SUBHANALLAH

Menikmati keindahan ciptaan Ilahi di Sharm El Sheikh

ALHAMDULILLAH

"seringkali kita melakukan dosa, bertaubatlah selagi bernyawa di dunia ini"

LAILAHAILLAH

"sollu alan Nabi Muhammad SAW"

ALLAHUAKBAR

"Merdeka pada hati jiwa itu lagi bermakna"

ASTAGHFIRULLAH

"Harimu adalah hari ini"

Sunday, August 28, 2011

Pilihlah Aku….

p/s: Artikel ini dikarang sepenuhnya oleh seseorang yang berjiwa riang dan hyperactive, 'author' hanya menyampaikan sahaja. 

Untuk kesekian kalinya hatiku mengeluh..hujan masih lebat.. bertemankan gelap malam yang makin pekat……“ngek btol la…dah brape kali cmni…ishh….terukla kau nih!” hati mencela diri sendiri.

‘Orang yang sibuk melakukan kebaikan takkan sempat melihat kejahatan orang lain.’
Demikian kata2 hikmah yang tiba2 menerjah minda. Ahhhh….terasa diri sendiri sangat kurang berbuat baik. Ada masa nak mengumpat, boleh lagi nak kutuk orang, takde hal la nak komen2 perangai orang lain. Belum masuk buang masa dengan benda2 lagha. Aduhh..terasa diri amat hina. Usia kian meningkat, tapi masih merangkak menyusur jalan taubat. Allah….pilihlah aku untuk kembali ke jalanMu.


Betapa sekali sekala berbuat kebaikan, terasa hebat pulak. Tak sedar riak bertandang, terasa nak je kena puji, nak orang tahu. Padahal pada pandangan Allah, nilai amal sebegitu tidak berharga walau sedebu. Allah…..pilihlah aku untuk ikhlas.

     Malam kian larut. Mata masih berkelip diheret kembara hati yang bercelaru. Apa destinasi aku saat ini? Apa yang aku mahu dari hidup ini? Siapakah aku di dunia ini? Kembara hatiku terus melangkau dinihari. Hati besar dan hati kecil terus berebut mengemudi diri!

Sampai bila kau nak berdegil? Pasrah dan menyerahlah! Tapi menyerah bukan bererti mengalah, bukan berhenti usaha. Tapi laksanakanlah semurni tadbir dan tunggulah sesuci takdir. Kerana di sinilah kita merancang dan bertindak. Allah lebih mengetahui.

Allah tahu hati kita resah kerana dosa. Allah tahu kita menyesal kerana mungkin tak betul2 memanfaatkan Ramadhan sepenuhnya. Allah tahu kita sedih mengenangkan hitamnya hati, kurangnya ibadah, entah khusyu tidak, entah ikhlas tidak. Allah tahu kita khuatir lepas Ramadhan nanti adakah kita masih sama seperti dulu? Masih diulit nafsu, dipalit dosa yang lalu.

Dan Allah juga tahu wahai sahabat….Allah tahu kita ingin kembali kepadaNya. Allah tahu betapa kita mengharapkan hati yang benar2 cinta akan Tuhannya, bibir yang selalu basah berzikir menyebut namaNya, tubuh yang ringan bersujud berdoa penuh khusyu. Dia Maha Tahu…bahawa kita terlalu ingin bertaubat, terlalu ingin merasa tenang dengan redhaNya. Allah tahu itu. Dan kau juga tahu hakikat ini bukan?

‘Dirikanlah sembahyang jika ingin bercakap-cakap dengan Allah’ pesan Al-Hakim, seorang ulama. Hatiku mengeluh….malas.
“Malam-malam macam ni, hujan pulak..sejukla nak berwudhu!”
‘Bukalah Al-Quran dan bacalah surat cinta dari Tuhanmu jika kau ingin mendengar ‘suara’Nya’ pesan Al-Hakim lagi. Hatiku mengeluh lagi…..malas.
Wahai diri, betapa gelapnya hati. Dan betapa tinggi gunung dosa tak terdaki. Aku malas, aku jemu, aku lesu menujuMu.


Hujan rintik-rintik tidak berjaya mengusap hati gundahku. Gelap malam pekat seolah-olah marah pada diriku yang menatapnya. Agaknya dia pun jelak dengan aku yang berdosa. Tapi…….nanti!! Aku masih hidup dan bernadi. Pintu taubat masih terbuka lagi. Biarlah wajah malam menatapku penuh benci, tapi aku yakin Tuhanku tidak begitu.

