program tersebut telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 2 dan 3 hari bulan Mei 2011. Berikut merupakan tentatif program:

5.30 pm :Kedatangan, Persiapan makanan
6.15 pm :Pembentangan Tokoh (sultan Muhammad Al-Fateh/ Saidina Aisyah)
6.35pm  :(Azan Maghrib) Iftar Jamaie
7.30pm  :Solat maghrib+solat hajat+bacaan yasin
8.20pm  :(azan isyak) solat isyak
8.30pm  :Movie (Valley of The wolves:Palestin 2011) (tingkat 5&6)
10.30pm:Tidur
2.30am  :Qiyam
3.30am  :Subuh+Mathurat
4.30am  :Games (Give words for my ukhties)

              Pembentangan (Rabiatul Adawiyah/Aurat)
5.15am  :Pengajaran Movie dan Penutupan

6.30am  :Bersurai 


     Program telah diadakan di beberapa tingkat di rumah pelajar-pelajar Tahun 1 mengikut kumpulan-kumpulan yang dibahagikan atas kekangan tempat dan jumlah pelajar yang ramai. Walaubagaimanapun, program tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat respon positif dari para pelajar walaupun masing-masing sibuk dengan persiapan pada musim peperiksaan ini. Filem Valley of The Wolves:Palestin 2011 yang ditayangkan juga sedikit sebanyak mendedahkan warga batch kepada realiti kehidupan di bumi Palestin  beserta gambaran kekejaman Israel terhadap saudara-saudara kita di sana seterusnya meningkatkan ruhul jadid dan semangat jihad dalam jiwa-jiwa warga batch di fatrah imtihan ini. 


      Moga program seperti ini dapat dijalankan lagi di masa hadapan agar ukhuwah yang mantap dapat dicipta  selain membuka minda warga batch agar sentiasa cakna dengan isu semasa serta sentiasa termotivasi dengan ketokohan pejuang-pejuang Islam pada masa lalu. Maju negara dan Islam kerana ummah berilmu.





                                                           
Antara babak dalam filem tersebut


SEMOGA KITA MAMPU MENJADI DOKTOR MUSLIM YANG BERILMU
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN
tingkatkan tawakal kepada-Nya, insyaAllah berjaya.
MA3A TAUFIQ WANNAJAH


MAJU GENX UNTUK NEGARA


Saturday, May 28, 2011

BBQ

MALEK AL-SOLIH, 27 Mei- Debaran peperiksaan akhir tahun kian melonjak. Masing-masing sibuk membuat persiapan yang rapi bagi menghadapinya. Namun membaca buku semata-mata tidak mencukupi. Kita sebagai doktor muslim professional memerlukan persediaan mental dan rohani  juga. Oleh itu, kepimpinan GEN X telah menganjurkan satu majlis untuk menigkatkan motivasi dan mengurangkan stress para mahasiswa.

Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah. Kemudian disusuli dengan solat hifzi yang di ketuai oleh saudara Muhammad Munawwir dan Amir Hamzah.

Selepas solat isyak pula, majlis diteruskan dengan majlis motivasi oleh wakil PERUBATAN iaitu saudara Mohammad Suaidi. Beliau membicangkan tentang tips-tips menjawab peperiksaan, cara mengahadapi stress, bab-bab yang perlu ditekankan dalam setiap subjek dan lain-lain lagi. Para mahasiswa sungguh khusyuk dan teruja mendengar motivasi daripada beliau.


Majlis kemudian diteruskan dengan amanat daripada ketua batch GEN X iaitu saudara Rafhan Ridha. Beliau menekankan supaya para mahasiswa tidak hanya belajar kerana peperiksaan tetapi belajar kerana ingin menjadi seorang dorktor muslim yang akan berjaya kelak. Beliau juga berpesan agar para mahasiswa memperbetulkan niat setiap kali sebelum belajar. Hal ini kerana, "adat boleh bertukar menjadi ibadat dan ibadat mampu bertukar manjadi adat".

Ketika saudara Rafhan Ridha sedang memberi ucapan. AJK pelaksana majlis membuat kejutan dengan membawa kek bagi menyambut ulangtahun kelahiran ke-19 saudara Mundzir dan Azri Rahman. Setelah selesai acara memotong kek, semua mahasiswa dijemput untuk menjamu selera ayam BBQ yang telah disediakan.

Tukang masak




Majlis dianggarkan habis pada jam 11.00 malam. Semua yang hadir berpuas hati dan pulang dengan semangat yang baru untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang. Acara ini wajar dilakukan pada masa hadapan.


FOR MORE PICTURES CLICK HERE.....

