Friday, November 4, 2011

pelancaran Hari Biah Solehah



Kasr El-Aini, 3 Nov - Pelancaran "Hari Biah Solehah" telah diadakan di bangunan fisiologi kepada warga mahasiswa tahun dua Universiti Kaherah 2011/2012 di bawah anjuran Biro Pembangunan Insan GENX. program ini disasarkan kepada komuniti mahasiswa tahun dua demi mencapai matlamat untuk melatih berpakaian mengikut syar'ie.

Majlis dimulakan dengan ucapan serta tazkirah daripada wakil Biro Pembangunan Insan GENX, Muhammad Munawwir bin Mohd Hassan. Bersempena Aidiladha yang bakal menjelang, saudara Munawwir kembali mengingatkan tentang sirah nabi Ibrahim A.S., menjelaskan keperluan hati yang sejahtera dan memperlihatkan perjuangan nabi yang mulia ini walaupun terpaksa menentang bapa sendiri, demi menegakkan hakikat agama.

Perasmian "Hari Biah Solehah" disempurnakan oleh saudara Ahmad Luqman bin Ibrahim, presiden Batch GENX. Dalam ucapan ringkasnya, saudara Luqman menjelaskan kembali matlamat perlaksanaan proram ini, menutup aurat suatu kewajipan, bukan sekadar tanggungjawab ke atas diri sendiri, malah menjadi suatu bahan dakwah kepada masyarakat sekeliling. harapan agar kempen ini dapat sama-sama diraikan serta dilaksanakan turut beliau nyatakan.

justeru, saya menyeru agar kita semua, selaku mahasiswa perubatan islam yang bertanggungjawab, menyambut seruan kempen ini, menjadi contoh kepada keluarga, rakan-rakan, masyarakat, negara dan dunia keseluruhannya.

"Biah Solehah pemangkin umat berjaya"


0 comments:

Post a Comment