Wahai diri…..rasa bersalah dan penyesalan yang bertandang tatkala kau berdosa itu adalah petanda hatimu masih hidup. Itulah peringatan yang Allah bekalkan secara tabii untuk menjaga fitrah insani.

Wahai diri….biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak, dalam taubat demi taubat yang tidak ‘menjadi’ berbanding marathon dosa yang maju dan laju tak berhenti. Lebih baik begitu, lebih baik hatimu terdera dengan rasa berdosa daripada selesa tertipu dengan ‘nikmatnya’ dosa itu.

Wahai diri, ingatlah wahai diri….sekalipun kau terhijab dari mengecap nikmat ketaatan, tapi jangan sampai kau tertipu dengan nikmat kejahatan. Tidak mengapa jika kau selalu menangis kerana dosa, jangan kau tersenyum kerananya! Ingatlah selalu, kejahatan yang selalu menyebabkan kau menangis lebih baik daripada kebaikan yang menyebabkan engkau takbur ego.

Tebabooo!! Kebaboooomm!! Kilat dan guruh beradu kekuatan. Sinar kilat memancar. Bunyi guruh gegak gempita seolah-olah memprotes angan-anganku terhadap keampunanNya.

Tetapi hatiku tetap terpujuk untuk terus berdialog sendiri, ibarat limpahan hujan yang tak pernah terpanggang dibakar mentari siang. Agaknya begitulah siraman rahmat Tuhan yang masih sudi menyapa hati insan berdosa. Seperti hatiku…


Berperang dengan diri memang payah. Kalau aku menguasai nafsu, aku menguasai duniaku. Tapi kalau nafsu menguasai aku bagaimana? Ingatlah wahai diri, dunia itu adalah hamba yang baik, tetapi tuan yang sangat jahat. Bila engkau dikuasai dunia, kau akan merasa tuan apabila berhadapan dengan Tuhan…bukan lagi sebagai hamba.

Malam pekat dan bumi sabar menanti terjahan hujan yang tiada henti. Bumi tak pernah mengeluh sejak jutaan tahun hujan membasahinya. Walau dipijak telapak kaki insan kotor seperti aku, bumi tetap redha. Namun kesabaran itu berbatas. Akan tiba masa bumi menjepit kuburan, menghimpit penderhaka yang tidak pernah sujud.

Dan begitu jualah keampunan Tuhan. Ada batas waktu dan sempadan masa. Justeru bertaubatlah sebelum nyawa sampai ke tenggorokan.

Dan entah mengapa tiba-tiba aku bangun……menuju toilet. Berwudhu. Tekadku satu. Aku ingin bercakap denganMu melalui solatku. Aku ingin mendengar ‘suara’Mu dengan membaca surat cinta. Surat cinta yang menjadi mukjizat Muhammad Rasulullah. Oh, bagaimanalah agaknya kalau Baginda kenal aku. Kalaulah Baginda ada di sini melihat umat jenis apakah aku ini. Alangkah malunya…..


Dalam sujudku, air mata panas mengalir laju….terkenang dosa lalu. Rasa sesal menyelubungi diri. Kekadang terasa tiada harapan lagi untuk memperbetul diri. Takut kelak dosa terulang lagi. Jangan wahai diri, janganlah dosa dan kelalaian yang lepas menyebabkan kau berputus asa dengan rahmat dan janji Allah, untuk hari esok dan selamanya. ‘don’t let your past destroy what comes tomorrow’ macam tu la bait lagu westlife; A Fragile Heart. Aku memang suka promote lagu westlife. Nak buat macam mana~ kih3…

39:53 (biasenye org cm aku malas nk bertindak ble nmpak numbo2 mcm nih,,keh3~)

Bagi sahabat2 yang berjaya memanfaatkan Ramadhan sepenuhnya, hingga terhasil  peningkatan dalam diri…semoga sahabat terus istiqamah dan ikhlas.
Sentiasa bersabar dan bersyukur.
Bagi org2 mcm aku…yang terasa menyesal sikit2 akibat banyak tengok tv, tido dan menyanyi serta melahap di malam hari semata-mata……………………………
jangan pernah berhenti untuk kembali kepada Ilahi Rabbul Izzati! Sungguh, Dia rindu mendengar suara kita merintih mengadu padaNya. Sahutlah seruan rindu itu. Beribadatlah hingga kita penat melakukan dosa. Semoga Allah memilih kita untuk selalu bertaubat.