Sunday, May 15, 2011

Fatrah Imtihan & Annual Dinner


Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji-pujian kepada Allah yang memiliki segala pujian, Selawat dan salam buat Rasulullah; Khatimul Anbiya’.
Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk menulis sepatah dua kata sebagai peringatan untuk kita. Sungguh, peringatan itu tidaklah membosankan sebaliknya amat berguna untuk mereka yang beriman.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Tatkala asyik terleka dengan kesibukan belajar dan urusan harian, sedar ataupun tidak kita berada di hujung tahun sesi pengajian 2010/2011. Dan di akhir sesi pengajian ini, menjadi lumrah untuk kita diuji sejauh mana penguasaan kita terhadap subjek-subjek tahun 1 ini. Walaupun, paradigma kita bukanlah ‘exam oriented’, tetapi sememangnya perlu untuk kita melalui peperiksaan ini untuk menguji tahap ilmu kita lebih-lebih lagi kita semua adalah bakal doktor.

Para ulama’ hadith dan lain-lain bidang, seringkali memulakan penulisan kitab mereka dengan meletakkan hadith yang pertama dalam Hadith 40 Nawawiah. Tujuan mereka hanyalah satu, supaya mereka sendiri dan para pembaca kitab tersebut, memulakan niat sesuatu pekerjaan semata-mata kerana Allah S.W.T.
Niat yang membezakan antara Ibadat dan Adat. Mampu mengubah sesuatu pekerjaan yang kecil pada zahirnya tapi Besar di sisi Allah, dan pekerjaan yang besar pada zahirnya tapi tak bernilai di sisi Allah.

Fatrah imtihan yang sedang kita lalui ini, merupakan ‘benchmark’ untuk 2 perkara.
1.       Untuk tahap penguasaan ilmu kita
2.       Untuk tahap pergantungan dan tawakkal kita pada Allah
Sesungguhnya, pergantungan dan tawakkal pada Allah mustahil akan lahir sekiranya usaha kita tidak disandarkan dengan niat kepada Allah. Ruginya bagi kita, sekiranya usaha kita banyak tapi tidak disandarkan pada Allah akhirnya menjadi ‘debu-debu beterbangan’. Banyak tapi sedikit pun tidak bermanfaat.

Justeru, ayuh kita Tajdid (perbaharui) niat kita, semata-mata kerana Allah S.W.T.

Sahabat-sahabat seperjuangan,

Perjalanan kehidupan kita sepanjang Tahun 1 ini, telah melakar detik-detik yang amat bermakna buat diri kita semua. Saya sendiri merasakan bahawa pengalaman kita pada tahun ini, tidak mampu dicari ganti. Tak akan lapuk dek panas, tak akan lekang dek hujan. Pasti akan terus mekar dalam memori kita semua.

Annual Dinner Gen X PERUBATAN yang akan dilaksanakan selepas tamatnya exam nanti, merupakan satu tanda penghargaan buat kita semua.
Buat kamu semua yang menghidupkan Generasi ke 10 PERUBATAN ini. Saya yakin, majlis ini juga pasti akan mengukir memori yang indah buat kita.
  
Hakikatnya, hubungan persahabatan (ukhwah) adalah amat penting hinggakan para ulama’ mengatakan bahawa nikmat terbesar selepas nikmat Iman & Islam adalah nikmat sahabat-sahabat yang soleh dan baik. Maka, majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan persahabatan yang sedia terjalin hingga ia kukuh bak binaan yang teguh.
Mustahil kiranya jika sebahagian sahaja yang turut serta dalam majlis ini. Ibaratnya, seperti pasir tidak mahu menyertai batu-bata, simen dan air dalam pembinaan sebuah bangunan. Pastinya bangunan itu akan cacat bahkan tidak kukuh sama sekali.

Justeru, saya menyeru kepada semua ahli Gen X PERUBATAN untuk mengambil bahagian dalam majlis yang akan diadakan ini. Ketepikan masalah yang timbul, kerana matlamat & hajat kita lebih besar dari masalah-masalah yang timbul itu.
Usah risau tentang wang atau bayaran yang dikenakan. Saya selaku orang yang di amanahkan untuk menjaga kebajikan semua ahli-ahli batch, memberi jaminan untuk mencari alternatif untuk selesaikan masalah yang timbul terutama berkaitan dengan duit.  

Sahabat-sahabat yang diredhai Allah,

Akhir kalam, sama-samalah kita muhasabah kembali diri kita. Ingatlah bahawa, fatrah imtihan yang berlangsung ini, adalah peluang untuk kita lebih taqarub (mendekatkan) dengan Allah.
Teringat kata-kata senior, “Laksanakan Kefardhuan, Tinggalkan Maksiat”.
Maka yakinlah, jika kita jaga hubungan dengan Allah (HDA), insyaallah Allah akan bantu kita.

LETS STRIVE TOWARDS MUMTAZ!

