Monday, October 3, 2011

Macam mana nak tempah TRAMCO?

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Bismillahirrohmanirrohim.

Selamat Pulang SEMUA!!!. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu du bumi para nabi yang hakikatnya merupakan satu nikmat yang tidak mampu untuk dirasai oleh semua orang. Hidup berjiaran dengan ahli keluarga Nabi kita Nabi Muhammad selawat dan salam ke atasnya seperti Sayyyeda Zainab, Sayyeda Nafisah dan juga Sayyeda Aishah. Tidak kurang juga dikelilingi di maqam-maqam para Awlia' dan juga bumi seorang ulama' fiqah terkemuka sepanjang zaman Imam Muhammad bin Idris Asy-Syafie. Alhamdulillah.

Memandangkan kita sudah menaiki ke tangga seterusnya dalam bidang pengajian, Saya berminat untuk menyentuh mengenai pengalaman kita bermuamalah bersama orang Mesir. Soal berurusan dengan pak cik kedai runcit, Dagag Shahid, Kedai Ikan dan juga warung fathirah, kehebatan kita berrusan dengan mereka tidak boleh dipertikaikan lagi. Tetapi dalam post kali ini saya terpanggil untuk berkongsi dengan kalian semua dari sudut masyarakat yang berbeza iaitu BAGAIMANA untuk menempah Tramco?

Pertama soal Siapa

Siapa yang kita boleh hubungi? Ajk kebajikan Batch? bekas Ajk kebajikan Batch? Ketua batch? siapa? di sini merupakan nombor yang kalian boleh hubungi jika timbul keinginan untuk menaiki Tramco.

Ammu 'Azim =  0104525545   

 Ammu Sa'id =  0101911093

Ammu Ramadhan = 0186404018 

Berdasarkan secebis pengalaman menelefon mereka saya mengesyorkan untuk menelefon Ammu 'Azim kerana lebih mudah untuk minta murah. tetapi terpulanglah kepada kalian untuk menelefon mana mana pak cik. Rezeki di bawah kekuasaan Allah.

Harga berapa ek?

Saya hanya pernah menggunakan perkhidmatan mereka daripada MATOR( airport) ke Sayyeda Zainab. 
Harga yang paling murah ialah= 110LE dan paling mahal = 150LE. untuk ke tempat lain mungkin boleh merujuk senior yang lebih arif. Maklumlah penulis baru sahaja setahun di Mesir.

Peringatan!! saya menegaskan untuk tidak sekali-kali berjanji untuk membayar lebih daripada 150 LE jika daripada MATOR ke Sayyeda Zainab. Pemanggil mestilah berhempas pulas untuk mendapat harga yang murah paling maksimum pun 150 LE kerana ini merupakan harga yang biasa dibayar oleh majoriti orang Melayu.

Saya tak reti cakap macam mana? 

Di sini terdapat satu cadangan dialog.

pemanggil; Salam 'alaik. 'amil ehh??  (apa khabar?) 
                  
                 Ammu ana 'aizz khidmah minnak. ( pak cik saya nak perkhidmatan daripada awak)

                 Ana 'aizz mikrobas. (saya nak tramco)

                 fil .................. (tempat.). fisa'ah............ waktu.


                 Ugrah(sewa)/ Se'er( harga) kam???. 


Dialog minta murah....

Ammu Argu laka ya Ammu lau mumkin bi.............{ harga yang kita inginkan}.( Pak cik saya berharap kalau  
                                                                                                                       boleh .............)

Dengan nada memujuk dan sedih dan penuh pengharapan anda boleh berkata:

Mumkin bi'seer khos liltullab. Asyan ihna tullab bas, wa 'andina fulus qaliilun jiddan. ( boleh dengan harga khas pelajar. kami ni pelajar je. dan duit kami pun sikit).

Mafrud ihna nadfa' alma'kulat wa igarrr wa kulli hagah.( kami kena bayar untuk makanan , sewa dan semua benda)

Musa'adah minnak. ( ini merupakan bantuan daripada awak)

Khud bi ei di ya 'am ( tolonglah saya pak cik)

Penutup

Sebelum mengakhiri post ini suka untuk saya mengingatkan:

1.Sesiapa pun boleh menempah tramco.

2. Jika Akhowat pastikan anda menaiki tramco bersama musyrif.

3. Post ini terdedah kepada segala bentuk kelemahan. Jika terdapat kesilapan sila abaikannya dan jika perlu boleh la menulis komen anda untuk post kali ini di lapangan yang disediakan.


Hakikatnya saya sekadar berkongsi dan saya juga sama-sama junior dengan warga Gen X yang lain maka jika ada kesilapan boleh lah disuarakan agar dapat mengelakkan sebarang kemudaratan. 

Semoga Allah memudahkan urusan kalian. Sekian.