Haaahhh~  exhaling all the sifat mazmumah dalam diri…if only its that easy..sigh~

ALLAH…..pilihlah aku dan mereka, untuk sentiasa mengingatiMu, merasa malu dan takut padaMu. Pilihlah aku dan mereka untuk menghuni syurgaMu, menangis keranaMu, merasa kemanisan beribadah kepadaMu, merasa indahnya bercinta denganMu……Bersihkanlah hati-hati ini…..terimalah taubat ini…..Wahai Yang Maha Mendengar lagi Maha Memperkenankan Doa….makbulkanlah doa-doa kami.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Ayat2 best dlm artikel ni byk dpt dr orang…myahaha!
Harap perkongsian bermanfaat. ~smile yaww~

By: akula!

selingan bersama :)

Nikmat anggota-anggota badan juga terus menghayati ibadah puasa; tidak bercakap keji, tidak mengumpat, tidak menabur fitnah, tidak mencaci mencerca, tidak melakukan perbuatan sia-sia, tidak melakukan kezaliman dan penipuan dan lain-lain perbuatan buruk lagi keji. Senjata yang sangat berkesan bagi meninggalkan dan membuang perkara-perkara, perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan keji itu ialah ibadah PUASA. Perkara ini pernah dijelaskan oleh Dr Muhammad Abdoh Yamani.siapakan beliau?? J  



Jika kita membandingkan orang zaman dahulu dan orang zaman sekarang, dengan berlalunya bulan Ramadhan, hati mereka mejadi sedih. Maka, tidak hairanlah bila pada malam-malam terakhir Ramadhan, pada masa Rasulullah SAW, Masjid Nabawi penuh sesak dengan orang-orang yang beri’tikaf. Dan di sela-sela i’tikafnya, mereka terkadang menangis teresak-esak, kerana Ramadhan akan segera berlalu meninggalkan mereka. SUBHANALLAH. Zaman sekarang jarang sekali menemui orang yang seperti mereka. Usahkan beri’ktikaf pada malam hari raya aidilfitri, malah mereka lebih suka bermain mercun dan hampir lupa bahawa bulan ramadhan, bulan yang memberi seribu makna akan meninggalkannya dan masih jadi persoalan yang bergelumang dalam benak fikiran samada kita masih diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun berikutnya... semuanya adalah atas ketentuan YANG MAHA KUASA .

Ada satu riwayat yang mengisahkan bahwa kesedihan ini tidak saja dialami manusia, tapi juga  para malaikat dan makhluk-makhluk Allah lainnya. 

Dari Jabir RA, Rasulullah SAW bersabda, “Di malam terakhir Ramadhan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan para malaikat, karena akan berlalunya Ramadhan, dan juga keistimewaannya. Ini merupakan musibah bagi umatku.”

Kemudian ada seorang sahabat bertanya, “Apakah musibah itu, ya Rasulullah?”

“Dalam bulan itu segala doa mustajab, sedekah makbul, segala kebajikan digandakan pahalanya, dan seksaan kubur terkecuali, maka apakah musibah yang terlebih besar apabila semuanya itu sudah berlalu?”
Ketika mereka memasuki detik-detik akhir penghujung Ramadhan, air mata mereka menitis. Hati mereka sedih. 

Betapa tidak. Bulan yang penuh keberkahan dan keredhaan Allah itu akan segera pergi meninggalkan mereka. Bulan ketika orang-orang berpuasa dan menghidupkan malam-malamnya dengan ibadah. Bulan yang Allah bukakan pintu-pintu surga, Dia tutup pintu-pintu neraka, dan Dia belenggu setan. Bulan yang awalnya adalah rahmat, pertengahannya ampunan, dan akhirnya pembebasan dari api neraka. Bulan ketika nafas-nafas orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada minyak kasturi. Bulan ketika Allah setiap malamnya membebaskan ratusan ribu orang yang harus masuk neraka. Bulan ketika Allah menjadikannya sebagai penghubung antara orang-orang berdosa yang bertaubat dan Allah Ta’ala.