Muhammad Rafhan Ridha Bin Mohd Diah
Wakil Gen X PERUBATAN
Sesi 2010/2011

Saturday, April 23, 2011

Academic Talk

MOUNIRA,23 April-Memandangkan peperiksaan akhir tahun bakal menjelang tidak lama lagi,pihak akademik Generasi 10 Kuliah Perubatan telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan 'Academic Talk' bagi menerangkan segala persoalan pelajar-pelajar akhawat mengenai format peperiksaan dan sebagainya. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi. 'Academic Talk' ini telah disampaikan oleh beberapa orang pelajar tahun dua yang dijemput khas. Untuk pengetahuan, mereka merupakan subjek master serta merupakan pelajar-pelajar yang cemerlang bagi Generasi 9 Kuliah Perubatan. Program ini telah dipengerusikan oleh saudari Siti Noor Izaty binti Rosli.




Pengerusi majlis


Program ini disudahi dengan penyampaian cenderahati kepada pihak yang memberikan 'talk' oleh saudari Anis Zarina binti Zarini.

Banyak input yang berguna telah diperolehi oleh semua pelajar akhawat melalui program ini. Semoga input yang diperolehi mampu menyumbang kejayaan yang cemerlang kepada pelajar-pelajar serta memberi semangat yang baru kepada para pelajar agar tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha ke arah kejayaan di samping mengabdikan diri sebagai hamba-Nya di muka bumi ini.

Friday, April 22, 2011

Iftar Jamaie dan SC Gabungan- Kali Kedua


Fustat, 22 April - Iftar Jamaie batch generasi ke-10 telah diadakan buat kali kedua di BEIT SMART MUSLIM. Iftar Jamaie ini diadakan dengan tujuan untuk menerapkan amalan-amalan sunat iaitu berpuasa sunat bagi setiap hari Isnin dan Khamis di samping merapatkan lagi hubungan sesama ahli batch. Majlis yang diadakan begitu meriah dengan bertambahnya jumlah ahli batch yang hadir berikutan kepulangan kesemua ahli batch selepas evakuasi revolusi Mesir berbanding Majlis Iftar Jamaie kali pertama yang diadakan ketika masih ada segelintir ahli batch yang berada di Malaysia.

Majlis dimulakan selepas Solat Fardu Maghrib. Konsep Iftar yang diadakan menggunakan konsep 'pot luck' dimana setiap rumah dikehendaki membawa lauk ataupun manisan. Kesemua Ahli batch sangat berpuas hati dengan makanan yang disediakan.


  
 





 Iftar Jamaie seterusnya diteruskan dengan Bacaan Surah Yaasin yang diketuai oleh Saudara Muhammad Badri bin Ahadin dan juga sedikit tazkirah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Ketua Batch Rafhan Ridha.
    









Secara keseluruhannya, ahli batch sangat berpuas hati dengan program yang diadakan. Majlis berakhir Sebelum Isyak dan diteruskan dengan program SC Gabungan yang diadakan oleh PERUBATAN.

Smart Circle GABUNGAN

 SC gabunngan yang diadakan buat kali kedua juga pada kali ini membincangkan mengenai kitab 'Apa Erti Saya Menganut Agama Islam'  bahagian kedua yang dikarang oleh Syeikh Fathi Yakan. Daurah kali ini telah disampaiakan olah Ustaz Subki bin Zakaria daripada Universiti Al-Azhar Jurusan Syariah Islamiah. Pada Sc Gabungan kali ini, Ustaz telah membincangkan mengenai topik yang amat dekat dengan pelajar Islam spesifiknya pelajar Mesir mengenai Harakah Islamiyah.

Diharapkan SC Gabungan kali ini dapat memberikan pencerahan ilmu yang mantap kepada semua ahli batch generasi 10.

Thursday, April 14, 2011

Annual Dinner Committee Member


COMMITTEE MEMBER

Director
Zainol Izzuddin bin Zulkifli

Vice Director
Rabiatul Adawiyah binti Mohd Dom Arang Bilong

Secretary I
Muhammad Khairul Adha bin Fuaad

Secretary II
Nurfaizah binti Abdul Aziz

Treasurer I
Afiq Zulhimi bin Zairudin

Treasurer II
Amanina Syuhada binti Ahmad Nasri

Unit of Communication
Afiq Zharif bin Hussin
Dina Adillah

Unit of Protocol, Reception and Registration
Ahmad Luqman bin Ibrahim
Tasneem Aini binti Ahmad Rushdan

Unit of Souvenirs
 Ahmad bin Abdul Rahim
Ainatul Mardhiah binti Mohammadin


Unit of Hall and Technical
Khairul Adli bin Idris
Shahamin binti Mior Ahmad Ramdzan

Unit of Transportation
Wan Muhammad Fawwaz
Rabi'atul Adawiyah binti Ahmad

Unit of Presentation and Multimedia
Ahmad Annasaaie bin Abdul Ghaffar
Syakirah Farha binti Mohd Razip

Unit of Publicity
Mundzir bin Zainuddin
Muhammad Khair bin Ali
Nurul Najihah binti Khalid al-Walid
Farah Nur Ziha bintiBadrul Hisham

Unit of Special Tasks
Ahmad Syafiq Mohd Hassan
Nursufia Hanim binti Mat Nawi