Mereka menangis kerana merasakan bahawa mereka masih lagi belum banyak mengambil manfaat dari Ramadhan. Mereka sedih kerana khuatir amalan-amalan mereka tidak diterima dan dosa-dosa mereka belum dihapuskan. Mereka berduka kerana boleh jadi mereka tidak akan bertemu lagi bulan Ramadhan yang akan datang. 

Suatu hari, pada sebuah solat aidilfitri, Umar bin Abdul Aziz berkata dalam khutbahnya, “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kalian telah berpuasa karena Allah selama tiga puluh hari, berdiri melakukan shalat selama tiga puluh hari pula, dan pada hari ini kalian keluar seraya memohon kepada Allah agar menerima amalan tersebut.”

Salah seorang di antara jama’ah kelihatan bersedih. 

Seseorang kemudian bertanya kepadanya, “Sesungguhnya hari ini adalah hari bersuka ria dan bersenang-senang. Kenapa engkau malah bermuram durja? Ada apa gerangan?”

“Ucapanmu benar, wahai sahabatku,” kata orang tesrebut. “Akan tetapi, aku hanyalah hamba yang diperintahkan oleh Rabb-ku untuk mempersembahkan suatu amalan kepada-Nya. Sungguh aku tidak tahu apakah amalanku diterima atau tidak.”

Kekhuatiran sedemikian rupa juga pernah menimpa para sahabat Rasulullah SAW. Di antaranya Sayidina Ali bin Abi Talib. Diriwayatkan, di penghujung Ramadhan, Sayyidina Ali bergumam, “Aduhai, andai aku tahu siapakah gerangan yang diterima amalannya agar aku dapat memberi ucapan selamat kepadanya, dan siapakah gerangan yang ditolak amalannya agar aku dapat ‘melayatnya’.”

Ucapan Sayyidina Ali RA ini mirip dengan ucapan Abdullah bin Mas’ud RA, “Siapakah gerangan di antara kita yang diterima amalannya untuk kita beri ucapan selamat, dan siapakah gerangan di antara kita yang ditolak amalannya untuk kita ‘layati’. Wahai orang yang diterima amalannya, berbahagialah engkau. Dan wahai orang yang ditolak amalannya, keperkasaan Allah adalah musibah bagimu.” 

Imam Mu'alla bin Al-Fadhl RA berkata, "Dahulu para ulama senantiasa berdoa kepada Allah selama enam bulan agar dipertemukan dengan Ramadhan. Kemudian mereka juga berdoa selama enam bulan agar diterima amal ibadah mereka (selama Ramadhan)."

Beruntung dan berbahagialah kita saat berpisah dengan Ramadhan  yang membawa segudang pahala untuk bekal di akhirat.. Jika kita merenungi keadaan-keadaan salafus shalih dan menghayati bagaimana mereka menhabiskan waktu-waktu terakhir ramadhan, bagaimana mereka memakmurkan dengan amal solehnya, Insyaallah kita akan menyedari betapa jauhnya jurang jarak kita dan mereka.

(MUHASABAH) Oleh itu, bagaimana pula dengan kita wahai sekalian teman seperjuanganku GEN X?? Adakah perasaan kesedihan itu hadir dan terdetik dalam hati kita di kala Ramadhan akan meninggalkan kita?? Atau sebaliknya, malah bergembira menyamburt kedatangan HARI RAYA AIDILFITRI, sehinggakan malam sepuluh hari terakhir, yang mana seharusnya kita semakin giat melaksanakan amalan=amalan ibadah, malahan kita menyibukkan diri dengan berbelanja, membeli baju baru, memasak, membuat kuih raya dan lain.

Padahal, pernahkah kalian membuka mata melihat orang disekeliling anda, masih ramai di antara mereka yang bersusah payah untuk mendapatkan sesuap nasi untuk berbuka hari ini, bukannya untuk besok,apatah lagi untuk majlis rumah terbuka hari lebaran..malahan tidak pernak terdetik di hati mereka untuk membeli baju baru dan sebagainya

TAPi adakah salah bila kita menyambut kedatangan HARI RAYA AIDILFITRI dengan kegembiraan? Tentu saja tidak. Bukankah Rasulullah SAW telah mengatakan, “Wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kaum mempunyai hari raya, dan sesungguhnya hari ini adalah hari raya kita.” (HR Nasa’i). 


Sujud ku pada Sang Penguasa
Ta’dzim ku kepada Raja Malam yang membawa ku pada
Gerbang  Kebesaran Bulan Ramadhan
Sucikanlah hambamu dengan basuhan Maghfirah-Mu
SELAMAT BERAMAL DI MALAM DUA TERAKHIR RAMADHAN

p/s: SELAMAT HARI RAYA SAYA UCAPKAN KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI GENX. SAYA MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON MAAF BUAT SEMUA ANDAI ADA TERSALAH BAHASA, TERKASAR BICARA...J SALAM LEBARAN..

Wednesday, August 24, 2011

sabar itu indah~

بسم الله الرحمن الرحيم
Saya ingin berkongsi sebuah kisah yang mungkin boleh dijadikan pengajaran untuk kita semua. Seorang petani miskin mengharapkan perubahan dalam hidupnya. Dia selalu mengharapkan agar keajaiban berlaku. Pada suatu hari, seperti biasa, dia keluar dari rumah dan pergi ke belakang rumah untuk melihat tanaman dan angsa kesayangannya.
Alangkah terkejutnya petani tersebut apabila dia melihat di dalam reban angsanya ada sebiji telur emas. Pada mulanya, dia tidak mempercayai kejadian tersebut, namun setelah beberapa ketika kemudian, dia menjerit kegembiraan dan menyanyi sambil melambung-lambung telur emas itu. Tanpa berlengah lagi, dia terus menjual telur itu dan sebagai pulangan petani tersebut dapat membeli makanan dan minuman yang enak-enak yang selama ini hanya menjadi impiannya.
Keesokan paginya, dia tidak sabar-sabar lagi untuk pergi ke belakang rumah untuk melihat ke dalam reban angsanya. Sekali lagi, dia mendapati ada sebiji telur emas di sana. Petani itu melompat kegembiraan, dan sekali lagi dia keluar ke pekan untuk menjual telur emas itu dan membawa pulang banyak barangan keperluan rumah.
Ekoran daripada kejadian memperoleh telur emas tersebut, kehidupan petani itu benar-benar berubah. Dia kini tidak perlu lagi bekerja keras, tetapi hanya mengharapkan angsa kesayangangnnya untuk bertelur. Riak kemewahan ini memang menggembirakan.
Pada pagi hari ketiga, petani itu pergi ke reban angsanya dan seperti hari semalam, ada sebiji lagi telur emas tersedia untuknya. Hari itu, dia mula berfikir sendirian dan berkata pada diri sendiri, “Alangkah baiknya kalau angsa ini bertelur tidak hanya sebiji sehari. Tidak perlulah aku menunggunya setiap hari...”
Otaknya ligat berfikir apa yang patut dilakukannya sambil matanya tertumpu kepada angsanya dengan pandangan yang kurang menyenangkan. Dipendekkan cerita, tanpa berfikir panjang, dia terus menangkap angsanya itu dan dengan menggunakan sebilah pisau tajam dia terus membelah perut angsa malang tersebut.
Alangkah terkejutnya setelah angsa itu terkulai layu, dia tidak menemui walaupun sebiji telur emas didalam perut angsanya. Dia sangat kesal dengan perbuatannya itu namun tiada apa yang boleh dibuat untuk menyelamatkan angsanya kerana ia telah mati. Walaupun seberat mana kesedihan yang ditanggung, sepahit mana kepedihan hati untuk mangakui hakikat, kehidupannya kembali seperti dulu, susah dan melarat.
Begitulah sebenarnya apa yang terjadi dalam kehidupan manusia, mereka merasakan bahawa untuk bersabar itu susah, tetapi sebenarnya untuk menanggung akibat daripada tidak bersabar itu jauh lebih susah. Oleh itu, jika kita berhadapan dengan ujian dan kesukaran hidup, ingatkan diri untuk bersabar dan terus bersabar.
Rasulullah s.a.w bersabda : “Dan solat itu laksana sinar rembulan, sedekah itu bukti keimanan, sedangkan sabar itu laksana sinar matahari.” (riwayat Muslim)
Ya, benar!! Sabar itu bukanlah satu perkara yang mudah dilaksanakan kerana padanya terdapat kesulitan dan kepenatan. Walaupun sinar matahari itu panas dan tidak menyelesakan, manusia amat memerlukannya untuk mengeringkan pakaian yang basah dan menjadi sumber tenaga kepada pelbagai tanaman dan tumbuhan serta haiwan agar hidup segar dan sihat. Bumi akan menjadi gelap dan suram tanpa kehadiran sinaran sang matahari. Itulah ibarat sifat sabar. Kita amat memrlukannya walaupun ia menagih sedikit kesusahan. Sesungguhnya sabar itu indah!!
p/s : selamat berpulun habis-habisan dalam beribadah terutamanya zon 10 hari terakhir Ramadhan ini dan selamat menghadapi imtihan kepada sahabat-sahabat yang bakal menghadapi duur thani, rabbuna yusahil insyaAllah=)

Wednesday, August 17, 2011

Eyhh!! ROTI JOHN!!


Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...

1 hari, di bln Ramadhan, burung2 pon berkicauan waktu tuh... ketika itu, Abu (sekadar gelaran) dan ibu sdg sebok mncari juadah di bazaar ramadhan... in the same time... Kak Nyah (bukan nama sebenar) bersame bff Miss J. Sdg sebok membelek barang2 kt SOGO... SALE rr katekan...  

Situasi 1: Abu dan ibu...
Abu: Eyhh!! ROTI JOHN!! Nak nak nak!!... tapi... Eyhh!! MURTABAK!! Nak  nak nak!!... ya Allah!! CHAR KUEY TEOW!! My feverrettt!!! Nak nak nak!! Tapi... err.... (dilema dalaman)
Ibu:  yaAllah!! Budak nihh~~~ (perasaan marah+geram+tension bercampur baur)... cepatlah Abu!! Ibu nak balik nih... nak berbuka da nih!!

Situasi 2: Kak Nyah dan Miss J.
Miss J:        cepatlah Nyah!! Da 2 hours da aku tggu u!! Sakit kaki i taw!! Maklumlah.. i pkai high heels JimmyChoo i yg MAHAL nih.. cpat lah decide which designer handbag do u want?
Kak Nyah: entah lah J... i pon x taw nak plih mane nih... bag Birkin nih cantek... Laura Ashley nih is sooo in fashion rite now!! Haaa!!! (emosi geram gedik akibat dilema) mcam mane nih J? I can not choose lah!!!
***
X kire lah situasi 1 or 2... ape yg korg boleh deduce?? Apekah persamaan antare situasi ini?

Ya!!! Betol tuh!! Anda bijak!! Jawapan anda tepat sekali!! Ya!! Tahniah!! Menarik jawapan anda!!

They are suffering from a phenomenon called: RAMBANG MATA...

Maka, para pembaca sekalian... entry kali nih saya akan cerita tentang MATA... yes, there is no mistake about it... this entry is about our EYES

InsyaAllah... entry nih akn divided into certain sesi... just to mudahkn pembacaan sahaja...

          Sesi 1: ok... i dah kenal... u mcam mane?

Anda kenal dengan mata anda? Betul anda kenal? are u sure? Sooo... let me tell u these:
tahukah anda kita dilahirkan buta warna? Tangisan kita pada awal kelahiran sekadar teriakan tanpa air mata sehinggalah kita berusia kira-kira 6-8 minggu. Tahukah bahawa it takes 3 years for us to see the world with colours?

Tatkala kita membesar dan menua... Mata kita berkelip lebih daripada 10 juta kali setahun. Kita belajar di sekolah... memburu cita2... tahukah mata kita menyumbang 85% ke arah jumlah pengetahuan yang kita ade? Kita mengingat kita menghafal... tahukah 80% daripada ingatan kita terdiri daripada imej visual... berapa banyak imej yang kita tgk eyh?? X banyak pon... Dalam 24 juta imej je... tuh pon kalau jangka hayat kita ‘normal’. Ohhh... x penat ke mata? X lah... Alhamdulillah sbb DIA telah mencipta agr mata tidak akan haus...

Sesi 2: ok... i nak buat pe skarg nih?

What have u guys done with ur eyes recently?
Baca mukabuku?? Ok... aslkan link yg btol... xde maslh
Baca buku subjek?? Ok... mantap... x kire lah anda study utk duur atau saje2... teruskan usha... warga GenX sentiasa mnyokong!!
Baca KalamAllah?? Alhamdulillah... keep it up!! Semoga kita dpt khatam bersama utk thn nih... insyaAllah...

Haa... trivia off the day!!
Korg ade x experience mcam situasi kt atas tuh? Alaaa... phenomenon called: RAMBANG MATA tuh?? Kalau ade... boley cure ke??

I’m not so sure bout curing it... but i can give a hint...
Ketahuilah, ade 4 sebenarnye distraction yg Paling besar dalam hidup nih...
  1. Dunia
  2. Manusia 
  3. Syaitan
  4. Nafsu


Alhamdulillah... dlm Ramadhan nih... distraction ke-3 da xde... tggal 3 je lg... 
Dunia... Manusia... Nafsu...
Dengan MATA lah kite boleyh ter-distract... Bile MATA da distracted... jd lah mcam kt atas...
Kalau nk protect diri camne plak? Ok... try nih:
‘Forward’ --> your solat‘Download’ --> pahala...‘Firewall’ --> your iman‘Backspace’ --> from syaitan‘Bookmark’ --> to Allah SWT‘Delete’ --> Allah’s enemies,‘Copy paste’ --> from the Al-Qur’an and Sunnah‘Help’ --> your muslim brothers n sisters‘File’ --> your amal‘Edit’ --> your akhlaq‘View’ --> your good and bad deeds‘Search’ --> the straight and right path
insyaAllah... u'll have the rite path.. 
Salam Ramadhan... bittaufiq wannajah bagi yg akn reseat... insyaAllah... MUMTAZ dalam genggaman...

Monday, August 15, 2011

Simple Tazkirah


BISMILLAHHIRAHMANIRRAHIM….
Assalamualaikum semua…
Alhamdulillah sebab hari nie kita masih lagi dikurniakan peluang untuk terus menghirup udara Ramadhan…..
Tp kan.. Cukup ke rasa syukur tu sekadar dengan ucapan je??? Kan lebih elok kalau kita zahirkan lg rasa syukur atas nikmat yg Allah dah kasi tu dengan perbuatan dan amalan zahir kita.. Tak gitu??
Ha!! Sebabkan awal-awal tadi kita bersyukur sebab Allah masih kurniakan kita kesempatan untuk terus menghadapi bulan Ramadhan nie, jadi in return kita kena la usaha sungguh-sungguh untuk memaksimumkan sebaik mungkin bulan bonus yg Allah bagi special untuk kita umat nabi Muhammad s.a.w. nie..
Selain dari tingkatkan amalan kita masa bulan puasa, bulan nie patut kita jadikan titik tolak dan batu loncatan untuk kita sama-sama memperbaiki akhlak dan polish lagi sifat-sifat mahmudah dalam diri kita..
Banyak sebenarnya sifat-sifat mulia nie kalau kita nak cerita… Tapi kali nie rasanya nak share sikit tentang macam mana penerimaan kita terhadap apa yg dah Allah tkdirkan untuk kita… Atau dalam erti kata lain sejauh mana kita benar-benar mengimani rukun iman yg ke-6… BERIMAN PADA QADA’ DAN QADAR….
Bunyi macam berat kan… Tp hakikatnya memang berat pun…. Dan selalunya perkataan yg sinonim kita dengar bila berbicara soal qada dan qadar ni adalah
~ Hmmm…. Dah takdir nak buat mcm mana.. Redha je lah~
Betullah tu…. REDHA…. Tapi sejauh mana makna 5 aksara tu benar-benar zuup masuk dalam hati kita dan benar-benar kita rasa….
Senang ja kalau kita nak redha pada takdir yg bercorak putih… Ye la sapa tak suka kalau hidup dia penuh dgn happy ending ja kan… Tapi macam mana pulak penerimaan kita bila mana takdir bercorak hitam mula masuk scene??? Kita cepat ja melatah kan…. Waktu tu mula lah buat list ‘5W 1H questions’ kita sebab nak persoalkan kenapalah Allah conteng kanvas hidup kita nie..Tu lah manusia….
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik untuk kamu
~al baqarah 216~
barangkali kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak…
~an nisa 19~
Nampak tak beberapa kali Allah berfirman dalam AlQuran tentang perkara yang hampir sama… Allah nak taukid la tu… Dah tu siapa kita untuk persoalkan apa yg dah Allah rencanakan untuk kita…. Memang dah terbaik la tu….
Kat sini ada satu analogi yang mungkin boleh kita manfaatkan sama-sama..InsyaAllah….
Suatu hari, si ibu sdg leka menyulam dengan penuh khusyuk.. Kemampuan si ibu menyulam sememangnya tidak dapat disangkal lagi….
Sedang si ibu khusyuk dengan kerjanya, datang si anak untuk melihat apa yang sedang dilakukan oleh ibunya..
Memandangkan si ibu duduk lebih tinggi dari si anak, apa yang disulam si ibu tidak dapat dilihat.. Sebaliknya yang kelihatan cuma kusutan benang yang berselirat di bahagian bawah sulaman..
Tanpa berfikir panjang, si anak lantas bertanya “Ibu, apa yg sedang ibu lakukan??”
Pada telahan si anak, ibunya sekadar menghasilkan corak yang buruk dan tidak berfaedah..
Si ibu pula hanya meminta anaknya untuk bersabar dan menunggu hasilnya..
Akhirnya.. Hasil sulaman tersebut itu pun siap.. Si anak terpaku melihat hasil sulaman ibunya yg sungguh menawan siap dengan hiasan pokok, bunga-bungaan serta rama2 yang indah berwarna-warni..
Terpegun si anak melihat betapa cantiknya gambar yang di atas berbanding benang2 yg berselirat di bahagian bawah..
Si ibu mula berkata “ Wahai anakku, manusia yang berada di bawah sering kali melihat banyak cabaran, kekusutan, keserabutan serta liku2 hidup yang perlu dia hadapi tanpa memikirkan hikmah di sebaliknya..Tapi kita selalu lupa ada suatu pandangan di atas yang sedang menyulam indah kehidupan kita dengan penuh teratur dan sempurna….”
Begitulah al kisahnya…. Seperkara yg perlu kita sedar.. Cara Allah mentarbiyah setiap seorang daripada kita sememangnya berbeza-beza…
‘Ujian untuk cik Bedah tak semestinya applicable untuk cik Kiah…’ Tak gitu……..
Untuk wrap up semua sekali, cukuplah untuk kita simpulkan yang kita sebagai hamba perlulah redha dengan sebenar-benar redha atas apa sahaja ketentuan Allah keatas kita … Kalau dah hamba tu,nak taknak kenalah berkarekter macam hamba… Takkan nak melawan pulak…. Ye idak….
Wallahualam......
p/s – coretan ini lebih pada pesanan buat diri sendiri… ~smile~
- Maa ‘ taufiq wannajah buat sahabat2 yg Allah pilih untuk berjuang buat kali kedua di medan imtihan kelak… Percayalah anda antara yg paling kuat sebab dalam ramai2 anda yg terpilih untuk diuji sebegini… Semoga dugaan ini dimanfaatkan sebagai satu peluang untuk melakar kejayaan yang lebih gemilang… InsyaAllah…..
- Selamat menyambut nuzul Quran buat semua muslimin muslimat…

PHYSIO DUUR THAANI..




PHYSIOLOGY DUUR THAANII…10/9 (W)..
v INCLUDING ALL TOPICS THAT CAME OUT IN OUR LAST FINAL EXAM
v TOPICS EXCLUDED ALSO SAME
v THE SPECIAL IS HALF OF MCQ WILL COME OUT FROM DR HASSAN EISSA BOOK (DON’T MISS THIS INFORMATION)
v ORAL AND PRACTICAL EXAM ALSO SAME.

BIOCHEM DUUR THANII..



BIOCHEMISTRY….25/8 (W)…
CHAPTERS THAT WILL COME OUT(ESSAY & MCQ)….
Ø CELL MEMBRANES
Ø CHEMISTRY OF NUCLEOTIDES
Ø CHEMISTRY OF NUCLEIC ACIDS
Ø DNA SYNTHESIS OR REPLICATION
Ø RNA SYNTHESIS OR TRANSCRIPTION
Ø PROTEEIN SYNTHESIS OR TRANSLATION
Ø CELL CYCLE – APOPTOSIS – CARCINOGENESIS
Ø RECOMBINANT DNA TECHNOLOGY
Ø ENZYMES
*MCQ = HALF WILL COME OUT FROM MONA SARKIS BOOK & HALF FROM THE OUTSIDE*
*PRACTICAL EXAM = SAME LIKE OUR FINAL EXAM*
*ORAL = SAME LIKE OUR FINAL EXAM*